Hai, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Seperti mana yang aku janjikan dalam 3 Tahun Amukan Penunggu Asrama lepas, aku akan ceritakan sambungannya iaitu kisah Sept 2013. Sept 2014 akan aku sambung.
Setelah berakhirnya kejadian Sept 2012 lepas, seorang Ustaz telah ‘memagar’ kawasan asrama kami dari gangguan makhluk ghaib tersebut. Tapi apakan daya, tempat yang kami duduki asalnya tempat ‘dia’. Kenapa harus dipagar dari memasuki rumah ‘dia’ sendiri? Rupanya ‘dia’ lagi marah.
SEPT 2013
Zaman kegelapan aku gelarkan tahun ni. Berada di tingkatan 4 cukup membuatkan aku merasa bangga dan hebat. Banyak masalah yang aku buat ketika di dalam asrama. Langgar peraturan seperti sudah biasa sehinggakan aku dan kawan-kawanku digelar ‘WANTED’ oleh para warden. Bulan September menjelma. Mindaku terus kembali mengingati kisah seram setahun yang lepas. Ya, kalau diikutkan hari ini hari nya. 7 September. “Ahh tiada apa apa kut” bisikku didalam hati.
Malangnya sangkaan aku meleset, tersasar jauh. Jam menunjukkan pukul 9.15pm. Setelah menunaikan solat isyak di surau, semua pelajar asrama bergegas pulang blok asrama. Kebiasaan bagi kami laluan berbumbung yang harus kami lalui setiap hari untuk ke surau sangat panjang dan gelap. Aku berjalan sambil berjenaka dengan kawanku. Tiba-tiba langkahku sedikit perlahan setelah masuk ke pintu asrama. Pandangan aku tertumpu kepada satu objek putih seakan akan “gula-gula” yang berdiri di bawah blok kuarters guru. Blok itu terletak di belakang sekali bersebelahan tangki air yang menyeramkan. Aku masih perhatikan ‘benda’ itu. Kerana ‘dia’ terlalu jauh, fikiran aku bercelaru.
“Apa tu? Takkanlah dia? Tapi kenapa tak bergerak?” bisik aku didalam hati. Aku pun tidak mempedulikannya kerana pandangan itu telah ditutup dengan blok aspuri. Tapi perasaan aku membuak-buak ingat tahu. Jadi aku segera berpatah balik. Jantung aku berdegup kencang kerana ‘benda’ tu sudah tiada. Allahu. Aku berpaling kembali dan berjalan melalui pondok guard. Seorang mak guard (bukan mak long yang tampar aku hari tuu) berkata “MakCik nampak jugak Su. Harap-harap dia tak kacau kita la. Sebab ramai jugak malam ni”. TUP! Fikiran aku terus kembali teringatkan kisah setahun yang lalu.
Aku : MakCik, takkanlah dia nak ‘buat’ balik. Cukup setahun dah ni
M.Cik : MakCik tak berani nak cakap tapi banyak-banyak berdoalah.
Aku pun berjalan masuk bilik prep (bilik belajar) sambung membuat kerja rumah seperti biasa. “ARGHHHHHHHHHHHH!” Satu jeritan seorang perempuan yang kuat entah datang dari arah mana. Semua pelajar di dalam bilik prep aku tercengang. Wajah masing-masing menafsirkan ayat “Histeriakah?” Kami mula tidak keruan. Jeritan itu kedengaran lagi.
Senior : Buat taktau ja la. Sambung study.
“Pap pap pap pap” Kedengaran bunyi kaki berlari seperti ingin masuk ke dalam bilik prep kami. Pika. Wajahnya pucat keletihan. Pika terus berlari masuk ke dalam dan berjumpa dengan ketua aspuri aku di situ.
Pika : Kak! Kak! Ada orang histeria! 3 orang kak!
K.Aspuri : Warden dah tahu? Kejap jom kita pi. Hampa semua duduk sini dulu nah. Yang mana tak kuat, baca la yasin ka apa ka.
