Spirits of The Coin Pembawa Histeria

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca page FS.. First sekali, saya nak ucap terima kasih kepada admin jikalau cerita saya ni disiarkan.. Memang minat dengan cerita-cerita seram yang dikongsikan dalam page ni, so hati saya terbuka nak share pulak pengalaman saya.. Untuk keselesaan dalam bercerita, saya akan guna kata ganti nama “aku” ya.. Ok let’s start!

Untuk sedikit pengenalan, aku masatu baru tingkatan 3 dan sekolah aku ni terletak di kawasan pedalaman dan satu-satunya sekolah menengah area tu.. Kawasan aku ni kampung ye.Sorry, aku taknak ceritakan dengan lebih terperinci sebab benda ni masih fresh lagi dan ada sebab musabab yang tertentu.. hehe

Ceritanya berlaku pada tahun lepas (2018), dalam area bulan 7 macamtu tak silap ingat aku.. Hari Khamis, seperti yang kami sedia maklum, hari tu ada latihan rumah sukan untuk dua buah rumah.. Aku ni dahlah pemalas sangat² nak ikut latihan rumah sukan, sebab memang tak minat kan, tapi aku paksa jugak untuk ikut turun.. So aku deal lah awal-awal dengan 2 orang kawan aku ni, sebab taknak turun sorang-sorang.. Dalam kelas, aku bagitau Pia (bukan nama sebenar) yang aku nak turun dengan dia.. Tapi dia bagitau aku yang Azlin (bukan nama sebenar) dah ajak dia turun sama awal lagi sebelum aku pelawa si Pia ni.. Ok, takpa, aku cadang balik dengan dua orang tu yang aku akan tunggu dorang dekat bas stop otw ke sekolah nanti.. Diorang pun ok dengan cadangan aku..

Balik je aku ke rumah lepas sekolah, area pukul 1-2 tengahari mungkin, si Alia( bukan nama sebenar dan kawan kelas sebelah) ni message aku bagitau yang dia nak turun sama-sama dengan aku.. Aku kesian kat dia so aku ok je.. Dia ni tak sama kelas dengan aku ya. Jam pun menunjukkan waktu sepatutnya untuk aku ke sekolah, entah kenapa hati aku rasa macam berat semacam nak turun latihan sukan haritu So aku putuskan aku nak pergi rumah Pia, kot kot ada si Azlin ni sekali.. Tapi hampa, dia takda.. Aku tanpa banyak kata aku bagitau Pia biar aku je yang bawak dia, lepastu tunggu kat bas stop. Dia pun bagitau dia ok je. Aku jadi lupa terus pasal si Alia ni tadi ajak turun sekali. Jam waktu tu sekitar 2:45, dah nak sampai dekat bas stop, aku dengan Pia ternampak satu kelibat yang pastinya orang, bawak motor dari arah bertentangan, laju jugak dia bawak. Nasib pakai helmet kalau tak aku rasa kalau tudung dia mengerbang dengan dia sekali terbang.. Bila datang dekat, rupanya si Azlin.. Dia pun berhenti dan menyeberang ke arah kitorang..

“Laju gila kau bawak motosikal” ujar aku keadanya
“Hahaha, korang tau tak?” soalnya
“Apa?”
“Aku bawak motor tadi kan, sebab angin yang kuat helmet aku terpaut dengan tengkuk, bukan dekat atas kepala lagi tapi dah kat belakang tengkuk aku, tercekik aku dohh”
Aku dengan Pia apa lagi, gelak sakanlah dengar dia cakap camtu
“Mesti lawak muka kau masatu kan” ujarku lagi
Entah kenapa pulak aku masa ni tetiba teringat dekat si Alia.. Aku rasa bersalah pulak dah sebab lupa dengan dia, terus aku bagitau Pia dengan Azlin nak tak patah balik untuk jemput dia.. Diorang tanpa banyak celoteh, terus iyakan saja dan kitorang pun patah balik untuk ambik dia kat rumah.

