Assalam warga FS sekalian. Thanks admin sebab sudi uploadkan. Ini merupakan sambungan pada kisah Nadia yang pernah aku ceritakan dulu. Sensitif betul isu sambung-sambung cerita dalam komuniti FS sekarang ye. Oleh itu, aku tak nak buat sambungan. Jadi, bertabahlah baca cerita yang agak panjang ni. Okay, seperti yang semua orang dah tahu, Nadia mengambil alih si penjaga daripada tok wan dia. Dan ini adalah perjalanan hidup Nadia sejak dia take over panglima dan kesannya terhadap insan-insan tersayang dalam hidup dia. Semoga apa yang diceritakan Nadia ini boleh menjadi iktibar untuk kita semua.
Kisah Nadia
Bila pertama kali aku dapat si penjaga ni, aku bermimpi. Mimpi di mana tok wan aku menyerahkan kepada aku sepasang persalinan pakaian lelaki. Klasik macam zaman pendekar punya pakaian. Dalam upacara penyerahan, aku dikehendaki untuk m******r sedikit tanganku untuk menitiskan d***h pada pakaian tersebut. Bila aku terjaga dari mimpi, aku dapati tanganku luka. Sama seperti kelaran yang berlaku dalam mimpi. Masa tu aku tau yang penjaga dah menjadi milik aku. Supaya semua orang boleh faham, biar aku cerita kenapa aku obses dengan si penjaga walaupun aku tau bahawa perbuatan itu syirik dan salah di sisi agama. Ini kerana penjaga pernah menyelamatkan aku suatu ketika dahulu. Waktu aku baru berumur 8 tahun, aku tinggal bersama dengan tok wan dan nenek. Parents aku mengalami masalah rumahtangga mereka dan berada di ambang penceraian.
Disebabkan tertekan masalah keluarga, aku ada develop stuttered speech syndrome. Aku jadi takut nak bercakap dan bergaul dengan orang. Ini menyebabkan aku selalu jadi mangsa buli. Aku ingat lagi, petang tu aku duduk tepi sawah tok wan melepak lepas minum petang, tiba-tiba datang sekumpulan budak lelaki. Ayip and the geng. Satu kelas dengan aku. Mula-mula mereka mengejek aku, aku boleh terima lagi sebab dah terbiasa mungkin. Tapi mungkin sebab tengok respond aku krik krik je, Ayip tolak aku sampai terjatuh masuk ke dalam sawah bendang. Aku ingat rasa yang sakit sangat. Tapi macam ada keajaiban. Tangan Ayip yang menolak aku tu tiba-tiba cramps dan tak boleh bergerak. Semua kawan-kawan Ayip dah panik.
Tiba-tiba muncul tok wan aku entah dari mana tak tau. Dia bawa sebatang kayu dan mengacah-ngacah budak-budak tu untuk memukul mereka. Apa lagi bertempiaran lari semua balik ke rumah masing-masing. Tok wan pimpin aku keluar dari bendang tu dan bawa aku balik rumah. Tapi aneh jugak. Sepanjang perjalanan tok wan takde berkata-kata apa-apa pun. Bila sampai kat tangga, tok wan mengangkat tangan dan belai rambut aku sambil tersenyum sebelum beredar dari situ. Aku memerhatikan tok wan yang menghilang ke belakang rumah.
“Nadia, kenapa sampai berlumpur ni?”, tok wan keluar dari anjung rumah. Terkejut aku. Tapi aku tak ceritakan apa-apa pada tok wan. Aku rasa pembaca semua boleh agak kan siapa or lebih tepat lagi apa yang pimpin aku tadi? Malam tu, rumah tok wan didatangi keluarga si Ayip. Mak dan ayah Ayip merayu-rayu supaya tok wan lepaskan si Ayip. Kata mereka, tangan Ayip tak boleh bergerak langsung. Tok wan meminta supaya Ayip ceritakan apa yang berlaku. Aku perasan tok wan tersenyum senang sebelum tok wan minta Ayip supaya minta maaf dengan aku. Lepas je Ayip minta maaf dengan aku, terus tangan dia boleh bergerak. Pada malam yang sama jugak, tok wan bercerita dengan aku mengenai panglima. Dan sejak dari tu, aku tak takut dengan sesiapa lagi. Sebab aku tau panglima ada untuk protect aku. Itu titik permulaan obsesi aku dengan panglima dan ada banyak lagi kisah aku dan panglima sepanjang aku membesar tapi aku akan skip.
