Spectre [P13]

Spectre

Warning: P13 (Penjaga 13 : “Parental Guidance 13”) – Children under 13 not admitted unless accompanied by an adult.

Putrajaya.

Sebuah bandar yang dibina untuk menjadi pusat pemerintahan negara Malaysia yang berdaulat.

Binaan bandar yang terancang ini mempunyai pelbagai rahsia yang menjadi buah mulut orang ramai. Jika diperhatikan, jantung negara ini dikelilingi oleh tasik. Kenapa? Dalam peperangan, ‘water is the best defence’. Kalau diperhati, ada banyak jambatan di Putrajaya yang mengubungkan present-presint perumahan ke pusat pentadbiran.

Perasan atau tidak? Jambatan ini sebenarnya direka khas dengan ciri-ciri boleh diangkat untuk diputuskan jalan perhubungan jika berlaku situasi kecemasan?
Ada banyak lagi buah mulut orang mengenai rahsia Putrajaya, antaranya adalah anti-aircraft missle yang disembunyi disebalik bangunan dan dicelah-celah pohon, some wise man said, “Cuba selam ke dalam tasik di Putrajaya, bagitahu saya, anda jumpa lumpur atau lantai konkrit”. Menarik bukan?


Aku Leftenan Muda Muhammad Juri, baru sahaja selesai mengikuti kursus asas kelayakan PASKAL, sebuah pasukan elit Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia dan aku baru beberapa bulan sahaja ditugaskan di pangkalan Tentera Laut di Lumut, Perak.

21 August 2017

Aku di panggil masuk ke bilik pejabat Mejar Amir, Ketua Platun Alpha, salah sebuah dari platun dalam pasukan PASKAL. Sebenarnya aku dan Mejar Amir adalah rakan karib di dunia luar. Tetapi di dalam alam pekerjaan dan semasa beruniform, aku akan hormati dia sepertimana aku menghormati majikan aku sendiri.

Toktoktok…
Pintu bilik di ketuk

Mejar Amir: Masuk!
Aku: Tuan! Ada apa panggil saya?
Mejar Amir: Juri, saya baru dapat arahan dari pegawai pemerintah. Nama awak terpilih untuk satu operasi khas di Putrajaya.
Aku: Operasi khas? Apa butirannya tuan?
Mejar Amir: Aku pun sebenarnya tak tahu. Tapi pegawai pemerintah memilih seorang dari setiap platun Juri.. Dia pilih yang prestasi terbaik sekarang ni. Dan dah kat Platun Alpha ni, kau lah yang paling menyerlah. Terima jelah.hahahaha

Mejar Amir berseloroh dengan aku. Mungkin untuk meredakan ketegangan dan kerunsingan aku.

Aku: Tapi Mir… lama ke masa special Ops kali ni? Kau kan tahu aku malas lah nak join benda-benda ni. Aku nak rilek je kat sini.
Mejar Amir: Hah kau ni. Asyik nak rilek je ke? Nanti kalau aku naik pangkat? Siapa nak ganti tempat aku? Kau jugak kan. Ni, aku lupa nak bagitahu kau, Special Ops tu kat Putrajaya. Itu je info yang aku dapat. Lusa kau dah kena lapor diri kat sana.

Aku: Putrajaya? Lusa? Kejam gila korang ni! Aku ada date kot dengan awek aku lusa ni. Aduh..penat lah aku nak menjawab..

Mejar Amir: Itulah tugasan kita Ju.. Kau kalau kerja nak bercinta baik jual nasi lemak, jangan jadi askar! Dah aku tak mahu dengar apa-apa alasan. Keluar sekarang. Kejap lagi nak lunch roger aku. Berambus~

Aku terpaksa menerima misi khas itu walaupun tanpa rela, ini sumpah setiaku pada negara. Kepentingan peribadi diletak tepi.

Sehari selepas itu, aku bertolak berseorangan ke Putrajaya menaiki kenderaan sendiri. Aku diberitahu untuk berjumpa dengan Leftenan Sardi di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Dia adalah ketua misi ini. Leftenan Sardi ni boleh dikatakan otai lah dalam pasukan kami. Dia banyak kali menyertai misi rahsia dan dianggap seperti lagenda di antara kami semua.

Aku datang ni bawak beberapa helai baju saja. Tak bawak apa-apa uniform atau senjata. Memandangkan aku sendiri tak tahu apa misinya dan berapa lama misi ini mengambil masa, jadi aku ambil pendekatan untuk tidak terlalu ambil kisah.

Sesampainya aku di lobi Hotel itu, aku nampak Adam, rakan baik aku semasa berlatih di PULPAK, Sungai Udang, Melaka. Kami memang sangat rapat sejak berkenalan di pusat latihan itu. Adam dari Platun Bravo, jadinya kami tidak dapat selalu berjumpa kerana kerja dan ketua yang berlainan.

Aku menegur sapa Adam yang menghulurkan tangan untuk bersalam.

Aku: Haha Dam… jadinya kaulah wakil Bravo ye..tapi tak ada orang lain ke? Orang yang pengsan waktu latihan jugak diorang pilih.haha
Adam: Kau ni Ju…. Pengsan tu tak payah nak mention lah. Dah aku yang terbaik kot kat situ, mestilah aku yang terpilih.haha
Aku: Aku rasa kau terpilih sebab kacak sikit kot dari aku. Aku kacak lebih… Eh siapa dari Charlie dan Delta?

Adam membalas perlahan.

Adam: Tu kau tak nampak ke Victor kerek tu wakil Charlie. Zamri Chapang wakil Delta.
Aku: Pehh Victor si kerek tu join sekali? Mampos lah kita Dam. Menyampah aku tengok dia tu. Jomlah pergi duduk dekat Zamri. Tunggu Leftenan Sardi sampai.

Victor Adrian, seorang Indian, senior kami yang sangat cekap bermain senjata dan digeruni musuh. Namun karakternya yang sombong itu membuatkan dia tidak disukai rakan sekeliling. Zamri pula seorang yang warak dan selalu diangkat sebagai Imam dan mengetuai bacaan doa.

Sememangnya kami berempat adalah wakil terbaik dari setiap platun. Platun aku, Alpha, berkemahiran untuk misi counter-terrorism dan close counter combat. Platun Bravo, Adam, cekap dalam Oxygen Combat Diving dan Intelligence collector. Platun Charlie, Victor cekap dalam penggunaan senjata dan auxillary team (backup troop) manakala Delta yang diwakili Zamri, pakar dalam amphibious warfare dan dilatih sebagai sniper.

Tapi kenapa perlu kumpulkan kumpulan sebegini di Putrajaya?

