Tadi Bukan Kau Ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FS.. Alhamdulillah kisah peristiwa seram yang aku pernah kongsikan yang berjudul ‘TOYOL’ dan ‘LANGSUIR?’ selamat disiarkan, seperti yang aku katakan jika ada kelapangan akan aku teruskan lagi perkongsian peristiwa seram yang berjudul ‘TADI BUKAN KAU KE?’

Ingin aku memperkenalkan diri aku dengan panggilan Arm, jika sebelum ini kisah-kisah yang aku kongsikan lebih berkisarkan ketika aku bersekolah rendah dan kali ini kisah pengalaman seram aku ketika aku bersekolah menengah pula.

Seperti biasa aku ingin memohon maaf jika ada kesilapan pada penulisan dan penceritaan aku, buang segala yang kurang elok dan ambil jika ada sebarang kebaikan, ianya sekadar perkongsian pengalaman aku dan anggap sebagai satu hiburan.

tajuk: TADI BUKAN KAU KE?

Peristiwa berlaku disuatu lokasi peranginan di Gombak iaitu salah satu tapak perkhemahan Ulu Yam pada tahun 2003 dan ketika itu sekolah sedang cuti pertengahan tahun. Seperti kisah aku sebelum ini aku masih bersama sahabat-sahabat ronda kampung aku iaitu Zul, Azim, Rizal dan Akmal. Kami berlima sangat suka membuat apa-apa aktiviti jika ada kelapangan dan cuti persekolahan pertengahan tahun pada tahun tu menjadi satu kisah seram pada kami yang terpaksa kami lalui.

Sehari sebelum bermulanya cuti sekolah, kami berlima sama-sama berpendapat untuk melakukan aktiviti perkhemahan dan diantara lokasinya ialah Port Dickson, Pantai Morib dan Ulu Yam. Oleh kerana fikirkan modal dari hasil kumpul kami berlima agak terhad, Ulu Yam lah jadi pilihan cuma cerita kali ini bukan kami berlima sahaja tetapi Zul, Azim dan Rizal masing-masing membawa teman wanitanya juga iaitu Ina, Lela dan Noor. Mereka juga adalah rakan-rakan rapat kami disekolah. Seperti yang dibincangkan awal pagi kami berkumpul dirumah Ibu aku untuk memeriksa setiap semua perkakas dan keperluan untuk aktiviti perkhemahan kami supaya semuanya berjalan lancar dan menyeronokkan diiringi juga dengan teguran dan nasihat dari ibu dan ayah aku supaya jaga setiap kelakuan dan jaga batas pergaulan, nasihat ibu ayah aku kami akhiri dengan ‘salam cium tangan’. Kami meminta tolong Pakcik Awang untuk menghantar ke lokasi dan membayar sediki duit minyak bas sekolahnya, Pakcik Awang adalah seorang pemandu bas sekolah kami.

Setibanya dilokasi lebih kurang jam 10.45pagi, setelah menurunkan semua barang dan beg keperluan kami, Pakcik Awang juga ingin terus beransur pulang, tetapi sebelum dia bertolak banyak kali dia bertanya aku adakah aku benar-benar ingin berkhemah di tapak ini, bersungguh aku menjawab mengiyakannya walaupun ianya jawapan aku yang kali kelima, bas Pakcik Awang kini hilang dipandangan dan kami semua mula sibuk untuk memulakan persiapan dengan memasang alat-alat perkhemahan yang kami sediakan, dengan deruan air yang jernih dan dingin sangat segar dan menenangkan fikiran kami yang tidak lama lagi akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah. Walaupun dalam bersemangat mengemas, fikiran aku masih bercelaru dengan pertanyaan berulang Pakcik Awang sebentar tadi, tapak yang kami pilih ini bukanlah pilihan utama kami, oleh kerana terlalu ramai sangat pelancong pada ketika itu terpaksalah kami memilih tapak ini yang agak jauh kedalam lokasinya dan agak jauh dari tapak perkhemahan yang lain, terdekat pun adalah sebuah kem beladiri yang agak terbiar, aku kurang pasti namanya. Yang
menariknya ditapak kami ini ada kemudahan seperti tandas dan tempat untuk aktiviti BBQ, sesuai dengan perancangan kami.

