Sunan Andika

Assalamualaikum and hi,

Cerita yang nak aku kongsikan ni tak lah seram mana tapi bagi aku, still buat aku meremang bulu roma bila ingat. Nak pula kena hadap hari-hari. Bertabah betul hati ni. Aku just guna ayat santai je lah.

WARNING: CERITA NI MUNGKIN TAK SERAM SO AKU MINTA MAAF AWAL-AWAL AND KISAHNYA PENDEK SAHAJA.

Sunan ni anak lelaki sulung aku. Nama penuh dia Sunan Andika. Umur baru 4 tahun tapi kalau dia bercakap, macam orang umur 40 tahun. Matang mengalahkan aku. Sunan ni ada sejenis perangai yang suka meneka or jenis cakap semberono tapi kebanyakkan yang dia cakap or teka, tepat. Aku pun tak faham macam mana.

Kes 1:

Dia ni hantu kartun. Paling suka Upin Ipin. So sesiapa yang ada anak (selalunya), akan tahu lah masa tayangan tu pukul berapa. Selalunya kat Tv9 lah kan, 7.30 pm. Kat Astro pun ada tapi aku memang tak tahu tayangan pukul berapa.

Ada satu hari tu, around 3pm, dia merengek nak tengok Upin Ipin. Aku cakap lah tak ada. Yang ada 7.30 pm nanti. Tapi dia bermatian kata ada. So aku godek-godek lah channel kartun yang ada. Nah papp! Kat Disney Channel tengah main. Lepas tu dia pandang aku dengan pandangan sinis sambil cakap,”ABANG DAH CAKAP ADA KAN.” Baik lah nak.

Peristiwa aku bertekak dengan dia waktu pagi semata-mata kerana Minions pun macam tu juga. Sampai dia bergolek-golek cakap ada Minions kat tv. So aku dah tahu taktik tu, aku buka semua siaran kartun. And memang tak ada. Aku pun buat lah muka bangga dengan ekspresi ‘MAMA-NI-KAN-MAK-SO-APA-YANG-MAMA-CAKAP-BETUL’ kat dia. Sekali dia jawab, “MAMA SALAH.” Okay fine. Aku teruskan next sampai ke 702. Ye betul kawan-kawan, memang tengah tayang pun cerita tu *face palm*. Then dia cakap,”KAWAN ABANG DAH CAKAP MEMANG ADA” sambil tersenyum. Aku gayat ye. Tapi aku biarkan je.

Penyudahnya, mama record je semua kartun favorite dia tu. Haa tengok lah sampai lebam. Tapi yang sakitnya aku. Payah nak tengok cerita sendiri.

Kes 2:

Kan awal-awal tadi aku cakap yang Sunan ni kalau bercakap mengalahkan orang umur 40 tahun. Pemikiran dia tu pun kekadang begitu. Dia suka bercerita dengan aku benda-benda lampau. Yang kadang-kadang aku tak perasan pun benda tu memang ada jadi ke or dia reka ikut sedap rasa dia je. Tapi setiap kali dia bercerita, muka dia penuh yakin. And ayat “BETUL MAMA” tu sentiasa keluar dari mulut dia. Macam dia ada kat tempat kejadian pula.

Satu petang tu aku bawa dia pusing-pusing pekan Kuala Selangor. Aku lalu depan Klinik Kesihatan Kuala Selangor so boleh tembus terus ke Bukit Malawati tu. Aku bawa slow je. Sekali dia start dengan kisah dia;

Sunan : Mama, dulu kan kat sini ada rumah besar. Pakai kayu. Cantik.
Mama : Kat mana?
Sunan : Kat sini lah. (Sambil tunjuk satu rumah besar tapi batu.)
Mama : Ni rumah batu lah.
Sunan : Tak. Dulu rumah kayu, besar. Tapi dah habis terbakar. Semua orang m**i. (Buat muka sedih)
Mama : Gulp!

Aku iyekan juga sudahnya. Malas nak tanya lebih-lebih. Sebab dia macam menghayati sangat kawasan rumah tu. Nanti lah kalau aku rajin, aku siasat lah segala tok nenek sejarah pekan tu. Kalau rajin lah. Sebab sejarah Pahang pun aku tak khatam lagi dah goner?

Kes 3:

Baru-baru ni aku bawa dia ronda kawasan perumahan berdekatan. Malam lah, around 8pm. Masa meronda tu, kami lalu kat depan rumah akak sedara laki aku. Nama akak sedara ni, Kak Menah. Tiba-tiba Sunan tunjuk kat aku sambil cakap,”MAMA, RUMAH TU ADA BABY.”