Terus badan aku bergetar kerana ketakutan. Pandangan cik “gula-gula” tadi mula menjelma kembali. Tapi aku cuba kuatkan diriku dan aku rasa aku mula berjaya. Semua pelajar yang histeria dikumpulkan di dalam dewan makan. Pada mulanya, jumlahnya sedikit. Tapi lama kelamaan semakin ramai dan jeritan mereka mula memenuhi kawasan asrama kami. Semua pelajar form 4 dan form 5 dikehendaki menolong apa yang patut. Pegangkan pelajar yang mengamuk teruk hendak berlari. Aku. Ya aku. Aku tak ingin perkara dahulu berulang kembali. Aku dan kawan-kawan ku yang tidak berani masih tinggal di dalam bilik prep. Tiba-tiba…
ARGHHHHH!! Kawanku, Dian menjerit tanda mula dirasuk. Setahun yang lepas juga dia turut bersama histeria dan dibawa pulang ke rumah sama sepertiku. Aku takut. “Jom bawa dia pergi bilik kaunseling (asalnya bilik disiplin setahun yang lalu)” kata kawan ku Athirah.
Aku bersama rakan yang lain mula mengangkat Dian utk dibawa ke bilik tersebut. Seperti yang semua maklum, bilik tersebut berhadapan dengan dewan makan. Tempat pengumpulan pelajar histeria. Kami membawa Dian ke bilik ini kerana Dian pengsan setelah menjerit di bilik prep tadi. Tanggapan kami mungkin dia belum histeria dan ada harapan untuk pulih. Aku duduk sebelah Dian dan memerhatikan wajahnya yang mula berpeluh. Tiba-tiba Dian terjaga. Wajahnya tercengang. “Dian kamu okay ka? Nah minum air dulu” Warden aku berikan padanya. Semua beranggapan bahawa Dian tidak apa-apa. Tiba-tiba Dian ketawa “Hihihihihi~” Terus meremang bulu roma kami. Dian meronta-ronta. Arghh Dian terkena. Aku memegang kaki Dian. Silap aku kerana kaki adalah point benda tu senang berpindah. Aku lepaskan kakinya dan mengesot ke arah tepi almari sambil memerhatikan Dian. Aku cuma berasa takut yang tersangat.
Warden : Su, kamu jangan duduk situ. Mai sini.
Aku menggeleng. Jeritan demi jeritan bersambung-sambung. Kepala aku sakit. Pintu dibuka oleh seseorang untuk keluar dari bilik itu. Saat aku berpaling ke arah pintu itu, satu angin yang kuat datang dari luar terus ke arah ku. Tidak semena-mena aku terus menjerit histeria. Perut aku sakit. Kali ini aku lebih ganas berbanding dahulu. Habis tudung aku terlucut. Rambut mengurai. Aku seperti ingin berlari ke arah sesuatu. Ya, tangki air lagi. Aku dan Dian dipindahkan ke dalam dewan makan. Di dalamnya kedengaran surau azan yang dilaungkan oleh seorang lelaki menggunakan microphone. Ahhhh panas. Semua pelajar histeria menjerit-jerit kepanasan.
Posisi aku di tepi pintu dewan makan. Pintu itu tertutup. Kadang terbuka sekejap untuk menambahan ahli baru. Mata aku mula tertumpu ke arah pintu itu. Fikiran aku merancang untuk lari dari sini. Aku mendengus seperti binatang. Saat pintu itu terbuka, aku terus mendapat satu kuasa yang kuat sehinggakan terlepas dari pegangan 5-6 orang yang memegangku. Aku terus berlari keluar dengan laju ke aras tangki air. Nasib aku baik kerana bertemu dengan beberapa orang lelaki dewasa yang sempat menarik tanganku. Tetap terlepas kerana kuasa di dalam badan aku terlalu kuat. Selagi lagi aku direntap dengan bacaan ayatul kursi. Aku jatuh di atas jalan tar. Ibu jari kaki ku dipicit kuat.
P.Cik : Sebut! Laailahaillallah!
Aku : Takmau!!
Kaki aku di picit kuat. Argh sakitnya bukan kepalang.
P.Cik : Sebut! Laailahaillallah!
Aku : Takmau!!!!
P.Cik : Aku kata sebut!! Laailahaillallah!
Aku : Laa’$/-‘:?/’$?”lah
P.Cik : Siap kau!
Tiba-tiba muncul dari jauh, Tok dan Tokwan aku. “Kakak jom kakak. Abah mai ambik” Terus aku diheret pergi masuk ke dalam kereta abah yang sedia ada di depan dewan makan. Entah siapa yang panggil mereka. Aku diheret di atas tar kerana aku tidak mahu ikut mereka.
“Takmauuuu aku nak duk sini! Takmauuu” Aku ditolak masuk ke dalam kereta. Kelihatan di blok aspura beberapa orang pelajar sedang mengintai intai keadaan kami di sini. Di dalam kereta aku meronta untuk keluar. Mak aku di sebelah kiri manakala tok aku disebelah kanan. Adikku dihadapan dan abahku di tempat pemandu. Aku meronta kuat tidak mahu ikut. Aku menendang bahu abah aku kerana marah. Sungguh aku berdosa ketika itu. Dalam perjalanan keluar dari perkarangan sekolah, aku bertindak membuka pintu untuk keluar tetapi ditutup kembali oleh tok aku.