Leftenan Sardi tiba dengan Pajero Hitam. Dia dihantar oleh pemandu peribadi. Berkemeja hitam kemas dengan misai yang tebal, menunjukkan dia adalah seorang yang tegas. Dia mengarahkan kami semua untuk ke bilik masing-masing dan berehat dahulu untuk hari ini.


Keesokan harinya

Kami berempat dibawa Leftenan Sardi ke bangunan X.
Di bangunan X itu, kami diberikan taklimat misi oleh Leftenan Sardi di sebuah bilik rahsia bangunan itu.

Kapten Sardi: Sebenarnya misi kita kali ini bukanlah terlalu berat. Hanya check area surrounding dan report to base. That’s it.

Kapten Sardi memberi penerangan ringkas di hadapan kami. Sambil menghirup kopi nya yang pekat tanpa gula. Dia duduk menghadap kami di sebuah meja bulat.

Victor: Then? Why commanding officer call me? I have a lot of things to do. Why PASKAL? This mission should be hand over to Police or army.

Kapten Sardi: Apa belagak sangat kau ni budak?! Kau baru setahun jagung dalam pasukan. Aku belum habis cakap lagi kan?!

Kapten Sardi menyergah lantang ke arah Victor. Marah dengan attitude buruk yang ditunjukkan oleh Victor. Sudah menjadi lumrah pasukan kami untuk ‘receive order and duty’ dari pihak atasan. Aku dan Adam hanya tergelak kecil melihat Victor si kerek itu disergah Kapten Sardi.

Kapten Sardi: Why they call all of you? Yes. It has something to do with the mission itself. Kita bukan check pasaraya, bukan check bangunan. Tapi kita akan check a top secret government facilities.

Aku: Facilitiy apa tuan? Boleh bagi pencerahan?

Kapten Sardi: Kita diarahkan untuk check terowong bawah tanah yang menghubungkan bangunan ini ke suatu lokasi penting. Dan sepanjang terowong itu kita akan singgah di tiga buah bunker. Setiap bunker juga harus diperiksa.

Adam: Terowong? Bunker? Kenapa saya tak pernah dengar?

Aku: Dah nama pun top secret.. Kau ni pekak ke Dam?
Kapten Sardi: Haha. Betul tu Juri. Its classified. Sebenarnya ianya bukanlah terlalu rahsia. Terowong itu sebelum ini dibina kononnya untuk LRT di Putrajaya. Tetapi kerajaan telah menukar fungsinya menjadi escape route jika berlaku sebarang ancaman kepada negara.

Aku: Jadinya terowong itu menuju ke mana tuan?

Kapten Sardi: KLIA. Sebenarnya misi ini dilakukan setiap enam bulan. Sebelum ini memang pihak tentera darat yang terlibat dengan misi ini. Tapi atas sebab tertentu pihak kerajaan mengarahkan PASKAL untuk ambil alih. Dan tahniah, kali ini anda terpilih.

Zamri: Sebab apa tuan? Sebab apa pihak tentera darat sudah tidak terlibat.

Kapten Sardi: Itu bukan masalah kamu semua. Ready, kejap lagi kita ke bilik senjata. Saya nak ke tandas sekejap.

Aku dengan tabiat seorang perokok sudah merasa ketagihan untuk menyedut asap rokok disebabkan dari pagi tadi tidak berkesempatan untuk merokok. Walaupun aku tahu bangunan ini kawasan larangan merokok, tapi ketagihan menyebabkan peraturan di letakkan di tepi.

Bersama-sama Adam yang juga perokok, kami menuju ke tangga kecemasan bangunan X itu untuk merokok. Pintu tangga kecemasan dibuka. Sedang kami leka merokok dan berbual kosong, aku terpandang ke bawah di sebalik celahan tangga.

Aku jadi terkejut dan terkesima. Sebab apa yang aku nampak, tangga ini jauh menuju ke bawah. Terasa seperti aku berada di tingkat 15 sebuah bangunan, dan melihat ke bawah dari tangga ini. Walhal, aku sedang berada di Ground Floor bangunan X.
Ini bermaksud bangunan ini ada tingkat basement yang sangat dalam. Tapi untuk apa? Aku tunjuk apa yang aku nampak kepada Adam. Adam juga terkejut sambil terbeliak matanya memandang ke bawah.

Kami terdengar suara Leftenan Sardi berdeham menandakan dia sudah pulang dari tandas. Kami berdua lantas masuk semula ke bilik operasi dan menyimpan seribu persoalan di dalam minda.

Kemudian, kami semua dibawa ke bilik senjata. Apabila pintu bilik senjata itu dibuka, maka terujalah kami melihat pelbagai jenis ‘toys’ yang kami idam-idamkan terpampang di dalam bilik kebal itu. Biasalah budak yang dididik bermain senjata, lebih teruja tengok senapang dari wanita. Victor juga kelihatan sangat teruja dan membelek-belek senjata yang belum pernah disentuhnya.

Kapten Sardi: Choose what you like! Take your uniform inside those bags.

Kami diarahkan untuk memakai Uniform Hitam yang biasa kami sarungkan sebagai seorang anggota PASKAL. Walaupun banyak senjata moden yang dipamerkan, namun aku tetap memilih my favorite toys, H&K UMP45, dua pucuk Glock 17 diselit di slot paha, night vision goggle, F.A.S.T helmet sudah menjadi kewajipan.

Semua orang memilih senjata masing-masing, Adam dengan bad boy H&K XM8 Carbine dan Zamri memilih untuk membawa F.N Mag sejenis senapang sniper, kerana itu adalah kepakarannya. Victor? Entah aku tak pedulikan orang yang angkuh seperti dia.

Selesai semua senjata dan ammunisi dipakaikan di badan, aku jadi tertanya-tanya. Apa yang bakal kami temui di dalam terowong itu sampai perlu membawa senjata berat yang mampu m******h sekumpulan manusia ni?

Aku: Tuan Sardi, kenapa perlu bawa semua heavy weapons ni?
Leftenan Sardi: Sebenarnya ada ancaman pengganas yang cuba menyelinap ke dalam bangunan ini melalui terowong itu. Just bring it and follow my lead. Don’t ask any more question until I ask you to do so.

Kami di bawa menuju ke sebuah lift yang ditanda dengan perkataan ‘Authorized Personnel Only’ di hadapan pintu lift itu. Pintu lift terbuka, kami semua masuk ke dalam lift. Masing-masing berpakaian taktikal perang berwarna hitam, bertopeng dan memegang senjata. Aku mengenakan topek bercorak tengkorak yang aku selalu pakai dalam setiap misi. Ini sudah menjadi identiti aku.

Leftenan Sardi memicit beberapa punat di dalam lift dan memasukkan kata laluan. Lift itu tidak ada butang-butang seperti lift biasa. Hanya ada papan kekunci seperti komputer dan sebuah monitor kecil. Lalu lift mula bergerak turun perlahan-lahan.

