Sungai Batu – Edi Arjuna

Hai Min. Lama tak jumpa. Rindu aku tak? Ni ada story aku peram. Terima kasih na.

SUNGAI BATU

Biasanya, yang kerap bertembung dengan jin dan setan ni kaki pancing, nelayan, kaki beromen tepi laut. Macam-macam pengalaman yang pernah aku dengar dari puak-puak di atas. Sebabnya depa ni time Maghrib dan tengah malam suka dok bersidai kat gigi air lagi.

Tapi ada lagi satu puak yang suka lepak lama-lama kat tepi laut iaitu…landscape photographer. Macam aku ni la. Aku dan kawan-kawan aku. Kami lagi rare…jangan kata tepi laut. Tengah bendang, rumah kosong, bukit bukau, gunung ganang semua kami terjah semata-mata nak mendapatkan hasil gambar yang gempaq. Selain dari hobi dan juga salah satu punca pendapatan kami, gambar landscape yang baik juga adalah untuk tayang kat kawan-kawan bagi depa dengki.
Nak bagi kawan-kawan dengki ni hang kena kerja kuat sikit. Kena masuk kot celah-celah yang orang jarang pi. Baru gambaq hang rare pasai orang lain tadak gambaq macam tu lagi.

Satu hari tu di tahun 2010, aku memang dah plan awal nak turun ke lapangan untuk membidik sekeping dua gambaq habuan nak membahan kawan-kawan. Target aku adalah satu lokasi terpencil di Penang. Tepat lagi adalah Sungai Batu, Teluk Kumbar. Nama tempat tu macam ada sungai tapi sebenarnya ia adalah pantai. Sungainya aku taktau kat mana. Tak pernah ambil pusing pun. Masa tu, port Sungai Batu belum terdedah sangat. Belum banyak gambaq yang dihasilkan di lokasi tu. Orang pun jarang masuk. Yang ada pun geng kaki pancing dan orang kot situ ja.

Sebelum terjah, aku call salah seorang rakan merangkap guru photography yang pernah sampai di port tu.

“Hello cikgu Man. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Ya Di. Ada apa?”
“Saya nak shoot Sungai Batu. Port mana yang best?”
“Sungai Batu? Bila?”
“Petang ni.”
“Huuiii.. pi dengan sapa?”
“Ada kawan ni nak follow.”
“Oh ok. Jangan pi sorang. Saya kena dah kat situ. Port biasa la kat depan sekali. Jangan pi ke dalam petang-petang macam ni.”
“Ok cikgu. InsyaAllah. Terima kasih banyak.”

Telefon diletak. Masa cikgu Man kata ‘saya kena dah kat situ’…aku dah faham. Tapi aku nak pi bukan nak cari pasai. Aku nak gambaq ja. Nak cari pasai dengan kawan-kawan aku. Bukan dengan hantu setan kat situ. So buat relax dah.

Jam 5 petang, kawan aku sampai depan ofis. Khalid nama dia, kerja kat tempat aku jugak tapi di company sebelah. Aku panggil dia Lid. Dia ni baru nak ciwi dengan kamera. Maklum la baru seminggu pegang Nikon D60. Memang tiap minggu ajak aku keluar cari bahan. Nak belajar katanya.

Tepat jam 6 petang kami tiba di lokasi Sungai Batu. Nak masuk ke lokasi, boleh masuk guna kereta tapi siap sedia nak belemoih. Jalan nak masuk tu kena tempuh jalan yang berselut dan dikelilingi semak samun. Jadi kami pilih untuk parking di luar dan berjalan kaki masuk ke dalam. Lepas 10 minit berjalan kaki, kami tiba di tepi laut.

Masa tu pengunjung tak ramai. Petang Jumaat. Kaki pancing pun tak nampak batang hidung. Ada dua tiga ekor pasangan beruk muda sedang merendek kat bawah pokok rhu.

Aku dan Khalid pun tak tahan nafsu dah. Tergedik-gedik nak pacak tripod walaupun matahari belum turun di garisan horizon. Salah satu tips nak tangkap gambaq sunset yang cun…pi awai. Baru hang tak kelam kabut masa nak shooting.
Kami pun turun ke gigi air, mencari-cari port mana nak pasang kamera.

