SURAU PLAZA TOL ALOR SETAR SELATAN

Assalamualaikum..
Terima kasih aku ucapkan untuk team Fiksyen Shasha kalau cerita ni diterbitkan
Aku Embun Yusuf, lama aku tak menulis, tapi aku menulis cerita seram yang direka, lepas itu hantar ke FB seram saja.

Tapi kali ini aku terpanggil nak cerita kisah benar pengalaman mistik yang aku sendiri lalui. Lama sudah ingin menulis di sini tapi tak sempat. Sebab PKP ni, jadi aku luangkan masa untuk berkongsi cerita.

Nak mula dengan cerita mistik suam-suam kuku dululah..

Ni kisah benar, aku tak ingat terjadi bila tapi ingat hari Khamis malam Jumaat. Sebelum tu izinkan aku guna sedikit bahasa ibundaku..bahasa Kedah la baq hang…hehehe

Kisah ni tak panjang, pendek ja. Hari tu entah apa gatalnya aku ni ajak En Suami ke Alor Setar. Memandangkan aku ni duduk di sebuah pekan yang jauh sikit dari Alor Satar dalam 45 minit kalau bawak kereta tekan minyak 50km/jam. Tapi kalau bawak laju macam Michael Schumacher tu 15 minit dah sampai Alor Setar, tapi guna highway ler.

Jadi disebabkan aku ni galak sangat nak ke Alor Setar sampai tak menyempat tunggu lepas magrib, jadinya En Suami pun bersetujulah dengan usul aku tu.

“Ayang ni, kalau nak apa pun mesti tak dan dan (tak menyempat), tu tak kira, sat lagi dia ubah fikiran,tiba-tiba ja tak mau pi” cewah En Suami Panggil kami sayang na, baru romantik..hehehehe

“Sumpah kali ni ayang betui-betui la nak pi D*Y Alor Sataq tu, besaq sikit dari Gurun” aku macam biasa lah, guna hujah-hujah yang aku perasan hebat tu.Tempat aku tak ada kedai D*Y, kalau teringin barang-barang kedai saka tu kena ke Gurun atau Alor Setar.

“Dah nak magrib ni ayang oiii” En Suami aku ni dia bab solat ni jaga sungguh, tapi biasa la mai ngan pujukan bini yang berbadan sado ni kalah juga la.

“ Ala sempatlah, nanti kita solat kat surau T**co” nah apahal pulak nak pi D*Y singgah solat kat T**co, bagi orang Kedah depa mesti tau kalau turun highway Alor Setar Selatan akan jumpa T**co dulu. Jadi di fikiran aku yang geliga ni dah berkira-kira mesti sempat punya solat magrib di T**co lalu highway mesti ok lah, waktu macam ni mana nak sibuk.

“Ayang aiii..cepat la, nak sampai pukul berapa ni?”

“Sat-sat lilit tudung sat, sabaq,abang p la start keta dulu”

“Start apanya cheq aii, start lama dah ni, masuk keluaq,masuk keluaq dah berapa kali dah, tak siap-siap lagi” Tu dia, En Suami aku bebel, menyampah aku,En Suami aku ni tak menyempat, En suami kau orang macam mana sabar tak tunggu kau orang siap, hehehe, melalut pulak

Ok nak dipendekkan cerita bermulalah perjalanan aku dengan En Suami ke Alor Setar meredah Jalanan Highway sambil bersembang tentang kehidupan kami berdua. Cewah ok dak jiwang.
Inilah saatnya episod mistik tu. Jeng-jeng..

Sampai je tol En Suami tengok jam di dashboard lagi 10 minit nak masuk Isyak.
“Ayanggg, abang dah kata tak sempat ni nak solat magrib” mampus aku kena leteran En Suami, tapi biasa lah saat-saat getir ni otak cepat berfikir.

“Tak apa abang, kan kat tol pun ada surau, kita pernah solat kat surau tu” dengan bangganya aku teruskan cadangan

“Ya la, betul ada surau, abang pun lupa,ok kita solat situ” nampak tak cadangan diterima oleh boss. Hehehe

Hang gelak yer, ni la saat dan detiknya gelak akan jadi seram

Waktu En Suami nak belok masuk jalan ke surau Plaza tol aku nampak banyak kereta parking, maklum la kami dari lorong tol tengah nak ke lorong tepi sempat lagi aku tengok tempat perking tu. Bila ja En Suami masuk ke parking lot aku tersentak, mana kereta yang banyak tadi macam full jer parking tu.