Berbalik kepada main story yang nak aku ceritakan tentang panglima dan kesan dia kepada orang-orang sekeliling aku. Masa aku mula-mula jumpa hubby aku, panglima tak berkenan langsung dengan dia. Selalu datang dalam mimpi aku untuk suruh aku lupakan hubby aku. Mungkin sebab hubby aku boleh dikatakan baik dan alim jugaklah. Sembahyang tak tinggal semua. Pada awalnya, aku mendengar kata panglima. Aku shut off hubby (masa ni belum kahwin lagi) aku. Bila dia mesej, aku tak balas. Bila dia call, aku tak jawab. Tapi dia sangat persistent sebab dia kata kat aku dia sangat confident aku ni jodoh dia. Lama-lama aku cair jugaklah dengan kebaikan dia especially dekat mak aku. Aku tinggal dengan mak aku lepas parents aku bercerai. Bila mak aku dah berkenan, akhirnya aku pun terima pinangan hubby aku. Ya Allah, sepanjang pertunangan, macam-macam perkara berlaku. Aku akan ceritakan yang teruk-teruk je supaya tak panjang sangat kisah ni.
Pada awal pertunangan, hubby aku sangat busy. Katanya nak kumpul duit. Jadi kami jaranglah dating berdua. Kalau dating pun, mesti ada mak aku. Ada satu hari ni, aku call tunang aku tengah-tengah malam. Kononnya nak bergayut sebab dah dekat sebulan lebih tak jumpa. Hampir nak gugur jantung aku bila perempuan yang jawab. Tengah malam kot.
“Siapa ni?” aku bertanya. Perempuan tu tak jawab tapi gelak. Aku dah mula panas hati. “Kenapa kau ada phone tunang aku?”.
Tapi sia-sia. Perempuan tu cuma gelak dan lepas tu letak telefon. Lagilah hati aku terbakar. Aku call lagi sekali tapi kali ni tunang aku yang jawab. Aku pun apa lagi. Sembur dia habis-habisan. Dia beria-ria menafikan yang dia takde perempuan lain kat situ. Malam tu aku tidur dalam keadaan marah. Panglima menjelma dalam mimpi aku. Dalam bentuk bayang-bayang hitam. Dia kata yang dia sudi untuk hapuskan tunang aku kalau aku nak. Just say the word, tak delah panglima tu speaking London, tapi lebih kurang macam tulah maksud dia. Itu kali pertama panglima offer untuk b***h tunang aku. Aku ni walaupun marah tapi hati masih sayang kat tunang. So, aku biarkan saja tawaran panglima.
Tapi sejak dari hari tu, aku mula berubah. Aku jadi paranoid dan tak percaya pada tunang aku sendiri. Ada satu hari tu, tunang aku datang rumah nak celebrate birthday aku, tapi depan-depan dia aku campak kek yang dia beli tu masuk tong sampah. Mak aku sampai marah kat aku sebab tak hargai pemberian orang. Tapi aku tak peduli. Sebab aku rasa marah sangat-sangat. Bila aku nampak tunang aku depan mata, perasaan marah aku macam ada suis yang automatik on. Tak tau kenapa. Ada sampai satu tahap tu, aku ambil cuti just untuk stalk tunang aku. Aku follow dia dari pagi sampai malam macam private detective. Untuk tengok dia dengan siapa. Tapi tak ada pun. Dia elok je setia.
