Syaitan itu di asramaku

Hai , Terlebih dahulu terima kasih admin kerana siarkan kisah saya. Saya Najwa MK (Mustapha kamal) anak artis gitu. Hehehe aku berumur 18 tahun. Kat sini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku duduk kat asrama selama 5 tahun. Harap korang jadikan sebagai iktibar ok dan kisah ini agak panjang sikit .

Bermula aku dari form 1 waktu tu aku sekolah di daerah Sabak Bernam, Selangor. Aku pelajar junior masa tu dan aku dapat dorm tingkat atas sekali (asrama aku ada 4 tingkat ). First day aku masuk asrama ramai nak jadikan aku adik angkat dorang para senior. Tapi aku terima sorang iaitu akak bilik aku nama dia kak aten. Kak aten ni jenis perempuan yang hati lembut tau, mudah tersentuh , ha kiranya dia ni macam perempuan melayu terakhir lah masa tu dia form 5. Aku punya katil rapat ke dinding jadi aku selalu tak dapat kipas dan kepanasan je bawah tu sebab jenis katil asrama yang 2 tingkat tu.

Lepas tu aku cadang nak tidur lantai malam tu sebelah katil aku katil kak aten. Aku tidur beralaskan selimut dan bantal je tiba nak jadikan cerita tengah malam tu aku terjaga. Tak tau kenape tapi hati aku ni macam nak pandang pintu toilet je (Toilet asrama aku dalam dorm bergabung dengan dorm sebelah ) aku pun pusing la badan aku yang molek ni ke arah situ. Sekali aku nampak ada gula2 berbungkus kat tepat je depan pintu , aku masa tu tengah abc then aku terus naik atas katil aku sebab aku takut aku selubung aku hentam baca ayat kursi je lepastu aku tertidur.

Paginya aku tak bagitau budak dorm aku sebab aku tak nak dorang takut lagi2 kak aten yang hatinya memang lembut tu. Tapi masa otw nak pergi sekolah (kami jalan kaki) kakak senior aku ada cerita yang budak aspura ( asrama lelaki ) ada nampak hantu bungkus tu dekat blok hujung tingkat asrama aku yang sememangnya tangga belakang tu kami jarang guna. Aku pun terfikir maksudnya malam tadi tu apa yang aku nampak adalah betul then bukan bayangan aku lah. Aku cuma bagitau kawan aku je pasal ni dan suruh dia jangan bagitau sape sape pun sebab aku tak nak dorang takut yang aku ni boleh rasa tentang kewujudan hantu kat asrama tu .

Tiba nak dijadikan cerita haritu malam minggu. Jumaat malam sabtu kami ada program dia sekolah (satu asrama) malam bbq iaitu malam pelajar form 2 dan form 3 tidur di sekolah menggunakan khemah. Bermula dari sini lah keadaan mula kucar kacir yang disebabkan ada seorang pelajar yang kena histeria terperangkap dalam bilik guru. Aku pun tak tau macam mana dia masuk dalam bilik tu sedangkan bilik tu terkunci dari luar dan hanya cikgu sahaja yang ada kunci bilik tu. Aku yang terkejut dengar dia meraung dalam bilik tu aku terus dapatkan cikgu yang aku dengar ada orang terjerit2 dalam bilik tu.

Lepas je cikgu mintak pertolongan guard, dorang pun bukak lah pintu tu dan tengok budak si mawar tu tengah menari, lepas baca apa yang patut baru lah si mawar tu dah tersedar. Bila cikgu tanya, “kamu ada buat apa apa yang kami semua (cikgu) tak tau ke?”. Si mawar pun cakaplah yang dia dan gengnya hanya mandi di tandas belakang sekolah yang jarang digunakan orang kerana katanya tandas di bilik guru ramai pelajar guna. Kawan aku selaku geng mawar tu dia cakap kat aku yang dorang mandi di tandas belakang pada waktu senja dah nak maghrib sambil berbuat bising + nyanyi2 bagai . Mana lah benda tu tak ngamuk adoi dorang ni pun , kat mana pun kita berada kita ni kena hormat jugak tempat dorang sebab kat dunia ni bukan ada kita je manusia biasa ada lagi makhluk allah yang lain , yang sentiasa memerhati kita, yang ada di sekeliling kita.

