TANAH REBUTAN
Aku, anak bongsu dari 4 adik beradik perempuan. Anak manja kepada abahku. Walau manja tak bermakna apa yang aku mahu dia turuti tapi dia akan tunaikan kalau permintaan aku untuk join silat, camping, hiking, jungle tracking dan seangkatan dengan perkara yang lasak. Sebab apa? Sebab aku dari kecil dah di terapkan dengan kerja-kerja kasar. Aku di ajar bertukang, angkat kayu berat-berat, memanjat tinggi betulkan atap rumah. Ok stop bab aku.
Aku 3 beradik tinggal bersama mak dan abah. kakak aku yang sulong di jaga oleh maklong di kampung sebelah mak. Rumah yang kami tinggal ni adalah kampung sebelah abah aku. Kami berpindah ke tanah pusaka ni ketika umur aku empat tahun. Dan kisah keluarga kami menjadi ‘panas’ pada tahun 1993 aka aku berada di darjah 3.
Abah di beri bantuan oleh Peladang Malaysia untuk projek ternakan ayam daging,di beri dana untuk membuat reban ayam yang mampu memuatkan lima ribu ekor ayam dalam satu masa. Dan hidup kami sekeluarga Alhamdulillah bertambah baik. Sebelum ni abah adalah seorang nelayan, mak pula suri rumah yang ambil upah menjahit baju dan mengajar budak-budak mengaji.
Tak di nafikan kami pernah makan nasi dengan berkuahkan air kosong. Dengan adanya projek ni abah mampu untuk membeli sebuah motorsikal, masukkan bekalan elektrik di rumah kami. Sebelum ni hanya menumpang dari jiran sebelah rumah atau lebih tepatnya tarik api.
Tapi…. Bermulalah episode di mana abah kerap sakit. Abah memang ada sakit asthma, paru-paru abah dah macam sarang labah-labah sebab kuat merokok di zaman muda. Tapi yang ni sakit dalam perut. Katanya seolah ada bola yang berguling dalam perut. Bila pergi hospital doktor kata tak ada apa-apa pon dalam perut abah. Semua ok. Aku yang jadi orang pertama akan di panggil bila abah semput atau sakit, itu pun kalau aku ada di rumah la. Walau sakit, abah tetap juga buat kerja harian seperti bagi makan ayam. Eh.. bagi makan ayam daging bukan macam bagi makan ayam kampung yang kau boleh tabur je kat tanah tau, tapi kena angkat 1 guni dedak yang beratnya 50kg setiap satu. bukan seguni je tapi untuk satu reban ayam yang berkapasiti 5000 ekor ayam adalah 9/10 guni dedak ayam tau. Kalau abah semput dia akan jerit dari reban ayam panggil aku.
“abah ni, dah tau semput tak payah la buat. Biar je adik buat.” Bebel aku sambil teruskan mengisi dedak dalam bekas makanan ayam. Biasanya sabtu dan ahad je aku akan bantu, almaklumlah masih sekolah rendah. Pagi petang kena pergi sekolah.
“Harapkan hang? M**i ayam aku ni.”
Aku hanya tersenyum kelat sambil pandang muka abah.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“arrghhhh!!!!!…. pergi!! Aku kata pergi!!!!”
Aku yang tengah melepak kat tepi rumah dengan kaklang berlari masok dalam rumah.
“kenapa mak?” Tanyaku sambil melihat kakngah aku tengah berguling tengah rumah. Matanya merah, rambutnya dah mengerbang macam hantu.
“Hmmm.. kau dah mula berani usik akak aku ye? Siapa yang hantar kau?”
“hahahahaha… aku tak bertuan, kau tak kenal lagi siapa aku! Hahahahaaaaaa…”
Mak abah dah pandang aku semacam. Aku senyum dan geleng kepala. Kau memang hantu. Aku bercakap dalam hati pon kau boleh baca. Hebat!
“Assalamualaikum….”
Eh.. bila pulak ustaz ni sampai. Siapa yang panggil. Owh mungkin abah aku dah call kot tadi.
“waalaikumussalam wbt, ,masuk la ustaz. Tengokkan anak saya ni. Entah kenapa lah agaknya dia jadi macam ni.” Abah sambut ustaz dan beberapa lagi orang kampung masok ke rumah.
Ustaz berhadapan dengan kakngah dan sesi soal jawab bermula.
“assalamualaikum….” “assalamualaikum…” “assalamualaikum.. jawab kalau kamu Islam”
“aku bukan Islam! Apa kau nak datang sini? Kenapa kau kacau aku?????”