Satu petang tu, kami keluar berdua pergi main boling sebab mak aku tak minat game ni, balik tu singgah kat masjid Shah Alam nak asar. Bila masuk je perkarangan masjid, hati aku tak tenang. Berdebar-debar tak tentu pasal. Bila melangkah je masuk ke ruangan masjid itu, aku rasa kaki aku macam terbakar. Aku tak boleh berjalan sebab rasa tapak kakiku melekat kat lantai masjid tu. Nasib baiklah ada mak cik yang baik hati pimpin aku keluar masjid. Sudahnya, aku tak solat, tunggu tunang aku kat kereta. Aku check kaki aku, memang ada kesan hitam macam terbakar tapi takdelah teruk sangat. Masa tu aku dah start rasa aneh. Sebab dekat rumah, aku solat elok je, tak pernah pun jadi macam ni. Tapi ni memang first time aku melangkah ke masjid lepas aku terima panglima dari tok wan. Bila tunang aku keluar, dia nampak hairan tengok aku tapi dia tak cakap apa-apa sampailah tiba kat rumah aku.
“Awak, jangan tinggal solat lagi tau,” nasihat tunang aku. Macam mana dia boleh tau, aku pun tak tau. Bila tanya dia sekarang, dia just sengih dan cakap yang dia teka je. Sebelum aku masuk ke rumah, tunang aku sempat bersyarah secara ringkas tentang solat dan sebagainya. Masa tu aku dah nak menangis dah. Sebab aku rasa aku ni jahat sangat buat benda-benda khurafat. Banyak benda jahat yang aku dah buat melalui panglima. Aku rasa macam tak layak untuk tunang aku. Sebaik-baik tunang aku, dia pun manusia jugak. Kesabaran manusia ni ada limit. Ada satu kejadian yang berlaku semasa hari Family Day company dia yang menyebabkan kami hampir putus tunang. Sejak awal pagi, mood aku baik dengan tunang aku. Bila ada aktiviti berkumpulan dengan kawan-kawan sekerja dia, aku join. Tapi aku start naik angin bila aku nampak tunang aku dengan officemate dia (perempuan) sedang berbual mesra. Aku jadi cemburu buta tak memasal. Aku ingat lagi masa tu ada bisikan halus kat telinga aku.
‘Serahkan semuanya pada aku. Aku akan selesaikannya untuk kau.’Lepas dengar bisikan tu, aku dah tak ingat apa-apa. Bila aku sedar balik, aku nampak tunang aku tengah heret aku masuk dalam kereta dalam keadaan marah.
“Kenapa ni? Kenapa kita balik?”, tanya aku blur.
“Awak tanya lagi kenapa? Awak dah saya malukan saya tau. Kenapa awak cekik dia? Apa yang dia dah buat kat awak?”.
Cekik? Cekik siapa? Aku tak ingat apa-apa. Dalam kereta yang sudah bergerak, aku sempat tengok kat padang di taman tersebut. Nampak seorang perempuan yang sedang dikerumuni orang. Tapi tak jelas apa yang terjadi. Aku lihat ke tangan aku. Ada sikit kesan merah macam d***h kat kuku aku.
“Saya cekik dia?”.
“Kalau dia buat laporan polis, saya tak tau nak cakap apa,” kata tunang aku. ”Apa yang buat awak sampai nak cekik dia?”.
Aku terdiam. Kau ke panglima? Ini ke cara kau nak selesaikan masalah ni? Ke kau sengaja nak buat tunang aku marah? Kenapa kau buat dia benci aku? Aku memandang tunang aku. Riak dia masih tidak berubah. Bila kami tiba di rumah aku, mak aku yang tak tau apa-apa menyambut mesra kami. Dalam diam, aku memandang tunang aku, takut kalau dia ceritakan kat mak apa yang terjadi.
“Mak cik, saya rasa mungkin jodoh saya dan Nadia sampai sini aje kot,” kata tunang aku. Mak aku yang ceria tadi hilang senyuman. Aku menjangkakan keputusan ni tapi aku tak sangka secepat ni. Tunang aku menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi dan tentang sikap aku yang asyik marah dengan dia kebelakangan ini mungkin aku sengaja mencari cara untuk memutuskan perhubungan kami. Aku ingat yang mak aku menangis meminta tunang aku supaya jangan pergi. Melihat kekecewaan mak aku, aku jadi tak sampai hati.
