Tak Gentar Dengan Hantu

Salam semua!

Kali ni aku nak bercerita pasal nenek aku (doakan kesihatan nenek aku yang dah berumur 74 tahun) dan ayah saudara aku yang dipanggil Pakndak dalam keluarga kami. Dorang berdua ni orang paling berani pernah aku jumpa. Berani jumpa hantuuuuuu….. hehe.

KISAH PERTAMA
Mak aku cerita masa kecik2 dulu dia selalu ikut nenek aku pergi menoreh getah. Pagi-pagi lepas subuh dah kena lalu jalan yang kiri kanan hutan tebal dan tanah perkuburan. Setakat lampu dekat kepala tiba-tiba terpadam masa dalam kebun getah nenek aku buat relax je. Dia boleh kata “Aku tak kacau kau, kau tak payah lah kacau aku.. aku nak cari rezeki je..”. Hantu tu pun dah tak sampai hati nak terus kacau agaknya haha. Satu pagi tu mak aku ikut nenek aku pergi menoreh.. Masa otw nak pergi kebun getah tu dorang perlu lalu satu tanah perkuburan. Mak aku nampak jelas ada satu susuk lembaga berambut panjang dan berjubah putih kat tepi jalan. Mak aku yang tahu tu hantu dah nak terkencing dalam seluar, mencicit nak patah balik tapi nenek aku yang dekat depan boleh lalu tepi hantu tu sambil jalan biasa je. Sikit tak menoleh, sikit tak ada riak takut. Nenek aku kata kat mak aku “buat biasa je… Kita lalu, dia hilang lah…”. Dan memang betul pun, lepas lalu tu toleh belakang tak ada dah lembaga putih tadi. Sekali lagi hantu putus asa nak kacau nenek aku.. hehe.

KISAH KEDUA
Ni kisah nenek aku sendiri. Untuk pengetahuan pembaca, nenek aku tinggal seorang sebab tak nak tinggal dan menyusahkan anak-anak. Rumah dia atas bukit berbatu lada dan agak jauh dari rumah orang lain. Kiri kanan hutan. Berani kan nenek aku? Tapi dia lagi selesa tinggal seorang. Satu malam tu lepas solat isyak macam biasa nenek aku menonton TV sebelum masuk tidur pukul 10. Itulah rutin dia hari-hari. Tapi tiba-tiba nenek aku rasa satu rumah bergegar. Macam seolah olah ada benda berat menghempap rumah papan dan beratap zink tu. Rupa-rupanya… ada langsuir tengah bertenggek atas papan kayu yang nenek aku letakkan lampu rumah yang panjang tu. Elok je dia bertenggek macam burung, pakai serba putih, rambut putih beruban dan bertaring panjang. Matanya merenung tajam ke arah nenek aku. Nenek aku pun dengan tenang cakaplah,

“Pergilah… aku tak kacau kau, kau pun janganlah kacau aku…”

Nenek aku buat selamba je masa tu sambil mata tetap menonton TV. Kalau aku dah mencicit lari keluar rumah. Tapi langsuir tu tak faham bahasa melayu agaknya, dia tetap tak berganjak. Masih bertenggek atas papan tu sambil merenung nenek aku. Masih nak test power agaknya. Nenek aku pun fikir tak boleh jadi ni, dia pun masuk ke dalam bilik dan baca surah Yassin. Sambil dalam hati berdoa supaya langsuir tu pergi. Dan Alhamdulillah bila nenek aku jenguk ke luar, memang dah tak ada si langsuir tadi. Syukur, Allah jua sebaik baik penolong…

Kalau korang datang rumah nenek aku ni, tengah-tengah malam kalau korang terjaga dan dengar derapan tapak kaki berjalan mengelilingi rumah, korang buat biasa je. Sebab nenek aku pernah kata tu sebenarnya penunggu rumah… yang tengah jaga rumah nenek aku tu… Benda tu nenek moyang nenek aku punya dulu, memang tak boleh nak halau.. Setakat ni aku tak pernah dengar lagi tapi ada saudara mara aku yang pernah terdengar.. tapi semua buat biasa je.. hehe.

