SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA III EPILOGUE

“….Urghh…”.
“…..kat mana…”
Ujar Iqram perlahan, baru saja terbangun. Dia cuba melihat keadaan sekelilingnya, namun kepalanya masih lagi pening, tubuhnya pula masih lemah. Walau bagaimanpun, apa yang dia pasti adalah dia berada didalam sebuah hutan sekarang, terbaring diatas dahan-dahan pokok.

Setelah beberapa ketika, Iqram berjaya mendapatkan sedikit kekuatan dan berjaya bangkit dari tempatnya itu. “…Macam mana…aku boleh berada kat sini? Kejap..bukan ke aku telah dirasuk oleh Azfar-Un?”. Iqram akhirnya mengingati apa yang berlaku kepada dirinya. Dia kemudiannya melihat keadaan sekelilingnya. Hutan yang dia berada sekarang ini begitu terang, namun bulan mengambang masih lagi kelihatan.

“..eheheheh…”. kedengaran suara kanak-kanak dibelakang Iqram. Apabila dia menoleh, tiada sesiapa dibelakangnya. Suara itu kemudiannya muncul sekali lagi sebelah kirinya. Tetapi masih tiada sesiapa lagi yang kelihatan. “S-Siapa tu?! Keluar cepat!”. Marah Iqram apabila dirinya diperbuat sebegitu. Dibodohkan.

Keadaan menjadi sunyi semula. Tiada pilihan lain lagi, Iqram mula bergerak, cuba mencari jalan keluar, walaupun keadaannya yang masih lemah. Ke kiri, kekanan, kedepan, dan kebelakang, Iqram cuba keluar dari tempat itu, namun dengan hutan yang lebat, pasti dia sudah sesat. Ataupun, hutan itu seperti tidak membenarkan Iqram keluar.
“M-Mustahil…aku nampak pokok ni tadi. Padahal aku bergerak ke arah utara saja!”. Ujarnya seorang diri selepas terjumpa sebatang pokok yang ada ditempat dia pertama kali mendapat kesedaran.

“…KAU…BEGITU BODOH…IQRAM”. muncul pula satu suara garau, sekali lagi dari belakang Iqram. Kali ini, apabila Iqram menoleh, dia terlihat satu lembaga dengan kepalanya berpusing 90 darjah. Tangannya berbulu dan terdapat tiga ekor di belakangnya. Iqram cuba memberanikan dirinya dengan bertanya kepada lembaga itu “S-Siapa kau?! Apa yang kau nak dari aku?!”. Lembaga itu diam seketika, dan kemudiannya terus menggelakkan Iqram. “EHEHEH..HAHAHAHHA!!! KAU MANUSIA PERTAMA SEJAK 100 TAHUN LAMANYA YANG TIDAK GENTAR DENGAN RUPA SEBENAR AKU! KAU TAK PERNAH TAK HIBURKAN AKU, IQRAM!!”.

Iqram terus terkaku. Cara pencakapannya, suaranya, dan kepanasan yang membuak datang dari lembaga itu, terus mengingatkan Iqram kepada satu mahkluk sahaja. “…AZFAR-UN?!”. Kata Iqram. Ya, lembaga yang berada dihadapannya itu, tidak lain, dan tidak bukan adalah Azfar-Un! Dan Syaitan itu tidak muncul dengan manusia yang dia rasuk, namun mahkluk itu memunculkan dirinya dengan rupanya yang sebenar! Tetapi untuk apa? “Kau…Azfar-Un?! Celaka kau! Untuk apa kau munculkan diri kau?! Kau telah merosakkan hidup aku! Hidup semua orang yang aku kenali! Sekarang ni…tak…kau cuba nak mengawal aku pula sebagaimana kau kawal Umairah?!”.
Jerit Iqram kepada lembaga itu. Sudah jelas yang dia langsung tidak gentar dengan mahkluk neraka itu. Ataupun kemarahannya menguasai dirinya lebih dari ketakutannya.

Azfar-Un hilang daripada pandangan Iqram, dan muncul di atas pokok pula. “KAWAL..? KAWAL?!! AHAHAHAH!! KAU MASIH LAGI TAK FAHAM KE MANUSIA BODOH?! KAU SENDIRI DAH NAMPAK. AKU TAK BUAT APA-APA PUN! PEREMPUAN JALANG TU SENDIRI YANG MAHU LAKUKAN SEMUA TU! CUBA JADI TUHAN, KAWAL MANUSIA! SEMUA ITU ATAS HATI DIA SENDIRI!!”. Balas Syaitan tersebut. Seperti yang Iqram tahu, memang Umairah menyatakan bahawa dia yang mengawal Azfar-Un, dan dia sendiri yang mengawal kampung tersebut.