Petang tu, depan mak aku dan tunang aku, aku cerita semua benda pasal tok wan dan penjaga. Aku tengok masa tu mak aku dah menangis macam nak histeria. Dia tak sangka yang selama ni anak dia buat perjanjian dengan syaitan. Sementara, tunang aku masih cool lagi walaupun dia beristighfar banyak kali mendengar cerita aku. Lepas tu, dia pun cerita memang sejak dia kenal aku, dia mula alami gangguan yang aneh-aneh. Tapi aku akan skip kisah dia sebab tak nak cerita ni jadi panjang sangat. Ni belum masuk gangguan time aku dah berkahwin lagi.
“Awak, kita pergi berubat ye? Nanti saya tanya abah kalau ada kenal sesiapa,” kata tunang aku. Aku pun setuju. Mungkin sebab dah ada niat nak buang dia ataupun mungkin dia dengar yang aku nak berubat, malam tu aku dan mak aku diganggu habis-habisan. Lepas tunang aku balik, aku tidur dengan mak aku. Tapi kami berdua berjaga. Sebab sepanjang malam tu ada bunyi mencakar dinding.
Bam! Bunyi pintu dihempas. Bunyi tersebut berlangsung beberapa kali. Prang! Kami dengar bunyi pinggan mangkuk pulak pecah dekat dapur. Paling parah, bila tiba-tiba langsir bilik mak aku terbakar. Tak tau macam mana padahal tak da sumber api pun. Jenuhlah kami berlari ke bilik air dan bergilir-gilir bawa segayung air untuk padam api. Nasib baik berjaya tapi hanguslah langsir. Ingat nak pakai sampai raya tapi takpelah beli barulah nampaknya.
“Kalau kau berani buang aku, nyawa mak kau aku ambik,” kasar dengar suara bergema dalam bilik tu. Aku dan emak saling berpandangan. Aku ketakutan. Takut kalau apa-apa terjadi pada mak disebabkan aku.
“Aku tak takut dengan kau lah setan. Allah yang tentukan hidup m**i aku. Anak aku akan buang kau. Biar kau terbakar dalam neraka nanti,” balas mak aku garang. Aku pun terkejut sebab tak sangka mak aku yang lemah lembut tu berani melawan kata panglima.
Tiba-tiba semua bunyi hilang. Senyap sunyi. Baru nak menarik nafas lega, tiba-tiba aku nampak mak aku tercampak ke dinding. Dia melekat kat dinding sambil tangan duk pegang leher. Macam ada orang cekik dia. Tapi aku tak nampak apa-apa. Aku panik dan cuba dekati dia. Tapi aku tak dapat nak melangkah walaupun setapak. Macam kaki aku tergam di lantai. Akhirnya aku terduduk menangis apabila melihat mak aku dah macam separuh m**i cuba untuk melepaskan diri. Bola mata hitam dia dah tak kelihatan. Mata putih dia dah naik.
“Lepaskan dia. Lepaskan dia,” aku meraung. Sekuat-kuat hati. Tiba-tiba mak aku terjatuh ke lantai. Bila rasa badan dapat bergerak, aku berlari mendapatkan mak aku. Ada bekas merah dekat leher dia. Mak aku nampak lemah sangat.
“Buang benda ni, Nadia,” bisik mak aku, tercungap-cungap. Lepas subuh, kami keluar bilik dan nampak macam rumah tu dilanda ribut. Tunggang terbalik sofa di ruang tamu, tv kami pecah di lantai, pinggan mangkuk mak berterabur di dapur. Aku call tunang aku dan cakap nak pergi berubat hari tu jugak. Kami mengemas rumah sambil tunggu tunang aku datang. Lepas tengok mak aku semalam, aku rasa menyesal sangat. Disebabkan aku semua benda ni terjadi.
Dah sampai tempat berubat tu, ustaz tu pelawa kami semua masuk. Bapa mertua dan mak mertua aku pun ada sekali time tu. Sebab ustaz tu kira best friend lah dengan keluarga mertua aku. Bila aku masuk, ustaz tu dah pandang aku semacam. Bukan semacam ala-ala creepy menggatal macam tu. Semacam lebih kepada marah. Tapi aku buat-buat biasa lah.