KISAH KETIGA
Masih banyak pengalaman nenek aku tapi nanti aku cerita lagi dalam next story k. Sekarang aku nak kongsi pengalaman Pakndak aku pulak. Pakndak aku ni sejenis hati kering dan tak takut hantu. Ibarat hantu tu macam nyamuk yang boleh dijentik je. Tapi tak adalah ilmu ke apa, cuma keberanian pada Yang Esa lebih tinggi. Satu hari tu nenek aku buat tahlil arwah atuk aku.. Ramai lah saudara mara yang ada balik. Bilik Pakndak aku ni pulak di bahagian hujung sekali dalam rumah nenek aku tu. Aku ingat lagi masa tu dalam tengahari Pakndak aku tengah membuta. Tiba-tiba semua orang boleh dengar bunyi macam ada orang tengah bergaduh dalam bilik pakndak aku. Semua orang tercengang dan perhatikan je bilik Pakndak aku. Tiba-tiba pakndak aku keluar dari bilik dan beraksi macam tengah bersilat dengan seseorang. Siap dengan gaya tangan dan kaki. Part last sekali pakndak aku macam angkat seseorang dan buang ke luar tingkap rumah. Rumah nenek aku masa tu masih bertiang bahagian bawah dan berjendela panjang macam rumah kampung dulu-dulu. Pakndak aku masa tu berpeluh-peluh macam kepenatan sangat dan baru perasan ramai yang perhatikan dia.

“Ko dah kenapa… Kenapa macam bersilat silat tadi? Mengigau ke?”

Lebih kurang macam tulah nenek aku tanya Pakndak aku masa tu. Cerita Pakndak aku, tengah-tengah dia sedap tidur tadi dia rasa badan dia ditindih benda berat. Sampai sesak nafas dan tak boleh bergerak. Dalam mamai-mamai tu dia ternampak macam ada orang berpakaian serba hitam seperti seorang pendekar tengah duduk atas badan dia. Pakndak aku yang cuba melawan akhirnya terlepas dan benda seperti pendekar tadi seolah ajak dia bertarung (bersilat). Itu yang semua orang nampak dia bersilat dan akhirnya pendekar tu tewas bila Pakndak aku berjaya angkat dia dan buang ke luar rumah. Pakndak aku menang tapi memang dia kepenatan sangat-sangat.

Abang sulung Pakndak yang dengar cerita Pakndak tu kata itu pastinya penunggu rumah tu (nenek moyang nenek aku punya) yang cuba nak test kehandalan Pakndak. Sebab kata dia dia pernah juga ternampak kelibat pendekar tu dalam rumah tu… tapi Alhamdulillah lah penunggu tu tak pernah kacau lebih-lebih apatah mengacau anak cucu nenek aku… huhu.

KISAH KEEMPAT
Ni kisah Pakndak aku lagi. Macam aku cerita awal-awal tadi Pakndak aku seorang yang sangat berani. Masa muda remaja dulu Pakndak aku suka balik lewat malam. Dia bukan naik motor, tapi jalan kaki je. Lepas pergi lepak dengan kawan-kawan dia dekat simpang jalan, barulah dia balik. Suatu pagi sebab dah pukul 1,2 pagi macam tu, macam biasa lepas melepak baru dia nak balik rumah. Dari simpang nak balik ke rumah nenek aku tu agak gelap. Kiri kanan memang hutan dan dia perlu melalui tepi perigi lama sebelum sampai. Pakndak aku guna torch light je masa berjalan kaki tu. Yelah masa tu mana ada telefon bimbit lagi.. huhu.

