Salam semua pembaca dan peminat fiksyen shasha dan terima kasih pada admin kerana siarkan cerita yang saya karangkan. Sebelum saya ceritakan panjang lebar kisah hidup saya, anda sudah sedia tahu akan bahayanya saka, sihir dan jin yang mampu memusnahkan kehidupan, rumahtangga dan keluarga kita semua. Jika ade typo dan kesalahan tatabahasa harap dimaafkan.
Kisah yang saya ceritakan mugkin tidak seram seprti mana kisah2 anda semua baca sebelm ini tetapi mungkin anda semua boleh jadkan ini pengajaran untuk anda. Kita hidup di dunia ini sudah pasti bukan hanya manusia tetapi ada juga makhluk laen yang kita tidak nampak dengan mata kasar kita. 2016 melabuhkan tirainya, 2017 genap umur aku 28 tahun. Aku seorang gadis yang terlewat sedikit jodohnya (mana tau ade yang berkenan hihi). Aku Intan berasal dari timur. Ini kisah kenapa aku terlewat jodoh. Walaupun aku sendiri tidak yakin tetapi inilah yang aku lalui. Yang aku yakin dan pasti, jodoh ajal maut di tangan Tuhan.
Sudah banyak kali aku bercinta, bertunang putus tunang, bercinta dair awal sayang bagai nak giler, last ending mcm haprak. Entah kenapa aku yang pada awlnya sayang, tetapi tetiba aku tawar hati, sampai benci xleh nak tengok muka, aku pun xtau punca. Selama ni aku anggap mungkin tiada jodoh, so aku xdelah nak pikir sangat bab² kawen ni. Walaupun dah ramai kawan aku kawen, adik aku sendiri pun dah kawen, tapi aku jenis yang relax. Aku enjoy dengan kehidupan aku sebgai gadis yang aktif dan berfikiran terbuka. Aku banyak habiskan masa dengan kerja, enjoy dan travel ke mane saje tempat aku nak pergi. Tapi saat ni, saat aku mengarang cerita ni, terdetik jugak nak kawen. Masalahnya dengan siapa 🙁 Ok stop citer pasal aku (sorry x sedar).
Tahun lepas, pertengahan tahun aku dikejutkan dengan satu mimpi, iaitu mimpi menyusu bayi. Yang korang sedia tahu mimpi menyusu bayi adalah berkenaan saka, dan saka tu dah memang sah ada dengan diri kita (cuba korang rujuk ustaz atau google if korang was² nak percaya). Aku tahu pun sebab dulu aku suke sangat nonton tv3 ‘wanita hari ini’ yang dulunya setiap selasa akan ade kisah² mistik dan ustaz ape entah akan jadi tetamu jemputan. Dari situ lah aku tahu. Aku dulunya berminat sangat ilmu ghaib ni. Tapi bile jadi kat diri sendiri langsung tak caye. Termenung beb tepi pintu. Erghh.
Biasa, bila dah dapat mimpi macam tu ape lagi. Orang pertama yang aku cerita tak laen tak bukan semestinya mak aku. Mase aku citer kat mak aku, mak aku buat x endah je. Dia dengar, then dia cakap tu mimpi, mainan tido. Mak aku ni jenis x percaya sangat mende² macam ni.. So aku pun diam je. Sebelum aku dapat mimpi tu, aku baru ingat yang aku banyak sangat ade petanda² yang semestinya tanda saka seperti:
1- Panas baran. Aku memang xleh control langsung panas baran aku. Dengan ayah aku pun aku gaduh. Langsung x takut. Derhakanya aku :'(. Tapi dah mintak maaf, aku cepat marah dengan 2 orang je kat dunia ni, ayah aku dan ex tunang aku. Kaw² aku maki hamun macam orang lupe diri.
2- Aku selalu terdengar sesuatu atas atap bilik aku. Rumah aku rumah kampung, xde siling. So direct atap. Macam² aku dengar.
3- Sakit belakang tuhan je tahu. Macam ade benda kat bahu aku (tetibe abang aku mengigau. Aishh buat aku seram pulak duk taip sorang²).