“Awak yang nak berubat tu ye?”, tanya ustaz pada aku. Straight to the point. Aku mengangguk. “Benda ni awak ambik sendiri kan?”, Keluarga mertua aku terkejut. Masa tu aku dapat teka yang tunang aku tak cerita secara details kenapa aku nak berubat. Masa tu aku dah redha dah, kalau mereka tak nak terima aku sebagai menantu pun tak pelah. Aku pun faham kekurangan aku. Lepas tu, ustaz tu memulakan upacara berubat. Tak yah cerita details la eh. Tapi di hujung proses tu, ustaz tu sempat cakap.
“Saya tak boleh nak buang dia atau perangkap dia sebab dia tak ikut awak sekarang. Tapi saya pagarkan awak supaya dia tak boleh masuk ke badan awak. Awak ada bagi dia d***h kan? Sebab tu mudah untuk dia selitkan rasa marah macam tu. Sebab dia masuk ke dalam badan awak dan mengalir ikut aliran d***h awak.”
“Tapi ustaz, ada tak cara untuk saya buang dia jauh dari hidup saya?”, tanya aku.
“Awak terima dia dengan barangan ke lafaz ke macam mana?”. Aku terus cerita pada ustaz tentang mimpi aku. Sempat aku jeling ke mak mertua yang dah nampak takut semacam. “Kalau macam tu, cari sepersalinan tu dan bawa ke sini. Mungkin kita boleh usahakan sesuatu.”
Minggu berikutnya, aku balik ke rumah tok wan bersama emak aku. Tunang aku tak ikut sebab dia kena pergi outstation. Anak tok wan ialah ayah aku. So, tok wan aku ni kiranya keluarga mertua emak. Selepas bercerai, memang mak jarang balik sini sebab tok wan dan nenek aku tak berapa suka kat mak. Kata mereka, mak yang salah dalam penceraian tu bukan mereka. Aku mulanya nak balik seorang sebab nak elak perselisihan faham tapi mak aku bertegas nak ikut. Dia cukup marah dengan tindakan tok wan memberi warisan keluarga yang syirik tu kepada aku.
Rumah tok wan
Ketika kami sampai, suasana agak tegang. Tapi disebabkan tok wan dan nenek aku orang Melayu, mereka masih menjaga adab dengan mempelawa aku dan emak untuk tinggal di situ. Malam tu, aku membuka mulut bercerita tentang penjaga dan tujuan aku datang ke situ pada hari itu iaitu untuk mengambil bungkusan sepersalinan pakaian.
“Dia marah dengan kau. Kenapa kau jumpa ustaz tu? Semalam dia balik sini, menangis sepanjang malam katanya kau tinggalkan dia,” kata tok wan tenang.
“Saya dah tak nak lagi penjaga tu tok wan. Saya dah tak perlukan dia,” kata Nadia. Gung! Rumah tu bergegar. Seakan-akan marah dengan kata-kata aku.
“Kalau kamu tak nak dia kenapa kamu mintak dengan tok wan dulu?!”, suara tok wan sedikit meninggi.
“Sudahlah abah. Benda tu syirik. Anak saya dah insaf. Jangan rosakkan hidup dia lagi,” balas mak pulak marah. Tok wan menjeling tajam pada mak aku tapi tak berkata apa-apa. Dia masuk ke bilik dengan marah.
Malam tu jugak, aku menyelinap ke dalam bilik bacaan tok wan. Bilik ni nama je bilik bacaan tapi sebenarnya digunakan tok wan untuk menyimpan barang-barang memuja panglima. Cucu-cucu tok wan yang lain semua tak berani masuk ke dalam bilik ni. Mereka kata selalu nampak lembaga berbulu lebat dalam bilik ni. Disebabkan dah terbiasa dengan bilik ni, aku pun mencari dan menggeledah bilik tersebut. Sehinggalah aku ternampak ada satu bungkusan hitam dalam sebuah almari cermin usang. Aku buka bungkusan tu, bingo! Sepersalinan baju pendekar seperti dalam mimpi aku. Aku terus bungkus balik dan bawa bungkusan tu ke bilik aku.