Di kawasan tu ada banyak batu laut yang boleh dijadikan foreground dalam gambar. Tau apa tu foreground? Foreground adalah subject yang berada di lantai atau di bawah frame gambaq. Contoh paling mudah adalah batu batuan di tepi laut, tunggul kayu dan sebagainya. Jangan dok pi boh spender hanyut pulak.

Background pula adalah latar belakang yang menunjulkan keindahan matahari tenggelam di ufuk barat. Ia termasuk dengan langit yang bermacam-macam warna dan awan yang berkepul-kepul. Dua subjek ni yang bakal membantu gambaq jadi cantik. Kalau salah satunya tak ada, gambaq landscape jadi kurang padu.

Setelah dapat subjek foreground yang aku nak, aku pun pacak tripod dan pasang kamera. Mata dilekatkan ke view finder (teropong kecik kat body kamera tu) untuk mencari komposisi yang cantik. Komposisi adalah teknik mengatur subjek dalam gambar. Di mana nak letak foreground, di mana nak susun leading line, kat mana nak letak matahari, apa yang nak dimasukkan dalam gambaa dan apa yang perlu dikeluarkan. Itu semua termaktub dalam seni melihat (art of seeing). Sebab tu kalau ampa pi satu tempat nampak biasa-biasa ja. Tapi bila tengok gambaq dari seorang jurufoto berpengalaman…eh cantik la pulak! Apa yang orang kebiasaan nampak tidak sama dengan apa yang photographer nampak. Bukan nampak hantu….tapi nampak seni yang ada kat tempat tu.

Bila dah dapat kompo yang sedap, aku pun mula setting kamera. D90 Nikon bersama lensa Sigma 10-20mm F4 Ultra Wide. Satu satunya lensa kegemaran aku untuk membidik gambaq landscape kerana bidang pandangannya sangat luas. Filter Cokin untuk menapis cahaya berlebihan dari matahari dilekatkan di hujung lensa. Lubang Aperture dikecilkan pada F11 untuk mendapat ketajaman maksima pada keseluruhan gambar. Shutter speed diletak pada kadar bersesuaian dan ISO diturunkan ke paras paling rendah untuk mengelak noise berlebihan dalam gambar. Konpom ampa pening ni. Sila masuk kelas aku kalau nak bagi paham.

Setelah siap sedia semuanya, aku tunggu matahari jatuh di hujung laut. Aku perhatikan keadaan sekeliling untuk melihat keadaan cuaca terkini. Langit cerah dengan matahari terik memancar ke bumi Pulau Pinang. Biasannya yang menyuluh ke permukaan laut buat mata aku jadi sepet. Namun, di sebelah Selatan telah kelihatan awan hujan yang berbalam-balam. Hah! Aku berdoa jangan laaa awan tu ditolak angin sampai ke Barat. Kalau dia tutup pandangan kat depan, maknanya aku pun bakal tutup kamera.

Sekali sekala aku pandang ke arah Khalid yang berada di atas sebuah batu besar. Dia masih kelam kabut dok setting kamera barunya itu. Tu la hang, kalau tak reti mai tanya.

“Woi Lid…boleh ka tu?”
“Buliiiihhh…..aku tau dah.”
“Ha ok…buat la macam mana pun. Kalau tak paham tanya.”
Dia mengangkat ibu jari memberi isyarat ‘ok’.

Sedang asyik menunggu matahari jatuh, datang seorang pakcik ni menegur kami. Gayanya macam orang situ. Di tangannya ada baldi dan batang pancing.

“Dik…amik gambaq ka?”
“Ya pakcik.” Jawab aku.
“Ampa pi belah dalam nu. Lagi elok. Batu dia kaler hijau penuh lumut.”
Jerit pakcik tu dari belakang aku. Aku kalih tengok dia lagi.

“Ya ka? Batu besaq ka batu kecik-kecik?”
“Batu macam ni jugak la. Memanjang pi ke laut.”
“Haa ok ok terima kasih pakcik.”
Pakcik tu berlalu meninggalkan kami.

Bagi kami photographer, bila dengaq batu hijau berlumut, kepala kami jadi ketaq. Itu adalah subjek yang sangat bagus untuk dijadikan foreground. Blending pula dengan biasan cahaya matahari yang keemasan…peerrgghhh!! Karan baq hang.

Aku kalih tengok Khalid.

