Tangga

Assalammualaikum. Aku harap cerita aku dapat dipublish untuk tatapan pembaca semua. Yang baik ambil sebagai iktibar dan yang buruk jadikan sempadan.

Aku ni kalau boleh tak naklah nak ingat atau nampak benda-benda yang menyeramkan ni, tapi sejak aku pindah rumah baru, dah mula rasa pelik. Masa tu aku mengandung. Ada satu malam tu, aku dapat rasa ada orang intai aku celah pintu. Gelisah wei malam tu. Last-last aku bangun tutup pintu bagi rapat.

Ingatkan dah settle, aku nak sambung baring, cuba nak lelapkan mata memandangkan esok ada hal nak uruskan, kena bangun pagi. Gerak hati aku kuat sangat dapat rasa ada yang memandang aku lagi. Tapi dia duduk dekat penjuru bilik. Aku ni mata memang susah nak nampak. Kalau boleh memang tak nak pun. Tapi gerak hati aku jarang silap. Kalau ada yang menumpang atau mengacau, aku mesti dapat rasa.

Satu malam, aku dapat rasa ada orang intai aku dari celah pintu, aku rimas rasa gelisah. Aku  tutup pintu dan rapatkan, ingat dah settle  sampai situ. Kesudahannya pukul lima pagi baru aku tidur. Rasa panas dan rasa benda tu ada dekat penjuru bilik, serta gerak hati aku kuat mengatakan yang selalu pandang atau intai aku tu perempuan. Ya, perempuan!

Kerap jugalah aku kena situasi macam tu, sampailah satu petang aku balik rumah awal, aku rehat dekat bilik atas. Disebabkan charger handphone tertinggal dekat bilik lagi satu, aku pun bangun ambil. Untuk pengetahuan korang, bilik lagi satu tu berhadapan dengan bilik aku. Dah ambil charger handphone, aku pun patah balik pergi bilik. Aku nak sambung baring, tiba-tiba pintu tandas tertolak dan terbuka sikit. Tandas atas terletak tengah-tengah di antara bilik aku dan bilik lagi satu. Aku yang agak penat pun abaikanlah. Lagi sekali gerak hati tak sedap, rasa yang sama, ada orang berdiri depan pintu. Pintu bilik aku berhadapan tangga, aku bingkas bangun dan turun. Aku turun je tangga rasa panas belakang aku. Rasa diperhatikan.

Dipendekkan cerita, sampai aku bersalin, apa yang berlaku aku pandang sebelah mata je. Yalah, kalau ambil serius sangat, boleh kena gangguan emosi tau. Lagipun aku baru habis pantang, nak uruskan anak kecil dan rumah. Walau macam-macam gangguan aku kena, aku diamkan je.

Lepas solat magrib satu hari tu, aku berdoa minta pada Allah petunjuk, apa sebenarnya yang menganggu, buat aku terjaga pagi, tak tenteram, rasa diperhatikan, rasa gelisah. Aku minta betul-betul dekat Allah, sesunguhnya Dialah tempat aku meminta pertolongan dan berharap.

Aku pun tak berapa ingat bila, tapi aku ada didatangi mimpi ular selama tiga malam berturut-turut. Mimpi malam yang pertama ular tedung yang patuk aku. Mimpi kedua, dua ekor ular sawa besar. Kesemua mimpi aku, ular-ular tu berada dalam rumah.

Aku ada cerita berkenaan ganguan ni dekat kawan rapat aku, dia pun ada cadangankan aku berjumpa seorang ustaz yang berkebolehan mengubat dan melihat segala ganguan makhluk halus. Lagi satu, aku bukan tak nak cerita dekat suami, tapi respon dia tu. Dia cakap aku layan sangat perasaan. Aku kena dari masa aku pindah rumah tu. Dahlah masa tu mengandung weh, perempuan mengandung ni sensitif tau. Lagi kena dengan ganguan macam ni. Sejak tu aku tekad, aku nak selesaikan segala ganguan ni tanpa bantuan suami. Kalau boleh pun selesaikan dengan cara baik. Lagi satu, gangguan ni buat aku panas dengan suami aku. Selepas maghrib aku dah hantar anak dekat emak mertua aku, minta tolong jaga. Emak mertua aku tinggal satu taman dengan aku je, jadi tak jauhlah aku nak hantar baby. Jumpa je ustaz, dia mintak gambar hadapan rumah. Aku pun tunjukkan. Ustaz tersenyum sinis. Benda ni baru je menumpang dekat rumah, katanya. Seeloknya rumah baru buat doa selamat atau amalkan pasang surah al-Baqarah setiap hari. Tak pasti dari mana dia datang, tapi suami aku kerap pulang malam dan terus masuk rumah.