Esoknya, aku dan emak bergerak balik awal selepas sarapan pagi. Lagipun layanan tok wan dan nenek sudah jelas hilang kemesraannya pada kami. Bila sampai je kat rumah, aku terus buka bungkusan tu. Tapi dah tak de baju dalam tu. Cuma ada daun-daun kering je. Aku tak tau sama ada tok wan atau nenek yang ambik semula baju tu. Mungkin jugak panglima sendiri. Siapa tahu. Kesimpulannya, rancangan aku untuk membuang si penjaga gagal.
Hari perkahwinan
Berbulan selepas rancangan pertama gagal, tunang aku meminta dipercepatkan pernikahan. Kata dia lebih elok jika kami disatukan sebab kami kerap sangat keluar bersama semasa aku dalam proses berubat. Aku pun setuju je lagi-lagi bila mak dah bagi greenlight. Semasa hari pernikahan, aku terima satu panggilan daripada seseorang yang bagitau tunang aku accident, jadi majlis terpaksa dibatalkan. Aku punyalah meroyan tak tentu pasal sampai kena ada dua tiga orang pegang aku. Tengah-tengah aku berdrama tu, boleh pulak muncul tunang aku dengan rombongan dia dengan muka yang happy. Dalam hati aku menyumpah, siapa pulak lah yang prank aku?
Tapi lepas beberapa bulan berkahwin, barulah hubby aku bukak cerita yang terjadi semasa dia dan rombongan on the way nak ke rumah keluarga perempuan. By the way, kami tak kahwin di Kedah sebaliknya majlis dibuat di Perak sebab keluarga mak aku ada di situ. Pagi tu, hubby aku dengan keluarga dia gerak dari homestay berhampiran dengan rumah aku. Nak gerak dari KL karang jauh sangatlah pulak. Tapi bila dah semua ready nak pergi tu, kereta tak boleh start. Bukan kereta hubby aku je tapi semua kereta rombongan. Gila tak gelabah. Takkanlah rosak sampai berjemaah sekali semua. Tapi pak cik hubby aku yang juga seorang imam kat kampung dia ada baca-baca sikit doa. Dia kata ada yang nak mengusik ni. Lepas mereka sama-sama ikut berdoa, alhamdulillah semua kereta pulih. Perjalanan pun dimulakan.
Dalam perjalanan, kereta tunang aku duduk paling belakang sekali. Tapi bukan dia yang drive pun. Amir, sepupu rapat dia yang take over stereng sebab tunang aku kata dia nervous sikit time ni. Bam! Tengah seronok berduet lagu Memori Berkasih dengan Amir tiba-tiba belakang kereta tunang aku kena langgar. Maunya tak panik. Bila toleh, tengok kepala lori kat belakang kereta. Kemudian, Amir pullover tepi jalan. Lori tu pun sama.
“Encik, saya memang tak nampak kereta encik tadi. Saya nampak jalan depan tu kosong,” jelas pemandu lori tu. Mulanya, tunang aku dengan Amir fikir yang driver lori tu auta je. “Bila saya jalan, saya dengar bunyi macam saya langgar sesuatu, sebab tu saya berhenti. Lepas dah berhenti baru saya nampak kereta encik berhenti.”
Misteri tu masih tak dapat dijelaskan sampai sekarang. Hubby aku kata mungkin jugak driver tu menipu tapi bila dikaitkan dengan panggilan telefon yang aku terima pagi tu macam ada kaitan pulak. Beberapa bulan lepas aku kahwin, keluarga mertua aku datang rumah. Biasalah mak-mak kan. Kalau tolong menjemur kain kat rumah tu mesti nak bersembang dengan jiran sebelah. Jiran sebelah aku, Kak Na, boleh tahan jugak celotehnya. Aku nampak mereka tengah asyik bersembang, aku pun masuk ke dapur untuk siang ikan yang nak dimasak tengah hari nanti. Tiba-tiba mak mertua aku masuk meluru ke dapur.