Aku tergelak kecil dengan soalan yang keluar dari mulut kakngah.
“aku yang sepatutnya bertanya pada kamu, apa kamu nak? Kenapa ganggu tubuh dan keluarga ini? Apa salah mereka?” sopan ayat ustaz bertanya jin bertanduk, muka hodoh, mata sepet sebelah dan kulit menggerutu tu.
“hahaaaahaaaahaaaa… aku suka keluarga ni. Aku suka mereka sebab meraka baik. Haaahaahaaaa…”
“Kalau kamu tahu keluarga ni baik kenapa kau ganggu mereka? Siapa yang hantar kamu? Tidakkah kamu rasa bersalah mengganggu manusia?”
“Eeehhh aku punya sukalah nak duduk sini. Ape kau susah??? Aku suka merekaaaa… aku sukaaaaa…. Haaahaaahaaaa… lebih-lebih lagi tubuh ni.. haaahaaahaaaa” kakngah aku cakap sambil beliakkan mata memandang semua yang ada. Tapi pandangannya lama pada aku.
“aahh sudah” kataku dalam hati.
“haaaaahaaahaaaa… budak setahun jagung mahu lawan aku.. haaahaaahaaaaaa mariii.. mari… wahai budak kecikkkk”
Aku lari duduk belakang abah. Takut.. sebab pertama kali tengok kakak aku di rasuk.
“sudahlah wahai jin, jangan di ganggu tubuh badan dan keluarga ni. Kalau kau tak mahu sakit, aku minta kau keluar dengan cara baik. Pergi kembali ke alam kamu, keluarga ini tidak mengganggu kamu”
“tak mau, aku tak mau pegi mana-mana. Haaahaaahaaaaaaa”
“baik, kalau kamu tak mahu keluar dengan cara baik.. auzubillahiminassyaitonirrojim……..”
Ustaz membaca ruqyah sambil memegang kain ridanya.
Kakngah aku duduk menunduk dan tiba-tiba..
“saaakiiiittttt…!!! Cukup..!! cukup….!!!! Aku keluar, aku keluar…..!!” kakngah menjerit bila badannya di pukul dengan kain rida ustaz.
“baik! Kalau betol kamu nak keluar, keluar sekarang. Jagan kamu kembali lagi atau kau akan aku pancung dengan izin Allah swt!!! Keluar!!!!”
Dan kakngah pon rebah.
“biarkan dia berehat, nanti pakcik sapukan air ni pada muka dia dan bagi dia minum sampai habis secawan. Air dalam botol tu buat mandi. Esok belikan 7 biji limau nipis dan bagi pada saya di masjid/rumah.”
“sapa yang kacau anak saya tu ustaz? Benda apa? Apa yang dia nak?” bertalu soalan dari mak.
“sabar makcik, mungkin ada yang iri hati dengan keluarga ni. Tak mengapa makcik, jin tu dah keluar, inshaaAllah anak makcik elok saja nanti. Kalau malam ni atau seterusnya ada yang mimpi yang pelik-pelik, datang jumpa saya ye.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sebenarnya, semenjak abah sakit dan kakngah kena rasuk, kami 3 beradik jadi panas. Salah sikit ja dah bergaduh. Kami bergaduh bukan bertikam lidah tapi tangan kaki semua naik. Pernah satu hari aku bergaduh dengan kaklang, aku di tendang tepat di tengah dada. Sesak nafas dan aku di tahan di wad selama 2 hari untuk pemantauan. Tapi bila kaklang datang melawat aku di hospital dia minta maaf, dia kata tak sengaja dan bagaikan tak sedar apa yang dia buat.
Kejadian kakngah di rasuk tak berhenti setakat malam tu ja tapi berulang berkali kali. Allah, dugaan apakah kau beri pada keluarga aku. Mak, abah dan kaklang aku dapat mimpi macam-macam.
Mak di kejar ular besar, teramat besar, abah mimpi panah berapi memanah perut, kaklang mimpi kala jengking penuh atas tanah. Yang tak dapat mimpi hanya aku dan kakngah.
Sampailah satu hari….
“tuan aku nak kau semua keluar dari rumah ni….. haaahaahaa.. dia tak suka kau semua duduk di tanah ni. tuan aku tak suka kau..!!” sambil tunjuk pada abah.
“siapa tuan kau??? Siapa namanya?? Kenapa dia tak suka tuan rumah ni??”
