Syirik

“Ayah dari mana?”

Soalan pertama yang diajukan dari seorang anak kepada ayahnya yang hilang semenjak pagi lagi dan malam baru kelihatan batang hidungnya.

“Ayah ada urusan hari ni. Sibuk sangat. Maafkan ayah ya, nak?”

“Baiklah. Ayah dah makan ke belum?”

Daus merupakan seorang duda anak seorang, ditinggalkan isteri kerana dirinya tidak mempunyai harta yang banyak. Dia hanya bekerja sebagai seorang pencuci tandas sekolah sahaja.

“Ayah dah makan kat tempat kerja tadi. Hazwan dah makan ke belum?”

Berjantina lelaki dan hidup bersama dengan ayahnya semenjak ibunya lari berkahwin dengan seorang businessman multi level marketing. Berdikari semenjak itu dengan mengemas rumah dan menyediakan makanan buat ayah dan dirinya sendiri.

“Sudah. Hazwan ada masak lebih untuk ayah. Takut ayah tak makan lagi, nanti ayah tak ada tenaga pulak.”

Menitis air mata Daus apabila mendengar kata-kata anaknya itu. Masih kecil tapi sudah pandai mengambil hati dan hidup berdikari. Daus merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi bapa kepada seorang budak yang begitu baik.

“Hazwan tau ayah belum makan lagi. Sebab tu Hazwan masak lebih. Tengok muka ayah pun dah tau.”

Kata-kata anaknya itu membuatkan Daus semakin galak mengeluarkan benih-benih air mata. Dia cuba berbohong agar anaknya tidak risau. Tetapi ketahuan juga.

“Macam mana budak ni boleh tau?” bisik Daus di dalam hati.

Hazwan menuju ke dapur dan menghidangkan makanan untuk ayahnya jamu sebentar nanti.

“Ayah, meh lah makan.”

Daus turuti arahan anaknya itu. Dia pergi ke dapur dan menjamah hidangan yang tersedia. Megi kari.

Hazwan menemani ayahnya menjamu selera. Walaupun Daus sudah menyuruhnya masuk tidur dahulu kerana esoknya kena sekolah, tapi Hazwan tetap berdegil untuk menemankan satu-satunya ayah yang dia miliki di dunia itu.

“Ayah minta maaf sebab ayah tak dapat nak berikan apa-apa kekayaan buat Hazwan. Hidup kita tak macam orang lain, senang. Semuanya salah ayah.”

“Tak perlu ayah mengarut. Cukup ayah ada untuk Hazwan waktu Hazwan perlukan sudah cukup memadai. Yang penting ayah usaha. Ini semua ujian dari Allah. Ayah sendiri yang bagitau kat Hazwan.”

Mengalir lagi air mata Daus mendengar kata-kata anak lelakinya yang seorang itu.

“Dah lah ayah. Habiskan makan tu cepat. Ayah menangis pun tak akan dapat ubah apa-apa. Kita kena redha dengan semua ni. Allah sayangkan kita, sebab tu Dia bagi ujian ni pada kita.”

Kata-kata yang keluar dari bibir anaknya itu membuatkan Daus bertambah semangat untuk terus berusaha demi mencari rezeki.

“Ayah akan cuba yang terbaik untuk keluarga kita.”

Daus kembali menyambung menjamu selera. Namun aktiviti makan malamnya terhenti kerana dia terasa seperti ada sesuatu yang ganjil di dalam mulutnya.

“Aik? Sejak bila megi kari ada letak sotong pulak ni?” soal Daus aneh, sambil mengeluarkan sotong yang dikunyahnya itu dari mulut.

“Mana? Subhanallah. Tu bukan sotong, yah. Tu ekor cicak. Macam mana boleh termasuk pulak…”

Serta merta Daus berlari ke arah sinki dan memuntahkan segala benda yang dia sudah telan tadi.

“Hazwan masakkan yang lain je la untuk ayah, okay?”

“Takpe, nak. Ayah dah kenyang. Pergilah masuk.”

Daus menyambung berusaha untuk memuntahkan megi yang sudah berada jauh ke dalam perutnya tadi.

Demi melihatkan ayahnya yang berkelakuan sebegitu. Hazwan membuat keputusan untuk tidak mengganggu dan beredar ke bilik untuk tidur.

Malam masih lagi panjang. Daus menuju ke arah bilik tidur Hazwan demi memastikan anaknya itu sudah tidur nyenyak.

“Tidurlah dengan lena, nak. Ayah akan ubah nasib keluarga kita.”

Daus berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia mengunci pintu bilik. Dia membentangkan tikar mengkuang ke atas lantai. Kemudian dia membawa sebungkus kain kuning dari bawah katil.

Daus duduk bersila di atas tikar. Dia membuka ikatan bungkusan kain kuning tersebut. Terdapat satu mangkuk kecil, 5 ketul kemenyan, sekotak mancis jenama matahari, dua biji lemon, dan satu botol kaca kecil yang tidak jelas apa isi di dalamnya.