“Kau memang perempuan tak guna kan?”, dia menjerit pada aku. Terkejut aku, nasib baik tak terlepas pisau.
“Kenapa ni mama?”, tanya aku dah sedikit panik.
“Jiran kau kata kau bawa lelaki masuk rumah bila anak aku tak da. Aku ni memang dah lama tak suka kau. Dahlah syirik, berzina pulak tu,” jerit dia lagi. Masa ni aku dah menangis. Pedih betul hati aku bila dikatakan sedemikian. Memang betul aku pernah syirik, tapi aku dah insaf dan berubah. Aku tak pernah sekali pun menduakan suami aku. Tak pernah terlintas pun nak khianati kebaikan suami aku. Tapi mak mertua aku macam dirasuk kemarahan. Dia capai pinggan mangkuk aku baling ke lantai. Ditolaknya lauk-pauk sarapan pagi tadi yang tersusun kemas kat kabinet ke lantai. Macam orang separuh gila.
“Apa ni bising-bising ni?”, kata ayah mertua aku yang muncul di pintu dapur. Dia beristighfar tengok perlakuan isteri dia yang masih lagi duk capai-capai perkakas dapur untuk diselerakkan ke lantai.
“Milah, kenapa dengan awak ni?”.
Bapa mertua aku mendekati isteri dia dan cuba menenangkan dia. Hubby aku pun muncul di dapur akibat kekecohan yang berlaku. Dia pandang aku dan emak dia silih berganti macam menagih jawapan dari kami. Aku cuma menggeleng kepala sambil mengesat air mata.
“Apa yang dah jadi ni?”, tanya suami aku lepas pandangannya tak berjawab.
“Tanya bini kau ni. Manusia hati syaitan. Mak nak kau ceraikan dia. Aku tak peduli. Ceraikan dia,” kata mak mertua aku. Bapa mertua dan hubby aku dah beristighfar panjang.
Tengah hari tu jugak, keluarga mertua aku balik. Mak mertua aku pandang aku pun tak. Lepas je bapa mertua aku load barang dalam bonet, dia terus masuk pintu kereta duduk sebelah seat driver. Suami aku dah sugul bila mama dia berkelakuan macam tu dengan dia. Sebelum pergi, ayah mertua aku berpesan pada suami, ”Rumah kau ni panas. Daripada semalam ayah datang lagi. Tak boleh tenang kat sini. Asyik nak marah je.”
Lepas je mereka balik, aku explain kat hubby pasal tuduhan mak dia. Aku pun cakap yang aku redha kalau dia nak ikutkan kata mak dia. Sebab siapa nak bermenantukan perempuan syirik macam aku. Tapi hubby aku ni jenis yang cool je. Dia kata kita dah lalui macam-macam untuk give up relationship ni macam tu je. Lepas tu, dia call ustaz dan minta tengok-tengokkan rumah. Kami buat kenduri doa selamat kedua untuk rumah tu selepas ustaz pagarkan kawasan rumah. Seminggu selepas rumah kami berpagar, aku dapat telefon dari keluarga belah ayah yang kata tok wan dah meninggal. Aku dan hubby pun pergilah balik. Mak tak dapat join sebab jaga keluarga belah dia yang sakit.
Masa aku sampai rumah tu, aku rasa gegaran banyak kali. Tapi aku diamkan diri je. Sepupu-sepupu lain pun turut rasa sebab aku nampak wajah mereka berubah setiap kali ada gegaran. Lepas selesai jenazah tok wan dikebumikan, ramai saudara cabut balik. Mungkin takut atau pun ada urusan lain. Aku ingat masa tu aku datang dekat nenek yang sedang termenung memandang sawah.
“Tok wan kau pergi sebab benda tu marah. Kau tak bagi dia masuk kawasan rumah kau lagi dah,” kata nenek. Aku yang baru nak duduk terus tak jadi. Allahu, aku memang tak menyangka sampai jadi macam ni. “Nadia, buanglah benda tu. Nenek tak nak kau jadi macam tok wan kau.”