Aku sudah terlatih. Aku nak tahu berapa tingkat sebenarnya basement floors bangunan ni. Aku pandang jenama lift. Tertulis perkataan OTIS. Aku periksa lessen PMA dari JKKP, masih hidup, masih ikut spesifikasi. Aku tekan jam tangan aku untuk mulakan stopwatch. Aku kembali berlagak seperti biasa.

Walhal didalam kepala otak aku ligat berfikir. Lift jenama OTIS ambil masa lebih kurang 2-3 second untuk turun satu floor.

Setelah beberapa ketika, loceng lift berbunyi menandakan kami sudah sampai ke bawah. Belum sempat aku nak tengok jam aku. Leftenan Sardi bersuara.

Leftenan Sardi: 27 floors. Tak payah kiralah. Kenapa tak tanya? Dah jom keluar.

Aku pandang Adam, dia juga sedang tengok jam tangannya. Begitu juga Viktor dan Zamri. Rupanya masing-masing pun sedang mengira-ngira di dalam kepala seperti aku. Kami semua tergelak kecil. Macam mana Leftenan Sardi boleh membaca fikiran kami? Iyalah, orang yang berpengalaman macam dia, mesti sudah boleh meneka.

Di bawah itu, ada sebuah pintu besi tebal. Leftenan Sardi memasukkan kata laluan bagi membuka pintu tersebut. Pintu dibuka. Di sebalik pintu besi itu ada empat orang anggota tentera darat yang menyambut ketibaan kami berlima.

Mereka menyapa dan bersalaman dengan kami. Mereka ditugaskan untuk mengawal keselamatan pintu masuk ke bangunan X ini 24/7.
20 langkah di hadapan kami, terdapat sebuah kepala gerabak LRT yang kelihatan sedikit usang dan berdaki. Sama modelnya seperti LRT pertama Malaysia yang berwarna putih dan berpintu kuning itu.

Leftenan Sardi mengarahkan kami untuk menaiki kepala gerabak LRT itu. Kami semua mengikut arahannya. Kapten Sardi mengidupkan engine LRT tersebut dan ia mula bergerak perlahan-lahan ke hadapan.

Kami hanya melihat sekeliling terowong itu. Sambil memegang erat senapang kami. Laluan terowong cerah disuluh oleh lampu LRT itu. Sudah berlumut dan seperti tiada penyelenggaraan barangkali ke atas terowong ini. Banyak lampu-lampu yang sudah terbakar dan sawang-sawang disekeliling dinding terowong konkrit buatan manusia itu. Ianya sudah mula dihuni oleh binatang seperti kelawar, serangga dan juga ular. Aku lihat Zamri membaca-baca sesuatu dan kelihatan sungguh resah. Mungkin dia dapat merasakan sesuatu. Aku tak terkejut kalau tempat macam ini dihuni makhluk halus. Tetapi kami dilatih untuk tidak takut kepada ‘unknown entities’.

Adam: Tuan, boleh saya tahu berapa panjang terowong ini?
Leftenan Sardi: Jaraknya lebih kurang 45 KM.

Selepas 15 minit perjalanan, Leftenan Sardi memberhentikan LRT itu di sebuah kawasan. Kami melangkah keluar ke landasan kecil di sebelah gerabak LRT tersebut. Ada satu pintu besi kecil yang dikunci.

Leftenan Sardi membuka kunci pintu tersebut. Dia menghidupkan lampu. Di sebalik pintu itu adalah seperti sebuah dewan yang sederhana besar. Ada meja mesyuarat di tengah-tengah. Ada sofa yang ditutup dengan kain, ada juga beberapa katil dan kotak-kotak kayu. Aku tahu kotak kayu itu berisi stok makanan. Rupa-rupanya bilik besar yang berhabuk ini adalah Bunker yang pertama yang kami harus periksa. Bunker ini akan menempatkan orang-orang kenamaan untuk berlindung jika negara kita diserang musuh, sehingga bantuan sampai untuk menyelamatkan mereka. Adam mengambil beberapa keping gambar untuk disertakan dalam laporan yang kami harus buat kepada Pegawai pemerintah.

Setelah semuanya selesai diperiksa di Bunker pertama, kami meneruskan perjalanan selama kira-kira 20 minit ke hadapan. Tiba-tiba landasan di hadapan kami telah hilang. Tiada lagi landasan LRT dapat dilihat di hadapan. Yang ada hanyalah laluan batu yang bertakung air.

Leftenan Sardi: Ok. Semua ready. Kita akan mula berjalan kaki mulai sekarang. Ada lagi dua bunker yang perlu kita check, kamudian kita akan patah balik ke sini. Arms ready,be carefull all the time. Expect the unexpected. Trust nobody.

Adam: Banyak pulak pesanan dia ni Ju. Tak betul dah kot.
Adam berbisik padaku.

Aku: Diamlah Dam. Kang dia dengar nahas kau.

Kami semua menurunkan kunci senjata kami dan bersedia untuk sebarang kemungkinan. Lampu suluh dipasang di hujung senapang. Kami mula berjalan mengikut jejak Leftenan Sardi. Keadaan terowong yang agak gelap, berair, dan berbau busuk itu agak menjerihkan keringat kami pada malam itu.

Agak jauh kami berjalan perlahan-lahan ke hadapan. Inilah pengorbanan yang kami terpaksa lakukan. Dikala orang lain bersenang-lenang di rumah, kami mengerah keringat dan bergadai nyawa demi keselamatan negara. Waktu itu juga aku terbayangkan alangkah bahagianya jikalau aku dapat menolak dari mengikuti misi ini, kerana waktu itu mungkin aku sudah menonton wayang bersama dengan teman wanita aku.

Leftenan Sardi: Turn on comm (alat perhubungan antara kami) . And be carefull.

Selesai sahaja pesanan dari dia. Kami terdengar bunyi ketukan besi di dinding terowong. Bunyi ketukan itu diikuti bunyi besi diseret di dinding konkrit terowong jelas bergema di dalam terowong itu.

Leftenan Sardi mengarahkan kami untuk stop dan take position. Kami halakan senapang ke hadapan manakala Victor dan Zamri ke belakang.

**Ting..ting..ting..ting…*

Bunyi ketukan besi berbunyi sekali lagi. Aku menelan liur. Jantung berdegup kencang. Aku memberanikan diri untuk bersuara.

Aku: Tuan, Enemy?

Leftenan Sardi: Shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……..

Aku disuruh diam. Masih tertanya-tanya apa yang berbunyi.

Leftenan Sardi: Night Vision on. Torchlight off.

Kami mengikuti arahannya. Kami memakai goggle Night Vision. Jelas nampak terang benderang kawasan sekeliling. Kalau ada hantu menjengah pun aku boleh nampak dari jauh. Getus hati ku.
Gerak hati aku betul, aku terlihat kelibat hitam berlari pantas melintas kira-kira 500 meter di hadapan.