Aku : Woiii nak balik!
Mak : Yaa jom balik rumah nah. Kita balik tidur.
Aku : Hehehehe tuu bukan rumah aku.
Mak : Rumah kita la. Rumah kakak.
Aku : Kakak? Sapa anak hang??!
Tok : Tuu mak kakak tuu
Aku : Aku mana ada mak! Jomlah balik jomlah jomlah.
Mak : Ya ya jom balik rumah.
Lama aku membebel dengan mak dalam kereta. Sehingga sampai dikampung aku. Sepatutnya rumah aku belok sebelah kanan. Tetapi abah terus ke hadapan.
Aku : HAAA!! Aku tau mesti hampa nak pi rumah ustaz tu. Takkkkk mauuuuu!!!
Aku meronta. Aku sendiri tak tahu siapa yang mereka ingin berjumpa sedangkan ‘benda’ tu sudah tahu dan seakan-akan takut. Setibanya aku di rumah ustaz itu. Aku bertindak untuk tidak mahu turun tetapi aku dipaksa.
Dengan berkaki ayam aku memasuki rumah Ustaz Am. Kelihatan Ustaz Am seperti menunggu-nunggu kedatangan aku. “Jemput duduk” Kata Ustaz Am kepadaku. Tapi aku berdegil. Semua orang duduk kecuali aku. Aku berdiri bersandarkan dinding sambil mencekak pinggang. Pandang Ustaz Am pun aku tak berani. Ustaz Am pun mula membaca beberapa potongan ayat al-Quran dan dihembuskan ke dalam secawan air. “Nah, bagi dia minum” Air diberikan kepada mak aku. Mak aku lantas bangun dan menyuruh aku minum. Aku takmau sehingga aku dipaksa minum. Akhirnya air itu masuk ke dalam mulutku. Tapi ‘benda’ di dalam badanku lebih bijak. Di simpannya air tadi di dalam mulut dan diluahkan kembali ke atas lantai. Aku tersenyum. “Haa tengok la perangai dia” kata Ustaz Am.
Lalu Ustaz membaca beberapa ayat lalu bergerak-gerak seakan-akan tangannya menulis nama ALLAH di udara. Tiba-tiba pandangan aku kabur. Aku terduduk. Fikiran aku kosong. “Hah dah keluar ka benda tu?” Tanya abah aku. “Alhamdulillah saya buang dia. Benda tu budak budak lagi. Saya lepaskan dia bermain di luar sana. InsyaAllah dia dah tak ganggu sebab dia sudah lemah” Kata Ustaz. Dua botol air mineral diberikan kepada abah. Dalamnya kelihatan biji-biji hitam seperti biji buah betik. “Balik bagi dia mandi air ni” ujar Ustaz. “Esok datang lagi. Saya boleh tolong” Abah mengangguk tanda setuju. Aku dibawa pulang. Keadaan aku seperti orang m**i anak. Diam. Termenung. Fikiran aku kosong. Setibanya di rumah, aku terus dimandikan dengan air tersebut. Setelah selesai aku terus tertidur keletihan.
Keesokan harinya, kami sekali lagi pergi ke rumah Ustaz Am. Kali ini aku bertudung seperti biasa. Malu jugak bila teringatkan semalam aku berjumpa dengan Ustaz tanpa memakai tudung. Khabarnya abah meminta pertolongan Ustaz Am untuk memagar diriku dari sebarang makhluk halus. Menurut Ustaz, Aku mudah dimasuki kerana terdapat lorong yang memudahkan ‘benda’ itu masuk iaitu di perut. Patutlah aku selalu berasa sakit perut bila histeria. Ustaz Am mula membaca potongan potongan ayat al-Quran. Lama juga dia begitu. Setelah habis bacaannya, dua botol air besar di berikan padaku untuk dibawa pulang dan minum. Abah memberikan daun sireh kepada Ustaz. Entah datang dari mana daun itu.
