Aku seorang budak lelaki berumur 16 tahun. Aku tinggal di sebuah kampung di Batu Pahat sejak ibu bapa aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Nenek akulah yang menjaga aku. Sekolah di kampung itu kecil dan hanya mempunyai 170 orang pelajar. Pelajar di dalam kelas aku hanya 15 orang. 10 perempuan dan 5 lelaki.
Walaupun sekolah ini kecil, banyak cerita cerita hantu yang aku dengar daripada budak-budak perempuan. Yang popularnya, ada orang pernah terkena histeria sebab ternampak nenek kebayan atas bumbung sekolah.
Yang kedua popular ialah ada pelajar perempuan yang b***h diri selepas membuang bayi dalam tandas. Beberapa orang nampak kelibat perempuan tu di kawasan tandas. Oleh itu, siapa yang mahu pergi tandas perlu pergi berdua.
Sebenarnya ada lagi cerita lain cuma kurang popular sahaja. Tempat larangan kawasan itu ialah surau lama (Surau Orkid). Tempat itu dah berkunci dan siapa pergi berdekatan surau itu akan dikenakan dimerit dan penalti.
Memang tempat itu keras. Sebab itu cikgu buat peraturan ketat supaya dapat elakkan kejadian tak diingini.
Aku degil. Aku nak masuk jugak surau puaka tu. Takkan tempat macam tu berpuaka. Aku dengan Danial curi masuk rumah tu malam malam lepas belajar dekat rumah Arif.
Kami masuk melalui pintu belakang sekolah. Terus jumpa kantin. Dari situ nak pergi Surau Orkid dekat sedikit.
Si Danial ni memang penakut. Tengah- tengah jalan, dia cuit aku
Danial : Farhan, jom la balik aku takut m**i kena sorok dengan hantu…. Aku nak hidup lama…. Aku nak kahwin
Aku : isy, dah sampai tengah jalan ni.. Sikit lagi nak sampai. Alang-alang tu habiskanlah… Gatallah kau ni…
Aku pun lepas tu suruh Danial kepit tangan aku macam pengantin. Sampailah kami ke surau puaka tu.
Dalam surau ada bilik rahsia sebelah kanan. Dalam bilik itu ada terowong . Iye, terowong! Biliknya sederhana besar dan ada sejadah-sejadah lama.
Aku pun nak tahu terowong tu ada apa dan terowong tu menuju ke mana. Panjang juga terowong tu. Sudah lama berjalan, Danial perasan ada orang mengikut. Aku pun bagi isyarat supaya jalan cepat. Selepas itu kami jump terowong itu terbahagi kepada dua jalan. Semasa kami buntu nak pergi mana satu, kami terdengar “HEE HEHEHE HEHEEE HEEE HEEEE.”
Rupanya, ada kelibat perempuan tinggi, mata hitam muka berulat dan bercacing pakai telekung fesyen lama sambil tangan macam hantu cina.
Aku punyalah terkejut dan lari ke arah kanan. Punyalah takut. Nasib baik tak terkencing sambil berlari. Danial aku tak tahu. Panik sampai aku tinggalkan dia. Lari lari lari lepas tu aku terdengar
” nak pergi mana tu bang, dah takde jalan keluar laaa…. HAHAHAHAHAHAA”
jantung aku dukdak dukdak. Aku nampak satu pintu. Aku pecahkan pintu tu. Tak boleh.
Hantu tu pulak pegang kaki aku masa aku cuba pecahkan pintu tu.
Aku jerit “La ila ha illah” baru boleh buka. Pintu tu menuju ke sebuah tempat macam hutan.
Aku cuba pergi cari orang minta bantuan selamatkan Danial. Jangan lah dia hilang. Tak pasal-pasal famous lepas tu masuk berita.
Aku tertinggal torchlight dalam terowong. Sudahlah gelap.. Selepas lama berlari baru jumpa jalan yang berlampu. Mujurlah, pak imam masa itu naik motor dan aku tahan dia.
Aku: Pak imam tolong pak imam!!! Kawan saya terperangkap dalam terowong surau puaka!
Pak imam tu ajak aku naik motor dan kami pergi ke tempat aku keluar dari terowong tu. Aku berjalan di sisi pak imam. Sambil-sambil itu aku membaca ayatul kursi.
Danial berada di tempat terdapatnya dua laluan. Dia pengsan. Pak imam suruh aku mengangkatnya. Kami patah balik ke laluan tadi.
Disitu kami terjumpa balik perempuan bertelekung putih muka bercacing dan berulat.
“Jangan ambil dia. Dia aku punya! ”
Pak imam membacakan ayat ayat. Selepas beberapa minit, hantu tu pun hilang. Aku bersyukur Danial selamat.
Waktu itu sudah pukul 1 pagi. Aku takut kena marah dengan nenek aku. Pak imam minta aku menceritakan apa yang berlaku dari A sampai Z. Setelah mendengar cerita aku, dia minta aku dan Danial tidur di rumahnya satu malam.
Pak imam sudah maklumkan kepada nenek dan ibu Danial. Danial masih tidak sedarkan diri. Pak imam berusaha memulihkannya.
Esok paginya, barulah Danial sedar. Dia ok, cuma jadi pendiam. Setelah seminggu barulah dia normal semula. Boleh bercakap dan bersembang seperti biasa dengan aku.
Tentang kes aku curi masuk, pengetua sudah tahu. Pak imam yang cerita padanya. Kami dikenakan penalti. Cikgu-cikgu lain tahu kamilah budak pertama yang curi masuk di situ. Memang budak lain semua tak berani masuk surau puaka.
Aku insaf. Aku minta maaf kepada Danial. Selepas ni, aku takkan buat kerja gila ni lagi.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
betul punya kaki dvd ni.