Aku pun tak salahkan suami sepenuhnya. Aku ikut nasihat ustaz, masuk je maghrib, lampu tangga aku terus pasang. Aku takkan biarkan bergelap, sebab ustaz cakap, dekat kawasan tangga tu tempat dia duduk. Akhirnya terjawab segalanya. Patutlah masa lepas pantang aku kerap pandang tangga. Perasaan aku kuat sangat rasa ada orang berdiri dekat situ, aku abaikan dan kuatkan semangat. Lagipun dengan keadaan aku macam tu, tak bagus untuk aku terus melayan. Gangguan pun dah tak ada, sampailah satu hari tu pakcik aku ada datang rumah, tujuan hanya untuk singgah melawat. Semasa kitorang berbual, tiba-tiba pintu bilik atas terdengar dihempas kuat. Semua yang ada berpandangan sesama sendiri. Aku sedapkan hati pakcik aku, cakap itu angin, tingkap atas terbuka mungkin. Walhal tingkap atas tertutup dan angin pun tak ada masa tu. Sejak tu aku terus konsisten pasang surah al-Baqarah setiap pagi dan petang. Aku bukan pandai nak usir makhluk halus ni. Aku jumpa ustaz pun ambil panduan yang boleh diguna pakai dan nasihat. Contohnya masuk rumah beri salam, langkah pakai kaki kanan, kalau nak tinggal rumah, jangan dibiarkan gelap. Benda macam ni aku tak pandang remeh dah, sebab aku pernah rasa sakit, duduk dengan tetamu yang tak diundang. Kacau bilau jadinya! Cukuplah dijadikan sebagai iktibar.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
yaya

28 thoughts on “Tangga”

  1. Btul ckp ustaz tu umah baru perlu buat doa selamat nak halau benda2 yg kite xnmpk…umah setingkat ni seram pulak…main kat tangga…aduhh…seram lah…lemah smngat kalau duk sorg2 kt umah cenggitu…mmg kental betul laa akak ni blh tggl sorg2 kt umah yg ade tetamu yg tak diundang tuu..

    Reply
  2. Yupe betul. Kena buat kenduri Doa selamat bila nak pindah masuk rumah baru. Masuk rumah bagi salam. Langkah kaki kanan. Sbb Ada yg akan mengikut bila masuk rumah takbg salam. Yg akan porak perandakan rumah tangga. Semoga yaya and family sentiasa dibawah lindunyanNya.

    Reply
  3. kuat semnagat sungguh yaya.. even dpt suami yg tak cuba memahami.

    kdg2 org yg tak faham mslh kita ni, dia tak ‘merasa’ benda2 mcm ni so dia takkan faham.

    cth iols, iols kurang ‘rasa’ benda2 mcm ni but both of my sister mmg cepat rrasa benda yg bukan2 ‘hadir’.

    tenga sembang2 tgh mlm deols kata bunyi hembusan nafas kuat,

    Reply
  4. Untuk benteng diri amalkan Bismillah 5 tiap kali lepas solat. Untuk pagar rumah tu tiap hari boleh cuba amalkan setiap subuh dan sebelum maghrib Al fatihah, Alif lam mim (permulaan surah alBaqarah), ayat kursi dan ayat ‘lillahi ma fissama….’ (ayat akhir surah alBaqorah). InsyaAllah, kalau Allah izin, maqbul je.

    Reply
  5. Klo bunyi tutup pintu tiba² dkt bilik ats tu ada apa² ke….wlopun kita x buka tingkap atau pintu beranda…
    Ada sesiapa blh jelas kan….adakah ia angin….

    Reply
    • kau kena ambik kira beberapa faktor juga.. Cari punca kenapa bunyi tutup pintu tu ada..
      Make sure bunyi ttp pintu datang dari dalam rumah kau sendiri.. sbb kalau kau tinggal sorang n rumah tgh sunyi, bunyi ttp pintu dari rumah jiran pun kau akan dengar jelas..

      Reply
      • Pintu ny buka…Klo nk ckp jiran sbelah x mungkin kot sbb tv rumh sy mmg betul² sbelah dan depan tangga…..kdg klo hujan,mendung atau x hujan skali pn te ttp gak….kdg² jee laa😅

        Reply
    • Tapi jika keadaan sebaliknya berlaku.. maksudnya, kalau rumah kau dalam keadaan baik dan situasi juga berpihak kepada yang logik.. kau kena cari la pakar² dalam bidang yang berkaitan untuk datang dan cari penyelesaian terhadap permasalahan kau..

      Reply
    • Pintu ny buka…Klo nk ckp jiran sbelah x mungkin kot sbb tv rumh sy mmg betul² sbelah dan depan tangga…..kdg klo hujan,mendung atau x hujan skali pn te ttp gak….kdg² jee laa😅

      Reply
    • Pintu atau tingkap rumah kan ada ruang sikit bawah atau keliling frame. Kalau tutup pintu atau tingkap pun ruang tu udara boleh lalu. Kalau angin laju kat luar pun boleh tolak pintu bilik jd tertutup sebab perbezaan tekanan udara dalam bilik dgn yg diluar. Tak semestinya kena ada angin.

      Reply
  6. patut nye cerita ni tukar tajuk ‘rasa diperhati’ lg better..huhu

    aku kalo nk tido aku kene pastikan semua jenis ruang & lubang2 dlm bilik ditutup..
    contoh pintu, tingkap, pintu almari, bawah meja, cermin..kalo x mst aku terpikir mcm2..hehehehe

    Reply
  7. ppepon segalanya tawakal dan berserah kepada Allah ,surah ayat dan doa tanda sebagai usaha apa2 kita tetap terus berdoa dan bergantung kepada Allah segalanya dengan inzin dan kehendakNya..Wallahu a’lam

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.