SPM 2006

Assalammualaikum.

Aku hairan, kenapa setiap kali musim peperiksaan, mesti ada gangguan dari makhluk Allah yang lain. Kadang-kadang aku fikir, adakah hanya ilusi kerana penat, atau pelajar dalam keadaan stress? Aku tak tahu. Korang pernah fikir tak apa yang aku fikir? Cerita yang aku ceritakan ni takdelah seram sangat.
Ok, jom ikut aku balik ke 12 tahun yang lepas. Waktu tu, aku jadikan masa prep sebagai masa tidur yang enak, tapi bangun awal seawal 3.30 pagi untuk belajar. Walaupun pelbagai siri histeria dan gangguan yang berlaku sebelum tu, aku langsung tak ada perasaan takut masa berjalan sendirian di koridor, menuju ke arah tandas di hujung asrama. Aku pun tak tahu lah kenapa. Aku boleh mandi dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Selesai mandi, pakai baju, aku terus ke pantri buat air, dan angkut buku ke bilik prep. Aku belajar dalam keadaan tenang ditemani bunyi cengkerik. Ok je. Tak ada masalah.

Itulah orang kata, kalau belajar waktu-waktu macam ni memang senang masukkan? Memang betul. Jadi ada sorang kawan aku ni, katanya nak joinlah aku study pagi-pagi buta macam tu. Ok jugak, sebab kalau study berdua boleh la bincang-bincang, cepat lagi faham. So, macam biasa aku bangun awal dan aku call kawan aku untuk kejutkan dia. Masa tu pakai 3310 lagi. Tu pun sorok bawak locker takut kena rampas haha. Eh melalut pulak.

Tapi hari ni aku rasa lain sikit, masa berjalan dekat koridor tu, mata aku asyik tengok atas. Bilik dekat atas tu memang tak ada orang duduk, sebab ada penghuni lain. Hehehehe. Aku abaikan je perasaan tak best dalam hati. Aku tengok kawan aku macam ok, so aku pun ok je lah. Perasaan je kot. Lepas mandi, aku dengan kawan aku gi lah bilik prep.

Waktu tu, kita orang bincang-bincang subjek Kimia. Aku slow sikit bab-bab kimia ni. Tengah kawan aku explain macam mana nak solve soalan yang kitorang tengah buat, aku rasa macam pelik sikit sebab pagi ni sunyi sangat. Cengkerik pun tak berbunyi. Angin pulak amboi sepoi-sepoi bahasa. Sedap betul kalau nak tidur balik ni.

BAMMMM!!!! Pintu bilik prep terhempas. Hampir nak terpelanting aku pensel aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Rasa macam suppp!! Naik ke atas perasaannya. Melihat muka aku yang obviously masih terkejut, kawan aku pun kata “Ala, rilex la, biasalah angin kot.” Yes. Aku pun salahkan angin yang tolak pintu tu. Aku pun abaikanlah. Kitorang sambung balik bincang.

BAMMM!! Sekali lagi bunyi pintu terhempas. Aii, apa pulak ni. Aku pun mula terfikir, tadikan aku kata, angin sepoi-sepoi bahasa. Celah mana pulak, angin sepoi-sepoi bahasa boleh buat pintu terhempas macam tu sekali. Aku pun tolehlah ke arah pintu, aik elok je pintu terbuka. Tadi masa masuk memang aku biarkan pintu tu terbuka je. Aku fikir, kalau dah terhempas yang first tadi, mestilah pintu dah tertutup, takkan terhempas sekali lagi. Lepas tu, ni elok pulak terbuka.

Aku pandang muka kawan aku yang jelas dah mula goyang. Tapi tak sorang pun bukak mulut cakap apa-apa. Tapi tangan masing-masing dah start tutup buku, kemas-kemas apa yang patut. Masa kitorang dah siap kemas, dengan tak semena-mena kitorang serentak pandang dekat tingkap tepi kitorang tu. Nah, melayang pulak kain putih kat situ. Terjuntai-juntai.

Memang tak banyak cakap lagi, aku dengan kawan aku terus berlari sama-sama masuk dalam bilik aku. Bilik aku berdepan je dengan bilik prep aku. Bilik kawan aku sebelah je. Tapi memandangkan masing-masing dah cuak, dia ikut je aku masuk dalam bilik aku. Terus je baring dekat katil. Sempit pun sempit la, aku pun perlukan dia masa ni. Kawan aku ni non-muslim. Sebelum pergi study tadi, sempat jugak la dia ambik rosary dan sangkut dekat leher dia. Dia pegang erat-erat rosary tu, sementara aku pulak baca ayat kursi.

Aku dengan kawan aku pejamkan mata sambil berharap kitorang dapat tidur terus. Tak fikir apa dah. Tapi tu la, bila kau dah takut, memang tak lah kau dapat tidur. Masa tu la kitorang dengar bunyi macam berdehem, ke humming ke. Ya Allah, masa tu tuhan je tahu ketakutan aku. Kawan aku peluk aku sampai aku rasa macam tak bernafas. Tapi kejap je bunyi tu, lepas tu takde dah. Dalam hati aku berdoa, cepat-cepatlah kawan lain bangun. Cepat-cepatlah siang. Waktu tu aku dah tak tahu jam pukul berapa dah. Rasa macam lambat pulak masa berlalu.

Lepas tu tau-tau je bilik dah cerah. Maksudnya kawan-kawan yang lain dah bangun. Aku pulak tertidur tak tau bila. Tangan aku lenguh dan berat, tu dia kawan aku landing baik punya dekat lengan aku. Muka dekat ketiak aku sambil pegang erat rosary. Aii, kesian pulak dia. Aku gerakkan dia. Terpisat-pisat dia bangun. Kawan-kawan lain pandang kitorang macam lain macam je.
Hoi, aku bukan lesbian ok! Lepas kejadian tu, kitorang tak serik pun. Masih lagi tido masa prep dan study awal pagi. Tabah tak? Pernah sekali sampai angkut tilam bantal. Time tu pun ramai pulak yang join kitorang angkut tilam bantal pergi bilik prep. Oklah, sampai sinilah cerita tak berapa nak seram dari aku. Bye!

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Hama

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

19 thoughts on “SPM 2006”

  1. Gila ahh pegi study sorg² kt bilik prep.. aku dulu study kt dlm bilik pun tgk roommate dulu.. klu semua dh tido, xde la aku nk study sorg²… seram wooo nnt ada benda lain ikut study..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.