Tengah-tengah jalan bila sampai tepi perigi lama, tiba-tiba Pakndak rasa bulu tengkuk meremang. Dia pun menoleh.. Rupa-rupanya ada lembaga berambut panjang, muka berdarah d***h dan lidah terjelir panjang sampai ke pusat tengah berdiri tepi perigi tu. Kawasan tu agak gelap tapi Pakndak tahu muka lembaga tu tengah menghadap dia. Korang mesti ingat Pakndak aku lari lintang pukang kan? Tak guys… Dia lalu selamba je… Dalam hati dia masa tu, “lantak ko lah… aku nak balik rumah je..” huhu. Alhamdulillah lembaga tu tercegat je kat situ akhirnya hilang…

Pakndak aku cerita banyak kali dia akan terserempak dengan ‘benda’ dekat kawasan tu setiap kali balik melepak. Pocong bergolek ke arah dia lepas tu lalu tepi, kemudian hilang. Hantu berpakaian koboi lama datang ke arah dia kemudian hilang. Tapi semua tu tak pernah patahkan semangat Pakndak aku menjadi kutu embun yang berjaya hehe. Ahli keluarga aku semua tahu hati dia yang kental pada usikan memang buat dia berani lalu situ malam-malam.

Rasanya cukup dulu kisah aku kali ini. Maaf ya kalau keseraman tak sampai. Aku bukan penulis professional, hanya sekadar berkongsi cerita..

Apapun, terima kasih kerana sudi dan tidak jemu membaca. Assalamualaikum! #AtyUmr

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

AtyUmr

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

22 thoughts on “Tak Gentar Dengan Hantu”

  1. “Kalau korang datang rumah nenek aku ni, tengah-tengah malam kalau korang terjaga dan dengar derapan tapak kaki berjalan mengelilingi rumah, korang buat biasa je”

    awk, kita x jadi datang kot ke umah nenek awk ni…hahaha

    nice..straight to the point.

    Reply
    • hehe datang lah .. Kampung nenek sy di kuala lipis .. ada air bukit , memang menggeletar mandi pagi2. tido malam sejukk .. kiri kanan pokok buah .. ada ayam peliharaan .. buat gulai lemak ayam kampung , slurppp .. best sgt sis hehe.

      Reply
    • Alhamdulillah kahwin dah dia .. 🙂 Tapi perwatakan masih sama .. Cuma dah lebih alim n dekatkan diri pada agama. Tapi bab2 ni Selalu cakap besar. Tapi tulah , kalau ada setan kacau dia memang tak takut pun .. hehe.

      Reply
  2. baik la nenek n pk cik awq tu.. ermm agak ii boley x ea nm ziarah rumah nenek awq tu.. saje nak carik pengalaman.. tp x tau la boley ke dak.. mintak izin dulu..

    Reply
    • hehe boleh je sis .. dia suka terima tetamu .. kampung nenek sy ni baru je pun masuk bekalan air .. dulu guna air bukit je .. klu kawan2 sy nk cari pengalaman kg , dorang ikutlah sy balik kg .. 🙂 tapi kampung ni takde lah seram mn .. mungkin org2 yg tertentu je kena kacau .. coz sy sendiri sejak kecik alhamdulillah tak pernah nampak ape2 .. 🙂

      Reply
  3. baik la nenek n pk cik awq tu.. ermm agak ii boley x ea nk ziarah rumah nenek awq tu.. saje nak carik pengalaman.. tp x tau la boley ke dak.. mintak izin dulu..

    Reply
  4. “Pocong bergolek ke arah dia lepas tu lalu tepi, kemudian hilang.”

    klu org laen nmpk pocong trus lari. lps tu kena kejar. nie sbb xtakut tpkse lalu tepi je ye hahaha. lawak pulak

    Reply
  5. Oh ni baru best classic fiksyen shasha, cerita straight to the point and simple, cerita sampai keseraman dia walaupun simple.

    #P/s: Dah lama tak jenguk FS ni, sekali aku mai balik kemaiin semua orang nak jadi penulis nak dapat nama and readers je, seramnya dah tak kemana.

    Reply
  6. bersungguh sekali aku masuk dalam cerita kau. tak sia sia aku khatamkan sampai habis. ape kau cakap? kalau kitaorang dtg rumah nenek kau?

    kau dah cerita mcm ni pun memang idokla kawan nak datang apatah lagi bermalam kat rumah nenek kau. aku tak cukup kuatt derr

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.