Namun, Iqram masih sukar untuk mempercayai semua itu. “Tak…mustahil…”. kata Iqram perlahan, tertunduk. Azfar-Un tiba-tiba saja muncul dihadapan Iqram pula. “ADAKAH KAU LUPA, IQRAM?! TUHAN CIPTA MANUSIA DENGAN AKAL DAN FIKIRAN. YA, KAMI, IBLIS DAN SYAITAN MENGHASUT KORANG SEMUA UNTUK MELAKUKAN PERKARA MUNGKAR., TETAPI, PADA AKHIRNYA…KORANG SENDIRI YANG MEMILIH KEPUTUSAN ITU! KEPUTUSAN UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT! DAN SEKARANG…SELEPAS MELIHAT KEKUASAAN AKU, PEREMPUANG JALANG TU CUBA NAK JADI SYAITAN PULA. MANUSIA BODOH!!”.

Mendengar kata-kata Azfar-Un, Iqram terus terdiam. Ya, memang benar apa yang dikatakan oleh mahkluk itu, manusia boleh buat keputusan sendiri, kerana mereka diberikan akal dan fikiran. Namun apabila akal berlandaskan hawa nafsu, sudah pasti akal tersebut boleh rosak dan gila. Iqram begiu faham akan situasi itu. “…DAN ITU YANG AKU SANGAT BENCIKAN UMAIRAH! AKU INGAT DENGAN MENGHASUT DIA MEMBUAT KEJAHATAN, DIA AKAN JADI BONEKA AKU..SEBALIKNYA DIA PULA YANG MENGAWAL AKU! PAKSA AKU MENGIKUTI ARAHAN DIA! GUNAKAN KUASA AKU SESUKA HATI DIA! ARGHHHH!!!! AKU NAK BEBAS!”. Laung Azfar-Un, kemarahan. Iqram yang mendengar keluhan Syaitan itu agak terkejut dan seakan tidak percayai mahkluk itu.

“jadi, kenapa kau jumpa aku kat sini? Apa tujuan kau, jika kau taknak apa-apakan aku?”. Soal Iqram. Azfar-Un tersenyum mendengar soalan itu. “HEHEHEH….ITULAH GUNANYA KAU DISINI. AKU NAK KAU BEBASKAN AKU DARIPADA BETINA SUNDAL TU! SEJAK KAU ORANG PERTAMA YANG TEWASKAN AKU SEJAK RIBUAN TAHUN LAMANYA, AKU TAHU, KAU BOLEH TEWASKAN UMAIRAH! AKU TAKKAN RASUK KAU UNTUK SEMENTARA INI. MALAH, AKU AKAN BANTU KAU SEDIKIT. DENGAR SINI..RANCANGAN UMAIRAH ADALAH..”.

Setelah diberitahu oleh Azfar-Un tentang rancangan Umairah, dan dimana lokasi dia sekarang ini, Iqram terdiam terus. “K-Kau tipu..Umairah…dia nak jadi Syaitan?!….aku kena hentikan dia! Walaupun aku….terpaksa b***h dia”. Kata Iqram, akhirnya menanamkan nekad, nekad dia untuk menghentikan wanita itu, walau dengan apa cara sekalipun. “Tapi…semua benda yang aku telah belajar, kahtam Al-Quran, mempelajari Islam, aku dah lupa semuanya! Apa yang aku boleh lakukan?”. Kata Iqram lagi. Sekali lagi, dia berasa takut. Takut untuk berdepan dengan wanita yang berkuasa itu. Buat masa ini, semua doa dan ayat Al-Quran yang dia belajar untuk berdepan dengan masalah seperti ini sudah lenyap dari memorinya.

Azfar-Un, berang dengan kata-kata yang keluar dari mulut manusia itu, terus mencekik Iqram dan melempar Iqram ke sebatang pokok. “KAU MEMANG BODOH KE?!!! MANUSIA ADALAH CIPTAAN TERAGUNG TUHAN! NALURI MANUSIA UNTUK MENCARI TUHAN UNTUK DISEMBAH! AKU TAK SANGKA YANG AKU AKAN KATAKAN INI…TAPI…MANUSIA MEMANG KUAT JIKA MEREKA MENGUATKAN HATI MEREKA!! JIKA KAU BERPEGANG TEGUH DAN TERUS YAKIN DENGAN TUHAN….DAN TERUS BERIMAN…KAU TIDAK AKAN LUPA!”. Iqram terkejut juga dengan ‘ceramah’ Azfar-Un. Seperti yang mahluk itu katakan, Iqram tidak pernah lihat situasi dimana syaitan memberi kata seperti ini. Sepastinya dia sangat membenci Umairah lebih dari segalanya.