4- Yang ni segan sikit nak citer. Tapi aku bagitau jugak. Selalu ade kesan kene gigit. Kesan tu memang pelik. Kat semua badan. Yamg kerap kat dada aku. Pernah aku tunjuk kt mak aku. Mak aku mengucap panjang. Kesan gigitan tu macam taring. Sangat seram!!! 2-3 minggu baru hilang.
5- Aku jadi berani. Balik rumah lewat malam. Pagi pun aku berani balik sorang² diri dengan motor aku. Kadang² dengn kereta. Kawasan rumah aku x payah cakaplah, dalam hutan kot. Khinzir macam kambing kot kat tepi jalan. Aku xde rase takut sebab rase macam dilindungi.
6- Mimpi pulak macam². Mimpi pelik². Sangat pelik dan menakutkan. Nanti aku cerita kalau aku ingat ok.
Awla tahun aku bertunang dengan sorang mamat ni. X sampai 2 bulan aku putus tunang. Sudah pasti aku yang meminta putus sebab aku langsung x sayang. Perasaan tu datang tibe². Tapi xdelah aku nak pikir macam². Sebelum aku putus tunang, kejadian pelik menimpa diri aku. Muka aku kemerahan, naik bintik² merah seakan nanah kecil. Habis satu muka. Hodoh sangat. P hospital inject macam biase, tetapi tidak reda jugak. 2 minggu kot.
Doc pn pelik. Sebab kalau korang tau, alergi xkan ambik mase yang lama (doc lah cakap hehe). Dekat sebulan, mase tu aku dah putus ase. Lepas bintik merah, muke aku jadi bengkak. Ya tuhan, muka aku dah bukan muka aku. Jadi besar, besar sangat. Aku berkurung je dalam bilik. Mak aku ajak aku p jumpa pak cik kat kampung. Mintak ‘air tawar’. Alhamdulillah seminggu surut. Ayah aku takut aku terkena buatan orang. Bukan nak bangga diri, aku ni berupa lah skit (anugerah Tuhan) tp mase tu, kalau tuhan nak tarik anugerahNya tu, aku redha.
Seminggu lepas aku cerita kat mak aku pasal mimpi aku tu, tetiba pagi tu mak aku ajak aku p jumpa ustaz sebab mak aku dah percaya yang tu mimpi petanda saka. Mase tu muka mak aku dah laen. Mak aku pelik jugak. Dia duk cakap sorang². Belah mane ‘benda’ tu, x kan belah mak aku kot (maksudnya nenek aku lah). Tapi mase tu aku x nak pergi ikut mak aku, entahlah perasaan macam tu tetibe hadir. Mak aku x paksa. Dia mungkin tau. Keesokannya, dia suh aku mandi air mandi yang dia buat (limau nipis+garam+lada hitam yang diberi ustaz ). Aku x membantah. Aku ikut je. Kene bace ayat itu ini then mandi. 3 hari berturut². Mak aku kejutkn aku awal subuh. Yelah aku ni liat sikit bangun pagi (jujur sikit, hihi).
Lepas 3hari, aku rse laen macam sikit. Kurang sikit sakit bahu. Then adik perempuan aku pulak yang mimpi menyusu. Dia x tunggu lame, terus berubat. Lepas tu aku kembali macam dulu. Mungkin mende tu kembali. Aku x paham sangat mende ni. Mase tu pun aku dengan mak aku xtau mende tu ape. Sampai sekarang. Sebab ade mak cik cakap jin berkenan, sebab tu lambat jodoh. Saka semestinya sebaa petanda mimpi. Buatan orang untuk buat aku lambat jodoh pun aku x pasti, tapi kalau saka memang lah. Sebab dah mimpi kan. Sebelum aku tahu aku ada saka, aku langsung xleh dengar ayat² suci al-Quran. Sembahyang pun liat. Pendose sangat aku ni. Tapi puasa alhamdulillah.