Untuk pengetahuan, Kak Menah memang baru sebulan terima cucu. Anak dia, Noi baru bersalin. Tapi aku TAK PERNAH bagitahu Sunan apa-apa. Ye lah, kalau bagitahu pun macam lah dia faham kan. And aku laki bini tak pernah bercerita hal Kak Menah and the clan. Buat hape bercerita pasal orang kan. Gittew. Lepas tu Sunan sambung;

“ORANG YANG ATAS KERETA TU YANG ADA BABY TU MAMA.”

Time tu, ada dua orang yang duduk depan rumah Kak Menah. Anak dia, Jali and menantu dia (suami Noi). Suami Noi ni yang duduk atas kereta, Jali mencangkung kat bawah. So macam mana dia tahu? Then aku pun tanya dia, mana dia tahu? Tahu dia jawab apa?

“KAWAN ABANG YANG CAKAP.” Sambil gelak-gelak kecil. Kau rasa? Dah siapa pula kawan mamat ni? Aku pesan kat Sunan, kalau ada orang pelik-pelik nak kawan, halau dia. Cakap mama tak suka. Dia anggukkan aje. Entah buat ke tidak. Moga dijauhkan lah. Mama tak kuat nak oiii.

Kes 4:

Ada masa-masa dia, Sunan ni akan ajak aku balik rumah. Walhal kami memang dah dalam rumah pun. Kadang tu sampai meraung menangis ajak balik. Garu kepala mak nye ni. So untuk hentikan tangisan lolongan dia tu, aku pujuk and cakap nanti aku hantar balik. Dengan syarat kena tidur dulu. Sebab kebanyakkan waktunya tu, malam. Then dia akan tidur. Esok pagi dia lupa lah.
.
.
Tak tahu lah korang anggap Sunan ni apa. Pelik ke, apa ke. Sebab aku ni kekadang tak terlayan dengan perangai pelik dia ni. Hahahaha. Setiap malam memang aku ruqyahkan dia. Bila dia tidur, aku akan bukakan ayat-ayat ruqyah then letak tepi kepala dia tu. And setiap malam dia tidur, dia kerencingkan gigi. Berlaga gigi tu lah. Tak reti aku nak eja.

Selama ni aku baca kat twitter je perangai pelik anak-anak orang putih tu. Sekali terkena anak sendiri daaa. Berhuhuhu je lah mampu. Kisah ni aku tak ada reka ke apa, memang aku mengalami syndrome ‘MAK-YANG-ADA-ANAK-PELIK’ even tak lah pelik mana. Suka-suka nak claim. Ampun.

Thanks korang sudi baca. Macam biasalah, aku penulis amateur je. Kalau ada yang kurang, kecam lah berjemaah. Aku baca sambil makan kacang raya yang tak habis tu je.

Lots of Love,
Fara
(Mak yang dilemma)

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Farnim Kamdin

43 thoughts on “Sunan Andika”

  1. MUNGKIN MMG BETUL DY ADE YG IKUT.. APE KATA BWAK JUMPE UST.. BDK2 NI HIJAB DY TERBUKA.. TP KITE SBGAI IBU BAPA BOLEH JUMPE UST UNTUK TTUP HJAB DY

    Reply
  2. ank akk suka berlaga gigi ke time tidur? tak silap saya ada baca, kalau tidur berlaga gigi tandanya boleh jdik saka.dengan cerita akk ni mcm hijab dia terbukk.cuba la tanya pakar rawatan islam

    Reply
  3. kisahnya best. penyampaian nya pun best. rasanya tak la kronik, nampak mcm baik je “kawan” dia tu. cakap kat sunan kata abg jijie kirim salam.

    Reply
  4. Tapi budak-budak memang dy boleh nampak benda-benda nie kan? sebab anak kakak and abang saya pun lebih kurang mcm nie tpi xde lah sampai berkawan..cuma kalau dyorg nampak dyorang akan cakap..antaranya
    – mi ada atuk..sedangkan dalam kereta ada dy dengan mummy dy..
    – mama belakang mama ada momok..mencicit la mak dy lari..haha
    – pa ada benda terbang..
    kalau benda tu muka buruk dy x cakap tapi dy akan peluk papa dy.. kang balik rumah kita tanya baru dy ckp..

    Reply
  5. Anak aku pun masa tido suka kunyah gigi dia. berkriuk kriuk bunyinya. pengalaman yang aku xleh lupa masa dia dalam umur 2 tahun dia tunjuk sesuatu kat lantai. aku pun jenguk nmpak macam kesan d***h so aku amek mop pastu lap tempat kejadian. tetiba anak bujang ku itu menangis menjerit melalak. abahnya pun spontan melaungkan azan sekuat hati dalam rumah berselang seli dgn jeritan anak aku. lama2 baru reda tangisan anak. aku pun sampai sekarang masih tertanya-tanya maksud semua tu.

    Reply
  6. MAK Saya kata tidur laga gigi tu rimau.
    sebab saya pon tidur macam tu sampai gigi goyang lama2 tercabut masa tidur.
    kebetulan juga sebeb saya lahir tahu rimau.