“Lid….nak try tak?”
“Kat dalam ka?”
“Ya kat dalam.”
“Hang tau jalan ka?”
“Lalu tepi laut ja kot. Kita pi ushar dulu.” Jawab aku penuh konfiden. Dalam masa yang sama aku dah lupa pesan guru foto aku tadi…Cikgu Man.

Disebabkan nafsu yang membuak-buak untuk menghasilkan gambaq yang rare, kami angkat tripod dan melangkah menuju ke hujung pantai…kawasan dalam yang dimaksudkan pakcik tu. Setahu aku, situ adalah port kaki pancing. Memang tak ada lagi gambaq dari dalam tu. Ini peluang keemasan yang harus direbut. Biar kawan-kawan aku berdarah hidung masa nampak gambaq aku timbul kat wall Facebook.

Waktu berjalan menuju ke lokasi baru, matahari semakin menunduk di hujung horizon. Warna langit yang putih mula bertukar kekuningan. Kami melangkah dengan laju supaya tidak terlepas golden hour yang ditunggu-tunggu.

Aku lihat jam di tangan. Dah pukul 6.45 petang masa kami tiba di lokasi baru. Jalannya mudah ja. Memang lalu ikut pantai yang bersebelahan dengan hutan pkok rhu. 10 minit dah sampai. Betul seperti apa yang digambarkan pakcik tadi. Ada batu-batuan cantik yang mengunjur ke laut. Lumutnya tidaklah hijau seperti yang aku sangkakan, tapi ok la. Boleh buat bahan yang diluar kebiasaan.

Port kat luar tadi dah biasa, banyak ja gambaq dari kawan-kawan aku yang lain. Port ni aku confirm tak pernah ada lagi. Jadi, tripod pun dipasang dan aku ulang mencari komposisi yang sesuai. Namun, ada sesuatu yang menghilangkan mood aku. Awan hujan yang tadinya duduk diam di arah Selatan mula berkumpul di langit Selat Melaka. Dari nipis menjadi semakin tebal. Langit yang baru menguntum warna jingga mula berubah menjadi kelabu. Deruan angin sepoi-sepoi bahasa mula menjadi sedikit kasar. Aduhaaaii….ini tandanya kena balik awai.

Tapi aku belum patah hati. Aku tetap menunggu. Adakalanya cuaca boleh berubah sekelip mata. Jika awan tu ditolak angin menuju ke Utara, warna emas akan kembali menyinari karya seni aku. Dan seandainya ribut yang diturunkan Tuhan, aku redho. Boleh ja shoot gambaq ribut. Ni sikit sikit sunset sikit sikit sunrise. Cemuih jugak ye tak? Atas sikap berlapang dada tu lah aku terus tunggu kat situ. Khalid pula hanya menurut. Apa yang aku buat, dia pun buat. Kalau aku kata balik, dia pun akan balik.

20 minit menunggu. Nampaknya cuaca tidak menyebelahi aku. Jam dah hampir menginjak ke Maghrib. Tanpa membuang masa aku shoot ja apa yang tergambar di depan mata. Foreground batu yang cantik, tetapi berlatar belakangkan ribut. Lantaklah. Asalkan tak balik tangan kosong.

Macam-macam teknik aku apply untuk dapatkan hasil yang baik. Dari fast shutter ke long exposure, dari horizontal ke vertical format. Sedap la pulak. Bukan selalu nak dapat gambaq macam ni. Biasa dok terang alam ja. Kali ni bagi kelabu asap sikit.

Dapat satu gambaq, aku tekan lagi. Dapat lagi dan tekan lagi. Masih tak puas hati sebab streaming ombak laut tidak menjadi seperti yang aku nak. Setelah hampir 20 kali tekan shutter, baru dapat seperti mana yang aku hajatkan. Tapi itulah, hati ni tak pernah puas. Macam memancing la jugak. Selagi umpan tak habis, selagi tu lah dok melangut kat situ. Aku pula, selagi bateri tak kering…aku tak reti nak balik.

Ralit punya ralit, aku tersedar sesuatu. Batu kat depan aku makin tenggelam bhai. Air dah mula pasang. Langit pula semakin kelam. Angin yang membawa hujan semakin keras. Aku lihat jam di tangan. Alamak. 7.35 malam dah. Dari jauh terdengar azan Maghrib berkumandang dari corong speaker masjid Teluk Kumbar.