Aku jadi terkejut. Pundi kencing rasa nak pecah. Aku mula membaca ayat-ayat suci di dalam hati. Zamri semakin kuat bacaannya di mulut. Tapi ditegur oleh Leftenan Sardi untuk memperlahankan bunyi suara kami.

Leftenan Sardi: Move forward slowly…

Kami bergerak dalam formasi berjaga-jaga menuju ke hadapan. Menurut Leftenan Sardi, Bunker ke dua berada sudah tidak jauh dari posisi kami. Lebih kurang dua kilometer di hadapan.

Sedang kami melangkah ke hadapan, sekali lagi bayangan lelaki gelap hitam berlari melintas di hadapan.

Victor: Sir, why don’t we shoot sir? I clearly see that damn thing.

Leftenan Sardi: Kita tak tahu lagi apa bendanya itu Victor. Maybe a friend. Not an enemy.

Victor: Sir, with all due respect. But who the hell will play in this top secret tunnel? Surely he is enemy sir. Lets attack and finish this.

Zamri: Saya setuju dengan Viktor tuan, tapi saya rasa kita tak boleh serang benda tu pakai senapang tuan.

Victor: Maksud kau? Itu hantu? hahahah

Zamri: Tuan, itu saya punya pandangan. Saya tak paksa tuan percaya.

Zamri enggan melayan provokasi dari Viktor. Yang pasti Zamri sudah dapat mengesan yang makhluk yang bermain acah-acah dengan kami tadi bukannya seorang manusia. Aku dan Adam hanya terdiam. Leftenan Sardi diam memikirkan sesuatu.

Leftenan Sardi: Ok Zam, Victor dan lain-lain. Lepas ni kalau nampak lagi. Shoot that damn thing!

Bunker ke dua hanya terletak beberapa ratus meter dihadapan. Pintu masuk sudah kelihatan. Dalam samar-samar aku ternampak ada seorang lelaki berdiri tercegat berhampiran dengan pintu masuk. Mukanya tak kelihatan. Yang lain pun sedar akan kehadiran entiti ini.

Masing-masing menghalakan muncung senapang ke arah lelaki itu. Lelaki itu hanya berdiri memandang ke bawah. Semakin kami dekat menghampirinya, jelas kelihatan lelaki itu memakai uniform sama seperti kami, berwarna hitam. Itu Uniform anggota kami! Tapi siapa dia?

Keadaan menjadi semakin cemas. Tiada siapa mampu bersuara. Hanya bunyi derapan tapak kaki kami yang berjalan di atas lantai yang lecak berair ini sahaja kedengaran.

Leftenan Sardi: Siapa kamu? Identify yourself? Kamu anggota???

Leftenan Sardi bersuara untuk bertanya identiti lelaki itu. Namun tiada jawapan. Kami berhenti berjalan. Jarak antara kami dengan lelaki itu hanya lebih kurang 100 meter.

Lelaki misteri itu perlahan-lahan mengangkat mukanya. Dia memandang kami dengan renungan yang sangat tajam. Mukanya pucat lesi, rambutnya yang basah, matanya merah menyala, mukanya penuh lebam, bibir pecah dan luka.

Perasaan ketika itu sangatlah cemas dan seram. Jantung aku berdegup kencang seperti baru lepas berlari 2 kilometer tanpa henti. Adrenaline sudah dirembeskan ke segenap pelusuk tubuh. Peluh meleleh di pipi. Aku letakkan jari di picu senapang. Menjangkakan perkara yang buruk pasti akan berlaku. Yang lain pun begitu. Tiba-tiba Leftenan Sardi bersuara.

Leftenan Sardi: Hisyam? Kau ke tu? Kau masih hidup??
Victor: Just shoot him sir! I have bad feeling about this.
Leftenan Sardi: No!! Don’t shoot! Hes our friend! My friend!!

Lelaki misteri tadi tersenyum lebar melihat kami semua. Dengan mata merahnya yang buntang, dia memerhati kami seorang demi seorang. Tiba-tiba, entah kenapa, lelaki itu mencapai pistol di pahanya dan cuba untuk menembak kami semua.

Pamm.. pamm.. pam…pam…pam… pam..pam..pam…pam..pam..pam..

Keadaan menjadi huru hara, bunyi bingit dentuman senjata api memekakkan telinga. Kami berempat menembak tepat ke arah lelaki itu.

Kapten Sardi: Cease Fireee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Cease Fireeee!!! Are you guys mad??????????

Leftenan Sardi berlari ke arah lelaki itu. Dia mendapatkan lelaki itu dan diletakkan kepala lelaki itu ke atas ribanya. Dia menangis sambil cuba untuk mengejutkan lelaki itu yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Leftenan Sardi: Kau orang ni gila ke?? Aku dah cakap jangan tembak! Dia kawan aku lah bodoh!!!

Leftenan Sardi menitiskan air matanya melihat rakannya Hisyam yang nazak akibat ditembak oleh kami.

Adam: Tuan nak kami buat apa? Dia nak tembak kita tadi kan tuan?? Tuan rela kami ditembak ke?
Victor: Sir, who the hell is he? Why is he here? Apa yang tuan cuba sembunyikan dari kami? Ini misi apa sebenarnya??

Namun tiada jawapan dari Leftenan Sardi. Dia masih menangis memaut erat rakannya itu. Tiba-tiba lelaki itu bersuara sesuatu sambil memandang kami semua.

Lelaki (Hisyam): Laa…lari…lari cepat…arghhhh..

Lelaki itu m**i disitu. Tetapi mesej terakhir yang disampaikannya membuatkan aku menjadi tak keruan.

Aku: Tuan, saya rasa kita patut fall back ke bangunan X. Saya rasa tak sedap hati.
Zamri: Aku setuju. Tuan, lets fall back. Something weird is happening here.

Serentak dengan itu kami terdengar derapan tapak kaki yang berkocak kuat memijak air. Bunyinya seakan-akan ramai orang berkawad menuju kea rah kami. Mengikut pengiraan aku berdasarkan bunyi itu, mungkin dalam 10-15 orang. Bunyi itu datang dari arah depan dan juga belakang kami.

Kami mula cuak. Masing-masing dah standby menghalakan senjata ke semua arah. Dari samar-samar penglihatan melalui Night Vision goggles. Kami nampak beberapa lelaki berpakaian seperti tentera berjalan menuju ke arah kami. Ada yang terhincut-hincut, ada yang mengengsot dan ada yang terbengkok-bengkok badannya. Mereka semua memegang senjata seperti mahu menyerang kumpulan kami.

Victor: Damn! We are surrounded! Im sure there are not friendly. What do we do know? Sir! Please tell us what do we do now!!!