Daus meletakkan seketul kemenyan ke dalam mangkuk. Lalu dibakar dengan menggunakan 7 batang mancis. Kemudian, dia mengeluarkan sekeping nota yang terlipat kemas. Terdapat pisau kecil di dalam lipatan kertas itu.

Daus menyalai botol kaca ke atas kemenyan yang sudah menjadi bara. Kemudian, dia membaca mantera yang tertulis di nota tersebut. Selesai membaca mantera, Daus memotong lemon pula. Lantas, dia memerah jus-jus lemon tersebut ke bara kemenyan.

Setelah itu, dia kembali menyalai botol kaca tadi.

“Menjelmalah di hadapan ku sekarang. Aku adalah tuan barumu.”

Dengan tidak semena-mena, pintu bilik Daus terbuka dengan sendirinya. Kelihatan seekor makhluk kecil berdiri di situ.

Daus mengukir senyuman setelah melihat kelibat makhluk tersebut.

“Mulai hari ini kau akan lakukan segala arahan yang aku beri. Sebagai ganjaran, aku akan berikan d***h aku sebagai santapan kau. Hanya jika kau berjaya.. Faham?”

Makhluk kecil itu mengangguk kepala tanda setuju.

“Baiklah, untuk tugasan pertama kau. Dapatkan aku lima ribu ringgit.”

Setelah menerima arahan, makhluk kecil tersebut terus menghilangkan diri. Kemudian Daus terus masuk tidur.

Esok paginya, saat Daus membuka matanya. Dia terkejut apabila melihat di sisinya ada plastik yang berisi duit. Dengan gelojohnya Daus mengeluarkan semua duit dari dalam plastik itu dan mengiranya.

“Li…li…li….lima ribu……”

Daus melonjak kegembiraan. Hasratnya tercapai.

“Yes! Tak sia-sia aku beli toyol ni. Kalau tau, dari dulu lagi aku beli kau, toyol.”

Sebulan sudah berlalu semenjak Daus menggunakan khidmat toyol yang dibeli di pasar malam. Setiap malam juga Daus mengarahkan toyolnya untuk mencuri duit untuknya. Kekayaan yang sedang dialami oleh Daus itu terlihat oleh anaknya.

“Mana ayah dapat duit banyak-banyak ni? Ayah merompak ke?”

“Eh. Ke situ pulak. Ayah join multi level marketing. Alhamdulillah rezeki kita. Ayah dapat pulangan yang besar.”

“Begitu cepat? Dalam masa sebulan je?”

“Hazwan, jangan ragu-ragu dengan rezeki Allah. Bersyukur saja, okay?”

Hazwan terus mendiamkan diri. Jauh di lubuk hatinya timbul sebuah perasaan yang tidak enak. Tapi dia tidak mengendahkan ianya. Dia tetap bersyukur apabila melihat ayahnya sudah berjaya.

Pada suatu pagi, ketika Daus bangun dari tidur. Dia merasakan aneh apabila dia melihat di sisi katilnya tiada duit. Disebabkan perasaan ingin tahu, dia menyeru toyol. Namun, toyol tiada juga memunculkan diri.

“Ayah?”

Daus terkejut apabila melihat anaknya berdiri di muka pintu bilik.

“Hazwan? Kenapa ada kat sini? Tak pergi sekolah ke?”

“Hari ni hari Sabtu. Sekolah tutup. Ayah ni kenapa?”

“Takde apa. Dah-dah. Pergi main kat luar sana. Ayah ada kerja sikit nak buat. Hazwan jangan ganggu ayah, ya?”

Hazwan berlalu pergi tanpa banyak tanya. Daus mencuba lagi. Toyol tersebut tetap tidak muncul. Perasaan marah tanpa sebab tiba-tiba muncul di dalam diri Daus.

Dengan tindakan terburu-buru, Daus mengambil botol kaca yang disimpan dalam bungkusan kain kuning. Dia genggam botol kaca tersebut.

“Kalau kau tak keluar sekarang. Aku pecahkan botol ni.” ugut Daus dengan perasaan yang marah.

Tak ada angin, tak ada ribut. Pintu bilik Daus terbuka. Makhluk kecil bernama toyol berdiri di situ. Daus menghampirinya.

“Kenapa tak ada duit pagi ni?”

“Maafkan aku, tuan. Nampak gayanya semua orang aku sudah masuk. Mereka semua sudah memasang pagar sekeliling rumah mereka. Aku tak dapat nak masuk lagi.”

“Itu masalah aku ke? Itu masalah aku ke? Aku suruh kau dapatkan aku duit, dan tugas kau pergi dapatkan aku duit.”

“Aku tidak cukup kuat untuk mengembara jauh lagi untuk dapatkan duit buat kau. Sudah 8 lapan kampung aku teroka, setakat itu saja kemampuan aku. Jika aku paksa untuk pergi jauh lagi, ikatan antara kau dan aku akan terputus, tuan. Nanti aku lapar, tak ada orang yang boleh bagi aku makan, tuan.”