Lepas dari kejadian tu cikgu suruh kami semua ( pelajar asrama ) balik ke asrama memandangkan dah pukul 12.30 pagi. Aku dan geng aku geng ke 4 sampai ke asrama maksudnya ada geng dari form2 lain yang sampai dulu (kami di asrama berpuak puak dan banyak geng ) sampai je kat asrama aku terkejut kerana aku ternampak kawan aku yang kena histeria di dalam surau dan ramai yang tengah nak menolong. Sampai je aku kat surau kononnya aku pun nak bantu kawan aku ni, lepas tu tetiba pulak kawan aku si erza ni terbaring sambil pejam mata dia. Aku dah syak dah mesti dia kena sebab dia ni jenis yang boleh nampak jugak. Kitorang pulak tak cukup orang yang nak pegangkan dia memandangkan pelajar perempuan masa tu tengah ada di sekolah (degil tak nak balik lagi ) dah dua orang yang kena histeria malam tu jugak.

Tiba tiba pintu surau terbukak (sebelum aku masuk aku tutup ), kawan aku pun tengok kat luar dan takde sape pun masa tu sedangkan pintu surau aku jenis tak boleh terbukak sendiri kalau ada angin kuat pun sebab pintu jenis kayu yang kuat. Lepas je ubatkan si dua manusia ni ada lagi yang kena. Kak pikah budak dorm aku sendiri (kak pikah tak join malam bbq dengan kawan dia sebab dia malas nak pergi ke sekolah dan hanya nak main fon je) so ramai la yang angkat dia dari tingkat atas nak bawak turun masuk surau. Masuk je surau ketiga tiga ni menjerit berganti2 seolah olah mereka berkomunikasi bahasa mereka .

Kami dah buntu kerana tak cukup orang untuk mengawal keadaan sebab masa tu 3 orang sekaligus kena histeria. Kebetulan pelajar asrama lelaki ada yang balik awal dari sekolah jam masa tu lebih kurang 2.30 pagi. Dorang terus masuk surau asrama pelajar perempuan dan azan 4 penjuru (sape budak asrama kat sini mesti penah dengar nama 4 penjuru ni ). 4 penjuru ni ada lah 4 bucu setiap sudut bilik tu dan dipanggil 4 penjuru. Lepas je dorang azan dorang ada baca2 (masa ni aku kagum jugak dengan dorang sebab perangai dorang sebelum ni macam syaitan jugak hehehehe tau2 pandai ubatkan orang sakit jugak). Lepas dorang sapukan kat muka terus ketiga tiga yang kena histeria pengsan. Dalam 20 minit dorang sedar kitorang pun tunggu lah dalam surau tu (time ni pelajar semua dah balik tapi ketua perempuan suruh masuk ke bilik masing2 dan naca surah yasin). Lepas je dorang sedar terus kitorang bawak masuk bilik then tidur ( tidur dalam pukul 4 pagi ).

Esoknya warden kitorang datang dan bawak ustaz ni suruh pagarkan asrama tu. Sebab bila aku perasan pelajar yang kena histeria ni jenis pelajar yang bermasalah macam tinggal solat, gelak kuat2, pengotor. Ustaz macam tau kenape dorang kena histeria tapi ustaz hanya diamkan dan pesan kat warden kitorang supaya jaga solat dan kebersihan diri. Lepas je malam ustaz pagar asrama terus tak ada kes histeria sampai sekarang. Sampai aku habis sekolah ni. Alhamdulillah .

Pengajarannya, kita ni hamba Allah jugak. Kita wajib solat 5 waktu sehari semalam kerana itu lah pendinding diri kita dan kat mana pun kita berada kita kena hormat makhluk lain dan sape sape yang duduk asrama tu jangan lah suka terpekik terlolong, gelak kuat2. Dan jadi pembersih sikit sebab benda2 tu suka kan benda2 yang kotor terutama d***h h**d yang tak dibasuh bersih. Sekian dari aku . Terima kasih jika sudi baca dan banyak kekurangan aku dalam cerita ni. Harap korang enjoy 🙂

Najwa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Syaitan itu di asramaku”

  1. “…(masa ni aku kagum jugak dengan dorang sebab perangai dorang sebelum ni macam syaitan jugak hehehehe tau2 pandai ubatkan orang sakit jugak)…” Haaa.. tuu dia, jgn pandang orang takda mata. Hee. Ini namanya dalam nakal2 ada imannn.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.