Aku: Tuan! Sudah-sudah lah tu. Kita kena selamatkan diri!! Cukup lah tuan!

Aku menggongcang-goncang badan Leftenan Sardi yang dari tadi tak henti-henti menangis meratapi kematian rakannya. Dia sudah menjadi seperti orang yang hilang akal.

Leftenan Sardi: Kita m**i sahaja…kita m**i..tak ada apa yang boleh kita buat…kita m**i….

Leftenan Sardi bersuara lemah. Entah apa kena dengan dia, seorang anggota unit elite yang aku kagumi ini. Semangatnya seolah-olah direntap akibat kematian rakannya.

Victor: Juri!! You take the lead now. Hes mad. Dia dah gila lah sial!

Victor tiba-tiba mencadangkan aku untuk mengetuai kumpulan ini dan membuat keputusan memandangkan keadaan Leftenan Sardi yang sudah hilang akal. Aku jadi tak keruan.

Aku: We run towards the bunker! Adam! Bantu aku angkat Leftenan Sardi. Victor, Zamri, shoot those bastards! Cover us! Now! Go!!!!

Aku dan Adam memeluk Leftenan Sardi. Dia meronta-ronta meminta kami meninggalkannya disitu untuk dia m**i bersama sahabatnya itu. Aku kalau ikut hati mahu sahaja tinggalkan dia disitu. Namun disebabkan prinsip kami iaitu ‘leave no man behind’.Aku dan Adam gagahkan juga mengangkat dia untuk dibawa ke bunker.

Victor dan Zamri ligat menembak ke arah askar-askar hantu itu semua. Mereka semakin marah dan berlari laju menuju ke arah kami. Peluru yang keluar dari muncung senjata Victor dan Zamri seolah-olah tidak meninggalkan kesan kepada mereka. Mereka tetap mara ke arah kami dan semakin hampir.

Kami tiba di depan pintu bunker ke dua. Kami bergegas untuk masuk ke dalam bunker. Namun pintunya dikunci oleh kata laluan. Yang hanya diketahui oleh Leftenan Sardi.

Aku: Tuan, apa passwordnya tuan!! Cepat!

Leftenan Sardi: Aku tak tahu! Aku tak tahu! Hahahaha

Aku: Oi orang tua bodoh!Kalau kau nak m**i, kau m**i seorang! Kami masih nak hiduplah, celaka!

Aku sudah tidak dapat menahan sabar. Aku melepaskan satu tumbukan ke pipi Leftenan Sardi.

Leftenan Sardi: Arghhh..sakitlah sial! 3-1-8-5-7! Korang masuklah dalam! Biar aku kat sini.hahaha

Seraya mendengar kata kunci yang diberi Leftenan Sardi, aku menekannya di papan kekunci. Maka pintu bunker terbuka. Adam menendang perut Leftenan Sardi. Dia terpelanting jatuh ke dalam kawasan bunker. Victor dan Zamri masih berbalaas-balas tembakan dengan askar hantu disebalik tiang konkrit.

Aku: Victor! Zamri! Cepat! Masuk!!!!!
Victor: Roger. Zamri lets go!

Victor dan Zamri berlari ke arah pintu bunker. Beberapa ekor askar hantu mengekori rapat di belakang mereka. Aku menembak askar-askar itu tepat dikepala. Mereka jatuh, rebah. Namun bangun semula dan cuba mengejar Victor dan Zamri.

Mereka selamat masuk ke dalam bunker. Aku menutup laju pintu bunker yang berat itu dan mengunci rapat. Pintu bunker dihentak-hentak kuat dari luar. Sesekali terdengar bunyi tembakan ke arah pintu kebal itu.

Aku lihat sekeliling pintu. Ada satu tuil bertulis ‘Pull when emergency’. Aku menarik tuil itu. Lampu bunker mula terpasang. Pintu tadi dikunci secara automatic dari dalam, bermakna orang dari luar tak boleh membukanya. Aku rasa sedikit lega. Bunyi exhaust fan dan penghawa dingin memecah kesunyian.

Victor dan Zamri terduduk keletihan.

Aku dan Adam menolak meja meeting ke arah pintu bunker untuk menghalang sebarang percubaan masuk dari luar. Pintu itu ditutup dengan meja dan kerusi dari dalam untuk memastikan keselamatan kami dari askar-askar hantu itu.

Aku lihat Leftenan Sardi duduk berpeluk tubuh dan hanya memandang kebawah. Dia sudah hilang kewarasan. Aku rampas semua senjatanya dan mengambil keputusan untuk mengikatnya di sebuah kerusi. Demi menjamin keselamatan kami semua.

Bunyi ketukan dan tembakan ke pintu senyap, sepi. Namun kami tahu, mereka masih ada di luar.

Victor: Nice decision Juri. Thanks wei. But I am damn sure he has the answer to all this. He’s been hiding something from us all this while.

Victor menunjukkan jarinya ke arah Leftenan Sardi.
Adam mengambil sebuah kerusi lalu di depan Leftenan Sardi.

Adam: Tuan, tengok muka saya ni. Cuba cerita. Apa sebenarnya yang berlaku sekarang ni?

Leftenan Sardi hanya ketawa kecil tanpa jawapan.

Adam: Cakaplah tuan!! Ini bukan bahan lawak! Ini nyawa kami semua!

Leftenan Sardi: Heh.. Kau orang semua b***h kawan baik aku!!! Kau ingat aku peduli nyawa kau orang??!

Adam menendang muka Leftenan Sardi. Dia jatuh tersungkur bersama kerusinya. Mulutnya berdarah.

Adam sudah tidak mampu menahan sabar. Aku mengarahkan Adam agar menjauhi Leftenan Sardi. Aku akan cuba memujuk Leftenan Sardi untuk menceritakan perkara sebenar. Aku angkat semula Leftenan Sardi dan kerusinya.

Aku: Tuan..saya amat hormati tuan. Tuan seorang yang berani dan sangat patuh pada misi. Tapi misi kita kali ini hanya untuk check tempat ni atau pun ada benda lain yang tuan sembunyikan dari kami? Tuan, kami semua ada keluarga, tuan ada anak dan isteri. Apa yang penting sekarang adalah kita keluar dari tempat ini dengan selamat.

Leftenan Sardi: Juri..aku minta maaf. Aku sedih..Hisyam kawan aku..

Aku: Saya faham tuan. Tapi tadi dia cuba tembak kami semua..Menembak balas adalah reflex yang wajar. Tuan tahu kan benda ni?

Leftenan Sardi: Ya aku faham..hmmm.. sebenarnya misi kamu semua memang hanya area checking. Tapi misi aku lain. Ya, misi aku seorang sahaja yang lain. Itu arahan pihak atasan. Mereka tak benarkan aku membocorkan maklumat ini pada kamu semua.

