Assalamualaikum semua pembaca FS.
Aku momo, berjantina lelaki, orang Pahang, umur 33. Walaupon aku lahir dan menetap di Pahang tapi aku akan banyak gunakan loghat Kedah dalam penulisan aku ni. Aku dah terbiasa dengan loghat Kedah memandangkan aku dibesarkan dalam komuniti felda yang 90% penduduknya berasal dari utara tanahair termasuk mak ayah aku sendiri. Ok cukup pengenalan pasai diri aku.
Sebelum ni aku die hard reader thread kat FS ni. So this is my first time trying to menulis. Cerita yang aku nak tulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Selamat membaca.
May 2017.
Petang ahad yang sendu. Rasa malas gila nak start keta apa tah lagi nak drive tiga ke empat jam untuk balik ke Pasir Gudang, tempat aku dan bini aku merantau cari rezeki. Aku dan bini aku dua-dua asai Pahang cuma dari daerah yang berlainan. Kali ni aku terpaksa tempuh perjalanan tu sorang memandangkan bini aku tengah berpantang kat rumah mak ayah dia.
Mood malas aku petang ahad tu campoq dengan perasaan best dok rumah mak ayah sendiri menjadi faktor penyebab aku bergerak balik ke Pasir Gudang lepas waktu isya. Diawal perjalanan aku tak hadapi apa-apa masalah walaupon aku lalu ikut jalan yang sunyi, gelap, menyeramkan dan tak banyak kenderaan lalu lalang.
Everything went smooth that night kata mat saleh. Perjalanan aku untuk sampai ke rumah sewa kami di Taman Scientex Pasir Gudang tu sebenaqnya cuma amek masa dalam lingkungan tiga ke tiga jam setengah. Tapi disebabkan aku gerak solo, aku banyak stop untuk hilangkan rasa mengantuk. Jadi malam tu, aku amek masa enam jam untuk sampai.
Macam yang aku cerita tadi, aku tak hadapi apa-apa masalah diawal perjalanan. Actually memang takdak masalah langsung yang aku hadap sepanjang perjalanan tu.
Tapi nak dijadikan cerita, mungkin takdir aku bila sampai di Taman Scientex tu baru aku diuji.
Masuk ja aku dikawasan fasa perumahan kami tu, aku slowkan keta aku. Konon santai la dah dekat nak sampai rumah dah. Lorong demi lorong aku tempuh, aku sampai dikawasan padang bola sepak. Malam tu bulan cerah. Mata aku yang sebelum tu dah berat sangat dan melilau tengok pemandangan sekitar tiba-tiba tertumpu pada satu objek yang ada di atas padang.
“sapa plak dah tu?…pukoi 3 pagi dah kot dok blatih bola lagi ka?” aku cakap dalam hati.
Aku berhentikan keta aku. Aku tengok gelagat orang tu. Rumah aku lebih kurang 150 meter ja dari tempat yang aku berhenti tu. Sebenaqnya memang selalu pukoi satu @ dua pagi dok ada lagi budak-budak politeknik dan kolej komuniti dok main futsal. Tapi kat court futsal, bukan atas padang bola. Jarak court dengan padang pon lebih kurang 300 meter. Dan yang paling tak boleh aku nak brain, padang futsal dah gelap pon time tu. Keadaan tu buatkan aku rasa pelik.
Aku buka tingkap, m**i enjin keta, cucuh rokok sebatang dan layan tengok orang tu dok drible bola sorang-sorang atas padang. Layan beb isap U2 tengah-tengah malam dalam keadaan sunyi tu. Tiba-tiba aku nampak orang tu slow-slow bawak bola mai ke arah tepi padang berdekatan tempat yang aku berhenti keta tu. Aku relax ja, tak pikiaq bukan-bukan lagi. Sampai la dia berhenti dalam 50 meter depan keta aku, dia cuma berdiri tegak tenung tajam kearah keta aku.
“dah pasai pa dia ni…” dalam hati aku…
Dalam seminit jugak dia dok bediri tegak tu, then dia melangkah 3 4 tapak ke depan mendekati keta aku. Pastu dia bediri keras lagi tenung aku macam tadi. Abu rokok kat tangan aku dah memanjang. Aku masih dok pikiaq apa kena dengan mamat tu, tak dan nak sedut rokok tu. Tak lama pastu orang tu melangkah lagi mendekati keta aku. Makin dia dekat makin aku boleh nampak muka dia.
“bukan dia dah niiiiii….Allahuakbar!!!…Astaghfirullah!!!”
Aku start enjin keta terus masuk gear tekan minyak laju-laju sampai ke depan rumah aku. Sepantas kilat aku buka pagaq, buka pintu rumah, masuk, tutup serta kunci pintu rumah tu dan lari masuk berselubung dalam selimut. Baru aku teringat yang aku tak kunci semula pagaq. Dah tak sempat sebab aku dah dengaq hilai tawa yang sangat seram tu. Memang tak boleh nak berlagak cool atau nak elak dari rasa seram langsung bila dah ternampak muka yang ada sebiji mata besaq tanpa hidung dan mulut tadi tu. Memang tak la aku nak keluar tutup pagaq balik wei. Bila masa aku terlelap pon aku tak pasti dah.
Siangnya aku tersedar pukol satu tengahari. Tak masuk keja aku hari tu walaupon aku tak alami demam atau terencat akal. Mungkin hantu tu jadi punca aku malas pada hari tu. Dan mungkin hantu tu jugak yang jadi punca rumah kami ni selalu dengaq bunyi guli jatuh atas lantai malam-malam selepas dari kejadian malam tu.
best..seram2 kelaka plk cite hang ni..hahaha..
boleh plk hang tgk org main bola tgh2 pagi..
hang bia betuii..
ok..tetibe ckp kedah plk..
