Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali terima kasih saya ucapkan pada FS sekiranya FS menyiarkan kisah saya. Kisah yang saya ingin ceritakan pada anda sebenarnya bukanlah dialami oleh saya. Tetapi dialmi oleh ibu saya. Nama saya amar & ibu saya zaleha. Kami berasal dari Perak, Malaysia.
Peristiwa ini berlaku pada bulan 1 tahun ini. Peristiwa ini berlaku semasa percutian saya dan ibu saya ke negeri sabah. Ini adalah pertama kali kami ke negeri sabah. Ini pun saya bawakan ibu saya ke sabah kerana saya ada bernazar untuk membawa ibu saya bercuti sekurang-kurangnya setahun sekali.
Pada awalnya kami berdua sangat gembira, sebabnya negeri sabah bagi kami adalah negeri yang cantik, penduduknya yang mesra, makanannya yang menarik dan permandangannya yang cantik. Pada hari pertama kami ke Kundasang & melawat banyak tempat & membeli belah makanan dan membeli souvenir.
Pada malam pertama kami menyewa di hotel yang agak terpencil. Semasa saya booking hotel untuk menginap pada seminggu yang lalu, saya memang sengaja memilih kawasan yang mempunyai permandangan mengadap gunung kinabalu yang cantik. Namun, saya betul2 tak tahu yang hotel yang kami menginap adalah di kawasan yang terpencil di atas bukit.
Kami tiba di hotel pada waktu senja. Di negeri sabah, waktu maghrib masuk sejam awal berbanding di semenanjung Malaysia. Selepas check in, saya saya dan ibu unpack barang kami & makan makanan yang kami beli di kundasang. Banyak juga pengunjung dari semenanjung yang menginap di sini, saya solat & ibu saya keluar dari bilik & duduk di balkoni bilik kami. Kebetulan jiran kami di sebelah juga adalah berasal dari semenanjung keluar ke balkoni dan mereka pun berborak sampai ke waktu isyak.
Saya pada hari tu agak kepenatan dan selepas solat isyak saya terus baring dan terlelap. Kebetulan ibu saya pada hari tersebut tidak boleh solat atas sebab orang perempuan. Pembaca faham kan.
Pada waktu subuh, kami bangun awal pagi sebab ingin teruskan menjelajah kawasan Kundasang. Sewaktu bersarapan di hotel, ibu saya bertanyakan pada saya.
βAmar, malam tadi kamu dengar apa-apa tak?β Tanya ibu saya.
βTak ibu, kenapa?β Balas saya ringkas.
Jadi ibu saya ceritakan peristiwa yang dialaminya malam semalam.
Pada malam semalam, sepanjang ibu saya bersembang dengan orang sebelah, ibu saya merasakan ada sesuatu yang memandang mereka dari pokok2 dihadapan balkoni yang kami menginap. Disebabkan perasaan yang tak sedap hati, ibu saya mengakhiri perbulanan dan masuk ke dalam bilik.
Waktu pada ketika itu jam sepuluh malam. Saya pada waktu itu telah pun melelapkan mata. Ibu saya terdengar bunyi tapak kaki seperti sedang berjalan di kawasan balkoni kami. Ibu saya pada waktu itu masih boleh bersabar dan tahan perasaan takut. Tiba2 ibu saya terdengar suara perempuan menangis di luar kawasan balkoni kami. Balkoni kami ada sliding door & ditutupi dengan langsir. Di celah-celah langsir langsir ibu saya kata dia ternampak seperti lembaga berbaju putih & berambut hitam & panjang berlegar-legar di balkoni bilik kami.
Katil saya pada ketika itu bersebelahan dengan pintu balkoni bersliding door itu. Ibu saya ketika itu, tidur di katil bersebelahan saya. Tapi pada waktu itu mungkin saya dah tidur lena sangat saya tak terganggu dengan bunyi-bunyian tersebut.
Meremang juga saya dengarkan cerita tersebut. Jadi untuk menjaga keselamatan kami, saya terpaksa batalkan booking saya dan check out. Saya sebenarnya telah book bilik hotel tersebut selama 2 malam. Jadi saya terpaksa batalkan booking saya dan book hotel yang baru untuk malam seterusnya.
Percutian kami berakhir pada hari seterusnya. Walaupun ada peristiwa yang mengganggu ibu saya, alhamdulillah ibu saya seorang yang kuat. Kami sambung menjelajah sekitar kundasang, menginap hotel yang baru & sambung shopping di kota kinabalu & akhirnya pulang ke semenanjung Malaysia. Alhamdulillah perjalanan kami selamat.
Itu saja cerita saya FS. Saya minta maaf kalau cerita saya tidak lah seram mana. Tapi itu la cerita yang ibu saya ceritakan.
Hem, menghadap hutan ya.memang suka benda tu, dulu saya kat kampung memang hutan tebal. macam macam bunyi pernah dengar π pernah dengar mulu national park? haa area situ je rumah kampung kami.
mcm baru je citer ni π± kau tak gi CP ker ? best boleh tgok movie π