“Lid….jom balik.”

Aku berpaling melihat Lid yang berada 10 kaki dari jarak aku pasang tripod. Dia tenung mata aku tapi tak menjawab ajakan balik.

“Woi Lid…jom angkat tripod. Maghrib dah ni.”

Khalid masih diam, wajahnya tak ciwi dan happy macam masa mula mai tadi.

“Lid…hang nak tunggu apa lagi? Gelap dah ni!”
“Di…aku rasa tak sedap hati.” Jawabnya pendek.
“Awat?”

Dia yang sedang berdiri kini datang duduk bertinggung di sebelah aku lantas berbisik..

“Tengok kat belakang tu…nampak tak?”

Aku pun berpaling ke belakang, ke dalam hutan yang tidak berapa tebal. Jarak hutan tu dengan pantai yang kami duduk hanya kira-kira 20 kaki. Ia bukan hutan bakau. Tapi penuh ditumbuhi anak pokok rhu yang renek.

Di celah-celah hutan tu ada sebatang tubuh bertutup kain putih yang diseliputi lumpur dan lumut. Ia bersembunyi di sebalik batang pokok rhu. Tingginya hampir sama dengan pucuk pokok yang rendah, tapi lebih tinggi dari aku.

Ia seakan-akan mengintai kami yang sedang bertinggung di tepi laut. Sekali-sekala kepalanya dihulur keluar menampakkan rambutnya yang panjang mengurai ke pasir.

Dalam keadaan kelam tu, wajah dia langsung aku tak nampak, dan kalau boleh memang takmau nampak pun.

“Lid…pek barang lekaih. Kena blah dah ni.”
Aku memberi arahan kepada Khalid. Masalahnya….dia tak bleh bangun dari bertinggung. Kaki dia kebas.

“Di…kaki aku kebas ni. Tak boleh jalan Di.”
“Adoi hang ni. Mai aku angkat.”
Aku memapah Khalid supaya bangun dari bertinggung. Pelan-pelan dia bangun dengan lutut yang terketar-ketar.

“Relax dah Lid. Kita jangan buat kalut nanti dia tau kita perasan dia.”

“Apa benda tu Di?” Tanya Khalid, matanya sekejap memandang tanah sekejap memandang ke makhluk yang masih berdiri di celah pokok.

“Allahuuu…hang jangan tanya la ni boleh tak? Kita jalan dulu.”
Aku takmau menunggu lama dah. Kalau tunggu dia ni jalan memang tak jalan. Apa barang pun tak pek lagi. Kamera dia masih terpacak kat tripod. Lalu aku tutup tripod tu, simpan kamera dalam beg dan serah ke tangan dia.

“Hang pikoi ni. Aku nak bawak barang aku lagi.”
Khalid masih kaku tak berganjak. Kakinya bagai tenggelam dalam pasir pantai.

“Lid…jalan Lid. Jangan tengok dah.”
Aku tolak badan Khalid ke depan. Waktu sentuh belakang dia tu, terasa sungguh di tangan aku yang dia sedang menggigil. Peluh jantan mula membasahi baju Khalid. Jangan kata dia…aku pun ketaq teloq dah ni.

“Jalan Lid. Jangan lari. Jalan pelan-pelan.” Kata aku memberinya semangat supaya terus berjalan sebelum aku sepak dia sampai terguling ke dalam laut. Dalam keadaan macam ni jangan dok buat lengai. Aku terajang satgi.
Khalid berjalan perlahan dan aku ikut di belakang. Rintik-rintik hujan mula menyentuh muka kami. Kilat mula memancar di tengah kegelapan Selat Melaka. Ni pun masalah jugak. Kalau hujan turun dengan lebat…lokoih(lencun) la barang kamera yang beribu-ribu harganya tu. Mau bini aku beletiaq sebulan.

“Jalan cepat sikit Lid. Tumpang tak gelap betoi ni.” Kata aku sambil menolak belakang Khalid. Dia dah mula menyeret kaki kerana terlampau takut. Adakalanya dia mengerling melihat aku di belakang…takmau terpisah jauh sangat.

