Sungai Api-Api

Assalamualaikum pada semua pembaca. Aku da lama niat nak kongsi cerita seram aku kat FS, tapi asyik sibuk saja. Sebelum tu aku share sikit pasal diri aku. Aku dari Singapura. Nama manja aku ialah pika, aku anak ke-2 dalam 6 adik-beradik. Sungguhpun aku ni perempuan, aku suka sangat sangat pergi memancing (aku jenis yang lasak hehe). Specialnya aku ni, aku boleh nampak mahkluk halus. Sama macam ayah aku.

Kisah ni berlaku ketika aku berumur 10 tahun. Kakak aku ni jenis yang suka duduk rumah, jadi aku sorang sahaja yang ikut ayah aku pergi memancing pada waktu malam dengan 2 lagi kawan ayah aku. Kita mula bergerak dari rumah ke destinasi pada waktu maghrib.

Tempat yang kita nak pergi tu jauh la jugak dari rumah aku, nama tempat tu Sungai Api-Api.

Bila nak masuk ke dalam kawasan tu, rasa seram sejuk. Tempat tu sunyi, penuh dengan semak dan gelap. Hanya mengharapkan lampu dari trailer kawan ayah aku saja. Bila da sampai dekat port, diorang mula la memasang joran. Aku? Aku duduk dekat dengan ayah aku. Tiba-tiba ayah aku bisik.

“Pika, kalau nampak apa-apa, jangan tegur. Duduk sini diam-diam. Ayah da pagar kawasan ni.” (Pagar yang ayah aku maksudkan ni ialah pagar makrifat. Pagar di antara jin dan manusia dimana jin tidak boleh melepasi pagar tersebut. Ayah gunakan garam jantan untuk pagar kawasan kita).

Aku angguk aja. Terus badan aku tegak sebab rasa macam ada benda kat belakang. Aku tak berani nak toleh. Ayah aku campak joran, dan terus bakar rokok sebatang. Kawan ayah aku yang tadi jauh sikit dari kita, terus pindah dekat dengan ayah aku. Muka dia pucat. Ayah tengok dia, geleng kepala.

“Tu lah kau, tadi aku suruh stay sini kau nak jugak pi sana kan dah kene” . Aku cuma perhatikan aja.

Tiba -tiba aku dengar macam orang panggil nama aku dari semak kat belakang. Aku toleh. Tak ada apa-apa. Aku pandang depan, mengadap laut. Dari jarak aku, aku nampak ada bende bulat macam bola football terapung-apung. Tapi bende tu macam pelik sikit. Aku tanya lah ayah aku,

“Ayah apa benda tu?” sambil tuding jari kat benda tu.

Ayah aku cuma kata tak ada apa, dan suruh aku duduk kat kerusi semula. Benda tu makin dekat dengan kitaorang, aku perhatikan benda tu betul-betul.

Astaghfirullahal’adziim. Kepala orang! Clear sangat! Aku nampak ada mata yang merah menyala, rambut serta gigi yang bertaring! Aku toleh kat ayah dan baru aja nak bersuara, ayah kata. “Buat tak tahu aja. Jangan takut dia tak boleh dekat.”

Tak lama lepas tu, kita berempat dengar mengilai dari semak samun kat belakang. Sumpah aku da takut sangat sangat. Terus tak nak duduk dan berdiri kat sebelah ayah aku. Aku diri mengadap laut dan kepala tadi pun da hilang. Kita cuba buat tahu aja. Sebelah kiri ayah aku ni ada cooler box, untuk letak ikan-ikan yang kita dapat. Ni part yang teruk sekali. Apa yang berlaku ialah…

Tengah pandang laut, suasana sunyi. Tiba-tiba aku dengar, “Nak, nenek nak makan ikan-ikan tu boleh? Nenek lapar nak.” Terus aku nak toleh tapi ayah aku tahan. Dia bagi isyarat mata untuk jangan toleh ke belakang. Masa ni, kawan ayah aku, satu tidur dalam trailer, lagi satu duduk kat kerusi yang jauh sikit dari kita sambil pejam mata.