“…hehehhe…jadi betul apa yang orang kata…MUSUH KEPADA MUSUH AKU…ADALAH RAKAN AKU. Baiklah, lepas aku bantu Umairah, aku akan bebaskan kau dan kurung kau semula. Ini adalah perjanjian kita”. Ujar Iqram tersenyum. “YAYAYAYAYAYA!! TAK PERLU CAKAP LAH, MANUSIA SIAL! DAN UNTUK BANTU KAU, AKU TAKKAN RASUK TUBUH KAU. TAPI JIKA KAU GAGAL, AKU AKAN KAWAL TUBUH KAU DAN JADIKAN KAU LEBIH TERUS DARI BETINA SUNDAL TU! SEKARANG…PERGI!!!”. arah Azfar-Un. Iqram mengangguk perlahan, tidak pernah menyangka yang dia akan dapat bantuan daripada syaitan itu.

Beberapa ketika kemudian, Iqram terjaga, dan kali ini terjaga di dunia sebenar. Membuka matanya, dia melihat mayat Hanif dan bapanya didepan matanya.
“…..jangan risau, Hanif. Aku akan betulkan semua ni”. Kata Iqram seraya menutup mata Hanif yang masih lagi terbuka. Setelah itu, dia keluar dari bilik tersebut dan terserempak dengan salah seorang penduduk kampung yang dirasuk. Namun penduduk kampung itu tidak menyerangnya, sebaliknya menyeranhkan satu botol kaca, kain kuning dan kuku monyet yang digunakan sebagai penutup botol itu.

“INI…..GUNAKAN..INI….UNTUK…KURUNG AKU..!!”. kata penduduk kampung itu, yang sebenarnya dirasuk oleh Azfar-Un. Iqram terus mengambil barangan itu, namun dengan teragak-agak, takut juga kebarangkalian akan diserang. Iqram kemudiannya turun ke tingkat 1 dan mendapati semua penduduk kampung, sama ada yang dirasuk atau hanya pengikut ajaran sesat Umairah bergerak ke satu destinasi, dimana Umairah akan melaksanakan ritualnya.

“Tak guna….aku kena bergerak cepat!”. Kata Iqram. Tanpa berlengah lagi, Iqram menuju ke balai polis berdekatan kawasan itu, mengambil 2 bom dan sepucuk pistol Glock 19 Gen 5, kerana itu saja senjata yang masih ada disitu. Dia kemudiannya dia hidupkan enjin menggunakan skill mencuri yang dia pelajari ketika dia masih jahil dahulu. “Baiklah, Umairah….kau nak main kasar, kan? Aku akan ikut cara kau juga!”. Kata Iqram. Dia memandu trak itu, menuju ke tempat Umairah.

Sementara itu, Umairah dan pengikutnya sedang bersiap-sedia untuk melakukan ritual yang bakal mengubahnya menjadi Syaitan.
Mira dibawa ke dalam satu bilik, dipenuhi dengan mayat-mayat tanpa kepala, yang ‘diduduk’kan diatas kerusi, dihadapkan kearah Mira. Seolah-olah mereka seperti penonton yang bakal menyaksikan persembahan. Wanita itu kemudiannya diikat pada sebatang tiang kayu; disitu terdapat banyak d***h yang masih lagi mengalir, menandakan banyak mangsa telah dikorbankan disitu. Mira juga melihat banyak penduduk kampung diluar bangunan tersebut, ingin menyaksikan ritual tersebut.

Semasa dia diikat, Mira sempat lagi merayu kepada kakaknya. “Kak…Kakak!! kakak masih ada masa lagi untuk berhenti! Tolonglah!”. Pimtanya. Namun apatah dayanya untuk mengubah hati seorang wanita yang telah jauh tenggelam dalam dunia kegelapan.
“HAHAHAHAHA!!!! Ada hati lagi kau nak berleter kat aku?! Macam aku cakap, kau dengan bapak celaka tu sama jer!!”. Gelak Umairah. Gelaknya bergema diseluruh bilik ritual itu. “….Macam mana..macam mana dengan IQRAM?!! Dia berusaha untuk selamatkan Kakak.

Dari pertama kali Mira berjumpa dengan dia, dia tak habis-habis cakap yang dia masih tidak berputus asa dengan Kakak! Dia percaya yang dia boleh selamatkan Kakak! Dia percaya yang Kakak masih boleh berubah! Takkan kakak nak kecewakan satu-satunya yang sayangkan Kakak?!!!”. Umairah terus terdiam. Dia terus bertentang mata dengan adiknya itu. Matanya bulat kemerahan. “ berani kau sebut nama dia?!! Kau tak layak sebut nama dia! Lagipun…pada masa ini, dia sudah dirasuk oleh Azfar-Un. Hatinya yang sama seperti aku! Hati yang bebas dari agama celaka yang korang sembah itu!!”.
Jerit Umairah. Sepertinya yang dia pasti, bahawa syaitan yang dia kawal itu akan menurut perintahnya. Namun dia tidak sedar bahawa perkara sebaliknya yang berlaku. “sekarang, mulakan ritual kita!”. Arah dia kepada Ali dan beberapa orang pengikutnya. Ali meletakkan d***h yang mereka kutip dari mayat-mayat disitu disekeliling Mira, sebelum mengukir tanda bintang syaitan di atas lantai, berdepan dengan Mira. Umairah mengangkat tongkat panjangnya keatas seraya berkata