“aku tak akan bagitau! Aku tak boleh bagitau… nanti aku kena b***h.. tak mauuuu.. tak mauuu….”
Sambil menggeleng kepala dan tunduk tanda takut kesakitan.
“kalau tak mau kena b***h dan di seksa macam tadi, biar aku hantarkan kau ke tempat baru yang lebih baik tapi ada syarat kau harus turuti. Mau?”
“apa syaratnya?”
“kau harus berjanji bahawa kau tidak akan mengganggu keluarga ini dan tidak akan mengganggu manusia lain. Kalau kalau ikut segala syarat ini aku akan biarkan kau hidup. Mahu?
“baik…baik.. aku mau dan aku berjanji tak akan ganggu manusia lagi.”
“ikut aku baca kalimah syahadah ini dan kamu akan masuk Islam. Aku hantarkan kamu ke madinah”
“untuk apa aku ke Madinah? Apa yang aku akan buat di sana?
“di sana kau hanya perlu beribadah kepada Allah swt. Tiada lagi tuan yang akan mengarahkan kau berbuat jahat pada manusia”
“yaaaa…yaaaa.. tolong aku.. aku mahu asalkan aku tidak di b***h.”
Dengan lafaz kalimah syahadah maka, jin itu pun di hantar ke Madinah dan kakngah aku pon rebah.
Selepas kejadian tu, kakngah aku tidak lagi di rasuk, cumanya kami bagaikan ‘panas’ duduk di rumah ni. Selalu bergaduh, abah aku semakin kerap sakit, dan aku mula mendapat petunjuk sedikit demi sedikit siapa sebenarnya yang mengganggu keluarga kami. Tapi aku tak cerita pun kat siapa-siapa. Aku banyak diam sebab aku takut terjadinya peperangan keluarga.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Jumaat 29.10.1999, 6.30 petang.
(2days to go before PMR 1.11.1999)
“bye abah, nanti hari ahad adik balik abah ambik ye kat bus stand BB” kataku sambil lambai tangan pada abah. Aku dan kawanku tumpang kereta doktor haiwan sampai ke pekan.
Sebenarnya petang tu walau macam berat hati nak lepaskan aku balik ke kampung mak, tapi abah lepaskan juga sebab alasan aku 2 hari lagi nak PMR. Kononnya nk release kan otak sikit la. Kampung mak aku best, ada sawah menghijau, sedap dan tenang mata memandang.
Lepas aku salam abah,abah pegang muka aku, abah tenung, abah cium pipi, dahi dan peluk aku erat-erat.
Lain…… ya lain macam pelukan abah kali ni.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“hello… haaa alang kenapa? Abah semput? Yelah nanti ada apa2 call lagi” terdengar suara kaklong menjawab panggilan dari kaklang aku.
“abah semput……” aku risau.
Aku tengok jam baru pukul 6.30 pagi.
“abah mesti semput sebab ambik wuduk nak solat..” getus hati aku.
Perasaan aku mula tak sedap. Aku bangun dari tidur dan duduk di kusyen.
“weeyy, kau kenapa?” Tanya kawan aku. Untuk pengetahuan aku balik kampung mak aku dengan seorang kawan yang aku anggap sahabat.
“aku tak sedap hati la win, alang call kaklong aku tadi cakap abah aku semput”
Kringggg…. Kringggg…. Sekali lagi telefon berbunyi.
“kenapa lang? abah masih tak ok? Yela-yela akak call pakndak ajak balik sana.” Letak je gagang…
“adik kemas baju jom balik BB. Abah sakit”
Tak lama lepas bersiap, pakndak aku sampai terus kami balik ke rumah abah.
Perjalanan 45 aku rasa bagai berjam lamanya.
“abahhhhhhh…..” aku berlari masukke dalam rumah. Hati tak best!! Kenapa orang kampung berkumpul kat laman rumah aku??
“abahhhhhhhhhhhhhhhhh……………” mak saudara aku paut kuat badan aku.
“sabar dik.. sabar… abah kamu dah tak ada” bagai petir menyambar jantung bila makcik aku cakap macam tu.
“taaakkkk!! tipuuuu…!! tipu…!! adik nak tengok abahhh .. !! lepaskan adikkkkkk… !!lepasssssssss..!!!!”
Depan mata aku, sekujur tubuh yang kaku. Di tutupi dengan lembaran kain batik sehingga ke kepala.
“ALLAHHHHHHH…!! “ aku jatuh terjelupuk ke lantai. Mak dan semua kakakku memeluk aku.