“Menjawab!” herdik Daus. Entah kenapa perasaan marah dalam dirinya membuak-buak. Akibat dari jawapan toyol tersebut. Daus memukul kepala toyol itu bertalu-talu. Toyol tidak boleh melawan kerana Daus adalah tuannya.

“Tuan, sakit. Tolong hentikan.” rayu toyol tersebut. Namun, rayuannya ditolak mentah.

Daus terus menerus memukul toyol.

“Aku bayar mahal untuk dapatkan kau. Sekarang kau nak melawan arahan aku? Aku ni tuan kau, tau tak?!”

Daus terus memukul, memijak, menendang tanpa ada rasa belas kasihan. Setelah berasa puas hati, barulah dia berhenti. Dilihatnya toyol belaannya itu tidak bergerak. Terbaring keras di atas lantai.

Daus menolak tubuh toyol menggunakan kakinya. Tetap tiada tindak balas.

“Ahhh.. Sudah.. M**i pulak.. Takpela.. Dengan duit yang ada ni, aku beli yang lain je nanti.”

Daus terus beredar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Dia mencari kelibat anaknya, Hazwan. Namun, tidak kelihatan.

“Keluar kot.. Takpela. Harap-harap dia tak dengar aku terjerit-jerit tadi.”

Kemudian, Daus kembali ke dalam biliknya. Saat kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Pandangan matanya tertumpu pada tubuh toyol yang terbaring di atas lantai. Dia melihat tubuh toyol agak berlainan.

Daus menghampiri tubuh itu. Dia meneliti tubuh toyol tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila dia mendapati bahawa yang terbaring itu sebenarnya bukan toyol. Akan tetapi adalah Hazwan, anak lelakinya.

“Hazwan! Hazwan! Ya Allah! Apa yang dah berlaku kat kau ni nak???”

Daus memeriksa nadi Hazwan. Tiada denyutan. Dia memeriksa tubuh Hazwan. Terdapat bekas-bekas lebam diseluruh tubuh anaknya itu.

“Ya Allah! Hazwan! Bangun sayang, bangun!”

Daus mengoncangkan tubuh Hazwan. Namun, Hazwan tetap kaku begitu. Terdapat d***h yang keluar dari kepala Hazwan. Tulang kepalanya telah pecah.

“Ya Allah, apa aku dah buat ni?”

Akibat kejahilan yang menguasai diri dan ketidaksabaran dalam mendapatkan rezeki. Daus telah tersalah langkah dengan bersekongkol dengan syaitan. Yang di mana anaknya sendiri yang menjadi mangsa.

Daus memeluk erat tubuh Hazwan yang tiada lagi bernyawa. Dia meraung meratapi kesilapan yang telah dia lakukan. Menyesal pun sudah tiada gunanya lagi. Hazwan meninggal dunia akibat dipijak oleh bapa kandungnya sendiri.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]
akustatik

44 thoughts on “Syirik”

  1. bela lagi toyol, kn dah terpijak anak sendiri! ?

    ~ loya pulak, tetiba teringat ekor cicak tekuit-kuit. huhu

    bolehlah cite ko.

    mmm, fiksyen eh?

    Reply
  2. RC suruh aku jadi komentar no.3 kat sini..
    Tp nampaknya aku sudah terlambat… Jatuh no.4 jgak.. Hahhaha

    Btw, story nya sedih.. Toyol tu dah mnyerupai ank dia..

    Reply
  3. Astaghfirullahalazim….kenapa la cetek sgt pemikiran, nak sgt cpt kaya tanpa usaha…nek pon tak pernah percaya dgn mlm…cerita la strategi sehebat manapon, sembang kencang camne pon, nek tetap tak mudah terpedaya…nak2 yg terbaru ni, bisnes STG, korang mesti prnah dengar kann?

    #sebaik2 pertolongan adalah dari Nya…

    Reply
  4. Penulis,

    Pm lokasi pasar malam yg juak toyol tu.
    Nak kumpul duit nak kawin.huhu

    Btw cerita ni ok.
    Levek keseraman biasa2,
    Ditulis dengan baik.
    Plot twist di akhir agak simple.
    Boleh dipertingkatkan

    Rate: 6/10

    Reply
  5. Hmm….ingat nak bagi 3.5 bintang tdi tapi tk dpat pulak. Tpi, kisah ini boleh lah bagi aku. Cuma yang mengganggu iklan-iklan yang banyak keluar ni je

    Reply
  6. Aku tak faham macam mana si toyol tu boleh jadi anak dia pulak? so, selama ni yang mencuri tu anak dia ke camne? Eh. Penat aku fikir hm hahahahaha

    Reply
  7. toyol ni sejenis makhluk yang tidak berdendam. tapi cara membalas dengan menyerupai makhluk yg lain. begitu jugak toyol boleh menghilangkan diri dengan menyerupai sesuatu .

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.