Sedang berjalan, mulut aku tak putus-putus dengan ayat Kursiy. Di sebelah kanan kami sekarang adalah deretan pohon rhu yang memanjang hingga ke permulaan pantai. Di sebalik desir angin yang memukul dedaun rhu, telinga aku menangkap jelas bunyi gelak ketawa mengilai suka ria dari dalam hutan tu. Seronok pulak dia …khamjat!

“Dia ada lagi tu Di.”
“Ya aku tau. Takpa jalan ja. Buat taktau dah…”

Adakalanya terdengar bunyi bagai kera melompat-lompat dari dahan ke dahan, di selang seli dengan bunyi tapak kaki yang sedang melangkah di dalam hutan. Makhluk tu sedang menuruti langkah kami. Entah macam mana, mata aku sendiri tak boleh duduk diam. Aku menjeling ke dalam kegelapan hutan rhu. Sah, dia masih ada apabila kelibatnya terlihat sedang fly dari satu pokok ke pokok yang lain.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 10 minit terasa teramat panjang. Kaki yang semakin laju melangkah tidak menemukan kami pada permulaan jalan masuk tadi.

“Jauh lagi ka Di?”
“Tak jauh dah….depan tu ja.” Jawab aku. Padahal aku pun tak pasti jauh lagi ke tidak. Keadaan di depan kami semakin gelap. Namun dah mula kelihatan sinar lampu dari bot nelayan di pengkalan Sungai Batu.

Akhirnya kami tiba di penghujung hutan rhu. Kaki masih bergetar, jantung masih berdetup laju. Sebaik memijak tembok penahan ombak yang mengunjur hingga ke kepala pantai….kaki Khalid pula semakin lemah gemalai . Lembik menahan takut…

“Bismillahillazi la yadhurru…” Aku habiskan ayat penggerak tu dan tepuk belakang Khalid dengan kuat.

‘Paappp!!!’

Serentak dengan itu…..

‘Praaappp prap prap praapp praaappp!!!!’

Khalid blah tinggalkan aku dengan kelajuan maksima. Jaadddaaahh betoi la dia ni. Dia gerak sungguh. Mujoq aku tak tepuk masa kat dalam tadi. Mau m**i keraih aku kena tinggai sorang-sorang.

Aku yang baru nak bertenang kembali jadi kelam kabut. Kali ni tapak kaki aku pula terdengar memecah kesunyian pantai tu…
‘Kelepek kelepek kelepek kelepeeekk…!!!’ Bunyi macam laju tapi sebenarnya slow yakmat. Boroi kan!

Bunyi selipar aku yang basah mengejar langkah Khalid yang langsung takmau pandang ke belakang. Nohorrrommm betoi tinggai kawan.

Aku tak berhajat nak memanggil Khalid sebab aku tau dia memang lari laju dari aku. Masalahnya, dia taktau jalan keluar yang dekat, tapi aku tau hahahahaha….padan muka hang!

Setelah sprint macam Watson Nyambek, aku tiba di simpang masuk ke jalan kampung. Walaupun dah jumpa kampung tapi aku perlu lintas sebuah titi besi untuk menyeberang muara sungai. Lagi sekali aku sprint…

‘Gedebam gedebum gedebam gedebum gedebam gedebum….’ Bunyi hingaq larian aku begitu ketara sampaikan ada makcik tu buka pintu rumah. Dia pandang aku yang sedang termengah-mengah menahan nafas yang semput. Tak sempat dah aku nak bagi salam sebab sedang lari termengah-mengah. Kalau anak dara dia yang keluar, mungkin aku berhenti sat minta air.

Khalid? Aku taktau dia pi mana. Sebab dia ikut jalan yang masuk tadi. Bukan jalan short cut. Jalan yang Khalid lalu tu lebih jauh, di kiri kanannya ada hutan dan kolam tinggal. Entah apa jadi kat dia taktaulah. Lantaklah…sapa suruh tinggal aku?

Dah keluar dari kampung tu, aku berjalan menuju ke kereta yang terletak di tepi jalan. Waktu dah pukul 8 malam. Jalan Teluk Kumbar tu masih sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Aku tiba di kereta, tetapi kelibat Khalid tidak kelihatan. Aku buka handphone dan call Khalid.

‘ku ku ku punya cinta aihh aaiihh….ku ku ku punya rindu ohh ohh…abadikaannn cinta kitaaaa… asyik asyik asyiiikkk…asyik asyiknya bercintaaaaaa’

Jilaka….muka ganaih, ringtone lagu dangdut.