“adik nak ikut abah mak.. adik nak ikut abah… “ aku peluk mak sambil menangis.
“jangan cakap lagu tu dik.. bawak istighfar, ingat Allah dik. Tak baik cakap macam tu. Allah lebih sayangkan abah. Biarlah abah pergi dengan tenang.sayang mak dak?” aku mengangguk lemah.
Aku bangun dan buka kain menutup muka abah. Aku tenung… aku cium dahi abah.
Sepanjang proses memandikan sehinggalah di kuburkan, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Ramai yang datang menghulur bantuan dan pertolongan termasok saudara maraku kecuali……..
Semakin kuat apa yang aku rasa selama ini. Agaknya puaslah hati manusia yang aniaya arwah abah dan keluarga aku.
Selepas selesai kenduri tahlil malam tu, kami sekeluarga berkumpul ramai-ramai di tengah rumah. Adik beradik mak semua tidur rumah aku. Mak mula bercerita…
“dari malam semalam abah kata sakit perut, dia suruh mak urut, bila mak urut rasa mcam ada bola dalam perut abah. Abah kata sakit sangat tak selesa, mak ajak abah p hospital tapi abah takmau.”
Mak lap air mata. Aku duduk sebelah mak dan tangannya aku peluk.
“pagi tadi lepaih ambik wuduk abah hang semput macam biasa, sejuk… lepaih solat dia semput lagi, tapi tak lama dia elok. Mak pulak p solat. Alang tengok abah.. belom sempat mak doa, alang kata abah sakit perut. Mak p urut sambil suruh alang telepon kak hang dengan kakngah.”
Semua terdiam kusyuk dengar cerita mak.
“masa mak urut, bola dalam perut abah macam bergerak. Abah hang cakap…. Sakittt Teh…”
Air mata aku makin laju keluar, macam tu juga mak dan kakak-kakak aku.
“mak kata sabaq bang, nanti elok na….tapi mak tengok abah makin lemah. Napaih cungap-cungap. Mak ajaq abah hang syahadah. Dia ikot.. 3 kali dia baca dikk…” sambil mak pegang muka aku dan dia cium dahi aku.
“sebelum syahadah ke 3, abah hang pegang tangan mak, dia bawak tangan mak p perut dia. Dia kata sakitt… maafkan abg, jaga anak-anak baik-baik. Mak angguk ja. Tapi tangan mak rasa bola dalam perut abah meletup.. dapat rasa kat tangan dik…..” lagi kuat mak aku menangis. Aku lap air mata mak walau air mata aku sendiri menitis laju.
“lepaih benda tu meletup abah hang jerit ALLAH!!! Dia mengucap kali terakhir dan dia p………”
Kali ni aku pulak yang menangis sekuat hati, aku tak malu dah dengan orang sekeliling.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Ya Allah, betapa teganya hambamu perlakukan begitu pada abah aku. Apa salah abah aku ya Allah???
Ya Allah, aku Redha dengan pemergian abahku bertemuMu Ya Allah. Aku tahu ini semua ketentuanMu.
Aku berjanji padaMu Ya Allah, aku akan cari siapa dalang di sebalik semua ini. Aku akan buat sampai dia mengaku dengan mulutnya sendiri Ya Allah. Itu janji aku. Bantu aku Ya Allah. Aku sayang abah aku. Semoga dia di tempatkan di kalangan kekasihMu Ya Allah…..”
Aku sujud lama……………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Isnin 1.11.1999
“fiiiiey….. salam takziah, aku baru tau pasal ayah kau.” Sorang kawanku ucap takziah dan aku masih steady.
“beb… takziah” sambil peluk. Dua ….
“takziah” tiga… empat… lima……………. Tak terkira dan akhirnya aku jawab kertas soalan PMR dengan deraian air mata.
“tak pa abah, pergilah dengan tenang. Adik sayang abah. Moga abah lebih tenang di sana bersama Sang Pencipta. Biarlah adik jawab soalan dengan deraian air mata sekalipun. Ia tak akan mematahkan semangat untuk adik terus menimba ilmu. InshaaAllah adik ingat segala pesan abah. Keadilan tetap akan datang untuk kita abah. Itu janji adik untuk keluarga kita”
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Kejamnya syaitan yang bertopengkan manusia di dunia ini. Sanggup menggunakan ilmu hitam untuk menuntut harta yang sekangkang kera. Nasib anak yatim tidak di bela namun hartanya di makan oleh mereka yang di beri amanah untuk menjaga.
Kami tidak akan balas di dunia kerana kami serahkan segalanya pada Allah swt.