    Reply
  7. Suka gesel gigi tu bukan sebab saka. Takde kaitan. Ni sebab saraf je. Tambah plak budak kadang2 dimarah dia rasa geram nak balas balik. Memori dia main semula masa tido. Tapi nama Sunan Andika sebutan Jawa. orang Jawa banyak belaan. Entah-entah nama belaan atau nama kesukaan jin. Bila dipanggil dia datang la.

    Reply
    • Entah lah. Dulu masa kecil pun aku tidur berlaga gigi. Hahahaha.
      Tapi ada terdengar ceramah ustaz Syarhan Shafie pasal yang 1 ni. Entah.

      Nama belaan? Eh tak kan lah. Maksud nama tu pun molek. Yang dihormati dan berpangkat tinggi.
      Huuuuu.

      Reply
  8. biase budak2, tapi lebeh baik tutpkan hujab, takut kwn die tunjuk muke sebenar trus demam.mcm anak adik saye.suka main mlm sorg diri rupenye main dgn kwn die yg kite x nampak. skali kwn die tunjuk muka terus demam. sama umur anak fara ni le die kene…

    Reply
  9. MCM anak sulung sy lah.. umur skrg baru 7 tahun.. sy perasan perangai die.. masa umur 6 tahun.. perangai macam mak nenek.. cara ckp MCM org² tua.. ade few benda yg die pernah tertanya.. salah satu nya die pernah tanye.. “ibu betul ke kalau kita nak belajar silat Kene jumpe nenek kebayan..?” Sy tanye “sape ckp ngn kakak..?” Die ckp “takde sape² kakak yg nak tanye sdri” sy terus pandang suami sbb tibe² je suami ckp “sebab kat kakak NIE pun ada nenek” suami sy NIE ade kebolehan sket².. So die blh nampak dan rasa.. ikut masa lah tp.. huhu.. rupenye suami sy dah lama tahu dah.. sy je yg terpinga² time Tu.. hahahaha

    Reply
  10. Saya masa kecik pun slalu masa tido laga2 gigi tp alhamdullillah saya xda kne mngena dgn saka. Nama Sunan ni biasanya org ada keturunan raja bagi org indon…semacam kite org malaysia selalu guna Tgku, Raja, Puteri, Meor dsb. Akak berketurunan Raja ye?

    Reply
    • Sunan ni selalu digunakan oleh orang yang tinggi darjatnya dalam agama. Selalu nya yang pakai adalah para wali (wali songo). Ni yang saya tahu lah.

      Eh tak. Saya terinspirasi daripada novel karya RAM, Laksamana Sunan tu wataknya. Hehehe

      Reply
  11. Bukan senang pikul nama Sunan ya..sebab tu gelaran tertinggi untuk wali2 songo di Tanah Jawa..saya menonton semua kisah wali2 songo di youtube video dan mmg terkejut Puan berani letak nama anak dgn nama Sunan..Sunan (wali2 songo) mereka mmg terbuka hijab..ada karomah..punya banyak kelebihan untuk melawan musuh..boleh terbang…berjalan atas air..boleh mengubat orang..boleh invisible selain boleh pergi ke satu tempat dgn segera..Puan terinspirasi letak nama anak krn Novel Laksamana Sunan..apapun kdg2 nama seseorang pun terkait dgn tingkah lakunya…segera berjumpa ustad atau mana2 perawat..jgn dilengahkah hingga dewasa baru kelamkabut mencari..takut anak puan dah sebati dan terlalu rapat dgn ‘kawan’ dia…puan yg susah nanti…ada seorang lelaki Jawa yg rasanya boleh bantu puan…dia tinggal di sebuah kg berhampiran masjid Taqiyuddin Teluk Intan Perak…bernama Wak Saripan…usahalah jumpa dia ya..jemaah masjid dan kawasan sekitar mmg kenal dia…

    Reply
    • Iya, terinspirasi dengan Laksamana Sunan. Dan maksudnya juga bagus, molek. Jadi saya rasa tak salah asalkan tak membawa maksud yang tak baik. Kan?

      InsyaAllah, akan saya usahakan. Sebab ada yang berpendapat ini hanya imaginary dia sahaja. Entahlah.

      Btw, thanks a lot.

      Reply
  12. Saya bg no phone wak saripan tu ya…017 5479306…atau 012 492136..atau haji sani (di kg sijangkang..teluk panglima garang) 019 6316967…nasihat saya jgn dibiarkan ank berkawan begitu..jika tidak hingga tua dia akan diikuti..saya sendiri kdg2 boleh nampak makhluk halus..dan boleh merasai entiti yg ada dkt saya…tp benda tu tak dpt nak berkawan dgn saya…mmg taknak la…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.