“WAHAI RAJA IBLIS DIDALAM NERAKA! AKU INGIN MENYEMBAHKAN KEPADAMU! MAKANAN MU! SANTAPAN MU! AKU MENURUT PERINTAH MU, SEBAGAI MANA KAU JANJIKAN KEPADA AKU! DENGAN KORBAN INI, KAU AKAN JADIKAN AKU SEBAGAI SATU DARI KERABAT MU! TERIMALAH MANGSA INI! TUNAIKAN LAH HAJAT AKU!”.
“AZFAR-UN FAZNAH BARILLAH!!”.
“LA ILLAH!! LA ILLAH!!! LA ILLAH!!!”.
Bergema juga suara para pengikut dan penduduk kampung itu, sementara mereka yang dirasuk oleh syaitan berada diluar bangunan, seakan menjaga ritual itu. Sementara itu, Iqram memandu trak itu dengan laju, sehingga mencecah 100km per jam. “tunggu aku, Mira!”. Detik hatinya.

Umairah menghampiri Mira, berdiri diatas lakaran lambang syaitan. Tangannya menggengam sebilah pisau, dihalakan kearah jantung Mira. Pengikut ajaran sesat itu masih lagi membaca ayat menyembah syaitan. “kakak…jangan…”. pinta Mira untuk kali terakhir. Air matanya mula mengalir. Umairah melihat perkara itu. Tanpa memperdulikan tangisan adik kandungnya itu, Mira mula mengukir lambang syaitan pada tapak tangan Mira menggunakan pisau itu. Apa lagi, Mira terus menjerit kesakitan. D***h keluar dari lukanya itu, cepat-cepat Umairah minum. “ARGHHH!!! Ya…YA!!! AKU DAPAT MERASAKAN, SUDAH BERLAKU SEDIKIT PERUBAHAN!! INI BARU AKU LUKAKAN KAU! BELUM LAGI AKU SIAPKAN RITUAL INI!”. Jerit Umairah kegembiraan. Giginya sudah menajam taring. Matanya yang kemerahan itu, bertukar menjadi hitam sampai anak matanya hilang. Mira melihat wajah Umairah, sudah tumbuh sedikit tanduk.

Setelah itu, Umairah sekali lagi menghalakan pisaunya kearah jantung Mira. Wajahnya perlahan menjadi menggerunkan. “Jumpa kau di neraka!”. Ujar Umairah. Tangannya terus cuba menikam Mira dan…. “VROOOMMM!!!”. Dia terdengar bunyi enjin dari luar bangunan. Dia melihat diluar, munculnya sebuah trak yang dipandu laju oleh Iqram. Iqram pula, melihat orang-orang yang dirasuk itu cuba mengepungnya, lantas dia melontar bom tangan yang dia ambil tadi kearah mereka. “BOMMM!!!!!!!”. Berlaku satu letusan yang agak kuat. Tubuh-tubuh mereka yang dirasuk itu hancur berkecai, bersepai diatas jalan.

Para penduduk disitu pula cuba juga menghalang trak itu dan juga yang melompat kearah pintu Iqram, namun Iqram menembak kepala mereka menggunakan pistol.
“Bersedia!!!”. Jerit Iqram. Trak yang laju itu merempuh beberapa pengikut ajaran sesat itu, sebelum merempuh bahagian hadapan bangunan tersebut. Umairah, yang berada betul-betul disitu dirempuh trak itu, sebelum dihempas kearah dinding bangunan itu. “Hah…hah…hahah!!”. gelak sedikit Iqram, tidak percaya yang dia selamat daripada lagak ngeri yang dia buat itu. Sebaik saja dia turun dari trak itu, beberapa mereka yang dirasuk cuba menyerang Iqram, namun Iqram melepaskan beberapa das tembakan kearah kepala mereka. “I-Iqram!!”. Jerit Ali kemarahan. Dia cuba memukul Iqram dengan sebatang besi, namun Iqram berjaya mengelak, sebelum menembak kaki lelaki itu, menyebabkan Ali tersungkur. Iqram mengambil peluang itu dengan menumbuk Ali beberapa kali, seperti dia mahu melepaskan kemarahannya akibat ditipu oleh lelaki itu.