Semua peralatan dan segala persiapan telah disusun rapi, khemah yang kami bawa adalah dua khemah bersaiz besar yang boleh memuatkan tiga orang dan satu khemah yang boleh memuatkan dua orang. Ina, Lela dan Noor akan bermalam di khemah yang untuk tiga organg. Manakala Rizal, Zul dan Akmal satu khemah dan aku bersama Azim untuk satu khemah. Ketika itu telah melangkau tengahari iaitu jam 2petang, oleh kerana penat mengemas dan selesai makan tengahari yang dibekalkan oleh ibu aku,
semua memilih untuk melepak dan mandi manda ditepi sungai yang berhadapan dengan tapak perkhemahan kami kecuali aku dan Akmal
memilih untuk mencari ranting dan kayu-kayu yang mudah terbakar untuk menjadikan unggun api pada malamnya.

Ketika aku dan Akmal mencari kayu disekitar belakang tapak perkhemahan kami, aku dengan jelas melihat Ina didalam kawasan semak dihadapan aku dan perasan yang dia sedang memegang beberapa batang kayu ditangan kirinya, difikiran aku pada waktu itu seperti biasa kerana aku beranggap yang Ina ingin menolong untuk mencari kayu, aku pun cubalah untuk menghampiri dengannya untuk bertegur, aku terperasan yang Ina dalam keadaan basah kuyup dan kayu yang dibawanya juga basah. “Ina, habis basah kayu tu”, tapi dia tidak endahkan teguran aku. Jarak kami ketika itu lebih kurang hanya tiga langkah sahaja dan dia masih terus menerus melangkah ke arah kedalam hutan, aku cuba untuk menyentuh bahunya tetapi agak sukar kerana ditangan aku banyak kayu yang aku telah kutip, aku pun letak kayu-kayu tu ketanah dan pandang kedepan semula…yaaa, Ina tiada dihadapan aku!!.

“Arm!!! jangan masuk dalam sangat”… Suara Akmal memecah kekakuan aku ketika itu dan aku cuba untuk melihat sekeliling dengan berhasrat untuk mencari Ina, tapi tiada. Tanpa tunggu lama akau terus angkat semula kayu-kayu yang aku letak tadi dan berjalan pantas berpatah balik ke tapak khemah untuk melihat dan mencari Ina, Ina ketika itu sedang duduk diatas batu besar dan sambil berborak dengan Noor ditepi sungai. Aku pantas memanggil Akmal untuk balik ke tapak khamah dahulu dan
berehat, aku terduduk dengan keadaan keliru dan cemas sambil melihat semua sahabat-sahabat aku sedang seronok berbual dan bermain air sungai. Aku pendamkan ape yang terjadi kerana tidak mahu kawan-kawan yang lain menjadi takut dan akan merosakkan perasaan seronok mereka ketika itu. Aku cuba berehat dan baring didalam khemah dan akhirnya aku terlelap.

Aku terjaga dari tidur kerana Zul mengejut aku dan mengajak untuk sediakan persiapan makan malam, aku lihat jam ditangan menunjukkan jam 6petang, Lela menegur aku “kau okay tak Arm?”, aku senyum dan menjawab “okay, penat sikit je”, mungkin dia lihat muka aku agak pucat ketika itu. Aku lihat Akmal dan Noor sedang cuba menghidupkan api untuk menjadikan unggun api, aku terus ke tepi sungai untuk membersihkan diri ditemani oleh Zul. Selesai berjemaah isyak, mulalah tugas aku dan Zul
iaitu aktiviti BBQ yang Ina, Lela dan Noor sediakan dari rumah iaitu ayam berempah, saussage dan nugget, Rizal pula membawa mee segera, dengan perkakasan yang agak lengkap jadi aktiviti makan malam kami berjalan dengan teratur, dengan petikkan gitar Akmal dan nyanyian beramai-ramai mebuatkan aktiviti tersebut bersuasana ceria. Adakalanya aku masih terfikirkan apa yang terjadi siang td tetapi oleh kerana keceriaan rakan-rakan aku pendamkan dan melayan keceriaan tersebut.

Ketika yang lain sedang sedang berseronok dengan hidangan, tiba-tiba Azim menambah hidangan dipinggan kertasnya dan membawa ke batu besar ditepi sungai berhadapan tapak perkhemahan kami, yang lain juga turut perasan tetapi mungkin sedang berseronok bernyanyi sambil makan jadi ada kemungkinan yang kami beranggap Azim hanya ingin saja mahu
tenangkan fikiran diatas batu jadi kami pun teruskan aktiviti seperti biasa, Zul masih lagi menjaga di bahagian pemanggang dikerumuni dengan asap dan aku join menyanyi sambil makan dengan yang lain.