Masih belom puas mereka menghancur dan memecahbelahkan keluarga kami. Cerita ini tidak terhenti di sini.
DIA MASIH MEMERHATI……..!
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Menusuk kalbu!
Kita sebaya. Al Fatihah pda arwah abah ang. Ada masa sambung cerita.
ya allah menngis baca.ayah saya pun baru je meninggal masa saya darjah 5,tahun 2015.saya juga anak bongsu daripada 6 beradik..sebak dia ya ampun.sbb masatu saya sakit.malam sebelum ayah saya meninggal,saya kena sakit chicken pox.ayah jaga,gelak gelak dia tengok cerita ‘Pelamin Fantasia’ yg si bisu tu kahwin.lepastu depa buat lawak.ayah gelkk je.masa ayah meninngal.kitorang check fone ayah.ramai yg berhutang dengn dia.tapi yg bayar ,sikit je.ade yg hutang sampai 5k,takbayar sampai sekarang.yg mmbuatkan kitorang sbak lagi.ayah chat dengan orang yg hutang 5k tu.ayah cakap “boleh tak bayar secept mungkin.anak aku nak kahwin ni,aku nak majlis yg terbaik untuk anak aku.lama dah kau berhutang’.tapi orng tu bgi bluetick je.kakak ngan angahsaya nangis .diorng kahwin sekali.diorng kahwin 3 bulan sebelum ayah meninggal.walaupun orang tu dah hutang lama.kitorang hanya mampu halalkan duit dan rayuan yg ayah bagi kat dia
1st time baca FS air mata mengalir….. sedihnyeeee.. 😭😭
Tolong percepatkan sambungan pls, menusuk kalbu cite ni?😭
Harap tabah ya kak , Tuhan Maha Adil 🙂
Sedih cerita ni , manusia tamak sehingga sanggup memakai ilmu hitam 🙁
moga sis sekeluarga tabah dan kuat..nanti cepat2 sambung lagi yea..
Sambung please…semoga roh ayah awk dicucuri rahmat..semoga org yg aniaya awk merasa penderitaan yg ayh awk rasa…
cerita yang bagus dan penyampaian yang sempurna. tolong sambung.
Tolong sambung wahai penulis……sesungguhnya cerita awak ni menarik minat saya. Amat geram berasa jika awak tak sambung. Cerita lagi tolong
Alfatihah buat yg telah oergi menghadap illahi.
Buat smbungan ye..sgt pilu bila membacanya..smoga awak n keluarga tetap tabah meghadapi kerenah manusia.
Sedih sgt…nnek aku pun mninggal dsebabkn manusia dengki…sanggup m******h demi kepentingan sendiri…akan ada balasan disetiap perbuatan terkutuk tu…amiin…ya rab
sedihnyaaa…
T_T sedihnya
Allahu sapelah yg jahat. cerita ni kena ade sambungan. nk tahu sape yg sihirkan ur late father. Al Fatihah utk arwah.
kejam Nye…
al fatihah tok ayah awak..
Salam takziah sis. Al fatihah
Salam takziah. Saya doakan semoga arwah ditempatkan kat syurga jannatul firdaus. Akak kuat, akak boleh nye. Saya doakan akak supaya dipermudahkan segala urasan akak sekeluarga. Kirim salam saya kat mak akak. 🌹
AL FATIHAH.. SHIHSSS, DIA MEMERHATI
hurmmmmm…. biselh nok citer malay xdpt dpisahkn ngn hasad n dengki.. pe g ada kaitn psl pusaka, harta, even u adik beradik… Duit nokk sape xgilerr..
p/s Al_Fatihah..
Tumpang lalu
kesiannye…takziah tuk ayah awk…de sambungan ke x ni?
Takziah untuk awak, semoga org yg buad tu brtaubat sblum m**i kena seksa dlm kubur di padang masyar titian sirat neraka.
Takziah utk anda Fieee!!!
1993 darjah 3…
1999 PMR… ntah2 kita 1 kelas dulu ni… 😅😅…
*Jalan cerita yg baik.. Tiada banyak ayat yg berpusing pusing… 9.8/10 utk anda..
Takziah utk anda Fieee!!!
1993 darjah 3…
1999 PMR… ntah2 kita 1 kelas dulu ni… 😅😅…
*Jalan cerita yg baik.. Tiada banyak ayat yg berpusing pusing… 9.8/10 utk anda..👏👏
Takziah. Moga Allah atur yang terbaik. Sedih beb.
Nak sambungan.