“YA!! Lepaskan kemarahan kau! Jadilah seperti kami!”. Jerit Ali. Dia tahu yang Iqram dalam keadaan marah, jadi dia mahu Iqram lepaskan amarah dan membentuk kegelapan. Namun Iqram berkata “aku….takkan jadi macam kau!” sebelum melepaskan satu tumbukan padu kearah Ali, menyebabkan dia terus pengsan disitu. “M-Mira!”. Ujar Iqram sebaik saja melihat Mira yang masih lagi terikat di tiang itu. “Iqram…macam mana…kau masih lagi normal?”. Soal Mira, risau akan keadaan Iqram. “Tak ada masa nak terangkan! Mari kita keluar dari sini!”. Balas Iqram sambil membuka ikatan tali itu. Mira mengangguk perlahan dan mereka berdua terus menuju kearah trak itu. Iqram cuba menghidupkan enjin trak itu, namun gagal. Tanpa dia sedari, akibat daripada pelanggaran tadi, tangki minyak trak itu sudah bocor dan minyak terus mengalir.

“IQRAAMMMM!!!!!”. Kedengaran suara yang begitu garau dihadapan trak itu. Apabila Iqram dan Mira melihat didepan, satu tangan dengan kuku tajam muncul dan terus mencakar bumper trak itu. Ya, sudah pasti Umairah masih hidup lagi. Tangan tersebut hilang kebawah. “Mana dia pergi?”. Soal Mira. “BAMM!!”. Umairah muncul disebelah Iqram dan mencabut pintu trak itu dengan senang sekali. Dia kemudiannya mencekik leher Iqram dan melemparnya keluar dari trak itu. Apabila Iqram melihat Umairah, tidak, lembaga dihadapannya itu bukan lagi Umairah, namun satu mahkluk dengan leher yang panjang, rambut juga panjang sampai mencecah lantai, memiliki tubuh yang kurus kering, dengan mata hitam. Ya, itulah transformasi Umairah kepada Syaitan!
“Wow….cantik juga kau! Sama seperti hati kau!”. Ujar Iqram, memberi kata sakarstik.

Umairah terus bergerak dengan begitu laju, mencakar tubuh Iqram dengan kukunya yang tajam itu. “KAU DENGAN SAKARSTIK KAU ITU..! ARGHHH!! RINDU AKU!!!”. Laung Umairah. Dia cuba pula mencakar wajah lelaki itu, namun Iqram melompat kekiri, melepaskan beberapa tembakan kearah kepala dah tubuh Umairah. Namun kecederaannya itu terus pulih dalam sekelip mata. “LIHAT, IQRAM. AKU TAK BOLEH M**I!! DAN KAU JUGA MAMPU MEMPUNYAI KEBOLEHAN INI!! TAPI…KAU TERUS MENOLAK AKU!!!”. Jerit Umairah sebelum melempar Iqram seperti kertas kearah dinding. Iqram cuba bangun, namun Umairah terus muncul dihadapannya dan mematahkan tangan kirinya.

“ARGHH!!!!”. Jerit Iqram. 2 jari tangan kanannya sudah putus, sementara tangan kirinya pula patah. Kesakitan yang dialami olehnya itu menyebankan Iqram menjadi lemah. “YA…TANGAN INI YANG PERNAH PATAH 6 TAHUN YANG LALU, BETUL TAK?!! MASA TU KAU SANGAT LEMAH!! SEBAB TU AKU NAK BAGI KAU KEKUATAN! TAPI KAU TAKNAK! KAU MEMANG BODOH!!”. Jerit Umairah. Dia membuka mulutnya seluas-luasnya. Dia mahu makan lelaki itu. Baginya, tiada sesiapa yang boleh memiliki Iqram, kecuali dirinya. “BAMM!!”. Kepala Umairah ditembak lagi, kini dari belakang. Dan orang yang melepaskan tembakan itu ialah Mira, menggunakan pistol Iqram yang tercicir semasa diserang oleh Umairah.

Umairah terus tersenyum. “TEMBAKAN BAGUS, PEREMPUAN JALANG!!”.
Dia melepaskan Iqram dan terus meluru laju kearah Mira dan mencekik gadis itu. “SEKARANG, MARI KITA TAMATKAN RITUAL INI!”. Ujar Umairah. Dia mengheret Mira dan menghalakan kearah besi konkrit yang runtuh akibat pelanggaran trak Iqram tadi. Iqram, mengetahui apa yang mahu dilakukan oleh Umairah itu, terus berteriak “Jangan..jangan!!!”. umairah tidak memperdulikan semua itu lagi dan terus menolak tubuh Mira tepat kearah besi itu, dan menembusi perut Mira. Tidak cukup dengan itu, Umairah menekan tubuh Mira sedalam-dalamnya. D***h mula mengalir keluar dari luka parah itu. Mira cuba meronta, namun selepas beberapa saat, pergerakan Mira menjadi perlahan. “MATILAH KAU, CELAKA!! AHAHAHAHAH!!”. Ngilau Umairah.
Iqram terus terdiam disitu. Tiada apa lagi yang dia boleh lakukan. Apa yang Umairah mahu lakukan, semuanya berjaya.

