Assalamualaikum semua pembaca, ni kali pertama aku share cerita setalah bertahun follow fiksyen shasha. Sedikit pengenalan tentang aku : Aku Teha umur 25tahun; anak yatim; berkahwin dan mempunyai cahaya mata; puteri seorang; Arissa. Suami aku anak tunggal.
Semua nya normal sahaja sehingga la 1 hari, atuk sebelah suami aku sakit. Bilamana atuk dah sakit; mertua aku arahkan aku untuk menjaganya atas permintaan atuk sendiri. Aku akur sahaja. Lagipun aku memang suka jaga orang tua-tua.
Jadi aku cadang untuk jaga atuk dirumah aku sendiri atas alasan lebih selesa. Hari minggu tu aku dan suami pun bergerak awal pagi untuk ambil atuk kat rumah mertua. Sesampai disana, kelihatan atuk terbaring di ruang tamu. Aku memberi salam; dan berjumpa dengan atuk. Aku berbisik ditelinga nya; “atuk; teha ni; atuk ikut teha balik ya..teha jaga atuk” atuk masih tak bergerak dan masih kaku ; matanya juga tidak buka. Aku diamkan sahaja dan berfikir bungkus2 pakaian atuk dulu; segala ubat dan keperluan nya kemudian baru bangunkan atuk. Bila aku bangun untuk jalan ; kaki aku dipegang seseorang hampir2 sahaja tersungkur. Aku tengok atuk dah bangun dah dia cakap “lama atuk tunggu teha; sampai tertidur” aku hanya senyum sahaja.
Suami aku cadang lepas mgrib baru bertolak balik ke rumah kami, aku angguk setuju sahaja. Arissa putri aku langsung taknak dekat dengan buyotnya. Dia yang berumur 2 tahun masih pelat bercakap hanya sekadar berkata..”mi, tot” aku diamkan aje. Lepas solat magrib; aku mengaji surah albaqaroh smbil Arissa dipangkuan aku. Tengah sedap layan taranum; dengan tiba2 pintu bilik ditolak kasar, aku hanya menoleh dan sedikit terkejut sebab atuk yang tadinya lemah sekarang berdiri gah dimuka pintu beserta muka bengisnya..dan teriak ” diamlah hoi..menyalak aje kau ni dari tadi; rimas laa..rimasssss” Arissa dipangkuan terus menangis2, aku hanya diam terpaku. Suami aku datang; dipimpin tangan atuk ; terus diajak keluar. Atuk berdengus seakan marah betul. Aku cuba tenangkan Arissa yang ketakutan tu. Seusai itu; aku bersiap2 hendak bertolak pulang ke rumah. Aku lihat suami aku papah atuk untuk dimasukkan dalam kereta. Aku bertambah hairan dan berfikir “surah albaqaroh ke yg mmbuatkan atuk jadi sehat dan kuat” dan bila tak dengar dia jadi sakit” punya la nak positif time tu.
Sampai la dirumah kami; atuk yang tadi dipapah kini turun sendirinya dari kereta. Aku memandang suami dengan muka beribu soalan. Suami hanya tersenyum kelat. Segala barang dipunggah dan dimasukkan ke bilik tingat bawah. Supaya senang atuk nak ke tandas or minum air; dapur pun dekat. Btw rumah aku 2 tgkat. Katil dari awal2 aku dah siapkan. Atuk menyuruh kami masuk dulu; atuk ada kerja katanya. Aku tak benarkan . Yela..atuknya kejap ok kejap tak mahunya aku tak risau kalau dia ditinggalkan sorang2 diluar rumah. Dengan tiba2 atuk kluarkan kain merah dr poket sluarnya dah macam sup bunjut bentuknya. Dia buka dah tabur2 something depan pagar rumah; jalan depan rumah depan beranda; bahkan depan pintu utama masuk ke rumah. Arissa yang sedang tidur di bahu aku; bangun dan menangis tak berhenti2. Atuk dengan bahagianya berkata”masih berguna kau ya” sambil berkata di depan pintu rumah yg kosong tiada sesiapa sebab aku dan suami berada dibelakangnya. Aku dah mula tak sedap hati terus masuk ke rumah ; dan buka cd player surah al baqaroh. Aku tak pasti kenapa tapi setiap kali takot atau rasa tak sedap hati memang surah ni yang akan aku cari dan surah ni akan selalu aku buka tiap kali Arissa nak tidur bahkan dari Arissa berusia 1 hari dihospital. Atuk yang tadinya hendak melangkah masuk; terhenti dan suruh aku tutup atau aku dan suami harus menghantarnya semula ke rumah mertua. Aku hanya memandang suami dah terus berlalu naik ke tingkat atas sambil buka surah tersebut diphone tanpa mengendahkan nya. Yang pasti suami aku ttup cd play aku. Geramnya lahai..
