Surau Pejabat

Surau
Hai. Nama aku Marsellina. Sekiranya kisah aku tulis ni admin approved, terima kasih ya.

Kisah yang aku nak kongsi ni berlaku pada aku sendiri awal tahun 2017 ni. Aku salah seorang pekerja yang terkena impak ekonomi merosot sekarang yang mana aku telah diberhentikan kerja dan diberi pampasan setelah hampir 13 tahun berkhidmat di sebuah syarikat gergasi di ibu kota. Selepas kehilangan kerja, aku balik ke negeri asal dan menanam anggur. Setelah hampir 3 bulan bercucuk tanam, aku baru dapat kerja dengan satu syarikat engineering yang sedang2lah sizenya dan terletak di sekitar kampung aku juga. Syarikat baru ni lokasi dia agak terpencil dari Bandar. Kiranya dalam 1 setengah jam perjalanan dari rumah aku. Jadi aku decided untuk menyewa di kawasan perumahan berdekatan.

Hari pertama melapor diri seperti biasa saja tak ada apa-apa pelik berlaku. Pekerja syarikat ni tak banyak di pejabat sebab kebanyakan kerja perlu site visit. So pegawai teknikal dan jurutera semua selalu di luar kawasan. Yang selalu di pejabat Cuma aku dan agak-agak dalam 7 lagi orang staff. Boss2 pulak memang jarang masuk office.

Premis ni 2 tingkat dan pejabat aku di tingkat atas. Bahagian bawah pulak warehouse untuk simpan peralatan dan stok. Di bawah cuma ada 3 orang staff. Selain staff bahagian atas dan warehouse ada sorang pakcik guard kat depan pagar kita panggil dia Haji Saufi.

Dalam pejabat ni ada surau di tingkat atas tapi lokasi di bahagian belakang pejabat. Di bahagian luar belakang premis tu pulak semak samun sebab kawasan perindustrian baru nak membangun. Bahagian belakang dalam pejabat tu agak seram sebab gelap. Staff tak banyak jadi kalau tak on lampu jimat elektrik sikit. Kalau nak guna baru on lampu. Area tu pulak Cuma 3, 4 building je beroperasi sebab kawasan baru lagi. Aku terangkan semua ni supaya pembaca faham keadaan yang aku akan ceritakan nanti.

Surau ni memang paling belakang. Tandas dan pantry bahagian tengah. Tepi surau ada tangga kecemasan. Hari ke 3 aku turun kerja, tengah hari tu aku tak keluar makan sebab kenyang makan pagi. Jadi aku lelap sekejap di kerusi workstation aku. Masa tu ada 2 orang lagi staff di pejabat jugak; Aiza dan Nina. Diorang pun layan mata. Lepas tu aku tersedar bila azan dari telefon jiran cubicle sebelah aku berkumandang dia dah keluar pergi bungkus makanan tak bawa telefon sebab katanya sekejap sahaja. Jadi aku pun bangun dan pergi berwudhu.

Masa masuk surau aku pelik ada satu sejadah terbentang di lantai. Memandangkan baru sahaja masuk waktu Zuhur, belum ada orang guna surau lagi. Yang guna surau pun staff di pejabat atas sahaja. Hari sebelumnya pun memang aku orang terakhir masuk surau dan memang takda tinggalkan sejadah di lantai. Setiap kali lepas guna kitorang kemas elok2 bilik tu.
Aku pergilah Tanya kawan 2 orang yang tengah membuta tu.

“Aiza kau ada guna surau tak tadi?” Aku kejutkan Aiza.
“Takda. Aku tidur je ni. Dari pagi takda masuk surau. Kenapa?” Aiza Tanya dengan muka monyok lepas kena kejut dari tidur.
“Ada sejadah terbentang kat lantai. So, aku curious je nak tahu siapa guna” Balas ku.
“Kau ada pergi surau tak Nina??” Aiza menggoncang bahu Nina yang tengah melayan mata kat cubicle sebelah.
“Takda aku tengah period ni. Dah jangan kacau aku” Nina sambung balik tidur.

Aku pun terus berjalan je menuju balik ke surau. Semasa buka pintu surau aku terkejut sejadah yang aku lihat terbentang tadi dah tak ada. Aku rasa pelik saja belum terbit rasa takut masa ni. Semasa aku tengah solat aku dengar sada orang masuk surau. Aku rasa Aiza lah kot. Bunyi pintu dibuka, berdehem, batuk dan orang tengah siap2 nak solat. Selesai solat, aku berkemas-kemas lalu menoleh ke tepi dan ke belakang tak ada siapa2 pun dalam surau tu. Aku bergegas keluar dan tengok Aiza dan Nina dekat dalam pantry tengah makan. Kawan yang duduk sebelah cubicle aku pun ada sekali.

“Korang ada masuk surau tak tadi?” Tanyaku sambil berjalan masuk pantry.
“Takda baru masuk pantry ni. Kenapa?” Aiza menjawap kehairanan.
Nina sekadar menggelengkan kepala.
“Aku pun takda. Baru balik ni. Ni ada nasi bungkus aku beli lebih untuk kau jom la makan sekali” Jawap Shima jiran cubicle aku.
“Tak apalah. Nanti petang sikit aku makan ya” Jawabku ringkas.

Setelah nak masuk 2 bulan bekerja itu sahaja kejadian pelik berlaku kat aku sehinggalah satu pagi Isnin tu…
Shima dan Nina cuti minggu tu. Di pejabat hanya tinggal aku, Aiza dan Dazi. Boss-boss semua tak masuk pejabat minggu tu sebab ada meeting di luar daerah. Pagi-pagi masuk ke perkarangan pejabat, aku sapa Haji Saufi di pondok depan pagar. Berborak sekejap sebelum masuk pejabat sambil menghulurkan dia nasi lemak untuk sarapan. Masa tu kelihatan riak wajah Haji Saufi resah sedikit. Aku bertanya jika dia ok ke tak.

“Saya ok je Lina. Dah pergilah masuk pejabat. Lambat pulak nanti. Terima kasih ya belikan Pakji nasi lemak ni” Haji Saufi tersenyum.

Seperti biasa baru masuk pejabat aku on lampu, simpan barang, on computer dan sebagainya. Kebiasaannya Aiza paling awal terpacak di pejabat. Tapi hari ni aku pulak yang terawal. Dazi pun belum masuk juga. Kemudian, aku pergi ke tandas nak kencing. Masa tengah melepas hajat kedengaran seperti orang masuk pejabat sebab bunyi pintu hadapan di buka. Sangkaan aku ialah Aiza ataupun Dazi. Dah selesai, aku keluar dan tengok kawasan depan pejabat gelap. Lampu terpadam. Aku dah bedebar masa tu. Aku ingatkan perompak ke tapi tak patut sebab nak masuk pintu utama kena guna thumbprint baru pintu terbuka. Lainlah kalau perompak pecahkan pintu kaca tu tapi tu tentu dah buat alarm berbunyi.

“Hello?” Aku jerit dari bahagian belakang pejabat.
Sunyi.
“Aiza kau ke tu?? Dazi?”
Sunyi.

Lampu di bahagian belakang pejabat je on. Aku memberanikan diri bergerak ke bahagian hadapan. Dah sampai depan aku berlari ke arah suis lampu dan cepat-cepat tekan on. Pejabat kembali terang. Serentak dengan tu bunyi pintu surau dihempas. .Aku terkejut sangat dah berdebar jantung masa ni. Cepat2 aku berlari ke cubicle nak ambil handphone. Dah capai handphone aku ingat nak call Aiza tapi belum sempat mendail, lampu pejabat bahagian belakang pula terpadam. Lepas tu bunyi pintu bilik surau dibuka. Aku kaku sangat masa ni. Aku pandang je bahagian belakang. Lepas tu, aku nampak sesuatu seperti merangkak keluar dari situ dan menuju ke aku. Oleh kerana gelap aku nampak susuk di lantai saja dan bermata merah. Bunyi dia seperti tak cukup pernafasan. Bila lembaga tu dah dekat nak sampai ke depan, lampu di hadapan semua terpadam!

