Sungai Sekitar Ulu Yam

Assalamualaikum pembaca FS sekalian. Bosan tengah2 malam ni jadi aku share lagi satu cerita lah. Harap korang semua enjoy.

Kisah kali ni terjadi masa aku dengan awek (dah jadi bini sekarang) dan member2 dia pergi mandi sungai di sekitar Ulu Yam. Masa ni zaman study lagi. Kami berenam. 2 lelaki 4 perempuan. Dorang suruh aku aku cari port baik untuk mandi, aku pun tanyalah pak cik google. Jumpalah satu port ni. Macam nice. Jadi pagi tu kami bergeraklah lah ke sana. Huru-hara betul dalam kereta aku masa tu. Berenam kot. Sempit pun sempitlah. Aku driver tak sempit pun. Hahaha.

Sampai je area situ lebih kurang pukul 9 lebih macam tu kot. Aku orang pertama yang turun dari kereta dan tengok tempat nak turun ke sungai tu. Dorang yang lain kemain memekak lagi sebab excited punya pasal. Aku tak sedap hati sebenarnya, tapi malas nak bagitahu dorang. Takut spoil mood pulak. Jadi aku suruhlah dorang turun dulu. Sebenarnya, aku ada nampak sign polis kat situ yang kata Dilarang Masuk tu. Tapi dah terputus. Aku tak bagitahu dorang. Aku senyap je. So masa turun tu dorang stop tiba-tiba. Sebab ada nampak pondok usang. Maybe kaunter tiket kot. Memang dah semak gila, bumbung rongak, sampai banyak gila. Aku cakap tak apa, jalan je. So aku pulak yang turun dulu. Cari port baik. Ada jambatan gantung rupanya kat sini. Tapi dah usang. Aku suruh dorang readykan tempat nak berkelah dulu. Sambil-sambil tu aku pergi riki2 sekitar situ.

Tempat memang cantik untuk mandi. Tapi macam dah lama ditinggalkan. Jambatan gantung tu pun macam dah reput. Aku ada nampak tandas, dalam fikiran aku bagus jugak ni. Bolehlah dorang tukar baju kat sini. Aku jalan sorang2 masuk tandas tu. Allahu. Kotor gila! Penuh dengan sampah! Dengan bumbung pun dah pecah. Rumput rampai tumbuh di sekeliling dalam tandas tu. Dahan2 pokok besar di sebelah tandas tu pun dah masuk ke dalam. Memang tak boleh nak tukar baju kat sini. Aku tak bagitahu dorang. Aku diam je malas nak spoil mood dorang. Aku juga perasan seperti ada sesuatu di kawasan kami mandi tu. Tapi aku buat tak tahu je, biasalah dalam hutan macam ni. Banyak je benda-benda macam ni. Aku pasti tempat kami berkelah tu agak ringan auranya. Cuma di bahagian bawah dan atas sungai, auranya agak berat seperti ada sesuatu yang memerhatikan kami.

Jadi masa kami berkelah tu ada lah 1 geng mat-mat motor tu mandi dekat2 dengan tempat kitorang duduk. Situ sebenarnya ada macam air terjun. Aku rasa dalam jugak area situ. Dorang mandi dalam sejam lepas tu dorang blah. Then ada lah beberapa orang lagi yang turun situ dan blah. Dalam hati aku, asal korang tak nak mandi kat sini. Port cantik kot.

Lepas lebih kurang 3 jam jugak berkelah kat situ, kitorang pun balik. Aku hantar lah dorang semula ke rumah sewa. Aku pun balik la ke hostel aku. Aku tak rasakan apa-apa pun masa tu. Sampailah malam tu. Malam tu aku keluar pulak dengan member-member balik pukul 12 lebih macam tu lah. Untuk pengetahuan korang, aku duduk seorang je dalam bilik. Sepatutnya 3 orang, tapi memandangkan aku senior, jadi duduk seorang je la. Junior duduk bilik sebelah. Jadi malam lepas balik tu, aku dapat rasakan ada aura lain dalam bilik aku. Tapi aku buat bodoh je. Baring-baring atas katil sambil main phone. Pukul 1 macam tu, tiba-tiba rasa mengantuk pulak. Sebelum aku tertidur, baik aku pergi mandi dulu. Baru nak bukak pintu. Damnn!!! Aku dengar ada orang panggil nama aku. Nada yang agak keras. Suara lelaki yang sedang marah. Itulah pengalaman pertama aku benda tu panggil nama aku. Kurang ajar betul. Terkejut beruk aku. Aku toleh ke belakang, tak ada sesiapa. Aku cuba cari arah suara tu, tapi tak pasti. Tapi aku yakin, suara tu dari arah belakang aku masa tu. Aduh, janganlah main macam ni. Jahat tau. Aku beranikan diri pergi lah bilik air waktu 1 pagi tu mandi. Seorang pun takda dalam bilik air. Haram betul. Dah lah seram lagi ni . Nasib baik benda tu tak nak ikut aku mandi. Haihhh. Jadi malam tu aku tidurlah macam biasa.

Keesokannya, tiba2 awek aku call. Cakap dia dapat mimpi pelik. Dia bagitahu dia nampak ada orang mat1* dekat tempat kitorang mandi semalam! Ahhh sudah. Dia bagitahu lagi, mimpi tu seolaholah bagitahu dia yang dekat bahagian atas dan bawah tempat kitorang mandi tu memang ada something. Betul sangkaan aku sebenarnya. Patutlah tempat tu dah ditutup. Siap ada tulis Dilarang Masuk oleh polis lagi. Damnn!! Apahal aku pergi situ. Lepas awek aku cerita pasal mimpi dia, terus aku dapat relate dengan apa yang aku nampak masa riki2 area situ dan gangguan yang aku kena malam tu jugak. Betul sangkaan aku.

Aku nak nasihatkan kepada korang, kalau nak pergi berkelah pastikan tempat yang korang pergi tu ada orang lain jugak. Kalau ada nampak yang pelik-pelik, elok carilah tempat lain. Terima kasih atas pengalaman keemasan itu! Byeeee

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]
Mutalib

5 thoughts on “Sungai Sekitar Ulu Yam”

  1. Masa kau search kat Google tu xkn xde keluar ape2 cerita. Jd kes polis kot.. Pling x pon, pengalaman org berkelah situ..xpela,ko pon cerita psl mmpi.. 😅

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.