Seminggu berlalu dan sepertinya atuk makin uzur sehinggakan atuk terpaksa pakai pempers. Tapi pada jumaat malam sabtu itu (12/07/19); dengan tiba2 sedang syok tidur, hidung aku terbau 1 wangian. Aku tak pasti apa; tapi bau yang bercampur asap. Aku kejut suami; tapi mungkin terlalu penat dia hanya mengangguk dan smbung tidur. Aku tak puashati turun ke bawah..dan apa yang mengejutkan aku; atuk tengah pegang keris yang berasap2 dan bau wangi tu datang dari asap. Aku diamkan diri dan perhatikan; atuk seakan bersilat dan yang membuatkan aku bagai nak lari ialah atuk p****g lidahnya guna keris tersebut smbil mghadap ke aku. Allahu Akbar..lutut rasa dah goyang tak tahu nak lari atau nak jerit. “ALLAHU AKBAR” itu je yang dapat aku ucap “top” blackot …aku menggigil2 panjat anak tangga ke bilik aku; apa yang aku perasan atuk seakan merangkak naik anak tangga mengikuti aku. Hanya Allah yang tahu perasaan aku yang macam nak gila jerit tapi suami aku tak dengar. Aku rasa macam makin aku naik anak tangga; rasa macam jauh dari bilik aku. Macam aku dah ke alam lain. Nafas aku makin sesak dek bau wangian asap makin hampir. Atuk makin hampir dan cakap”aku ingat kau boleh bantu aku; tapi kau banyak menyusahkan aku; merimaskan aku,aku nak bagi pengajaran yang kau tak akan lupa sampai bila2!!”Allah; Allah; Allah..Yang terlintas di otak aku hanya surah albaqaroh ayat 102. Berulang2 aku baca. Baca dan terus baca sampai aku rasa terlalu penat dan dengan tiba2 terdengar suara suami aku pnggil2. Aku cuba buka mata yang berat dan nampak Arissa dan suami aku didepan aku. Aku cuba bangun; tapi badan terlalu lemah dan sakit. Dan yang membuatkan aku terkejut ‘aku berada dihalaman rumah bukan dalam rumah’. Suami aku papah masuk dan bertnya apa yang terjadi; aku bercerita semua yg berlaku tapi malangnya suami aku cakap yg aku mangigau sbb terlebih baca cerita seram dan yang lebih menyedihan suami aku cakap; aku sengaja mencari alasan tak mahu jaga atuk sbb keadaan atuk yang makin uzur. Allahu. Tanpa berbalah aku meminta izin untuk menyegarkan badan. Bila melintas bilik atuk; aku memandang atuk dalam biliknya; atuk berpaling dan senyum. Senyuman kepuasan.
Minggu berganti minggu aku tetap mengurus atuk dengan sesempurna yang mungkin. Setiap malam tidur aku tak pernah lena. Aku takut kalau anak aku dikenapa-napa sebab atuk selalu mnta Arissa dari aku sambil menangis2; merayu. Aku hanya diamkan sambil bersihkan atuk tapi dalam hati tak berhenti2 membaca surah albaqaroh yang memang aku dah hafal. Walaupun ketika aku menyuap nya makan atau membersihkan nya dia sering memberi amaran seperti “Jaga Kau” “Tunggu Kau” “Kau Jangan Ingat Apa Yang Kau Baca Aku Takot” “Kau jangan ingat yg kau baca tu hebat sangat” .. aku hanya diamkan diri sehingga lah pada awal bulan 8; sekali lagi aku tersentak tengah malam akibat bunyi bising. Aku bergegas bangun takut2 atuk mahu kan air atau dia sedang sakit. Tapi apa yang aku nmpak adalah atuk yg tadi siangnya hanya terlantar tapi kini berada diatas meja mkan sambil meratah ayam mentah yang aku kluarkan dari peti beku untuk dimasak awal subuh esok. Allah..mulotnya penuh d***h sambil mencangkung atas meja ayam tu dimakan dengan gelojoh sekali. Disiat2 ayam itu, dilahap penuh selera sambil matanya tengok aku dan yang mengejutkan aku; Arissa turut sama makan ayam itu. Aku terus menjerit2 sekuat2 nya dan bila suami aku bangun aku masih menjerit dan menjerit akibat terlalu takut. Suami aku azankan aku dan aku kembali tenang; aku bercerita bersungguh2 apa yang terjadi sambil aku memeluk Arissa. Suami aku turun dan menjenguk atuk sambil berkata “atok elok je tidur” dan Kali ke 2 yang mnyedihkan aku. Suami aku kata aku sakit mental sebab terlalu penat. Allah ..sebaknya.