“Nadia tengah usaha, nek. Tapi ustaz tu perlukan sepersalinan pakaian pendekar yang jadi. Nenek tau kat mana atuk simpan?”.
Nenek aku menggeleng tetapi dia menyuruh aku mencari sendiri di setiap pelusuk rumah itu supaya aku boleh melepaskan diri daripada warisan keluarga itu. Hari tu aku mencari setiap inci rumah. Tapi masih tak jumpa. Aku tak tau di mana dan macam mana nak cari sehinggalah nenek aku serahkan sebuah diari tok wan milik atuk aku sebelum dia meninggal dunia. Mungkin sebagai klu untuk mencari tempat tersembunyi tu. Entahlah, aku pun tak pasti sebab sewaktu aku sedang bercerita pada Stella tentang kisah ini, aku masih dalam proses membaca diari tok wan. Lambat sebab buku tu dah usang dan ditulis waktu tok wan aku muda lagi. Tulisan pun dah tak jelas ink. Tambahan pulak ditulis dalam bahasa jawi. Kalau ada cerita menarik dalam diari tu, aku akan minta Stella tuliskan. Terima kasih warga FS kerana sudi membaca kisah aku. Doakan yang baik-baik untuk aku dan keluarga aku.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
sambung lg pls!!!
I feel u nadia….bila memiliki mmg ada perasaan dilindungi.kita terbuai dgn pertolongan nya sedangkan dlm sedar atau pun tidak,kita dah berlaku syirik pada Allah.
Alhamdulillah,biar lambat dari kita terus hanyut.Memang bukan mudah nk buang bnda camni sbb sy pun dah jumpa ramai ustaz dan org pandai hal2 mcm ni tapi makan masa.Dalam waktu yg sama,kita kene kuatkan mental,jgn mengalah. Dekatkan diri dgn Allah..syukur sbb awak ada hubby awak yg menyokong,begitu juga saya dgn Thaqief.semoga Allah pelihara perkahwinan kalian dan memberi pertolongan pada awak agar semuanya selesai sahabat.Be tough!!
Thanks stella sbb kongsikan kisah nadia..teruskan menulis ya.semoga awak dalam rahmat Allah.amin
Kesian kat nadia….
Kisah ni mengingatkan saya tentang seorang makcik yg ada saka tp enggan buang..kemungkinan cucu kesayangan akn ambil alih..ank makcik ni rakan baik saya..skrg tunggu mak dia meninggal dan waris pd cucu..barulah rakan saya bwk ank yg yg bakal waris saka ke perawat yg leh buang di Banting,Selangor..
Sesiapa m**i dlm keadaan syirik mmg tersiksa di alam barzah..usahalah buang sebelum terlambat.
Semoga dipermudahkan urusan.Minta tolong sambung cerita ni sampai habis..please3..panjang mane pun xpe..
Thank you.
Cerita ni memang ditunggu2. Sambung lagi jika Nadia dah selesai baca diari tu ye. Good job stella?. Semoga urusan nak buang panglima dipermudahkan. Kuatkan hati dan pendinding diri. Moga dilindungi ALLAH. In Shaa Allah
best……….
stella da up ke smbungan cite ni..ape tjuk nye
terbaikkkk..
syirik dosa plg besar hindari lah
Assalamualaikum Stella, maybe awak boleh suruh Nadia contact Hj Rosli (013-201 4566) Pusat Rawatan Azzahrah, Sg. Buloh atau Sidi Izwan (017-571 9558) Pusat Rawatan Pancaran Nur, Cheras. Mana tau dengan izin Allah, Nadia boleh buang panglima tu. Sebab Nadia masih sihat and waras and berhajat utk buang. Jgn tunggu lama-lama. Kdg benda ni boleh buat kita berhalusinasi and jadi gila. Bila dah kurang waras, ssh nak berakad utk buang. Semoga kita semua dalam lindungan Allah swt dan dijauhkan dgn perkara yg mensyirikkan.