Aku: Maklumat? Maklumat apa Tuan?

Leftenan Sardi: Sebenarnya, sebelum group kamu semua, ada beberapa group lagi yang pernah buat misi ini. Kejadian ini bermula awal tahun lepas, anggota tentera darat yang melakukan rutin ini. Namun selepas beberapa group mereka hilang, lenyap, tak kembali semula selepas menjalankan rutin memeriksa bunker dan terowong ini, kemudian pihak tentera darat meminta bantuan dari unit kita untuk menyiasat perkara ini.

Aku: Jadinya Hisyam dan groupnya diarahkan untuk menyiasat?

Leftenan Sardi: Ya.. Hisyam dan 5 orang lagi anggota dari pasukan kita dihantar untuk menyiasat. Kesemua mereka adalah anggota senior unit kita Ju… Namun, malangnya, mereka pun ghaib! Hilang sebegitu sahaja… Waktu itu aku berada di Lubnan, menjalankan misi disana. Aku jadi terkilan apabila aku ketahui Hisyam adalah antara orang yang hilang. Jadi aku tawarkan diri untuk mencari dan menyiasat kehilangan mereka. Aku dah janji dengan ibu bapa Hisyam untuk membawa Hisyam balik hidup hidup…
Aku: Jadi kenapa pihak atasan tak hantar anggota besar-besaran untuk operasi Search and Rescue?

Leftenan Sardi: Pada awalnya mereka ingat, pengganas yang menjadi dalang penculikan anggota-anggota tentera ni Juri.. Tapi setelah disiasat, mereka dapati rupanya ada dari kalangan anggota kita yang membelot. Tapi mereka masih belum pasti disebabkan ada kaitan dengan alam ghaib. Mana mungkin pihak kementerian nak percaya kalau dalam laporan, kita masukkan perkara-perkara mistik! Sebab itu mereka memilih anggota-anggota muda yang terbaik untuk dihantar bagi menyelesaikan misteri ini. Namun mereka salah. Aku salah Juri.. Aku membahayakan nyawa kamu semua…Aku minta maaf…

Victor: Jadi sebenarnya kami ni umpanlah! Damn all those people! We have our life too!!

Leftenan Sardi: Aku minta maaf Victor, Zamri, Adam.. aku pun disini dengan kamu semua.Aku pun mangsa keadaan. Aku tak tahu benda ini akan jadi macam ni. Aku ingat kita hanya perlu berdepan dengan beberapa orang tentera yang berpaling tadah sahaja. Mudah nak diuruskan oleh kamu semua yang cekap ni. Tapi aku silap. Aku tak jangka ada unsur lain seperti hantu.

Aku: Habis tu apa kita boleh buat? Kita harus mohon bantuan dari bilik kawalan. Tapi sini mana ada radio signal. Tuan, ada alat lain untuk komunikasi?

Leftenan Sardi: Ada..ada sebuah komputer di dalam almari di penjuru sana. Kalau diikutkan, kita boleh hubungi pusat kawalan menggunakan komputer itu. Lepaskan ikatan aku ni Juri. Aku sudah ok.

Juri: Sorry Sir. But stay there for a while.Nanti saya buka.

Aku mencari-cari komputer yang dimaksudkan oleh Leftenan Sardi. Aku jumpa. Disebalik almari yang berhabuk ada sebuah komputer lama zaman 90-an yang bermonitor tebal. Aku cuba untuk menghidupkan computer itu, namun tiada respon. Rupa-rupanya wayar computer itu sudah putus digigit tikus.

Aku: Tuan, komputer tak boleh diguna. So, macam mana sekarang?
Leftenan Sardi: Kita cuba pergi ke bunker ke tiga. Bunker terakhir. Kat sana kelengkapan lebih lengkap. Kita cuba hubungi pusat kawalan dari sana.

Zamri: Macam mana hendak kesana tuan? Kalau dah satu-satunya jalan keluar dikepung hantu tu tuan?

Leftenan Sardi: Itu bukan satu-satunya jalan ke bunker ke-tiga. Lepaskan ikatan aku Juri. Kita harus cepat. Kamu jangan risau. Aku sudah okay.

Aku melepaskan ikatannya. Leftenan Sardi bingkas bangun meraba raba didinding. Dia menarik dinding itu dan terbuka satu bukaan kecil yang boleh memuatkan seorang pada satu masa. Melihat dari kelakuan Leftenan Sardi, dia memang pakar benar dengan segala ruang di sini. Memang seorang yang boleh diharap

Leftenan Sardi: Lekas masuk ikut sini!

Kami mengikuti belakang Leftenan Sardi melalui lorong-lorong kecil. Sebenarnya lorong itu adalah lorong untuk segala pendawaian dan paip-paip air untuk terowong dan bunker-bunker ini. Ianya juga dibina sebagai escape route jika laluan utama tidak dapat digunakan. Laluan itu diterangi dengan cahaya lampu kecil yang berwarna kuning di sepanjang laluan.

Jarak antara bunker ke-dua dan ke-tiga tidak terlalu jauh. Lebih kurang 4 kilometer. Kami pun tiba di pintu kecemasan bunker ke-tiga. Leftenan Sardi membuka bukaan di dinding bunker ke-tiga.

Kami terkejut, sebaik sahaja melihat ke dalam bunker ke tiga. Senjata mula diacukan ke pelbagai arah. Perasaan menjadi seram bercampur panik. Masing-masing bernafas dengan kencang. Tanpa membuat sebarang bunyi.

Leftenan Sardi: Shhh….pakai night vision.

Dia berbisik perlahan.

Di tengah-tengah bunker ke tiga itu ada satu bulatan yang dibuat menggunakan lilin. Di tengah-tengah lilin itu terlukis bentuk pentagram. Memang sah ini kerja sihir dan kerja gila. Tersusun di luar bulatan itu mayat-mayat anggota tentera yang mula mereput dan berulat. Bau bunker itu sungguh busuk. Sangat meloyakan. Semua orang menahan diri daripada muntah dan membuat bunyi.

Angkara siapa kah ini? Siapa yang m******h semua anggota ini dan melakukan upacara syirik ini disini? Kami memeriksa kawasan sekeliling. Setelah kami pasti yang tiada sesiapa didalam bunker ini. Kami berpecah untuk mencari alat komunikasi.

Leftenan Sardi: Angkara siapa tak penting. Yang penting kita harus laporkan semua ini dan pulang dengan selamat. Shhhhh….stay low.

Sekali lagi dia berbisik dan memberi arahan.

Victor berjalan dengan Leftenan Sardi ke sebelah kiri. Manakala aku, Adam, dan Zamri ke sebelah kanan. Bunker ini agak besar. Lagi besar dari yang lainnya.