Sementara apa yang Iqram mahu lakukan, semuanya gagal, hancur segalanya. Mengapa? Mengapa boleh jadi begitu? Bukankah Tuhan akan membantu manusia yang dalam kesusahan? “T-Tidak….sebab…aku…lemah…ya…sebab aku lemah…aku nak bantu Umairah…sebab aku cintakan dia…tanpa aku sedar…aku cintakan dunia…lebih dari amalan yang Tuhan berikan..sebab itu…aku…gagal..aku buat semua ini untuk Umairah..bukan untuk menegakkan agama aku! Agama aku adalah………..”
“Islam”.
“Tuhan aku…adalah satu..iaitu Allah S.W.T!!”.
“Nabi aku….ialah Nabi Muhammad S.A.W!!!!”.
“Asyhadu al laa ilaaha-l-laah! W Asyhadu anna Muhammada-r-Rasulu-l-Laah!!!”.
Umairah terus kepanasan. Melepaskan adiknya yang masih lagi tersangkut pada batang besi itu, dia melihat Iqram yang mula melaungkan Azan. Ya, Azan! “ARGHHH!!!!!! SAKITLAH B**I!!!!! HENTIKAN, HENTIKAN!!!”. Jerit Umairah. Kepanasan yang tidak terhingga itu menyebabkan dia menggaru wajahnya, sehingga tercabut kulit-kulit wajahnya kerana kuku tajamnya. Melihat Umairah yang sudah sedikit lemah itu, Iqram menuju kearah trak, mengambil botol yang disediakan oleh Azfar-Un.

Sebenarnya, Iqram juga mengalami kesakitan didalam tubuhnya, kerana secara teknikalnya, dia masih lagi mempunyai Syaitan didalam tubuhnya. Namun dia tidak memperdulikan semua itu. Hasil kerana semangatnya dan keyakinannya kepada Allah S.A.W kembali, dia berjaya mendapatkan memorinya dan bebas dari sihir Umairah.
“J-JANGAN!!! AKU MERAYU, JANGAN!!!”. Jerit Umairah lagi sebaik saja melihat botol yang dipegang oleh Iqram. Kerana dia tahu bahawa dengan botol itu, Azfar-Un, sumber kuasanya boleh dikurung dan dia akan menjadi manusia normal semula. “ALLAHU AKBAR!!”. Ucap Iqram beberapa kali sambil menuju kearah Umairah.

Wanita itu cuba menyerang Iqram, akan tetapi Iqram tidak lagi takut dengan semua itu. Keyakinannya kepada Allah, ketakutannya kepada Allah mengisi hatinya ketika itu. Manakala Umairah menjadi semakin lemah, kakinya menjadi kebas. Pada masa yang sama, Iqram terus menggenggam kepala Umairah seraya membaca doa Qunut dan melaungkan Azan sekali lagi.
“TIDAK!!! TIDAK!!!!!!”. Umairah menjerit lagi, sebelum keluar seekor monyet kecil dari mulutnya. “ARGHHH!!!” jerit Umairah. Pada akhirnya, akhirnya, Iqram menangkap haiwan itu, yang sebenarnya Azfar-Un secara fizikalnya di alam manusia, dan memasukkannya kedalam botol itu. “Allahu…..akhbar…hah..”. ucap Iqram, termengah-mengah kepenatan, dan kesakitan. Setelah itu, Iqram terduduk diatas lantai. Tangannya memegang botol itu, yang kini didiami oleh Azfar-Un. Dia kemudiannya melihat Umairah, berubah semula menjadi manusia biasa. Walau bagaimanapun, luka-luka yang dialaminya kembali, kerana tiada lagi Azfar-Un yang memulihkan kecederaannya. Lukanya pula sangat parah. Sudah pasti Umairah bakal m**i disitu juga.

“Alamak, Mira!”. Iqram terus menghampiri Mira, yang masih lagi sedar. Dia cuba menarik Mira dari besi itu, namun Mira berkata “J-Jangan…kalau awak buat…lebih banyak d***h akan mengalir…kau cabut jer…besi tu dari batu..tu..”. Iqram mengangguk. Setelah membantu Mira, mereka terdengar suara perlahan dari Umairah, terbaring tenat. “I-Iqram….Iqram…”. panggil Umairah. Mereka berdua menghampiri wanita yang sedang tenat itu. Mereka masih lagi kasihankan wanita itu, walaupun dengan apa yang dia sudah lakukan. Umairah juga mangsa keadaan. Jika sesiapa bantu wanita itu, percayakan wanita itu, terutamanya datang dari keluarganya, sudah pasti Umairah tidak akan jadi begitu. “Umairah…mengucap…tolonglah…sekurang-kurangnya..kau..masuk balik dalam Islam”.
Pinta Iqram. Umairah menggelengkan kepalanya. “Tak….dah terlambat….Cuma…aku…nak tanya….kenapa..kau masih boleh…bertarung..? macam mana kau…ada kekuatan itu..? sedangkan..kau dengan aku…sama..aku percayakan Islam dulu. Aku percayakan bahaw Allah…akan selamatkan aku dengan semua amalan..dan kebaikan yang aku dah…lakukan…tapi…sebaliknya…kenapa..?”. Soal Umairah, yang cuba mencari kepastian.

