Tak Jumpa Jalan Pulang

Salam dan hai kepada semua rakyat jelata FIKSYEN SHASHA sekalian (pfttt..). First aku nak ucap terima kasih kepada yang sudi baca Rumah Sewa di Sepang, Trauma dan Rumah Baru di Kedah.

Okay ini kisah keempat kalau admin publish lah cerita ni. Kali ni aku nak ceritakan pasal kitorang sekeluarga pergi berkhemah dekat Sungai Congkak. Orang kata tempat ni creepy sikit tapi entahlah. Aku dengan keluarga belah mak aku semua dalam 6 buah keluarga pergi sekali.

Kitorang gerak pukul 8.30 pagi sampai sana petang dalam pukul 5.30 . Sampai sana terus book chalet kat sana tapi kitorang ambil chalet paling hujung sekali. Masa book chalet tu receptionist tu kata chalet tu dah lama kosong tapi kitorang kata tak pe. Mula-mula receptionist tu macam berat nak bagi kunci tapi kitorang cakap tak pe kitorang okay. Tapi sepupu sepupu aku semua bantah katanya kenapa ambik hujung sekali mana ada orang tapi mampu cakap slow je….

Receptionist tu kata kalau ada apa-apa kitorang tak bertanggungjawab tapi mak aku diam je. Masa sampai kat chalet tu nah ambik kau memang betul dah tinggal lama memang macam tak berpenghuni lama dah chalet tu nak nak hujung sekali. Dah lah chalet tu paling jauh dari chalet yang lain, hutan pulak tebal kiri kanan depan belakang hutan.

Masa masuk tu kitorang bagi salam . Lepastu masa masuk dalam rumah tongkang pecah dengan busuk nya dengan bersepah lagi, elok-elok penat baru sampai ingat nak berehat terus tukar plan nak kemas pulak chalet tu.

Kemas punya kemas tak sedar malam pun menjelma. Waktu tu dengar lah sayup sayup bunyi azan maghrib. Kitorang pon dah siap kemas lepastu solat jemaah.

Lepas solat tu kitorang buat bacaan yasin….yelah bak kata receptionist tu dah dekat setahun chalet tu tak de orang duduk, memang benda lain lah yang duduk situ. Masa kitorang baca yasin tetiba sepupu aku yang paling kecil tu menangis, tapi yang pelik nya dia menangis sambil pandang atas.

Lepastu tetiba terdengar bunyi orang ketuk ketuk chalet ni. Keliling paham tak KELILING chalet ni diketuk macam nak gegar tau mungkin dia marah kot….mungkin…

Lepastu kitorang tak hirau pon terus sambung bacaan yasin sampai habis. Lepas dah habis tu tetiba sepupu yang bawah aku ni kata ada nenek tengah makan kat dapur. Kitorang semua meremang, sebab tok aku yang perempuan ada sekali baca yasin…..terus pak ngah aku baca ayat kursi hembus kat sepupu aku. Tapi dia tak de apa lah.okay jer…

Lepastu malam tu aku macam rasa penat yang amat sangat padahal bukan aku yang bawak kereta kalau nak penat pon jadi aku tidur awal. Masa tengah syok tidur tetiba dengar bunyi bising aku pon terjaga.

Jadi aku keluar lah dari bilik, terkejut aku tengok diorang semua sibuk kemas barang apa semua…jadi aku tanyalah mak aku,

“Mama, kenapa semua orang sibuk kemas barang ni?”

Lepastu mak aku kata nanti jelah cerita, cepat kemas barang nak gerak dah ni. Aku dengan muka blur terus masuk balik bilik kemas barang aku lepastu kitorang semua keluar dari chalet masuk dalam kereta. Sepupu aku semua senyap.

Aku macam pelik lah kenapa diorang ni. Tapi macam berat pulak mulut nak bertanya. Lepastu abah aku pon start kereta jalan, tapi entah kenapa jalan keluar tu terasa macam jauh pulak padahal masa masuk tadi kitorang kena jalan terus lepastu belok kiri dah jumpa chalet. Tapi macam terasa jauh. Lepastu mak aku kata dia tak sedap hati.terus mak aku call pak ngah aku.pak ngah aku kereta dia kat belakang.

Pak ngah aku pon pelik jugak dah dekat 5 kali kitorang pusing area situ tapi tetap tak jumpa jugak jalan keluar. Lepastu abah aku suruh aku baca ayat kursi dan 3 Qul . Aku pon baca jelah, masa dok tengah baca ayat kursi tu tetiba aku terpandang luar tingkap.

Korang tau apa aku nampak. Aku nampak macam kak pon dok tengah bertenggek atas pokok tapi dia ikut aku baca ayat kursi. Aku terus terdiam…..abah aku macam dapat agak apa yang aku nampak. Abah aku baca pulak ayat kursi hembus satu kereta. Masa tu tetiba rasa kereta tu panas. Abah aku macam marah lah . Dia kata,

“Jin dan syaitan, kau orang semua hanyalah makhluk Allah yang direjam. Berhentilah kau menggangu kami, kami hanya mahu pulang!”

Lepas dari abah aku cakap macam tu aku terus tersedar dan tetiba kitorang jumpa jalan nak keluar. Punyalah sampai 5 kali kitorang pusing baru nak jumpa. Lepastu mak aku call pak ngah aku….korang tau apa pak ngah aku cakap,

“Lah kitorang dah lama keluar dari chalet tu kenapa angah call akak banyak kali tapi akak tak jawab?”

Kitorang semua pelik sebab memang tak ada bunyi apa langsung telefon mak aku tu.hmm..memang permainan syaitan.

Masa nak pulangkan kunci dekat receptionist tu memang rasa meremang sebab abah aku kata dia tersenyum sinis lepastu kata”takut ke?”

Abah aku baca je ayat kursi lepastu terus masuk kereta. Sejak dari tu kitorang terus tak jejak kaki lagi kat tempat tu.

Mak aku cerita malam yang diorang tergesa gesa kemas barang tu sebab pak long aku kata dia tengah tidur tetiba ada orang cuit kaki dia.m Mula-mula dia terjaga tapi dia sambung tidur balik tak lama tu tetiba dia kata macam ada orang tarik kaki dia kuat kuat sampai terjatuh dari katil.

Bunyi kuat pulak tu….tu yang pak long aku terjaga terus kejut semua orang suruh kemas barang balik.

Akhir sekali aku cuma nak cakap terima kasih kepada yang sudi baca cerita aku kalau admin publish cerita ni.thanks admin ❤️.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 5]
#kamicomel

2 thoughts on “Tak Jumpa Jalan Pulang”

  1. Sg.congkak park and Resort ke?
    Saya seorang camper boleh dikatakan pilihan tetap kami sekeluarga berkelah adalah disana tapi tidak pernah tempah chalet.. lagipun chalet² disana dah usang tak buka utk tempahan pada masa sekarang kata pengurus disana memang dah stop beroparasi sejak beberapa tahun mukin 3 Atau 2 thn begitu…
    Ada yang kata fasiliti tak bagus dan gangguan² sebagainya pasal itu dah tutup utk penginapan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.