Dalam masa yang sama aku masih memerhatikan Azim yang berada diatas batu besar ditepi sungai kerana dengan apa yang telah terjadi siang tadi membuatkan aku lebih berjaga-jaga. Dalam keseronokan aktiviti tersebut aku terpandang yang Azim seakan sedang bercakap, cuma ketika itu aku beranggap yang dia mungkin sedang bernyanyi mengikut alunan gitar yang Akmal mainkan, tiba-tiba…. “Ya Allah!!!!!”… Zul menjerit dan tercampak pengepit ditangannya dan terus berlari ke kami semua, kami yang lain terkejut dan terus memerhatikan gelagat ZUl dalam keadaan terpinga-pinga sambil memerhatikan Akmal dan aku. Oleh kerana dia terlampau gelabah, aku meminta Akmal dan semua tenang dan terus makan seperti biasa cuma berhenti menyanyi dan aku pula menarik Zul ke belakang khemah dan bertanya ape yang terjadi, ini cerita Zul…

Aku: Kenapa dengan kau Zul??

Zul: Jujur aku nak tahu, siapa yang main gitar tadi??

Aku: Akmal lah siapa lagi, aku tak pandai main gitar.

Zul: Sumpah kau takde main gitar??

Aku: Laaa…aku nak tipu kau buat ape, Akmal la yag main dari awal tadi.

Zul: Arm, aku rasa ada benda yang tak kena ni.

Aku: Apa dia, bagitahu aku.

Zul: Tadi selepas kau bagi penyepit, Akmal datang kat aku teman aku Arm. Tapi dia tak banyak cakap, senyum je sambil melahap makan makanan yang dah siap masak, bila aku perasan sisa-sisa tulang pun dia campak merata-rata aku nak tegurlah, bila aku toleh ke dia untuk tegur, dia tiba-tiba hilang tinggal tulang-tulang ayam je, aku pun terkejut la tu yang berlari tadi, lepastu aku tengok Akmal elok je pegang gitar.

Aku: Bertenang Zul jangan buat gelabah, nanti yang lain pun akan takut sama, siang tadi aku pun dah kena macam ni. Sekarang ni kita buat macam biasa dan baca apa-apa yang patut dalam hati, kejap lagi aku azan kat tengah-tengah, aku nak panggil Azim kejap.

Zul pun terus duduk ditepi Akmal dan lain-lain yang masih terpinga dengan soalan, aku pula meluru ke tepi sungai untuk memanggil Azim, aku lihat Azim masih lagi seakan sedang bercakap, aku ingatkan sedang bernyanyi tetapi Akmal dah berhenti main gitar. “Azim..Azimm..AZIM!!” Azim pun toleh ke aku yang berada diatas batu kecil sebelah kiri dengan batu yang Azim sedang duduk, muka Azim tiba-tiba berubah pucat lesu bagaikan tiada d***h, dengan tangannya yang mula menggigil dia menyapa “Arm?”
lalu dia pun toleh semula ke kanan dan kekiri dengan muka yang sangat keliru dia terus melompat ke aku dan kami jatuh ke sungai, mujur air tidak dalam, paras lutut sahaja. Azim terus menggelupur sambil menjerit-jerit, aku tahan dia dan basuh muka dia dengan air sungai yang sejuk tu sehingga dia tenang, ayat pertama yang keluar dari mulut dia ialah “tadi tu bukan engkau ke?”. Aku pun suruh dia mengucap dan mintak dia bertenang, perlahan-lahan aku papah Azim ke tapak khemah, aku lihat yang lain semua kelihatan cemas dan takut, aku pesan pada mereka supaya bertenang.

Azim masih dalam keadaan sedar cuma dia sangat keliru dan takut. Ina, Lela dan Noor dah mula nangis ketakutan termasuklah
Rizal, aku mintak semua baca ayat pelindung seperti Al-Fatihah, ayat Qursi dan nafas akhir ayat tersebut ditelan ulang sebanyak tiga kali, selepas selesai aku pun bangun dan terus laungkan Azan sekuat mungkin, walaupun aku juga dalam keadaan takut dan terketar aku tetap gagahkan juga. Dalam masa yang sama ketika aku laungkan Azan tiba-tiba dengar bagai ada ‘benda’ cuba lari dekat atas dahan pokok sekitar belakang tapak khemah kami. Kami cuba lihat, walaupun tidak jelas kelihatan tapi
daun-daun dari dahan tersebut bergoyang sangat kuat bagaikan ada ‘benda’ besar yang membuatkannya jadi begitu, selepas selesai Azan kami pun terus rasa lebih tenang dan perasan takut dan gelisah dihati mula kurang. Aku duduk tepi Azim dan bertanya apa yang dia buat diatas batu tu dan ini cerita Azim..

Aku: Apa kau buat atas batu tu tadi Azim?