Otak dah sengau masa tu bro…drive 6jam kot, hantu pon aku xperasan dah…aku dok bajet awek, bleh try…sekaliiii……
Hang pon satu, yg pi tgk dia main bola tu pasai apa? Kan da kena.
😜
Naseb baik “orang” tu x ajak main bola skali. 😂
Hang memang mencari….
Pukui tiga pagi kot….kalau aku confirm drive teruih balik rumah.
Biaq pi kat depa la nak dribble bola ka….telan bola ka…..dah confirm2 bukan manusia tu….adoiiii hangggg…
Anyway, terima kasih kongsi pengalaman yang seram dan lawak ini.
Sila share lagi kalau ada pengalaman lain ya.
InsyaAllah ada masa nnt aku karang lagi…tq sbb sudi baca…
Wokeh. Sama-sama.
padang area mna bro..aku pon dok scientex ni
Aku dok kenari 14 dulu bro…padang depan surau tu la…btw melalui cerita org lama scientex, area kenari n serindit tu mmg laluan depa pon…
Situ mmg laluan depa pon,, dulu penah dgr org nmpk pmpuan dukung baby dkt pondok kecik tepi padang Bola tu…. Kmi dok kenari 13 dri thun 2010 lgi… Umah kmi slalu je dgr bunyi guli tpi menurut jiran2 Lama sni mmg bunyi guli ad… Stiap rumah mesti dgr…
Ok.. maksudnya bkn aku sorang je la yang alami.. masa ddk scientex kenari 13 jugak.. btul2 depan rumah orang yg bawa van sekolah tu.. tiap2 mlm dgr org main guli.. da cakp dgn mak.. mak xpcy pula.. tanya jiran anak main ke mlm2 dia kata tak… 3 tahun ddk situ.. ari2 dgr
Pernah dok pasir gudang gak kat taman air biru dpt bayang suasana kat sana camna..sekrg dh menetap di kedah…
sama la kita. perjiranan berapa ye?
perjiranan 12 kalo tak silap…depan rumah da padang bola atas tu jalan nk ke pusat bandar dekat ja tak smpi 5 minit
Air biru tu pon byk cita gak yg aku pnah dengaq…nak2 kawasan blkg ilp tu…
Teringat member adik punye citer, kat padang bola jugak. Malam gelap, dia ingat tiang gol putih, alih-alih tiang tu melompat 2 kali, dah lepas padang bola…ilang blakang blok skolah.
Hahaha..Part yg paling lucu “dah pasai pa dia ni…” dalam hati aku…
biasa orang yg terpilih je dapat hidayah macam ne.. renung2 kan lah.. selamat beramal wahai sahabat.. hehe
Rumah area mana??jalan kenari ke???
Ya benarrrr…10markah boskuuurrrr….
Taman Scientex jln ape bro aku pn ddk Scientex jgk 😂😂
Kenari bosss…ang dok jalan mana?…nuri?…situ pon kuat jugak antu dia…nak2 area kuil tu…
Btol..nuri ada. Sya pnduduk awal area nuri. Mula2 dok sini dlu, rajin bau bangkai sekali lalu . Ank2 kecik jiran depan sllu jerit2 time mgrib. Tp skrg dh ok. Eh smbil taip ni bulu roma tegak weiii..
Dekat futsal tu pun ada juga . Dulu aku jaga futsal situ . Banyak kali dah nampak . Tapi buat tak tahu jee 😂 situ memang laluan depa
Alamak… Kita duduk kat kenari 11 ni… Dekat tuuuu…..
adoiii tue lah padah nyer dok tenung2 lg..hahahhah
nasib lah die tak mngingkut ye..
Hang boh satu lg crita nt na…
rumah start bunyi guli tu xtahan. ganggu anak bini nnt yg leceh.
Rumah aku betul belakang padang bola. Setakat ni alhamdulillah.
Dia mmg saja nk sakat hang ler tu. Dan2 pepagi buta dok main bola
Ok tetiba teringat citer mak aku. Yang akk dia (makcik aku) pernah nampak pompuan mengandung pukul 3am pegang payung diri tengah2 padang tapi hari tak hujan. 😨
aq slalu gak lepak kt padang @ futsal tpi mak aq xbg ddk lame² kt situ klu xnk dpt sakit . cite ko mmg terbaik bossku . 10/10
Takleh blah waktu dia makin dekat tu. Boleh pulak dia langkah dua tiga tapak pastu berhenti?! Memang sengaja nak mengusik la tuu… Kalau mengusik cara macam tu, okey lagi laa.. Mau kalau dia ligan, tak ke naya balik kat hang?
Baik g berubat dgn Ustaz Bos.. Next isteri hang nk balik Rumah n anak takut digangu ank kecil nnt… Kemarin jiran sini pn anak lelaki yg balik lepak mlm buta lalu padang tu. Dia trlangar or apa bwk masuk Rumah, seminggu juga benda tu ikut dia sampai satu mlm bln mengambang dia munculkn diri…sampai xboleh nk baca papa JD lupa..emaknya pn terikut takut…nasib ada Ustaz yg rawat katanya benda ni dh ikut lama.
Mkcik aku pon dok kenari 14.hahaha.memang tak la g umah dia lg memalam lepas ni😅😅
Saya dok murai 8…dekat gak ngan serindit n kenari….takut nye
Hahahaha kalut sangat dok tengok . 😂
akai jenuh sungguh noh hantu2 zaman la ni . main bola la dok cangak tengah padang pepagi buta la . haii macam2