Bagaimanakah Iqram masih lagi mampu menahan semua dugaan itu? Mendengar soalan itu, Iqram tersenyum sedikit. Dia berkata “Umairah…tak macam kau, aku tak pernah fikir pun yang amalan aku dah cukup. Masih banyak lagi amalan yang aku perlu kejar dan lakukan. Sebab amalan yang kita buat dalam dunia ni, sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan apa yang Allah suruhkan. Jadi aku…..teruskan beramal dan beramal, dan beramal. Berharap agar Allah mengampunkan dosa-dosa aku. Tak macam kau…kau fikir yang amalan kau tu dah cukup untuk Allah melindungi kau. Tapi sebenarnya…..tak”.
Iqram menamatkan ucapannya itu. Umairah terus terdiam.

Selama ini, Umairah sangkakan bahawa Iqram memikirkan diri dia sudah kuat dengan semua amalan yang dia lakukan, tapi sebenarnya tidak langsung. Iqram masih anggap dirinya masih jahil dan perlu mencari petunjuk dan keredhaan Allah sepanjang masa, tidak seperti dirinya yang memikirkan semua amalan dan pengorbannya sudah cukup. “Ehehe….ahahahahah!!! Uhuk-Uhuk!! Rupanya…kau..Iqram…masih fikir yang kau masih…lagi jahil..Ahahaha!! itulah…kesilapan aku…”. ujar Umairah yang akhirnya menyedari kesilapannya. Pada masa itu, Ali yang baru sedar dari pengsannya, terus mencapai pistol diatas lantai dan cuba m******h Iqram.
“Matilah Sial!!”. Jerit Ali. Umairah yang terlihat perkara itu, menggunakan kuasa yang masih tinggal didalamnya untuk menghalakan tembakan itu kearah lain. Namun tembakan itu terkena minyak yang bocor dari trak itu, menyebabkan api mula marak dan mula membakar trak itu. Tiada pilihan lain lagi, Iqram terus memapah Mira keluar dari bangunan itu. “Iqram…tolong jaga…Mira”. Pinta Umairah kepada Iqram yang sedang keluar dari bangunan itu.

Sebaik saja mereka keluar, letupan besar berlaku dan terus meranapkan bahagian bawah bangunan tersebut. Letupan itu juga menyebabkan Iqram dan Mira tercampak beberapa meter dari situ. “K-Kakak…”. kata Mira seraya melihat bangunan itu marak dijilat api yang besar, sebelum hilang kesedaran. Iqram pula melihat langit, yang kini mula bercahaya, menandakan pagi bakal menjelang tiba.. “Ahh..cantiknya..langit..”. ujarnya perlahan…. pada masa yang sama, mereka yang dirasuk itu terbakar dan m**i disitu, termasuklah Uda dirumahnya…

Setelah itu, pihak berkuasa, bomba dan polis yang mendapat laporan mengenai letupan besar di kampung tersebut terus menuju kesana, menyelamatkan Iqram dan Mira. Mereka berdua terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Iqram, yang masih lemah, memeriksa tubuhnya, bebas daripada rasukan syaitan, namun botol yang dia guna untuk mengurung Azfar-Un itu hilang dari genggamannya. Tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa ketika itu kerana keadaannya yang agak parah dan penat. Pada masa yang sama, seseorang telah mencapai botol itu dan membawa ia pergi dari situ…….

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN….
“Berita terkini..pihak berkuasa masih lagi melakukan penyiasatan mengenai kejadian yang berlaku di Kampung Geriling beberapa minggu yang lalu. Apa yang mereka dapat adalah terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang sangat dikehendaki di seluruh negara, dan mereka telah menjadikan kampung itu sebagai mondus operasi mereka. Penduduk kampung disitu pula menafikan perlibatan mereka dalam perkara itu, dan menyaakan bahawa mereka tidak mengingati apa-apa. Pihak polis percaya bahawa kumpulan ajaran sesat itu telah menggunakan satu bahan kimia yang mampu mengganggu ingatan seseorang dan menggunakan kesempatan itu untuk mengawal seluruh kampung.