Kami berjalan dengan penuh berhati-hati. Melangkah berpuluh-puluh mayat yang bergelimpangan di lantai. Ada yang perut sudah pecah memuntahkan isi perut ke lantai. Ada yang d******g tangan dan kaki. Ada yang disalib. Ada yang d*****r di dada. Ada juga yang disiat kulit. Memang siapa sahaja yang melakukan semua perbuatan ini adalah seorang syaitan yang berhati binatang!
Tapi yang menghairankan.Apa motifnya? Macam mana dia boleh menumpaskan semua anggota elit ini berseorangan? Sudah semestinya dia menggunakan pertolongan alam ghaib.

Tiba di suatu sudut gelap. Kami terjumpa dengan satu ruang yang dijadikan seperti penjara. Kami bergegas ke sana. Ada beberapa sel berjeriji besi. Kami terjumpa dengan seorang anggota yang diletakkan di dalam sel itu. Masih hidup. Namun sudah nyawa-nyawa ikan. Kami cuba untuk membuka pintu sel penjara itu. Adam menendang pintu sel hingga terbuka.

Aku bergegas lari mendapatkan anggota yang cedera parah itu. Adam dan Zamri mengawal pintu penjara itu.

Tiba-tiba kedengaran jeritan suara Victor dan Leftenan Sardi.

“Aughhhhhhhhhhhhhhhhh’’
Victor mengerang dari jauh.
**“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh” **
Leftenan Sardi juga menjerit

Belum sempat kami nak menanyakan soalan kepada anggota yang sedang nazak itu,kami sudah disajikan dengan jeritan ahli kumpulan kami. Kami jadi makin panik.

Adam: Juri, aku pergi periksa sekejap! Zamri, kau tunggu sini dengan Juri.
Aku: Zamri, kau pergi ikut Adam. Aku okay sini.Pergi periksa cepat! Make sure diorang selamat!

Zamri: Baik Juri.. Kau hati-hati kat sini.
Adam dan Zamri bergegas menuju ke arah suara mereka meninggalkan aku sendirian. Mereka sudah hilang dari pandangan aku.

Aku menanyakan apa sebenarnya yang berlaku kepada anggota yang cedera parah itu.

Aku: Tuan, apa yang berlaku? Siapa dalang disebalik semua ni..

Namun hampa, dia diam tanpa bicara. Hanya tercungap-cungap menarik nafas. Tiba-tiba dia menarik kolar bajuku.

“ Sar….Sar..di..’’
Anggota itu membalas dan kembali tercungap menarik nafas dalam.

Serentak dengan itu, aku mendengar bunyi tembak-menembak.

pampam..pam..pam..pammm..pam.pamm..pam.ppammmm…

”Aughhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…..arghhhhh”
Aku dengar suara Adam dan Zamri menjerit. Kemudian senyap. Sepi…

Aku jadi tak keruan. Kenapa lelaki ini menyebut nama Sardi? Apa yang berlaku sebenarnya??

Aku tersentak.. Aku sudah tahu. Ini semua angkara Sardi!!
Semua ini hanya lakonan dia! Dia pasti ada motif terlindung!
Sardi ini binatang!!!

Tiba-tiba aku terdengar suara Sardi gelak terbahak-bahak.

HAHAHAHAHAHAHAHA! JURIIIII!!! KELUAR KAU! HAHAHAHA

Aku sudah nekad, aku nak lawan dengan Dajal yang bertopengkan manusia ini!
Takut m**i sudah hilang dalam hati aku. Aku jadi marah. Aku sangat marahkan binatang seperti Sardi ini.

Aku berjalan perlahan-lahan. Bersembunyi di balik tembok. Aku tengok ke ruang tengah bunker yang besar dan tinggi itu. Sardi berdiri megah. Di sebelah kiri dan kanannya bersusun-susun askar hantu memegang senjata dan dihalakan ke arah aku.

Askar-askar hantu itu tak ubah seperti zombie yang beruniform tentera. Pada hemat aku, Sardi m******h semua anggota tentera ini dan digunakan jasad mereka untuk upacara dengan syaitan bagi menghidupkan askar-askar hantu yang tunduk dan patuh di bawah arahannya.

Leftenan Sardi: Juri, menyerah sahaja. Kau akan m**i juga malam ni!!! Macam kawan-kawan kau yang lain! Hahahahhahhahhaha

Aku: Woi bodoh! Manusia yang dilaknat! Apa motif kau buat semua ni sial!!!

Leftenan Sardi: Motif? Apa motif aku? Hahahahaha. Selama ini aku bergadai nyawa untuk negara!! Tapi aku dibayar dengan gaji yang rendah rendah!! Aku penat lelah menjalankan misi tanpa gagal!! Tapi mereka gagal lindungi keluarga aku!!!! Anak isteri aku d*****h musuh!!!! Tak ada siapa yang lindungi mereka!!!

Leftenan Sardi menangis dalam kemarahan. Jadi aku sudah tahu niat dia. Motifnya hanyalah untuk membalas dendam.
Aku: Apa yang kau buat ni salah Sardi! Matlamat tak menghalalkan cara! Bukan ini caranya!

Leftenan Sardi: Habis tu? Cara apa yang betul? Terus diperbodohkan dan menyuap duit pencen ke mulut bila tiba hari tua nanti?

Aku: Ini semua pengorbanan kita Sardi…. Sumpah setia kita untuk negara!

Leftenan Sardi: AHHHHHHHHH!!! Aku tak kira! Aku nak menuntut bela. Kau tengok tentera-tentera aku ni semua Juri!!! Mereka takkan m**i..Kami akan serang dan tawan Putrajaya!! HAHAHAHAHHAHAHA

Aku: Sebelum kau serang Putajaya langkah mayat aku dulu!!!!

Aku berlari keluar sambil menembak ke arah hantu-hantu itu dan Sardi. Mereka membalas tembakan aku dan berlari laju menuju ke arah aku.

Terasa pedih apabila beberapa peluru menembusi isi-isi aku. Aku terlantar.. Nafas aku tercungap-cungap. Dada aku berombak. D***h mengalir keluar dari tubuh seperti paip air. Air mata sahaja aku mampu titiskan.

Askar-askar hantu tu mengelilingi aku. Mereka hanya senyum menyeringai melihat aku kesakitan. Wajah mereka hodoh. Terlalu hodoh seperti mayat orang yang d*****h. Sardi perlahan-lahan berjalan ke arah aku. Dia duduk mencangkung di sebelah aku sambil memandang wajahku. Dia tersenyum sinis.

Aku: Sardi…tolong aku..aku nak hidup..tolong aku..uhukk uhukk..

Aku batuk dan mengeluarkan d***h dari mulut.

Kemudian aku tak sedarkan diri. Aku pitam.