Aku menjerit sekuat hati masa ni. Nak lari tak Nampak dan tak mampu. Aku pejam mata kuat2. Berpeluk tubuh. Terasa seperti ada pernafasan betul-betul di tepi telinga. Sejuk.
Kemudian aku terasa disergah dari belakang. Masa tu lampu terus terbuka dan pejabat kembali terang. Aku pulak dalam keadaan tengah terduduk di lantai tepi meja kerja aku.

“Lina! Lina! Kau ok ke??” Aku dengar suara Dazi baru aku buka mata. Terkebil-kebil mata Dazi memerhatikan aku.
“Apasal kau duduk dekat lantai?? Kenapa kau menjerit?? Kenapa kau bergelap ni??” Dazi dengan soalannya bertubi-tubi.

Dazi cakap masa dia sampai dari luar pintu dah dengar bunyi orang menjerit, dia cepat-cepat masuk dan on lampu. Dia tengok aku kat bawah duduk tepi meja kerja aku. Aku ceritakanlah apa yang terjadi. Dazi terus panggil Haji Saufi dan diorang pun pergi kebelakang bersama-sama dan periksa sekeliling. Takda apa-apa pelik. Pintu surau tertutup je dekat dalam pun kosong. Suis lampu tak rosak masih elok. Tak lama lepas tu Aiza datang dia lewat sikit sebab hantar adik dia pergi airport. Dia ada message aku tapi aku tak sempat baca pun pagi tu.

Hari tu aku teruskan bekerja sampai ke petang. Tapi aku taklah ke surau. Aku takut sangat sampai aku solat di cubicle saja. Nak ke tandas pun berteman. Pantry pun aku tak masuk. Dah waktu balik tu, aku lepak kat pondok Haji Saufi dan dia pun bertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku. Lepas tu, barulah dia buka cerita. Dia cakap pejabat tu memang ada sesuatu sebab malam-malam bila semua orang dah balik memang ada bunyi-bunyian dari dalam pejabat. Diorang baru berpindah ke premis tu dalam 5 bulan.

Mula-mula dulu masa baru beroperasi di premis itu, bila dengar bunyi-bunyian Haji Saufi ingat ada orang kerja overtime di pejabat. Tapi bila dia masuk periksa, takda orang. Rutin kerja dia bila cukup jam dia perlu meronda2 ke sekeliling bangunan. Ada satu malam dia ronda2 di bahagian belakang dia Nampak dari bawah lampu surau terbuka. Dia tak syak apa2 masa tu dia ingatkan staff lupa off lampu. Kemudian dia naik atas nak offkan. Tapi dah sampai surau, lampu off pulak. Dia abaikan saja. Cukup jam lagi, dia meronda lagi. Kali ni dia Nampak lampu surau on jugak. Benda yang sama berulang dia naik dan periksa lagi lampu dah off. Kali ke 3 dia ronda, lampu surau on tapi kali ini dia Nampak ada lembaga mengintai2 dari tingkap.