Untungnya masatu, dia masih ada kat rumah.. Berhenti kejap pastu gerak ke sekolah.. Pukul 4 lebih, latihan untuk lompat jauh diteruskan.. Time ni jugaklah perasaan entah kenapa aku rasa serba tak kena je dengan haritu.. Tapi aku hiraukan, habis latihan lompat jauh diteruskan dengan lontar peluru. Aku, Pia, Azlin dan Alia duduk sembang dengan yang lain sementara menunggu budak lain habis melontar. Dalam “ketermenungan” aku melihat ke arah surau sekolah, tiba-tiba banyak pulak pelajar tingkatan 1 dan 2 bergerak ke surau, sedangkan setahu aku diorang hanya tunaikan solat Asar hanya pada hari tertentu sahaja tapi bukan pada hari Khamis.. “Ahh, mungkin cikgu ada program lain kot, so pelajar disuruh bergerak ke surau” getus hati kecilku.. Dalam keseronokan bersembang, tiba-tiba suara menjerit di dalam surau kedengaran, sangat kuat! Dan yang menjerit adalah pelajar perempuan.. Makin lama, makin asyik dia menjerit, aku fikir mungkin mereka ni main game ke apa kan.. But no, makin dibiar dan didengar, makin banyak suara jeritan..

Kitorang yang latihan kat padang pun ikut dah tak keruan bila dengar je suara jeritan macamtu, aku cuba amati suara tu dan yes bukan jeritan biasa.. Ia seolah-olah jeritan rasa takut dan lebih tepat disebut “histeria”, pandangan kami mula tertumpu kepada sebilangan pelajar yang mula dibawa masuk ke dalam surau oleh beberapa pelajar lain, yang mungkin terkena di kawasan blok tingkatan. Hati aku mula tak tentu arah, yalah sebab belum pernah jumpa kejadian sebegini rupa. Tambahan pula, aku ni seorang yang penakut yang kalau semut jatuh pun aku terkejut.. Hahaha, takdalah gurau je.. Makin lama, makin banyak pelajar yang dibawa ke surau.. Rata-rata mereka melawan, aku boleh nampak pelajar lain mengerah tenaga mereka untuk lawan balik tenaga pelajar yang terkena tu.. Penat guys, kesian diorang

Dalam 4:30 petang, suara jeritan dalam surau menjadikan suasana pada petang tersebut bising yang teramat.. Kami berempat masih menanti giliran untuk latihan lontar peluru leka memandang ke arah surau di mana pelajar lelaki yang feeling² berani mula mengerumuni kawasan tingkap surau.. Cikgu Hafiz (bukan nama sebenar) melarang kami terutamanya pelajar perempuan dengan sekeras-kerasnya dan mengarahkan kami untuk balik.. Tapi, kami ni memang ada lah perangai “nakal-nakal” sikit, taknak balik sebab nak teruskan latihan.. Cikgu pulak macam dah nak “naik hantu” sebab rata² antara kami taknak balik guys, hahahaha.. Memang degil. Waktu ni aku duduk sebelah Alia, masih rileks kami berdua duk bersembang.. Pastu, diam sekejap dan suara menjerit dalam surau mula berubah jadi suara seakan-akan ada terselit suara tangisan.. Time nilah, kawan aku si Alia bagitau kat aku ” saya tak dapat tahan dengar semua ni, saya takut” katanya padaku sambil menutup kedua telinganya dan memejamkan mata..

Aku dah takut jika apa-apa berlaku dekat si Alia ni, (sebab dia jenis mudah terkena) aku cuba tenangkan dia dan bagitau “Kita pergi kat lain jom, hiraukan suara tu.. Awak boleh” Tapi guysss, dalam aku bagi kata semangat ni lah dia terkena.. Korang tahu dia buat apa? Dia buat drama menangis dengan muntah sekali.. Nasib baik depan kitorang ada longkang, kalau tak naya aku, dengan aku-aku sekali boleh muntah.. Tapi menangis dia taklah sampai keluar air mata tapi seolah-olah dia nk bagitau yang dia ni takut. Aku dah mula rasa seram sejuk, nak lari salah nak stay takut kena cekik pulak. Aku angkat dari tempat duduk dan bersuara kepada Pia
“Aku dah agak, dia mesti akan terkena” getusku dalam nada kecil.
Aku waktu ni boleh dikatakan blur jugaklah, sebab aku tak tahu apa nak buat. Dengan cikgu yang suruh kitorang balik, tapi still nak teruskan latihan, dengan si Alia ni pulak yang terkena. Yang aku takut dia ni kang terkam orang, tak pasal-pasal aku tak nak dia balik sama dengan aku (motor asing-asing). Entah dari mana aku dapat ilham untuk carik member sekelas dia aku tak ingat, tapi masatu memang ada yang suruh carik sebab ada yang nampak kawan sekelas dia lepak kat kawasan berdekatan. (tak carik pun sebenarnya sebab terkalut-_-)