Sehingga kini; aku masih berulang alik ke pakar psikiatri atas kehendak suami dan kluarga mertua. Aku hanya menurut sahaja. Yang makin merisaukan aku; Arissa makin rapat dengan buyutnya sehingga tidur malam juga dengan buyutnya. ALLAH..Semoga aku diberi kekuatan untuk terus bertahan jaga atuk.
Teha;
HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit
Atuk dia tu bela hantu raya..knp dijaga juga..aduhai..suami dia pn x kan x tahu.berpura pura je tu
Mesti suami dia tahu….entah² semua keluarga mertua tahu tpi dsebabkn xde siapa nk ambil risiko untuk jaga …atau dlm kata lain pentingkan diri..
Diorg rahsia kn…harap xde bnde² berlaku kt arissa dan puan
Nnti bila dh selesai nnti ceritalah sambung balik kisah ni nak tahu selanjutnya
tabah ya
Bertabah lah Puan. Kena mnta tlg dr yg arif ttg ni. Semoga puan dan ank sentiasa berada di dalam lindunganNya
Ramai yg aku jumpa mcm laki ko ni. Dan ramai jgk yg pesan klu laki mcm ni, bagi dia rasa sekali baru dia ada akal. Jgn smpi terlewat kak. Nyawa jadi taruhan nanti. Pg berubat, minx tlg org.
Kak xpyh jaga dh la org tua tu dia sihir nya kak satu family. Kesian anak kak silap2 dh besar nnt ada double personality. Panggil ustaz dtg rumah buang setan2 tu. suh laki akk tgk skali bagi bukak sket mata dia.
Berat ni
Semoga tabah sis. Risau bila baca cerita sis.
Semoga tabah sis. Risau bila baca cerita sis. Lbih baik sis dptkn rwtn islam dri prgi jmpe doktor.
CIAN AWAK N ANAK.. CUBA2 LA COL DARUL SYIFA KE.. CGGAH SANE JAP KE.. NT DITURUNKAN SAKA TO KE ANAK TO CMNE… JGN LA LAMBAT2.. MSJ KAWAN2 YANG BOLEH BANTU.. SEPUPU SEPAPAT
Assalammualaikum Teha,kalau awak baca ni semoga awak kuat. Harap awak ikhtiar berubat perubatan alternatif /jumpa yang pakar hal ghaib ni,sebab saya syak anak awak arissa dh dijadikan waris saka buyut dia. Biasa dia pergi kepada cucu yang disayangi. belum terlambat. Kalau awk nak cari tmpat ikhtiar mungkin saya boleh suggestkan pada awak. Semoga Allah bukakan hijab dan hati suami awak. Lihat semua benda ni dengan lebih telus.Wallahua’alam.
Bgn mlm buat solat tahajud minta Allah bg petunjuk utk selesaikn. Istighfar 1000X. Klu x dpt bgn mlm. Solat hajat hari2. Jin jer tu. Makhluk Allah jugak. Tak kuat pun. Allah Maha Berkuasa.
Assalamualaikum teha orang mana?
Teha email saya demand.dcr [email protected]
Kalau baca yeah email saya…demax.dcr [email protected]
Cuba usaha kembalikan Arissa ke alam nyata. Sebagai ibu, kita kena tegas melibatkan hal anak2. Puan xde kenalan atau saudara-mara yang mampu tolong? Munajat pada ALLAH puan. Berat dugaan ni..
hmmm…
Pergi berubat. Suami awak dah terkena tu rasanya. Saya ada kenal org yg boleh tolong tengokkan. In fact kalau nak Allah buka sikit mata hati suami utk ‘nampak’ mmg kita kena bangun malam dan minta kat Allah, nanti Allah bantu dia nampak. DM saya kat iG : vitamin.cantik.cergas
Jangan bagila tidur NG buyut tu
teha
apa kata kalau instal cctv di beberapa sudut tanpa pengetahuan sesiapa
supaya boleh jadi bukti.
cuba juga ajak kawan terdekat pergi berubat secara Islam, manalah tahu si keluarga mertua ada agenda lain
semoga teha tak menyerah kalah.