Beberapa hari kemudian, aku tersedar. Aku terkurung di dalam sel penjara, tidak berpakaian. Aku lihat segala luka aku sudah pulih. Namun badan aku bertukar pucat. Sejuk macam mayat. Deria aku jadi lebih peka dalam gelap. Fikiran aku dahagakan d***h.Aku bernafsu untuk m******h. Namun aku bernasib baik, ada sebahagian dari diriku yang masih berfungsi sebagai seorang manusia.

Sekarang aku ada dua personaliti.Terkadang aku jadi rakus dan ganas. Kadang aku jadi diri aku, Juri yang biasa. Aku tahu ini ilmu sihir Sardi. Dia telah menjadikan aku sebahagian daripada projek askar hantunya.

“HAHAHAHAHAHAHAHAH AKU MAHU D***H!!!!!”

Jika sesiapa menjumpai mesej ini, aku tulis dalam keadaan sedar sebagai Juri. Aku sudah jumpa komputer di bunker ini. Banyak mesej sudah aku hantar ke bilik operasi. Namun tiada jawapan…
Aku cuba nasib disini.
Selamatkan aku….. Tolong aku………………Kau tahu aku dimana….

FIN

Disclaimer: Cerita di atas adalah fiksyen/rekaan semata-mata dan di adaptasi dari sebuah ‘Urban Legend’. Sebarang perkongsian di luar Fiksyen Shasha adalah bukan atas tanggungjawab penulis.

JURI

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

JURIFS 2

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

122 thoughts on “Spectre [P13]”

    • TO:MUHAMMAD JURI BIN ADIL
      Cerita yang mengagumkan!Tahniah kerana telah berjaya membuatkan diriku berhenti membaca seketika untuk mencari makna beberapa senjata dan alatan yang ditulis!Cerita ini juga mungkin berjaya membuatkan segelintir para pembaca terkasima dengan pengakhiran cerita. Teruskan berusaha dalam dunia penulisan!
      Oh ya,semua manusia di muka bumi ini pernah melakukan kesilapan.Ada beberapa typo yang dijumpai di dalam cerita ini.Tapi takper,lain kali periksa betul-betul ya.Kalau ada masa kongsilah cerita lagi!

      Assalamualaikum

      Reply
  1. Untk pertama kalinya dalam bulan December ni dengan penuh konsentrasi aku baca setiap baris. Bukan sebab nak cari spelling error atau grammar error. Tapi sebab aku rasa macam tengah tengok movie. Hahahahaha. Nice story Juri..as usual.

    Otak kau memang boleh buat batu cincin. Bergeliga. Hahaha

    Reply
  2. Sengaja aku tinggalkan typo dan ayat bersepah agar pembaca membenci aku.hahahah

    Sebenarnya aku kalut nak submit awal sebab taknak publish weekend. tapi akhirnyaa.. weekend jugak admin publish. lantokla.

    Baca dulu. nanti aku thanks korang.muah ciked.hahahr

    Reply
  3. M**i pun x pa kalau untuk cerita yg superb.. Haha

    Your brain works extravaganza then normal people like me did..

    10/10

    Reply
  4. Salam. Bro. Ni citer kedua yang aku baca dari kau. Memang terbaiklah. Yang ritu Collatereal @ Cotercetot pun dah giler b**i terbaik. Baca cerita kau ibarat macam tengok
    movie…Berdebor tahap hawau baca. Boleh pulak nak gi ke bunker ke-3? Apa benda gilalah punya storyline. Aku duk sumpah seranah pasal kau nak ke bunker ke-3 tu. Shit man! Aku dah ketagih dengan karya cerita kau Juri. Please submit other story. Tak sabar!!!! Kalau kau buat novel aku beli dowh. InsyaAllah.

    Reply
  5. As slm.. Nk tanya, navy ek? Navy ada lt muda or lt diya? LtSabri or Capt Sabri? Klu Capt darat 3 paku jer. Klu Capt Navy, satu langkah jer nk one star.. Kompius sikit tang tu

    Reply
  6. There is a perfect intro and perfect selection, Putrajaya. Your imagination running wild, Juri. Nothing than PERFECT! no doubt. Otak begeliga! Nahhh share lagi story, you have been my favourite writer.

    Reply
    • Not so perfect Lina. Ada salah info sikit. Kena tegur dengan PASKAL sudeyhh,,
      Haha..btw akan cuba improve lagi.

      Thanks Lina for supporting me

      Reply
      • Ouch! again adoi haha i know you are readily to face it. Haihh cerita sehebat macam ni kalau nak improve lagi, lepasni pengsan baca hehe.

        Its my pleasure, Juri.

        Reply
        • Haha.Salah pasal pangkat je. Btw, senjata tu semua memang PASKAL guna. Saja buat cerita pasal mereka sebab tak ramai kenal wira negara ni.

          Thanks again.

          Reply
          • Yes about the weapon, Lina boleh nampak kegigihan dan keikhlasan you for making this story outstanding. Buat research dalam dalam eh?

            Dont mention it, Juri haha

          • boleh lah tahan dalamnya. cuma belum sampai tahap berjumpa dengan anggota face-to-face je. Pm pesbuk je..haha

          • Seriously? Good job, Tak sesia baca. I hope anggota tu baca la cerita you ni dan sumbang sedikit crown penghargaan ke hehehe

  7. terbaik juri..baca cerita ko aku rasa mcm aku adalah watak juri..mungkin aku patut tukar jadik ‘juriah’..huhu..
    aku baca penuh kosenteret sampai bekerut2 dahi sbb terlalu menghayati ayat2 ko..detail gile wpun aku xpaham sepatah haram psl senjata tu..huhuhu..buat cerita camni lagi..aku suke..aku bg 9.91/10..

    #sajebagiayathiperbola

    Reply
  8. best citer nihh. sampaikan Diva terbayangkan yang Juri berbadan sado bukak baju. aummm…

    Diva dengan seikhlas hati memberikan 5 bintanggg!!!

    Reply
  9. Cerita yg bagus…tp writer patut lebih aware mengenai pangkat…mana yg lebih tinggi dr yg mana… ie..kejap leftenan…kejap kapten. So beware pd yg tak memahami pssal pgkat dlm ketenteraan ok la kot…kl dah biasa…nampak janggal

    Reply
  10. Platun Bravo, Adam, cekap dalam Oxygen Combat Diving dan Intelligence collector.
    (Tak sangka aku da mahir kaedah sisipan masa ni)

    Reply
  11. Buat cerita berunsur ketenteraan ni fakta kena betul. PASKAL tu Psk khas Tentera Laut. Struktur pangkat TL ni lain dari Tentera Darat dan Tentera Laut. Lt Muda dan Mejar xde dlm TL. Kesilapan macam ni nampak kecil tapi mencacatkan cerita bagi yg tahu dan menggambarkan tahap ketelitian penulis juga.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.