Kitorang bertiga dah blur tak tau nak buat apa, terus buat keputusan nak melontar dulu dan ambik turn orang lain sebab kitorang je yang turun sama-sama dengan dia. Selesai turn lontaran, takda jalan lain dah, aku, Pia dan Azlin terpaksa pergi kat rumah dia.. Masa ni rasa tercabar dan diduga sungguh rasanya, dahlah jarak dari sekolah ke rumah jauh. Kang mak dia takda kat rumah, kan bazir minyak motor aku tapi takpa benda ni emergency (minyak motor pun dah red line sebenarnya T_T). Dalam around 10 minit camtu pecut motor macam kat litar sepang dah feeling bawak motor, terus terjah bagi salam, berkali² aku bagi salam tapi takda orang, hati aku asyik ulang ayat suh aku balik rumah terus, takyah pergi sekolah balik. Tapi atas dasar keprihatinan dan kesian tengok dia, aku teruskan. Tak lama lepastu, adik si Alia ni keluar aku tanya lah mana mak, selamba badak je adik dia jawab “Mak takda kat rumah, dekat *******”. Kan aku dah kata tadi. Rasa nak menjerit nangis pun ada, punya jauh pecut last² mak dia takda, huhu. Terus aku berpaling dan turun langkah 2 anak tangga sekaligus. Balik semula ke sekolah dengan kekecewaan. Sampai je kat sekolah, aku tengok cikgu Farida (bukan nama sebenar) pujuk Alia ni, ajak dia borak-borak. Nasib baik cikgu ada dan cikgu tu pun suruh kitorang carik kawan dia tapi tak jumpa (dah balik kot). Time ni makin rasa tercabar, cikgu Farida suruh kitorang bawak balik je Alia ni. Dahlah mak dia takda kat rumah, takkan nak harapkan adik dia, kecik lagi kot. Tapi, bila fikir balik bagus bawak balik terus daripada terus kat sekolah, makin teruk pulak jadinya. Aku mintaklah Pia bawak motor dia dan Alia tumpang belakang. Azlin ikut belakang dan aku jadi grab kejap tolong hantar kawan aku yang sorang lagi (tidak diperkenalkan)

Yang aku takut, dia buat hal atas jalan pulak, bonceng motor pulak tu. Takut² dia pergi cekik yang bawak motor, terjun ke apa kalau betul depan klinik takpala.. Sepanjang perjalanan tu, terserempak kitorang dengan beberapa orang ustaz yang pihak sekolah hubungi untuk pulihkan keadaan. Tapi, rasa meremang aku belum reda sepenuhnya, masih ada rasa takut, risau dan terkejut dengan kejadian hari tu. Bayangkan yang terkena histeria tu dalam jumlah yang banyak. Nasib baik selamat sampai rumah dia dan kitorang balik rumah memasing. Aku hanya dapat info seterusnya melalui whatsApp. Paling aku tak sangka, seramai dalam 30-50 orang macamtu yang terkena. Paling teruk tak silap aku 2@3 orang. Malam tu aku rasa tak selesa nak tidur, badan tiba-tiba panas dengan pening kepala. Tak rasa macam demam, tapi rasa macam panas-panas dan meremang. Mungkin “terkejut” . Rupanya banyak benda yang berlaku sepanjang proses rawatan tu. Ada yang dibawa luar dari kawasan kampung aku, ada yang dirawat di rumah sendiri. Aku terpaksa skip ya guys sebab nanti panjang sangat storynya.