Akhir tahun lepas, aku dan kawan aku p jumpa mak cik ni sebab aku rase aku ni dah laen macam. Macam teruk. Aku ni bila orang ajak berubat, entah kenapa aku x nak pergi. Sekarang ni pun kalau korang ajak aku x nak p. Kawan aku paksa aku p jugak ikut dia. Macam² halangan jugak lah mase nak p rumah mak cik tu. Aku ni jenis x percaya sangat berubat² kampung melainkan ustaz walaupun aku ni bukan ustazah. Hoho. First, mak cik tu scan aku. Mak cik tu cakap, bukan saka je ade. Ade mende laen nak ‘berkawan’ dengan aku. Sebelum aku p jumpe mak cik tu, 3hari sebelum tu, aku bermimpi harimau kumbang masuk rumah. Tepat pandang kat mata aku. Dan aku balas pandangan dia tu. Then dia keluar dari rumah sebab ape pun aku xtau. Mase tu terjage dari tido (xtaulah mimpi ni ade makne ke x).
Beralih ke kisah mak cik tadi. Mak cik tu cakap saka ni dah lama duk dengan aku. Ok. Aku tergamam. Xtau nak percaya ke x. Mak cik tu teruskan bercakap. Aku just dengar je. “Saka ni dah lame duk dengan kamu, kamu je x sedar. Kalau kamu sedar pun, mungkin mase tu kamu budak lagi. Cuba ingat ade x mende pelik mase kecik² dulu”, tanya mak cik tu kat aku. Aku langsung xleh ingat, sebab blur sangat masa tu. Aku tanye mak cik tu, “saka ape sebenarnya yang ade dengan aku ni?”. Mak cik tu cakap, “saka ni xbahaye sangat. Tapi kesan ‘mende’ tu boleh musnahkan hidup kau”. Aku x sedar aku terima saka tu dalam mimpi. Mak cik tu lah cakap, jenis saka yang duk dengan aku ni kelakar sikit namenya. Mase mak cik tu bagitau aku, aku x tau nak gelak ke nak takut. Korang nak tau??? Saka berhias –*-*-**–**– Ngeh, patut aku suka berhias sangat. X pakai mascara pun aku tak nak kuar hihi.
Saka, saka. Xkire lah ape jenis bentuk, ia bukan sesuatu yang baik. Itu kita semua perlu tau. Bila aku ingat balik soalan mak cik tu, baru aku ingat. Mase aku umo 12 tahun, pernah aku marah abang aku yang bergurau dengn aku. Mase kat luar rumah, abang aku duk kat paip air. Nak mandi kat luar rumah sebab maen kotor. Aku p sapu muka dia. Mase tu aku nak tampar dia. Tampar² manja. Sumpah aku x tampar kuat. Aku just sapu je. Tapi kesan toreh macam kene cakar rimau. Dari kening sampai pipi. Dalam mata yang bawah mata tu. Kalau kite nak pakai lens kite bukak mata kan. Yang bawah mata merah² tu pun kene kuku aku. Sumpah kuku aku pnedek masa tu. Then aku tengok kuku aku. Terlekat kulit muka abang aku. Mase tu seguni aku kene marah oleh mak aku. Ayah aku p amek abang aku. Abang aku menangis macam orang giler. Sampai sekarang aku gelarkn dia ‘toress’ sebab ade parut sehingga sekarang.
Aku tanye mak cik tu, “Sebenarnya saka ni dari mane?”. Mak cik tu cakap dia xleh nak tau yang tu. Dia suh aku ingt balik ape aku pernah mimpi sebelum² ni. Yesss. Aku ingat. Aku selalu mimpi nenek belah ayah aku. Duk atas pasir, bercangkung ade. Bersila ade. Pastu tangan duk maen pasir. Muke arwah macam ade luke2. Aku tengok macam pedih sangat. Mase aku mimpi tu aku tau tu bukan nenek aku, tapi aku buat² x tau. Aku x pernah layan. Sampai lah satu malam tu, aku mimpi nenek aku duk berjalan2 dalam rumah aku. Rupa tetap sama, baju lusuh yang sama. Menangis. Duk ikut aku dari belakang. Then aku pun nangis. Aku pun peluk nenek aku. Tu mimpi last aku jumpe nenek aku.