Dan hasil laporan polis, pihak kami mengesahkan bahawa lebih dari 100 nyawa telah hilang akibat d*****h oleh ajaran sesat itu. Walau bagaimanapun, ketua kepada kumpulan ajaran sesat itu, Nur Umairah binti Razali, t******h dalam letupan yang berlaku di sebuah bangunan didalam kampung itu. Punca letupan, masih lagi disiasat dan juga polis masih lagi memburu saki-baki ahli kumpulan tersebut…”
“ZZZZzz”.
Iqram menutup siaran berita itu. Baginya, ia mengganggu Mira yang masih lagi berehat didalam bilik hospital itu. “Ehh…kenapa kau tutup siaran tu? Aku nak dengar lah. Mana tau nama kita ada dalam tu. Boleh kita jadi famous”. Kata Mira seperti dia mahu bergurau. Iqram tergelak sedikit sambil berkata “banyak lah kau punya famous. Kau tak rasa lagi macam mana wartawan kerumun kau. Aku dah pernah rasa 5 tahun yang lepas. Ianya…memang menyakitkan hati”. Mira pun tergelak sedikit mendengar luahan Iqram.

Dia kemudiannya melihat tangan kiri Iqram yang disimen itu, dan tangan kanannya yang sudah kehilangan 2 jari. Mira menjadi sugul semula. Disebabkan keluarganya, Iqram kini menjadi cacat, pasti mengganggu hidupnya kelak. “Eh, kenapa kau jadi diam pula?”. Soal Iqram
“Tak adalah..Cuma..sekarang aku faham…kenapa Kak Umairah sukakan kau. Kau seorang lelaki yang baik, Iqram. Kau gadaikan nyawa kau untuk orang yang kau tak kenalpun”. Ujar Mira sugul. “mana ada….lagipun, mak aku tengah siapkan jari palsu untuk aku. Nanti dah siap, ok balik lah kehidupan aku. Insyallah”. Balas pula Iqram. Mira agak terkejut dengan sifat positif lelaki itu. Senyumannya pula menarik, menyebabkan hati Mira berdegup kencang untuk sementara. “Kau pula…lepas keluar dari hospital ni, apa yang kau nak buat?”. Soal pula Iqram, menyedarkan Mira dari lamunannya. “A-Aku…oh ya..aku nak mestilah nak buat kenduri tahlil untuk keluarga aku. Pakcik dan makcik aku pun dah setuju dengan aku, nak buat lepas aku keluar dari hospital”. Balas Mira, sedikit malu. Dia kemudiannya mendapat mesej dari seseorang.

“Siapa tu?”. Soal Iqram. “Dia….mak kepada Amirul. Dia masih lagi menyalahkan aku diatas apa yang berlaku kepada anak dia. Mestilah, disebabkan aku…Amirul, Nazurah dan Azzam…”. Mira tidak dapat menghabiskan kenyataannya. “Itulah dugaan yang kita kena hadap. Dan itulah yang Umairah dan aku hadapi lepas kejadian 6 tahun yang lepas. Walaupun penyesalan itu masih ada, tapi aku tetap teruskan kehidupan. Sambil terus melakukan amalan dan berharap agar Allah ampunkan dosa aku satu hari nanti. And keep going forward”. Mira mengangguk perlahan, mendengar kata Iqram itu.

Setelah itu, jururawat masuk kedalam bilik rawatan Mira itu untuk menyampai maklumat bahawa pakcik dan makcik Mira datang untuk menjenguk Mira, dan mengarahkan Iqram untuk beredar. Iqram mematuhi arahan itu, dan sebelum dia beredar, Mira meminta darinya satu perkara. “Iqram…boleh tak nanti…ajarkan aku untuk solat ketika sakit? Aku ingat juga solat biasa. Tapi solat ketika sakit dan takboleh bangun, yang itu aku tak tahu”. Iqram mengangguk tersenyum, gembira bahawa Mira mahu berubah juga. Mencari keredhaan Ilahi. Mira juga tersenyum manis, gembira dengan kehadiran lelaki itu……………….
DISUATU TEMPAT…..
“…LA ILLAH..”
“LA ILLAH..”
“LA ILLAH AZFAR-UN!!!!!”

Sekumpulan manusia berpusing-pusing melakukan ritual. Ditengah mereka, Ali, yang kini memiliki parut kekal akibat api yang marak sebelum ini memegang botol yang mengurung Azfar-Un itu. Dia kemudiannya mengambil satu kepala manusia dari dalam begnya dan meletakkan kepala itu diatas batu. “Bangkitlah….bangkitlah!!!!! wahai tuhanku…UMAIRAH!!!”. ucapnya dengan begitu kuat. Tanpa dia sedari, mata Umairah berkelip beberapa kali, sebelum terbuka dengan sendirinya!

Tamat…………………………………………..?

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.9]
zul hafiq

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.