Keesokannya, hari Jumaat. Pada awalnya semua clear, belum mula lagi main sakat-sakat ni. Masuk sesi pembelajaran yang ke-3@4 (tak ingat) tetiba suasana jadi bising, aku ingatkan ada kelas buat pembelajaran in a fun way tapi aku silap, rupanya pelajar histeria. Dalam blok aku, kelas aku dengan kelas satu lagi je yang “dia” elak nak pergi sakat. Bukan apa, masa benda ni makin merebak, cikgu Lina (bukan nama sebenar) suruh kitorang baca yassin ramai-ramai. Aku apa lagi, sebagai penghulu kelas dan rasa takut menguasai diri, kitorang start baca, habis je ulang balik. Mula tu memang reda, tapi kejap je, pastu sambung balik “dia” ajak main tunjuk² muka depan pelajar (aku rasalah sebab makin menjadi jeritan daripada pelajar). Dari blok ke blok benda tu sakat budak. Memang mencabar iman lagi² aku yang penakut ni. Takut jugaklah sebab benda tu macam sakat blok ni, pastu blok ni. Risau kelas aku pulak yang dia singgah .Nasib baik jugaklah sekolah aku ada pelajar yang pandai mengubat, terhapuslah sikit benda² tu, diorang tak lari cuma bersembunyi. Tambahan blok kitorang ni berdekatan dengan tempat yang sememangnya pihak sekolah larang habis untuk para pelajar pergi sana, memang tak pergi pun. Tengok je tempat tu dah terbayang orang terjun b***h diri (tinggi imaginasi aku)..

Yang menjadikan kejadian hari tu makin syok, Alia ni terkena jugak, mak aihhh. Tapi aku tak tau dia kena macam mana, sebab cikgu buat kitorang kira macam kuarantin camtu, sebab kelas aku salah satu tempat tak kena usik, so aku dengan student lain takleh nak ambik point nak tengok apa jadi. Aku takleh move on bila mana dalam proses pengubatan, ada pulak ambik kesempatan nak berlakon konon²nya dia tu histeria.. Allahu, sempat jugak ye. Mohonlah job dari pengarah, hehe. Kan tak pasal² ada yang malu (just nak make sure dia tak tipu guys tapi cikgu memang tahu mana yang betul kena mana yang tidak termasuk dengan yang dirawat dekat surau pada hari Khamis tu). Yang paling aku tak dapat lupa, ada sorang budak yang terkena ni dia boleh pulak baling dia punya kasut dan terkena jam sorang cikgu ni sebab cikgu tu tepis kasut guna tangan dia. Kalau aku mengamuk rasanya, jam mahal kot. Nasib baik “kau” yang buat kerja, kalau budak tu habis dah dia ni. Mungkin macamni kot bisik hati cikgu tu bagitau kat diri dia sendiri.

Dan aku pulak masani? Seriously, aku tak pernah pun rasa benda macamni sebelum-sebelum ni. Aku rasa lemah sangat semangat aku sebab suara jeritan ada kat mana², aku takleh rasanya terus duduk dalam kelas tu, rasa nak balik rumah je masatu, aku rasa macam nak ambik selimut dan sembunyi. Bacaan yassin tak lagi diteruskan, time ni aku duduk termenung (aku sedar k, still sedar tapi rasa macam dibuai sesuatu) pergerakan aku masih aku ingat cuma tulah boleh kata “lemah semangat” kebetulan pulak masa tu ramai yang ABC. Aku tutup muka dengan kain tuala yang aku bawak, dan aku tutup telinga. Aku jadi seram sejuk, aku lepaskan kain tuala, aku tutup muka dengan tangan pula. Aku takut dengan jeritan sana sini, hati rasa tak kuat. Yang aku fikirkan adalah bagaimana kalau benda tu tunjukkan muka “dia” depan aku, aku terfikir jugak masatu bagaimana kalau aku salah sorang yang terkena. Disebabkan rasa takut yang menguasai, aku tak dapat tahan dah airmata aku. Rasa macam nak lari ada jugak. Aku menangis sambil dipujuk oleh cikgu Lina yang mintak aku untuk kuatkan semangat dan jangan menangis. Diri aku sendiri dah ok, tapi airmata terus mengalir. Cikgu nasihatlah member² aku supaya jangan biarkan aku termenung. Boleh pulak cikgu tu bergurau kat aku dalam di pujuk tu. Yang aku pulak masatu main termenung pun aku tak tau, haih, rasa macam kena belai something je >_<. Around 10 minit gitu, reda jugak rasa hati. Dan haritu pun diisytihar emergency n darurat maybe, semua pelajar balik awal. Dalam masa cuti 2 hari tu pihak ruqyah yang pulihkan keadaan sekolah aku.

Masa pemulihan, sepupu aku ada join sekali atas dasar pihak ruqyah mintak tolong diorang. Sebenarnya dia dengan member dia saja je nak datang sekolah masa proses perawatan tu, tapi memandangkan keluasan kawasan yang nak ditabur garam tu banyak so dorang terpaksalah ikut sekali. Kalau pihak ruqyah sendiri yang tabur berguni² garam, lepas subuh belum tentu habis aku rasa tambah lagi dalam surau tu tempat rawatan semua pelajar, takleh nak tinggal. Sekolah besar kot, nak azan dalam kelas lagi. Ambik masa, so sepupu aku nilah yang tolong pihak ruqyah malam tu. Menurut cerita sepupu aku, mereka berpecah ikut dewan dan ditugaskan untuk mengazankan setiap kawasan. Kumpulan sepupu aku pulak ditugaskan untuk azan di kawasan kuartes guru sampailah kuartes berdekatan dewan. Sepupu aku ni satu hal jugak, boleh dia tercabul bagitau, “rumah tu nampak macam berhantu” sebab dia ternampak rumah tu nampak macam nak runtuh dalam fikiran dia. So, pihak ruqyah yang sama kumpulan dengan sepupu aku terdengar terus ajak anak buah dorang ni (kumpulan sepupu aku) masuk ke dalam rumah tu.. Masuk grouns floor dan tingkat pertama belum jumpa apa-apa lagi (dah azan), naik tingkat kedua pulak, Ahmad (bukan nama sebenar, dan ahli ruqyah) mengajak si Aiman (bukan nama sebenar, kawan sepupu aku) naik tingkat tiga, waktu dorang berdua ni bukak pintu bilik salah satu dalam tingkat tersebut, ada sekor jin dalam bilik tu. Sangat besar badan “dia” dengan mulutnya yang ternganga mungkin terkejut kata sepupu aku. Kerana takut dan terkejut, Aiman terus berlari turun ke tingkat 2 dan diikuti Ahmad. Ahmad waktu tu okey lagi lepastu dia menggeliat sebab kena rasuk. Tapi, dia okay sendirinya ye, betapa kuatnya ilmu diorang. Dan benda tu pulak, zupp hilang dan lari macam angin.

Tak lama lepastu, salah seorang dari mereka digunakan sebagai medium dijadikan perantaraan untuk berinteraksi dengan makhluk tersebut, mulanya Aiman yang jadi medium tapi disebabkan badan dia kecik terpaksa tukar dengan ahli yang lain. Haikal (bukan nama sebenar, kawan sepupu aku) adalah salah seorang ahli kumpulan yang lain pulak yang dijadikan medium seterusnya dan berjaya berinteraksi, sempat lagi benda tu ajak dia baring sebab penat lari sana sini dari geng ruqyah. (tau jugak dia penat, hehe) Si Aiman pulak dikira untung lah jugak sebab hijab dia sebelah terbukak dengan sendiri menyebabkan member sepupu aku yang lain cemburu. Habis perbualan dengan makhluk tersebut, kumpulan sepupu aku turun balik ke ground floor dan azan dll. Selesai sesi kat rumah tersebut, mereka bergerak ke kawasan tangki air dan membentuk bulatan mengelilingi kawasan tangki tersebut. Aku teringat tempat tu pun seriau, terbayang orang kat atas tangki tu. Masa nilah dorang buat sesi azan dan sesi tarik-menarik (macam berlawan gitu) sebab sorang budak (ahli dalam kumpulan sepupu aku)ikut “ajakan” dari makhluk tersebut masuk ke dalam hutan belakang tangki tersebut. Tak pasal pasal kena tampar 3 kali baru dia sedar yang dia tengah ikut makhluk tu. Kawasan ni memang tak elok, sebab tu pihak sekolah larang untuk berlegar kat situ. Pagi dalam area 4@5 pagi camtu baru selesai atau mungkin lepas Subuh sebab banyak yang dorang jumpa malam tu. Ada pocong, pontianak. Cuma dorang tak nampak, ustaz ruqyah tu yang bagitau waktu dorang tabur garam sekeliling sekolah. Sepupu aku nak tak nak tahan je lah kalau taknak kena sampuk, haha..Ada antara jin yang muncul ni adalah jin kafir. Ada yang degil sampai kena pancung sebab yelah dahla degil, taknak pergi tempat asal pulak tu. Dorang jugak azan dari kelas ke kelas dan ada makhluk yang dorang jumpa ketika sesi ni berlangsung. Banyak jugak yang sepupu aku cerita kat aku, tapi aku ingat² lupa. (dia cerita time nak masuk maghrib, aku takleh fokus sebab takut hahaha)

So, lepastu kitorang student² ni dapat tahu yang punca histeria ni berpunca daripada permainan Spirit Of The Coin. Ya Allah, tersentap aku bila dapat tahu ada student yang main benda macam ni. Kalau pandai pulangkan ok lagi, tapi ni tak, biar je tak pulangkan balik. Aku dapat terima kalau makhluk tu balas “Ya” bila kita suruh dia balik, tapi kalau dia balas “Tidak”? Haa tahulah nasibnya nanti. Tambahan lagi, kawasan sekolah aku tu unik sikit sebab berdekatan dengan kawasan pelancongan yang memang ada benda tu.. Ok aku bagi hint, tempat yang berpasir dan tepi laut, hehe.. Kalau boleh, aku nak pesan jangan sesekali nak cuba main game spirit of the coin ni, mungkin kita yang main game ni tak susah tapi orang lain yang kena, yang susah.. Banyak lagi game lain yang kita dapat main, jangan try yang ni. Banyak kesan dia, jangan fikir game ni untuk suka², habis duka² tak diambil kira? Terfikir nak ikut orang main game ni pun jangan. Bukan untuk keseronokan. Mainlah permainan lain yang bermanfaat, bukan yang boleh panggil makhluk halus macamni. Bukan kita je kat muka bumi ni, ada banyak makhluk ciptaan Allah yang lain. Antara nampak dan tak nampak je. Allahu, Wallahu Alam.

Masuk je sekolah minggu seterusnya, dah takda lagi dah kejadian macam ni.. Dan aku dapat banyak mesej dari kenalan whatsApp tentang apa yang berlaku sebenarnya, aku jawab setakat yang aku tahu. Tak berani nak tokok tambah, takut silap dan takut² akhirnya jadi fitnah pulak. Alhamdulillah setakat ni masih okey lagi harap² kekal.

Added story*
Mak aku ada cerita, ada sorang abang ni cod makanan untuk cikgu yang tinggal kat kawasan sekolah. Untuk ke tempat cikgu tu, abang cod ni kena lalu kawasan padang, masa dia lalu kat padang tu mata dia tertumpu kat satu benda berkain putih ni berdiri atas bumbung astaka dan gedebuk jatuh benda tu. Tak tahulah betul ke tak, Wallahu Alam. Cuma aku dapat bayangkan kejadian ni.Kalau betul, harap² abang tu ok dan tak apa-apa je masatu.

Minta maaf sekiranya cerita ni tak best, cuma sekadar berkongsi pengalaman dan inshaa allah akan saya perbaiki. Mungkin tak seram bagi pembaca, tapi bagi saya kejadian nilah paling trauma dibuatnya dalam hidup saya, hehe. Syukran ya semua! Dan jangan sesekali melakukan perkara yang dimurkai Allah.

hantar kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
Masnini

15 thoughts on “Spirits of The Coin Pembawa Histeria”

  1. Cerita ok tapi banyak sangat isi dan bahagian yang tak perlu dan tak bermakna pada cerita, kalau tak tulis pun tak merosakkan point asal. I lost interest to read it after few paragraphs. And every paragraphs were tooooooo looooongg too with no real points!

    Reply
  2. Byk sgt memusingnye…straight to the point…tajuk spirit of the coin…tp byk yg x perlu….tpaksa skip…dr ade mood nak bce,,,trus ilang mood…

    Reply
  3. Dik. Sorry dik.?Akak tak baca. Terus langkau ke komen. Rasa pening bila baca karya BBNU (budak baru nak up) kat FS ni. Baca intro pun aku dah tau, “ni mesti budak form 2-form 4 yang anta cerita.”

    Reply
  4. Bukan ape .. cuma banyak sangat benda yg tak perlu diletakkan awak letakkan .. jadi point untuk fokus tu lari .. but okey jugak cerita ni best dan boleh jdikan pengalaman untuk semua org .. sekian.. @_@

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.