Azim: Aku keliru la Arm.

Aku: Kenapa? ceritalah, Inn Shaa Allah semua dah okay ni.

Azim: Tadi aku tengok ‘kau’ ada atas batu tu sambil termenung Arm, aku pun bawalah makanan untuk ‘kau’, bila dah sampai
atas batu tu aku tengok ‘kau’ pucat macam tak sihat tapi ko makan makanan yang aku bawa tu sampai licin, tulang ayam tu pun sampai pucat kau jilat, lepastu aku tanya kau nak lagi tak makanan tapi kau kata dah tak nak sebab dah kenyang, aku pun tanya kau ada masalah ke Arm? tapi ‘kau’ diam je, aku tahu kau kecewa dengan Nadia(bekas awek aku) jadi aku suruhlah ‘kau’ banyak bersabar, aku tengok ‘kau’ termenung jauh sambil kesat mata macam orang tengah menangis yang peliknya ‘kau’ langsung
tak toleh ke aku walaupun tengah makan makanan yang aku bawa tadi, aku anggap mungin ‘kau’ malu tunjuk yang kau tengah bersedih. Yelah Arm, tak kan aku nak tengok kau bersedih seorang diri.

Aku: Kau dengar tak tadi Zul menjerit?

Azim: Menjerit? kenapa?

Aku: Sebenarnya Zul pun kena macam kau juga, tapi dia nampak bayangan Akmal, aku pun kena jugak siang tadi aku nampak bayangan Ina masa cari kayu. Tak apalah Inn Shaa Allah kita akan okay buat masa ni. Sekarang kita makan makanan yang dah dimasak sampai habis, kalau tak larat nak makan bungkus elok-elok dan simpan dalam beg, makanan yang belum masak kita bungkus dan simpan dalam ice box tu, sisa makanan kumpulkan dan tanam elok dan pastikan periksa tak ada sisa yang tercicir.

Selepas kami selesai bergotong-royong mengemas, jam menunjukkan pukul 12 tengah malam jadi aku bercadang agar semua bersihkan kaki
tangan dan boleh mula berehat tidur di dalam khemah masing-masing. Sepanjang mengemas tadi aku terasa macam ada mata yang yang sedang memerhati gerak geri kami. Aku sedar yang mungkin kami juga ada buat silap yang kami tidak sedar contohnya seperti sampah ketika kami sampai awal siang tu, pada mulanya tempat tu agak bersih tapi sampah-sampah kami mencemar kawasan tu dan aku terlupa pesanan ayah aku agar Azan dulu bila dah sampai tempat yang dituju supaya tidak diganggu dan
mungkin ada tingkah laku kami yang agak kurang menyenangkan seperti menyanyi kuat-kuat dan sebagainya. Walaupun apa yang dirancang tidak berjalan dengan lancar tetapi aku masih bersyukur kerana kami masih lagi dalam keadaan selamat. Kami tidur lena dengan jayanya pada malam tu.

Keesokan paginya kami semua sakit-sakit badan sehingga nak bangun pun susah, tak tahulah kenapa apabila bertanya, masing-masing kata tak tahu dan tidur semua lena, selepas subuh kami mula mengemas. Ketika mengemas Rizal panggil kami semua dan tunjuk dahan pokok yang kami dengar bergoncang pada malam tadi, dahan besar tu patah, pokok tu juga besar dan tinggi, apa yang terjadi malam tadi hanya Allah yang tahu.

Selesai mengemas dan membersihkan diri serba sedikit, kami pun bercadang untuk berjalan kaki dan menunggu Pakcik Awang dikawasan yang lebih hadapan kerana kami masih sedikit trauma untuk menunggu di tapak perkhemahan kami, kawasan disana sangat menyegarkan dengan kehijauan flora dan alunan air sungai yang menenangkan terutama pada waktu pagi. Akhirnya tepat jam 10pagi bas Pakcik Awang pun tiba untuk menjemput kami pulang. Ketika dalam bas, aku lihat semua senyap dan ada yang termenung jauh, mungkin kerana mereka kepenatan. Aku pula, perasaan ingin tahu membuak untuk mendapatkan kepastian apa yang terjadi sebenarnya lalu aku pun bertanya pada Pakcik Awang kalau-kalau dia ada apa-apa pengalaman di Ulu Yam ni, dia tersengih memandang aku dan bertanya “ramai ke kawan malam tadi?”,
dan kami semua terus ketawa kecil.