“Eh, tadi ayang nampak banyak keta parking tadi”

“Aishh, ayang ni perasan kot, mana ada keta pun” En Suami malas nak layan aku sebab dia kejar solat nak bagi sempat.

Masa aku turun je dari kereta aku rasa macam ramai orang kat belakang, macam orang tengah berjalan beramai-ramai, bila aku toleh jer tak ada apa pun, cuma gelap malam berbalam-balam.
Tiba-tiba ja badan aku disapa angin yang dinginnya agak luar biasa. Kedinginan tu terasa sampai ke tulang. Untuk pengetahuan kau orang, Surau plaza tol ni kita kena lalu depan tandas lepas tu baru jumpa surau. Pintu surau pulak bertentangan dengan sawah padi, maknanya aku kena lalu susur tepi surau yang ada tingkap dulu baru jumpa pintu surau. Jadi waktu aku lalu sebelah tingkap surau aku nampak ada dalam 5 ke 6 orang dalam surau.

“Nasib baik ada lagi orang dalam surau” fikirku

Waktu aku pijak saja kaki di depan pintu surau, aku tergamam lihat surau yang sunyi sepi dan gelap gelita.

“Apa ni, tadi ada orang” mulut tak ada insuran aku ni macam tak puas hati. Mulalah segala bulu di badan meremang.

“Ah, tabahkan hati, aku perasan ja tadi tu” mulut masih lagi memujuk hati
Aku terus ke tempat wuduk yang terpisah dari pintu surau, waktu aku mula nak ambil wuduk tu, sekali lagi telinga ni menangkap bunyi orang berjalan menuju tempat wuduk, jelas dengar dari luar surau.

“Alhamdulillah, ada juga orang yang lewat solat ni, ada teman” waktu tu aku dah hampir siap berwuduk

Bila toleh ja belakang, ya Allah sekali lagi sunyi sepi. Tak ada orang pun. Ini menambahkan meremang bulu tengkok, orang tua-tua kata klu bulu roma kita merembang adalah kawan nak join kita tu, minta simpang ler.

Apa tunggu lagi, cepat-cepat aku masuk surau sambil pejam mata weh, yer la gelap kot, mau buka mata bertembung dengan mata lain dalam surau tu tak ke terkucil aku ni. Nasib baik suis lampu dekat pintu jer. Bila lampu dah on memang tak ada sapa pun dalam surau. Ishk main-main sungguh

Waktu aku memulakan solat keadaan ok, tapi bulu roma aku meremang tak mau turun-turun lagi, bacaan surah pun jadi laju senafas jer. Ya Allah ampunkanlah hambamu. Waktu aku sujud rakaat pertama, apa yang terjadi, masa ni aku rasa ramainya orang solat kat belakang, mata ku melirik kearah tingkap kaca surau yang boleh memantul macam cermin.

Subhanallah, harap-harap lirikan mata ku menipu, aku nampak bayang putih banyak kat belakang tu. Macam makmum ikut aku solat. Allahuakbar, nak kata apa lagi, aku jadi imam ke?Kau orang bayangkan baru sujud rakaat pertama ada lagi 2 kali sujud. Aku tak tau la kualiti solat aku hari tu, memang aku solat cepat sungguh ler. Semua bacaan senafas. Lepas saja salam terakhir kau orang rasa aku buat apa. hehehehe. Dengan telekung aku angkut keluar tak tengok mana dah.

“Ayang, awat tu” tergejut aku tengok En Suami ada kat luar tunggu aku, dia kata aku lambat sangat, dia pun datang tepi surau perempuan tunggu, sekali aku keluar dengan kain telekung tak buka. Last-last En Suami yang masuk simpan telekung.

Masa dalam kereta aku cerita kat suami aku, suami aku kata tu jin islam tu malam Jumaatkan, nak tumpang solat, lambat juga dia orang pun. Sempat lagi En Suami buat lawak.
Lepas kejadian tu aku singgah juga solat kat surau tu, tapi tak ada apa dah yang “tumpang” solat dengan aku. Walaupun aku solat sorang, rezeki aku hari tu nak jadi.

Jadi Sampai sini dulu cerita aku yang tak berapa misteri, nanti aku cerita lagi pengalaman aku jadi warden asrama, dan juga peneman aku masa aku tak kahwin lagi. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]
EMBUN YUSUF

7 thoughts on “SURAU PLAZA TOL ALOR SETAR SELATAN”

  1. Hilang mood seram bila masuk lawak syok sendiri camni.. Baca cerita abiang edi arjuna, lawak dia kena tempat. Seram dapat, lawak pon dapat..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.