Sumpah suara tu sebijik seperti suara seorang nenek. Aku da menggigil. Ayah aku bersuara “Kau boleh makan ikan-ikan tu, tapi kau janji untuk tidak kacau anak cucu Adam yang sedang mencari rezeki. Lepas kau makan nyah kau dari sini.” Tegas ayah aku, dia pun tak toleh ke belakang.

Tapi kita dua dengar dengan cukup jelas, “nenek” tu tengah makan. Bunyi dia makan macam orang pelahap. Aku nak tengok, jadi aku cuma gerakkan anak mata dan jeling dari tepi, Allahuakhbar! Sumpah aku tak akan jeling untuk tengok. Apa yang aku nampak ialah, benda tu tengah menyangkung depan coolen box tu, rambut dia ngerbang dan panjang. Kiri kanan tangan dia ada ikan. Kuku dia panjang. Muka dia tak perlu aku jelaskan. Hodoh sangat!

Aku semakin menggigil dan kalau aku toreh muka aku agaknya tak ada d***h. Urat sendi aku masa tu terasa lemah sangat. Mesti korang tertanya kan, macam mana benda tu boleh masuk sedangkan ayah aku da pagar kawasan tu?

Cooler box tu sebenarnya luar dari kawasan pagar. Kenapa ayah letak kat luar? Itu aku tak tahu. Okay back on track, buat kali kedua bunyi mengilai dari arah semak, ni kali lagi kuat bunyinya. Member ayah aku yang 2 orang tu pun terbangun. Aku da nak nangis da. Sekali joran kawan ayah aku bengkok.

Yang peliknya, joran kalau ada ikan yang makan umpan, bengkoknya ke depan… Tapi ni ke belakang! Apa lagi diorang dua terus angkat joran, campak kat belakang trailer. Kelam kabut suruh ayah aku dengan aku masuk dalam trailer. Diorang kata da tak tahan nak pancing kat situ lama-lama. Disebabkan semua tergesa-gesa, tak sempat la nak gulung joran dengan betul.

Main angkat dan campak aja kat belakang trailer, coolen box tadi ayah suruh aku buka dan buang ikan tu. Terkejut sangat sebab ikan tu semua tak ada bekas dimakan, tapi da busuk. Aku buang, campak kat belakang trailer dan cepat cepat kita keluar dari kawasan tu.

Jangan risau kitaorang tak terus balik rumah, kita singgah kedai makan yang berdekatan sekejap sebelum balik. Orang tua-tua kata, kita jangan terus balik sebab benda tu akan ikut kita balik rumah. Wallahu’alam. Da pukul 12 lebih, baru la kita balik.

Sampai sahaja rumah, aku mandi dan solat sunat untuk tenangkan diri. Kakak dan ibu aku da tidur. Lepas solat aku zikir. Tahu- tahu esok pagi ibu aku kejut bangun subuh, aku tersadar dalam keadaan aku masih bertelekung. Rupanya aku terlelap di atas sejadah semalam.

Kepala aku pun rasa berat aja. Ibu kata muka aku pucat sangat, kemudian meletakkan belakang tapak tangan ke dahi, “Pika demam panas ni. Ni mesti nampak dan kene ganggu tau semalam. Mesti teruk sampai demam panas anak ibu ni. Cepat solat lepas itu rehat nanti ibu masak bubur” Disebabkan pintu bilik aku tak tutup, aku dapat dengar suara ibu memarahi ayah kat dapur. Ini la kisah seram aku yang sehingga sekarang aku tak dapat nak lupakan.

p/s: sekarang aku masih tetap pergi memancing, tapi tak lagi pergi ke kawasan yang macam tu. Sungguh aku tak kuat. Hehe

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 thoughts on “Sungai Api-Api”

  1. Pancing tk ajak pun.. Sungai api-api tu kalau kene ikan mmg best layan.. siakap belambak2 tu.. ni Sungai api-api yg u maksudkn dkt ngn elias rd atau carpark c?

    Anyways thumbs up..!!

    Salam zzzreeettttt.!!

    Reply
  2. dasyat ye ko 10 tahun dah pandai solat sunat..kekeke…
    dasyat ye ko 10 tahun ko blh ingat setiap detik saat smpai skng..kekekek
    hahahaha..rekaan…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.