Sekian.. Terima kasih pada semua yang sudi membaca perkongsian peristiwa aku kali ni, sebenarnya kami selalu berkhemah dan selalu lalui perkara-perkara pelik, tapi kisah ni diantara yang aku tak dapat lupakan kerana perkara seperti riaksi muka Azim ketika tersedar dari teguran aku sangat jelas pada pandangan sehingga kini begitu juga dengan riaksi ketakutan kawan-kawan yang lain.

Inn Shaa Allah jika ada kelapangan lagi aku ingin kongsikan lagi peristiwa seram yang berjudul ‘PRANK’…

Sekali lagi aku mohon maaf jika ada sebarang kekurangan dari penceritaan dan penulisan aku kali ni, aku cuba meringkaskan sebaik mungkin supaya cerita ini tidak terlampau panjang dan supaya mudah difahami.. Anggap ianya sebagai satu hiburan, jika ada perkara yang baik ambillah jadikan pedoman dan jika ada yang tak elok cubalah elakkan daripada melakukannya.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Arm

31 thoughts on “Tadi Bukan Kau Ke?”

  1. Seronok baca cerita ni. Nasib baik tak kena ganggu. Tak sabar nak baca cerita Arm masa akan datang. Waktu aku dengan kawan kawan masuk hutan kat Negeri Sembilan dulu, aku sangat bertuah sebab walaupun ‘benda’ tu ikut aku balik, aku sempat mandi dan solat sebelum masuk bilik. Kesian aku dengan akak sebelah bilik yang kena ganggu dengan ‘benda’ yang ikut aku tu.

    Reply
    • alhamdulillah..thanks ya..inn shaa Allah jika kesempatan aku akan terus kan, tapi tu lah nak karang ayat bukan senang..

      sebenarnye bersihkan diri ambil wudhuk dan solat sunat/wajib selepas melakukan aktiviti hutan atau setiba di lokasi aktiviti adalah perkara yang paling bagus dilakukan supaya tidak diganggu..

      Reply
  2. Pergh from 3 dh ada marka..aku form 5 bru nk ada tu pn dok aim dr form 4 lg..tp kna paksa putus dgn fmly..sejak tu aku jd pndiam dh 19thn..bayangkan tempoh tu xpnh join fmly day(ank buah sndiri pn xknl aku),aku suka menyendiri tmpat2 sunyi..kadang2 trjaga jam 3,4 aku kluar lepak tepi highway srg2 pastu bilik smbung tdor..pnh dengar istana raja bsiong di jitra..tu route aku 3,4 pagi srg2 time aku boring la..padahal dgn fmly xada masalah apa pn cuma aku jrang bckap ja

    Reply
    • Aku tau psykologi mcm ni brisiko utk brhalusinasi atau dgr bisikan halus seterusnya mjadi punca sesuatu tragedi dlm ertikata lain kemurungan..tp aku xmcm tu cuma ada masanya aku suka bsendiri

      Reply
    • pada aku..pengalaman tu yang paling berharga, tak kisah la pengalaman ape pun, cuma jangan terlampau ambil serius tentang satu2 hal yang belum pasti..contohnye bercinta zaman sekolah..belum tentu dia akan jadi bini kita jadi jangan ambil serius tentang hal tu..bila dah kahwin plak, itu yang nyata tetapi belum tentu akan berkekalan..tu pn pengalaman, ianya amanah Allah yang kena jaga..

      aku pun selalu cari tempat2 yang boleh menenangkan jiwa bila kita terlampau memikirkan sesuatu.. aku suka pergi ke vista panorama di area cheras..kat situ boleh nampak klcc dan bandar kl

      Reply
  3. Sbenarnya istana tu milik Tunku Kudin,Raja Muda Kedah..bahan binaan dia termasuk putih telur dan madu lebah utk ketahanan bgunan..yg raja bsiong tu mungkin tapak asal sblum tu..lgpn timeline 2 tokoh sgt2 beza lamanya..
    Psstt..nk pecah rahsia skit..menurut membe2 aku yg ada kena mengena dgn istana negeri sma ada dari dayang atau kerabat..istana lama tu ada terowong terus kehulu(munkin sungai)dan dlm tu tersimpan sesuatu sebab tu pihak istana wartakan kaw larangan dan sbb tu jgk kaw tu jd semak samun

    Reply
  4. Suka cara penceritaan kau.. Teruskan lagi tulis cerita aku support walaupun tahu susah nk mengarang ayat Ni utk mudah org faham dan baca. Good luck bro

    Reply
  5. Benda tu dtg sebab dia bau d***h ayam…lagi satu sebab bising dan menyanyi sakan ..kalau zikir ramai2 sure dia lari..apapun adik2 ni mmg berani…mujurlah takde apa2 yg tragik berlaku.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.