ha ah.. saya setuju… rakam cctv tersembunyi.. jgn bg tau sesiapa.. rakam selama 7 hari.. insyaAllah mereka tau kebenarannya..
nasihat saya..
jgn tinggal solat fardhu..
kalau alquran xsempat dibaca.. mesti target 1 hari 1muka surat..
zikir byk2 “la ilaha illallah” 100x dgn
surah 3 Qul 11x & ayat kursi 11x..
istighfar 100x.. setiap kali selesai solat..
kalau puan dlm keadaan uzur dtg bln, mesti niat “saya baca doa” (bukan baca al-quran ye), setiap kali masuk waktu solat mula baca amal2an yg sy dh tulis..
jgn tggl solat tahajjud, minta Allah S.W.T buka hijab mereka, kasi mereka tahu perihal yg sebenarnya apa yg sedang puan alami.. biar mereka sedar & berikhtiar nak mengubat atok tu..
berdoalh banyak2 semoga Allah S.W.T bg jalan & keselamatan.. aamiiinn..
sebab skrg awal ni dizalimi oleh gangguan jahat tu..
saya faham situasi puan .. tp puan sendiri kena kuat, jgn lupa Allah S.W.T tu maha mengetahui lg maha adil..
sbb saya pn sedang mengalami situasi lebih kurang mcm puan..
jadi saya melipat gandakan semua amalan yg sy dh bg pd puan..
kalau puan mampu tahan.. boleh buat.. tp saya xpaksa & saya xmencadangkan.. sbb puan ada tugas komitmen lain..
contoh yg saya maksudkn lipat kali gandakn amalan..semua amalan jd 1000x & ayat kursi hanya 121x..
ini semua bermula
selepas dpt nasihat dr org yg dipercayai..
mereka kata ini situasi ujian dr Allah S.W.T beri pd saya, saya kena redha dgn takdirNya..
ketika saya dh berusaha ikhtiar berubat dgn org alim, jd SAYALAH SENDIRI yg mesti, wajib kena jaga diri sendiri, jaga kesihatan & jaga hubungan dgn Allah S.W.T..
boleh juga puan ikhtiar cara ni.. tp saya harap puan jgn bg tau dulu suami, sbb yg saya baca dr tulisan puan..
dapatkan ini..
https://bidaraspecialist.com/
saya xjual ke promot ke puan.. tp puan cuba dulu..
maaf atas apa2 tulisan yg menyinggung & sensitive..
terima kasih..
aku bnci bace cite mcm ni..pmpuan lemah xmmpu buat ape2…mnurut je kjenye, iyekn je bila mertua suh, iyekn bile suami kate gile, nway atok setan tu laki ke pmpuan? curious la jgk. commonsense pn tarak. dah tau kes dah berat mcm ni .ptt gi cari ustaz berubat senyap2, bkn tulis cite bg fiksyen shasha senyap2.ape la deyy
haha..stuju
suami bukan x tau ni tp buat2 x tahu. ramai spesies lelaki yg tido mlm peluk bini tp ape2 bini bgtau tamo pcya. npe x pegi tido ngn atuk ko pembela setan tu je?
so nk tau ni teha ko pegi psikiatri ni doc ckp ape. ak bukan nk ckp laki ko btl dan ko x btl tau just nk tau ape yg doc ckp psl ko spnjg rawatan? ape ubat yg doc bagi?
teha, ko yakin ko x sakit. prove it! kata syg anak kan, ko nk ke anak ko jd mangsa. entah belaan ape buyut tu bg nt kat anak. takkan nk tgu ko btl2 saki mental dlu baru n paksa laki po pcya beb… mse tu xde sape pcya ntah2 kteorg kat sini pun x pcya. entah2 laki ko pun ad baca FS dan dia plk akan bgtau keadaan sbnr ko yg mmg sakit. so sblm pkra tu blaku, usah bsikap lemah dgn hana mbiarkan laki duk kata ko gila, ko plk asik patuh je x melawan. itu dh semacam ko redhakan aje laki ko menghina ko tau tak?
selamatkan arissa tu dulu teha. jgn bagi dia rapat dgn buyut dia tu.
Allah kurniakan akal yg cerdas. Kekuatan melebihi lelaki. Gunakan. Nyawa taruhannya jika berlarutan
ikut ckp suami srh pg jme doc, pg. tp ubat tu jgn mkn. ubat tu klu org sihat mkn boleh rosak badan. dlm mse yg sme mntk tlg org yg rapat bwk pg jmpe org yg pandai.