Susuk Emas Wat Siam Dae & Tsuk

Assalammualaikum dan terima kasih pada yang membaca kisah saya dan rakan rakan saya yang saya kongsikan . Maaf jika cerita saya #isterikuzulaikha tidak mencapai standard pembaca tapi cerita itu di ubah atas kehendak pencerita. Kali ini saya akan kongsi kan lagi kisah saya yang berkisarkan pemakaian Susuk Emas Wat Siam. Pengakuan dari individu yang di temubual oleh saya sendiri. Tajuk agak panjang sedikit
Susuk Emas Wat Siam Dae & Tsuk

“Apa yang awak nak buktikan dengan tuliskan kisah saya dalam Internet ?  Awak nak popular ? ” kata Raisya
“Bukan bukan. Saya berminat untuk kongsikan kisah awak dalam Internet supaya pembaca dapat pengajaran dari kisah awak ” kata Faiz
“Kisah awak, saya dapat tahu dari kawan saya, Adli. Yang mana saya rasa patut untuk saya ceritakan pada yang lain supaya dapat di jadikan teladan pada orang lain yang taksub dengan kecantikan ” sambung Faiz

“Baiklah . Tapi sebolehnya ubahlah nama bagi menutup keaiban diri saya” kata Raisya
Kisah kali ini adalah berkaitan Raisya dalam penggunaan Susuk Emas Wat Siam Dae & Tsuk . Terimalah pengakuan dari Raisya(bukan nama sebenar) sendiri.

Aku di lahirkan dengan tanda lahir di dahi, pipi , serta dagu . Membuatkan usia dari kecil ku hingga ke dewasa banyak yang memandang pelik dan ada juga yang mengejek. Mulanya aku pekakan telinga akan tetapi persoalan dalam diri timbul. Aku pun ingin bergelar isteri dan ibu . Kalau terus begini siapa yang mahukan aku, lelaki pandang pun tak mahu. Aku mencari jalan penyelesaian, dari kuala lumpur hingga lah ke luar negara iaitu Narathiwat di thailand. Aku mendapatkan Tok Sami Dae, yang mana rakan aku katakan dia boleh buat seorang wanita yang buruk wajahnya akibat mengalami kebakaran di rumah menjadi cantik. Hari aku tiba sudah pun senja, Tapi aku terus menyusur laju ke dalam Wat Siam dan bertanya dalam bahasa english tapi sayangnya orang thailand kebanyakannya tidak tahu berbahasa english

“Excuse me, may i help you?” terdengar suatu suara di belakang ku. Aku segera menoleh ke belakang . Kelihatan pemuda thailand kacak dan segak berdiri di depan ku.
“I’m looking for Mr Dae?  Did you know where i can find him ? ” kata ku
“Oh Mr Dae. Let me bring you. Just follow me ” kata pemuda itu
Aku mengekori pemuda itu melalui jalan di tepi Wat Siam. Aku memerhati di sekeliling , kelihatan kubur kubur yang jelas kelihatan. Membuat bulu roma ku meremang .
“Don’t be afraid, come on follow me. At the big tree are you see? ” kata Tsuk

Kelihatan berhampiran pokok besar di belakang Wat Siam, seorang sami duduk bersila dan memejamkan mata. (Perbualan ini aku terus terjemahkan)
“Apa tujuan kamu ke mari ? ” kata Dae
“Saya ingin minta bantuan Dae ” Aku menunduk
“Bantuan apa ? ” kata Dae
“Cantikkan wajah saya supaya tanda kelahiran ini hilang dari muka saya ” kata ku sambil menunjuk kan tanda lahir ku
“Boleh . Aku boleh lakukan tapi apakah kamu boleh terima pantang larang nya ? ” tanya Dae
“Boleh Dae ” kata ku bersemangat
“Kamu tidak boleh makan labu air, pisang tanduk, pisang emas, satay dan jantung pisang ” kata Dae
“Pantang larang lain tidak boleh melalui bawah ampaian baju , bawah tangga ” sambung Dae
“Jika ada apa apa gangguan semasa pemakaian. Kamu harus bersabar walau seberapa teruk pun ” kata Dae lagi .

“Kalau terlanggar pantang larang apa akan jadi pada saya ? ” soal Aku pada Dae
“Buruk padahnya . Kesannya seumur hidup . Jadi apa keputusan mu ? ” soal Dae
Aku memikir sedalam dalam nya tapi atas bisikan syaitan aku termakan pujuk rayunya . Aku menarik nafas dalam dalam
“Baiklah Dae. Saya setuju ” kata Aku sambil merapatkan telapak tangan ku tanda hormat
Malam itu upacara di jalankan. Pemuda yang segak dan kacak tadi merupakan anak buah Dae dan nama nya Tsuk. Tsuk cakap upacara ni di namakan Penanaman Susuk Emas dan paling lama makan masa 2 jam. Aku di perintahkan baring oleh Tsuk, Dae membaca mantera dan di tangannya terlihat cahaya jarum berkilau keemasan. Perlahan tangannya menusuk jarum di kawasan berhampiran tanda lahir, sakit bukan kepalang ibarat nyawa hampir terpisah dari tubuh .

Tsuk berkata pemasangan susuk akan di lakukan di setiap tubuh agar aku kelihatan cantik sepenuhnya. Perlahan Tsuk melucutkan pakaian ku dan menanam Jarum Emas. Aku menjerit kesakitan yang amat sangat. Darah mengalir umpama air mandian, Dae melumurkan sesuatu di tubuhku membuat aku menjerit kepanasan. Dae dan Tsuk tersenyum. Aku di tiarap kan. Perlahan aku menjeling tangan Dae dan Tsuk berubah menjadi kuku yang amat amat tajam. Dan terus menusuk di bahagian belakang aku menjerit semahu mahunya dan aku terus pengsan.