Itulah asal usulnya ‘bende’ yang ade dengan aku sekarang. Aku masih belum siap berubat. Macam² lagi yang aku alami. X sempat aku nak ceritakan. Ape yang aku nak kongsi di sini, saka, jin dan sihir boleh musnahkn kehidupan. Yang berkahwin boleh bercerai berai. Yang belum berkahwin akan lambat jodohnye. Macam tersekat. Tapi kita manusia, kita lebih kuat dengan pertolongan Allah.
Saka yang duk dengan aku ni pun mungkin tengah bace ape aku taip ni. Dia duk belakang aku. Mak cik tu cakap mende tu kecik je. Macam ank kucing, tapi garang. Kuku cakar berbisa. Aku juga merujuk pada ustaz. Yelah mende macam ni, silap jumpe ‘doktor’ makin parah, kan?? Mak cik tu aku tengok boleh dipercayai sebab dia x pakai sangat mende pelik. Banyak dia bagi nasihat, itu ini. Kadang² kene marah jgk sebab tinggal solat. Sebab tu mende x baik cepat hinggap. Tiang rumah pun nak runtuh katenya. Mak cik tu cakap saka tu buat aku makin ‘berseri’ sebab tu tugasnya. Cuma saka ni x nak aku berpunya.
Ini sahaj kisah aku. Aku akan mendapatkan rawatan. InsyaAllah. Yang di luar sana kalau dah ade ciri² saka, jin ke ape, tolong berubat cepat. Mende ni xkan buat kite hidup aman. Saka ni kesilapan orang² dulu. Sampai kite yang generasi baru terkena tempiasnya. Semoge Allah melindungi kita semua. Sampai disini saja coretan saya. Jika dah pulih, saya akan ceritakan lagi. Kisah ni xdelah seram macam kisah detektif dan kebaya tu, tapi mase taip ni dah cukup seram. Bayangkan mende tu ikut sama bace. Jeng jeng jeng. Ok byee uolss..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sereeemmmm part tercakar muke abg toresss tu…
Camne ekk nk ngelak/menolak…
Cth mcm penulis mimpi tu zmn kanak2…
Pastu berlaku dlm mmpi yg biasenye di luar kawalan kita…
Tup2 rupenye dah TERterima…
Enggak fair lhoorrr itu macam kalu…
Bebudak mane paham pape…
Ko usaha la p berubat kat ustaz jin tgk fb die ustaz norazman albanji in shaa allah ak rasa ko blh terlepas dri semua ni dgn izin allah.yg pntg usaha..
Ingat prsan aku ko berubat dgn ustaz ni.in shaa allah
Sya pun ada sorang kawan pernah mimpi menyusu baik an bnyk Kali mimpi pasal budak2 ni. Sya ada nasihat dia p berubat dan dia x salah ada cakap kat mak dia tapi x buat pa pe pun. Tapi ya pun pening sbb kawan sya yg sorang ni mmg suka sngt budak2 takut2 dia mimpi tu sbb ter lalu sukakan budak². Wallahu’alam.
Maaf bnyk pula typo
*menyusu baik an – menyusukan bayi
*ya- saya
*ter lalu – terlalu
best citer tapi part yg tiba2 ada saka tu yg sadis ckit nasib baik lah cik cpt sedar dn pegi berubat ..psl jdh pula mintak lah dgn allah agar d cepat kn urusan bertemu jdh.. amin
Saya pun selalu mimpi ular.. mimpi baby.. mimpi susukan baby.. sejak dari kecik. Bila dah besar ni kalau cerita kat kawan2 diorg kata tu tanda2 ada saka.
Tapi bila p berubat di darussyifa’, Alhamdulillah takde ape.. tak semestinya mimpi2 baby tu sebab ada saka. Ada bnyk lg sebab2 lain. Tapi ustaz tu kata..kalau mimpi kena patuk ular itu baru betul ada saka masuk.