Setelah tiga empat round layan lagu dangdut dari peti suara Khalid, barulah tubuh Khalid menjelma di depan aku. Baju dia basah dengan peluh. Kasut dan seluarnya penuh selut.

“Hang pi mana tadi woii?” Ujarnya marah-marah.
“Laaaa..aku lari la dah hang lari..”
“Hang lari kot mana? Aku lari sorang kot hutan tu dejey.”
“Abih tu…dah hang blah tinggai aku sapa suruh? Aku lalu kot short cut la.”
“Awat tak bagitau ada short cut?”
“Dah hang laju sangat macam mana aku nak bagitau?”
“Adoii laa…..ketaq kot. Real first time jadi kat aku ni. Natang apa tu ha?”
“Tu la langsiaq. LANGSIAQ SUNGAI BATU.”

Setelah bertengkaq lebih kurang, kami menuju ke masjid untuk solat Maghrib. Lepas pada tu, kami terus pulang ke rumah. Dalam kereta, Khalid tanya aku.

“Ampa dok shooting memang selalu kena lagu ni ka?”
“Taklah…sekali sekala ja. Time dia nak tunjuk tu nampak la.”
“Adoi….takmau la aku macam ni. Cari hobi lain la..”

Yaa….dia buat sungguh. Selepas beberapa bulan dari peristiwa tu Khalid jual kamera. Dengar kata sekarang ni tengah sibuk dengan hobi memancing. Dia tak tahu….aku pun pemancing jugak dulu. Pernah kena lagi teruk dari yang dia kena malam tu. Good luck Khalid. Kalau terbaca kisah ni maknanya hang tau siapa aku. Jom repeat Sungai Batu. Tempat tu dah tak macam dulu. La ni dah ada mee udang sedap. Tolong belanja aku na…..

Tolong share kalau rasa aku ensem

Sekian.

FB page – Edi Arjuna

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit


Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.9]
Edi Arjuna

25 thoughts on “Sungai Batu – Edi Arjuna”

  1. Memang passion gile dengan photography ye. Teringat dulu belajar cari angle untuk shoot, tengah trend pulak Dslr Nikon. Seram ye nampak langsiaq nak ikut balik. Nasib nampak jauh seram.

    Reply
  2. Ex-bf time sekolah dulu mmg org sg. batu..dia pun penah jumpa bunian sana masa mancing mlm2 buta..depa kata rumah depa kat blkg sana (hutan dkt lombong tinggal (?) dpn pantai)

    Reply
  3. pergh sg batu t.kmbaq.. area rumah bro .. situ tmpt mmng keras skit.. dh bnyk org kena.. tmbah2 yg mlut clupaq (celupar) bila lalu jalan nk ke sana.. alhamdulillah skrang tmpt tu dh buat lain. tkdk lah seram sgt.. tpi benda tu still ada..

    Reply
  4. Adooiii…
    Tetbe rindu plak dgn D90 akak dlu…
    Syioknyeeeee menembak…

    Tp situasi korg ni, akak lebih cuakkan ujan ribut banding Kak Lang tu…
    Giloorr weeiii bwk weapon beribu2 tu pastu kena ujan x pon korg bergulung2 jatuh dlm selut ke…
    Aduuiii tu plg seram wooo…

    Reply
  5. Brooo…. nak cerita baru…. hat ni da baca… da ulang baca 50 kali dah kat fb…
    Baca 50x pun seram jugak…

    Reply
  6. Sentiasa terbaikkk😊😊😊 tak pernah menghampakan… insyaallah lepaih ni nak pecah tabung nak p oder buku Pulak…kompem kelakar serrammm

    Reply
  7. kahkahkah….lokasi aq dok melewaq dari kecik smpai la nii…mmng pnh serempak langsiaq kt ctu….langsiaq yg sama kot😂😂😂

    Reply
  8. Brader Edi kalo melabon mmg terkesima jadinyer teman…mmg terbaik segala citer dier ni…tak sah kalo tak baca hasi nukilan Edi Arjuna…komer kalo minat boleh tlg support member kita ni…boleh beli buku hasil nukilan Edi Arjuna …Mangkaq…tak rugi wei baca..ok

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.