Sebagai pak guard takda istilah takut kot? Dia syak penceroboh saja. Dia naiklah ke atas dan periksa. Sewaktu dia sampai kat surau pintu terbuka tapi lampu tertutup. Dia tolak perlahan-lahan daun pintu dan dia dengar bunyi pernafasan. Macam orang tercungap-cungap tak cukup nafas. Haji Saufi tak masuk ke dalam lagi tapi dia nak on lampu. Masa dia hulur tangan nak capai suis di tepi dinding dia Nampak susuk lembaga meniarap di lantai dengan sepasang mata merah. Dia terkejut terus dia baca ayat-ayat suci Al Quran. Benda tu pula marah dan pintu surau dihempas tutup. Haji Saufi tercegat je kat luar pintu masa tu. Dia dengar bunyi cakaran dan bunyi barang ditikam-tikam seperti benda tu mengamuk. Dia tak tunggu lagi cepat-cepat dia keluar dari bangunan. Sampai pondok dia baca ayat pelindung diri dan berharap benda tu tak ganggu dia di situ. Macam mana pun dia kena berada di situ tak boleh tinggalkan premis dah tanggungjwp dia jaga premis. Gangguan hari itu takat tu saja dia tak cerita kat siapa-siapa termasuk boss.

Cerita Haji Saufi lagi, malam sebelum aku terkena gangguan tu dia diganggu teruk. Benda tu kacau sampai ke pondok dia. Main ketuk-ketuk, cakar-cakar, mengilai-ngilai. Haji Saufi dah pagarkan pondok dia sebab tu benda tu tak dapat masuk. Itu lah sebabnya dia tak cukup tidur yang pagi tu aku tegur wajah dia Nampak resah semacam saja.

Lepas kejadian tu, adalah staff-staff lain bercerita pengalaman mistik masing-masing. Dan memang surau tu menyeramkan. Walaupun ada tingkap tapi redup je cahaya masuk. Rupa-rupanya diorang tak berani solat sorang-sorang mesti berteman sebab masing-masing pernah terkena gangguan. Cuma diorang tak nak cerita kat aku sebab tak nak aku takut. Tapi tak sangka pulak dengan aku lembaga tu siap tunjukkan diri. Aku berhenti kerja sebulan kemudian sebab penat melayan perasaan takut. Sekali aku dah Nampak memang akan sentiasa terbayang-bayang. Macam mana aku nak move on; masuk tandas, pantry dan paling utama surau? Semua tu kan kegunaan harian.

Alhamdulillah sekarang aku dah bekerja di syarikat accountancy di ibu kota. Kembalilah aku menapak di sini.

Sepanjang aku hidup 35 tahun ni, itu saja rasanya pengalaman aku yang paling seram. Itu juga kali pertama aku boleh Nampak benda tu. Selalunya kalau masa seram tak Nampak sangat sekadar dengar bunyi-bunyian dan bayang-bayang je gitu. Oh ya lepas kejadian tu aku demam 4 hari tak turun kerja. Ayah aku ada bawa pergi jumpa sorang ustaz untuk berubat. Ustaz tu cakap tanah itu memang tempat tinggal benda tu sebelum dijajah manusia. Sekianlah kisah aku.
Terima kasih sudi baca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Marsellina

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

75 thoughts on “Surau Pejabat”

  1. Best..agak seram..kalo kak lina explain detail rupa paras antu tu mgkin setori ni akn jadi lg seram..cikbambam cukup takut kalo antu ngengsot2 ni..huhu..

    Cikbambam bg 8.8/10..

    Reply
    • Dia xnmpak la hantu tu, cikbambam..kan gelap..tym antu tu nak p ke arah die..lampu terpadam

      “Oleh kerana gelap aku nampak susuk di lantai saja dan bermata merah. “.

      Kesian Marsellina (nama vogue de vas betul..hehehe…)

      Citer bez

      Reply
      • ehh?hahaha..tq bagtau cikbambam..cikbambam baca setori laju mcm ketapi..xperasan ayat tu..hihi..
        erm..tp bagus jgk x nampak muka..mau pengsan 3ari 3mlm nnt..hehe

        Reply
  2. Nice..seram² jg..dengar je ttng hantu mrangkak ne..tringat pula Lifestealer hero kat Dota 2..mcm tu lah aku bayang kan benda tu supaya nampak seram skit bila baca.. misteri jg sbab dia suka pula tinggal kat surau tu..
    9.8/10.1

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.