Aku tersedar apabila hari sudah siang, aku mendapati aku berseorangan di belakang Wat Siam itu. Kepala dan tubuh ku terasa sakit, aku menangis menahan kesakitan yang umpama menyiram air di luka. Aku mencapai pakaian ku dan terus menuju ke hotel. Dalam perjalanan ke hotel, ramai mata memandangku dan aku mulai rasa bangga. Aku melihat cermin yang berada di hotel. Aku tergamam tanda lahirku hilang sekelip mata, kening yang tebal menjadi nipis, bibir yang tebal menjadi nipis , hidung yang kembang menjadi mancung. Aku sendiri telah jatuh hati pada diriku sendiri . Aku segera pulang ke kuala lumpur. Aku sangkakan indah pasti berlanjutan untuk beberapa lama tapi aku silap .

Aku sering termimpi benda yang aneh. Aku bermimpi berjumpa Dae dan Tsuk berwajah yang menakutkan. Ulat ulat bersepah di perut yang berlubang , Dae yang memegang bebola mata dan memakannya sedikit demi sedikit. Nanah jelas kelihatan, Dae dan Tsuk memecahkan nanah, perlahan cecair kekuningan hijau mengalir di tubuh nya. Dae mencapai ku dan melumurkan di tubuh ku dan aku tersedar dari mimpi. Melihat Patung Buddha hidup dan menghempap ku, Dae dan Tsuk kelihatan hanya ketawa berdekah.

Gangguan di rumah pun aku alami. Sedang aku tengok tv seorang, aku mencari alat kawalan tv yang hilang tiba tiba jatuh terhempas di sisi mujur aku sempat beralih jika tidak pasti aku cedera. Perabot rumah yang sentiasa bertukar dan bau hanyir darah setiap kali aku balik dari kerja. Tambah menakutkan aku adalah aku sering merasa ada pelukan hangat sewaktu tidur diiringi bau bau yang terlalu busuk. Calar cakaran yang tidak berdarah di paha ku . Ada satu ketika aku berseorangan , terlihat wanita wajah sama dengan ku. Menggunakan pisau dan menoreh wajahnya terpancut darahnya di wajah ku serta jelas kelihatan ulat ulat berkeriut minta untuk keluar dari wajah nya. Aku menjerit dan pengsan. Beberapa minggu berlalu, memang aku cantik dan hebat tapi aku seringkali tidak cukup tidur hanya sejam untuk waktu ku tidur kerana aku tidak mahu untuk bermimpi menakutkan lagi. Mujurlah kehadiran Yusof di pejabat menegur dan melamar ku .

“Raisya, aku tahu apa yang kau buat. Memang ramai pekerja lelaki memuji kau cantik ” kata Yusof
“Jadi ? Kau nak apa ? ” kata ku bangga
“Apa kau lupa ? Aku di anugerahkan pancaindera ke enam yang aku ceritakan dulu ” kata Yusof
Aku terdiam seribu bahasa. Aku melihat Yusof, dari gaya nya dia ingin membantu ku .

“Aku terlupa. Aku tak tahu apa yang aku buat. Aku tak tahu nak buang. Ah lantak lah” kata ku sedikit menyerah kalah
“Aku dah lama suka kat kau Raisya. Buruk orang di muka tak bermakna buruk di hatinya juga ” kata Yusof
“Tiap kali bila kau masuk pejabat. Aku nampak 2 orang mengiringi kau, bau mereka busuk teramat . Wajah mereka berkilau keemasan sama seperti kau. Aku tahu itu bukan manusia ” sambung Yusof
“Esok ikut aku kita jumpa Ustaz Zaki untuk buang benda ni . Aku suka kau bukan sebab kau cantik tapi sebab hati kau baik, selepas berubat dan keadaan kembali pulih jadilah isteri ku. Aku suka kat kau Raisya ” risik Yusof

Aku tergamam dan terdiam. Perlahan air mata ku menitis, Aku melihat dan jelas nampak di mata Yusof akan keikhlasan nya. Aku dalam proses melakukan perubatan dengan Ustaz Zaki.  Dan perubahan dapat di lihat sedikit demi sedikit.

Nasihat aku pada pembaca, kecantikan yang diciptakan oleh Allah SWT itu dah cukup sempurna. Yang cantik buruk hatinya, yang biasa baik hatinya ada juga yang kedua nya baik tapi kita manusia mana ada yang sempurna. Percaya yang soal Jodoh , Ajal , Rezeki itu milik Allah SWT dan sudah pun di atur . Istilah Cina Ying dan Yang adalah tenaga positif dan negatif. Istilah mengikut islam pasangan yang positif kadang kala mendapat pasangan yang negatif dan itu lah maksudnya menutup serba sedikit kekurangan dalam diri kita .

“Terima kasih Raisya dengan nasihat ” kata Faiz
“Sama sama ” Senyum Raisya

Terlihat tanda lahirnya yang sebelum ini telah di tutup. Kecacatan kita bukan alasan kita mensyirik serta menyekutukan Allah SWT. Dae dan Tsuk itu adalah jin jelmaan manusia, meresap ke tubuh Raisya dari situlah punca kecantikan Raisya. Walaupun payah untuk mengeluarkan Dae dan Tsuk yang bermaharajalela dalam tubuh Raisya, Ustaz Zaki telah membantu menyingkirkan Dae dan Tsuk sedikit demi sedikit. Sekarang Raisya menghitung hari untuk di ijab kabulkan dengan Yusof. Tamat

Loading...

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *