Suaranya Memikat Hati

SUARANYA MEMIKAT HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Fisyen Shasha. Nama aku Ijam. Aku masih baru dan ini kali pertama aku dalam menulis cerita dalam FS ni tapi dalam bidang membaca FS ni, aku rasa aku sudah layak untuk mendapat ijazah kot sebab aku follow Fiksyen Shasha ni dah lama dah. Bukan nak membodek ke apa ye admin, cuma menyatakan kebenaran. Baiklah seperti tajuk di atas, aku ingin menceritakan tentang suara yang memikat hatiku ini.

Korang tertipu bila korang fikir aku nak cerita tentang perempuan cantik ke apa. Sebenarnya aku nak cerita tentang pengalaman aku menaiki bas setelah sekian lama tidak pulang ke kampung. Aku budak kampung yang belajar di Selangor, pada cuti semester aku pulang ke kampung dengan menaiki bas ekspres. Hari tu kan tular pasal ada penumpang komplen pasal bas bawak mayat, aku nak gelak je bila baca berita tu. Rupanya ada lagi orang yang naïf. Jadi aku nak cerita pengalaman naik bas versi aku pulak.

Sebenarnya aku jarang naik bas jadi bila aku terpaksa pulang dengan menaiki bas ni, aku jadi mabuk kenderaan. Semasa awal perjalanan pulang ke kampung, aku hanya tidur dengan bersandar pada tingkap bas. Biasalah naik bas ni perjalanan tu bergelora sikit, sebab tulah aku jadi mabuk kenderaan. Tengah syok tidur tu, tiba-tiba aku macam terdengar suara menjerit di tepi telinga aku. Aku terkejut bila dengar suara tu sebab suara bukan dari dalam bas tapi seperti dating dari sebelah luar bas dan kebetulan telinga aku rapat di tingkap bas. Penumpang lain seolah-olah tidak perasan dengan bunyi itu. Suara itu seperti suara perempuan yang sedang menjerit lantang, tapi kenapa aku seorang je yang dengar suara tu? Masa tu aku tak terfikir langsung tentang hantu atau apa-apa yang mistik.

Tidak lama selepas aku terdengar suara itu, aku perasan bas bergerak dengan perlahan tetapi bunyi enjin bas amat kuat seperti pemandu bas tu menekan minyak dengan kuat, tetapi pada masa yang sama turut menekan brek. Aku ingat pemandu bas tu mungkin masih baru dan tertukar brek dengan pedal minyak atau dia terlalu mengantuk sehingga memandu bas perlahan. Kejadian itu berterusan sehingga bas sampai ke kawasan bandar yang diterangi oleh cahaya lampu. Oleh kerana ingin tahu apa yang terjadi, aku cuba bertanya kepada pemandu bas itu tetapi dia memarahi aku dan menyuruh aku kembali ke tempat duduk. Tapi aku perasan muka pemandu bas itu seperti pucat dan seperti ketakutan.

Selepas beberapa ketika, iaitu apabila melalui jalan di kawasan hutan yang gelap, kejadian yang sama berlaku. Bas bergerak perlahan dan enjin bas menderam dengan kuat, tetapi kali ini ditambah dengan bunyi seperti ada orang melompat di atas bumbung bas. Selepas beberapa ketika, bas mula bergerak dengan normal. Aku ingat benda ni terhenti di situ sahaja, tetapi pemandu bas mula bertindak pelik dengan memandu bas dengan laju dan memasang radio dengan amat kuat sehingga meganggu penumpang yang sedang tidur. Aku yang sedang pening ketika itu berasa amat marah dan sakit hati dengan tindakan pemandu bas itu. Aku tertanya-tanya kenapa dia perlu memasang radio dengan terlampau kuat sehingga menganggu penumpang. Tiba- tiba aku perasan sesuatu, walaupun bunyi radio sangat kuat tetapi aku seperti mendengar suara perempuan yang menyanyi dengan sangat merdu. Suara itu bukan datang dari radio dan bukan juga dari penumpang bas itu tetapi datang dari sebelah luar bas iaitu di tepi aku. Kebetulan pada masa itu tingkap bas telah aku tutup dengan langsir, jadi aku tidak dapat melihat suasana di luar bas.

Tiba-tiba aku dapat menangkap apa yang telah terjadi. Rupa-rupanya ada benda yang telah mengikut kami ketika melalui kawasan perkuburan di Pahang tadi. Apabila kami sampai di kawasan R&R, aku mencuri dengar perbualan antara pemandu tadi dengan pembantunya. Rupa-rupanya, ketika melalui kawasan perkuburan tadi mereka ternampak seorang perempuan berbaju putih melambaikan tanggan di tepi jalan raya, seolah-olah ingin menahan bas itu. Pemandu bas itu ingin memberhentikan bas itu tetapi membatalkan niatnya kerana dia perasan perempuan tadi tidak mempunyai wajah. Beberapa meter selepas itu, pemandu bas itu perasan bahawa ada susuk tubuh manusia melekat di bahagia luar sisi kiri bas, iaitu di cermin tingkap bas kawasan tempat duduk aku. Dan mungkin suara menjerit yang aku dengar tadi datang dari lembaga itu. Nasib baiklah aku menutup tingkap bas itu tadi, jika tak habislah aku.
Cerita itu masih belum habis kerana selepas bas menjadi perlahan buat kali kedua, kejadian yang lebih seram telah berlaku. Ketika bas menjadi normal kembali, pemandu itu telah dikejutkan dengan penampakan wajah perempuan betul-betul di sebelah kiri cermin depan pemandu. Wajah perempuan itu sedang tersenyum dan sedang memerhatikan penumpang dalam bas itu. Kerana itu lah pemandu bas itu memandu dengan laju dan memasang radio dengan sangat kuat. Aku tidak pasti perkara ini benar atau hanya ilusi pemandu bas itu kerana aku tidak nampak apa-apa ketika itu. Menurut pemandu itu, wajah perempuan tu sangat menakutkan dengan mata merah, muka hitam mengerutu, mulut seperti ditoreh hingga ke telinga dan dengan leher yang memanjang dari bahagian atas bumbung bas. Aku tidak sanggup membayangkanya, jadi korang bayangkan lah sendiri ye. Tentang suara merdu yang aku dengar tadi, aku tidak tahu dari mana datangnya suara itu kerana pemandu bas itu tidak menyebut langsung tentang suara perempuan menyanyi.

Suara itu telah membuatkan aku terpikat kerana sangat merdu dan mempersona. Apabila sampai ke kampung aku langsung tidak terfikirkan tentang peristiwa yang aku dengar dari pemandu bas tadi, sebaliknya aku seperti angau dan sering termenung seorang diri kerana teringatkan suara perempuan itu. Sampaikan mak aku menjadi pelik dengan sikap aku dan dia membawa aku berjumpa dengan seorang bomoh dan menurut bomoh itu aku telah disampuk oleh Pontianak. Tetapi bomoh itu tidak dapat menolong aku kerana kekuatan bomoh itu masih belum dapat menanding kekuatan makluk halus itu. Lama kelamaan aku menjadi semakin lemah kerana selera makan telah hilang sejak peristiwa itu. Nasib baik lah ketika itu aku sedang bercuti semester yang panjang. Jika tida mesti pelajaran aku akan terjejas. Namun apabila cuti semester berbaki dua minggu lagi, keadaan aku masih belum pulih. Sehinggalah akhirnya mak aku terjumpa seorang ustaz yang dapat menolong aku. Sekarang keadaan aku sudah pulih dan menurut ustaz itu, sebenarnya ketika kejadia diatas bas itu, sebahagian roh aku seolah-olah sesat di kawasan perkuburan itu kerana ketika itu aku berada diantara keadaan terjaga dan tidur. Aku juga tidak pasti apa yang berlaku tetapi kalau ada yang dapat menerangkan apa sebenarnya yang berlaku kepada aku, silakan komen.

Okay itu sahaja cerita aku. Mohon maaf jika bahasa yang aku gunakan agak berbelit-belit kerana aku menaip cerita ini pada pukul 4 pagi. Ye 4.00 pagi. Terima kassih kerana membaca celoteh aku, kalau ada rezeki aku kongsi cerita yang betul-betul best dan aku akan cerita dengan lebih baik lain kali. Terima kasih juga kepada Fiksyen Shasha kerana sudi meluangkan masa untuk terima cerita aku ini. Kalau cerita aku ini dapat diterima oleh pembaca, aku akan berusaha buat cerita yang lebih baik daripada yang ini. Isha allah. Segala kritikan dan teguran akan ku jadikan sebagai penanda aras dalam bidang penulisan.

P/s : ini cerita betul bukan rekaan, cuma aku ubah sikit-sikit je nak bagi seronok sikit

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mr. Topeng

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

28 thoughts on “Suaranya Memikat Hati”

    • MR. TOPENG
      Selamat datang ke dunia penulisan!Cerita yang menarik!Jangan risau,walaupun masih baru,tetapi cara penyampaian cerita amat mudah difahami.Tidak berbelit dan tidak berterabur.Tingkatkan lagi usaha!Kalau ada kelapangan,kongsilah cerita lagi!
      Oh ya!tentang setengah roh berada di tapak perkuburan tu tak tau macam mana nak jelaskan,ilmu di dada masih belum mencukupi..
      maaf sangat2,tak dapat nak tolong..😕

      Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita di FS😬
      Waalaikumussalam

      Reply
  1. Kau admin ke? macam marathon da ni tok rasa..
    story best..
    gambar atas tu buat tok ingat pula kat lagu pejamkan mata mata yang lesu itu dan mimpikan yg indah mimpikan aku..

    Reply
    • Ijam nama sebenar kot sebab dalam cerita satu lagi diperkatakan penulis nak pembaca mengenali dia sebagai Izzat..atau dua-dua nama sebenar..ehmm🤔

      Reply
  2. secara saintifik, macam hallucination sahaja…. Your’s maybe hypnagogic…. Driver maybe experiencing the same thing juga…. maklumlah kepenatan…. i don’t know… itu hanya pendapat sahaja….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.