Kita kena selalu amalkan surah al-baqarah.. ngaji setiap hari.. solat jangan tinggal. InshaAllah akan terlindung drpd kejahatan jin & syaitan 🙂
ustaz kt mane?
Haii.. Itew baru lepas break dgn gf iteww aww. Saia taa kuad awaaa HeUrMmmmmZz!
giler kentang ler ko jahh..saka berhias ye..huhuhu
semoga selamat berubat dan dipermudahkan..
Lebih kurang jek pengalaman sis dgn iolls. Panas baran yakmat asyik nak marah je harharhar. Atap rumah dulu dah mcm nak roboh dah tak tau la ape benda la atas tu. Suka kuar lepak memalam blk sampai 1 pagi. Choy. Bab percintaan tak pernah tahan lama. Kahkah. Tp syukur Alhamdulillah skrg dah kawen hikhik. iolls pun selalu lebam2. Wlpn mak cubit sikit pun dah bole lebam tp tak sama mcm lebam yg ituuu. Pernah kena tindih.Pernah mimpi dpt seguni ular mcm2 jenis. Mimpi kena kejar dgn buaya, harimau. Mimpi kutuk ular hodoh sampai tangan bersisik siap mintak maaf dgn ular tu sbb kutuk dia hodoh. Mimpi dukung bayi. Memula mimpi bayi tu dia diam je. Pastu mimpi lagi dia nangis. Pastu mimpi last baby tu dia siap senyum lagi. Choy. Cite dkt mak nanti dia ckp keluarga aku takde saka ? Tp apa2 pun kalo rajin solat, mengaji insyaAllah takde pape. Tp tula sejak baca fiksyen shasha ni asyik over thinking pasal hantu. Lol. p/s: Patut ke iolls berubat uolls ?
hmm tu lah. Iolls pun rasa since asyik baca FS ni makin overthinking pasal hantu. Tapi mmg kadang2 ternampak kelibat2 benda lalu, kat rumah sewa pun selalu kena ‘tegur’ dengan ‘rumah’ tu kalau buat bising like bukak lagu karok sorang2 ke.. mesti rumah tu berbunyi. and badan pun rasa mcm sentiasa sengal2,. Nak dengar ayat ruqyah pun iolls takut, hati nak try sbb katanya boleh scan kan if ada pape ke kan,, tapi sampai sekarang takut nak dengar. Idk. patutkah iolls pergi berubat? Mimpi pun selalu gak pelik2, tapi x pernah/x ingat la ular patuk/menyusu baby… Should i?
sy pun pernah alami.becinta 10 tahun.tapi mcm berat sgt jodoh nak sampai.bila rancang nak kawin mcm2 halangan.bf sy masa tu eksiden dah berapa kali ntah.sampai 1 hari sepupu cuba keluarkan saka tu.(dia belajar perubatan islam yer).sebulan lepas tu dgn izin Allah smpi lah jodoh sy dgn bf.now dah setahun kawin tapi belum ada anak lg.tapi selalu mimpi susukan baby,mimpi mengandung.in Shaa Allah lps ni nak cuba lg berubat.
Hmm.. mcm2 jnis saka ni yer.. tp aku yakin, suatu ms nanti kita smua akan jumpa jgk saka kita.. mlh saka tu sndiri akan jumpa saka dia… sakaratul maut..
sama macam saya kak , cuma saya tak pergi berubat je . bagitahu mak ayah diorang macam buat tak endah . sakit belakang tak baik lagi . rasanya dah masuk bulan keempat dah sakit . nak nak pulak haritu mimpi terima baby dah masuk kali ketiga mimpi cuma yang seramnya yang mimpi sampai baby tu dah besar jadi hensem aduh . lebam lebam pun sama ada macam macam warna biru purple merah dah macam apa . tindih tu dah jadi terbiasa sangat terlalu kerap sampai mimpi ular harimau buaya pun sama cuma saya buntu . saya nak pergi berubat tapi mak ayah saya tak izinkan macam mana ? saya rasa saya perlu bantuan cuma itulah hm