Setelah dibaca, ustaz menyuruh abah untuk mengunyah daun sireh dan disemburkan kepadaku bila pulang. Fuhhh. “Ada bawak minyak wangi tu?” tanya Ustaz kepada Abah. Lalu abah memberikan satu botol kecil minyak wangi yang selalu lelaki gunakan ketika ke masjid. Ustaz membuka penutup botol tersebut dan mula membaca ayat-ayat al-quran lalu ditutup dan diberikan kepadaku. Ustaz memanggilku untuk duduk hadapannya sambil dia membaca ayat al-quran dan seakan-akan dihembuskan kepadaku. Ustaz juga mengajar aku cara-cara untuk menggunakan minyak itu.
Fungsinya untuk mengelakkan ‘benda’ itu masuk kembali. Ada 7langkah semuanya tapi aku memilih untuk tidak bercerita caranya di sini. Menurut Ustaz, aku seakan-akan berada di dalam sebuah kotak sebagai pendinding dari makhlus halus. Aku cuma perlu mengamalkan ayatul kursi untuk menguatkan pendinding aku. Kata ustaz lagi, kalau boleh jangan disebut-sebut lagi perkara semalam. Tidak baik untuk diri aku. Alhamdulillah, aku berjaya mengaplikasikan kelebihan yang aku ada masa Amukan Penunggu Asrama Sept 2014.
Assalamualaikum.
Su..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Seramm..
Buat teringat kenangan histeria berjemaah dkt maahad dlu.
maahad mana tu cer cite
Maahad muar
Sama ke. Xkot.
uisshh dulu sepupu kne mcm ni jgak kat skolah,sebab skolah sebelah kubur..memule xnak kluar lepas tu picit ibu jari kaki tnye die..biase la die jerit sakit2..pastu tanye dari mane..aku masih ingt care die jawap..seakan merintih,mendayu2 bunyi nye..kau datang dari mane? “Dari kuburrrrr”(nada menangis) hewhewhew..
kat sek asrama selalunye mesti ade kes hysteria.. kt sek sy dulu pun ade. asalnya ade budak nmpak something kt semak mase otw balik dari pasar malam. dorg lalu jln shortcut kt blakang sekolah. kwsn semak.. balik tm maghrib.. habis berjangkit dari satu dorm ke dorm yg lain. pendek citer stp dorm ade wakil lah… hehehe. tp nasib baik sy xkena.
THANKS sebab sudi baca hehehe
histeria ni memang jadi sebab ada hati yang lemah.. hati hati yaa
saya ada satu soalan, mcm mana awk boleh ingat dengan detail setiap apa yg berlaku pada awak masa setiap kejadian tu?? sedangkan awak dirasuk.. selalunya org yang dirasuk kan tak sedar apa yg berlaku pada dia. tup tup dah sedar. tapi ni awk ingat semuanya. no hate just terdetik nak tanya 🙂
Kak Siti pun musykil. Macam mana dia boleh ingat?
Kak, dirasuk ni ada yang ingat ada yang tak ingat kak. Ikut pada benda tu. Kekuatan benda tu. Selalu kita tengok cerita ka apa ka.. Benda yang masuk tu kuat.. Maca. Harimau.. Cik ponti.. Tapi histeria berjemaah. Kekuatan dia kurang. Kawan saya yang dirasuk malam tu pun boleh cerita dengan details dkt saya. Pernah saya bersembang dengan sorang kawan, dia pernah dirasuk dan di ingat setiap benda yang jadi. Macam yang saya cerita.. Hati kata lain, mulut kata lain. Badan kita totally dikawal oleh something. Kita cakap sendiri, kita bergerak sndiri. Saya sedar. Saya hanya mampu cakap degan hati saja. Mulut saya semua cakap lain. Begitulah.. Hihi maaf jika tak faham.. Tapi ini la hakikatnya. Saya tidak tokok tambah yerr
okay awk. thanks for your explanation. Tak sangka pulak sampai mcm tu kekuatan dia. Anyway, cerita awk best dan moga Allah sentiasa lindungi kamu dik. Doa banyak2 tauu. benda mcm ni sekali dia dh masuk nanti kemungkinan dia senang lagi nak masuk. Perbanyakkan doa, sebelum tido basuh kaki dan kalau boleh jangan pergi tempat2 mcm hutan or bangunan kosong sorang sorang ye. Take care dik 🙂
thanks awak.. sebab doakan saya.. saya pun doakan semoga Allah melindungi awak dan semua pembaca cerita saya ini.. ada yang kata saya tokok tambah.. saya redha ja. saya cerita apa yang saya alami sendiri.
sama sama awak.. aminnn. terima kasih awak 🙂
takpa abaikan je apa yg org ckp.. yg penting Allah tahu kebenaran 🙂
kelakar je cara dye ckp tak mauuu
wuuuu. not bad
#cumel