Assalmualaikum pembaca fs. Nama aku Wawa (bukan nama sebenar). Mari aku mulakan cerita. Pada tahun 2007, aku berumur 16 tahun masa tu. 16 tahun ni selalu orang cakap ‘honeymoon year’ untuk sekolah menengah. Masa ni la selalunya budak sekolah menengah akan aktif dalam kokurikulum. Dipendekkan cerita aku terpilih untuk pergi ke kem kebangsaan KRS yang dianjurkan di Kuala Kangsar, Perak. Aku bersekolah di salah satu sekolah di Putrajaya. Setelah 2 bulan melakukan training maka kami diberi taklimat utk berkumpul di sekolah Alam Shah pada hari isnin jam 7 pagi. Setibanya di Kuala Kangsar, setiap negeri akan dipecahkan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 negeri yang berlainan (Labuan dan Putrajaya dikira asing dari 14 negeri yang sedia ada). Kumpulan aku terdiri daripada Putrajaya, Kelantan, Johor, Perlis.
Cikgu pengiring aku selalu pesan, “Adat bila duduk dalam hutan mulut kena jaga, jangan bising, jangan celupar dan yang paling penting kebersihan kena jaga sebab syaiton ni suka dekat persekitaran kotor terutamanya bila perempuan tak cuci dengan betul sanitary ‘red flag’ lepas tu buang merata”. It’s hard to control hundred of students. Jadi ada yang terlajak bising terlajak gelak especially waktu malam. Alhamdulillah kem berjalan lancar sehinggalah dua malam terakhir kem tersebut. Kami perlu melakukan persembahan adat negeri masing2 pada majlis penutup nanti.
Dua malam terakhir sebelum kem tamat
Selepas isyak, semua peserta melakukan latihan di tengah2 tapak khemah. Negeri johor buat practice kuda kepang di sebelah hujung kiri, negeri perlis buat practice tarian canggung di hujung sebelah kanan, negeri kelantan buat practice wayang kulit dihadapan group kami. Group kami dekat tengah2 antara semua. Bila dengar muzik kuda kepang, bercampur dgn muzik tarian canggung bercampur dengan muzik wayang kulit, aku dah tak sedap hati. Lagi2 bila dalam muzik tu ada permainan seruling. Dan seruling tu dimainkan ‘live’ malam tu ditambah pula dgn angin sepoi2 bahasa. Sejuk lain macam, dingin lain macam. Dan macam biasa ada certain budak perempuan dalam group aku ni yg terlajak bising terlajak sembang kuat. Masa tengah muzik2 tu rancak main, makin rancak juga mereka gelak.
Sedang aku dan rakan lain berbincang, group yg gelak2 ni tadi diam. Aku ingatkan dah insaf jadi aku buat bodoh jela. Tiba2 salah seorang dari mereka rebah sebelah aku. Kepala dia rebah atas peha aku. Dalam hati “ehh selambe pulak dia ni tidur sini, kang komander datang naya kang”. Aku pun sentuh bahu dia nak kejutkan dia.
Aku : Fad(bukan nama sebenar) bangun la, nanti komander datang masak wei. Ada yang semua tidur luar khemah malam ni kang.
Tiba2 dia gelak ,bukan gelak macam manusia normal gelak tapi gelak macam hantu malu2. Aku dah pelik dah kenapa dia gelak.
Aku : Jangan pulak kau nak prank malam2 ni bagi semua tidur luar.
Dia diam. Tiba-tiba dia menangis selang seli dengan gelak, makin lama makin kuat. Bila kawan2 dia datang kat dia tanya Fad kau dah kenapa tiba2 dia terus menjerit histeria. Dia tolak semua orang yang cuba pegang dia termasuk aku. Nasib tak tergolek. Cikgu pengiring aku terus panggil cikgu lain dan kebetulan ada ustaz jadi cikgu pengiring. Tapi dah terlambat sebab histeria berjangkit. Siapa yang pandang mata dia akan rebah lepas tu gelak dan selang seli menangis. Total yang kena histeria waktu tu 6 orang. Keadaan jadi kacau bilau. Angin sepoi2 dingin2 tadi tu aku terasa lagi dingin. Sejuk semacam.
Practice terpaksa dihentikan. Peserta negeri lain diarahkan berkumpul di tapak kami selalu solat. Maka tinggallah group Putrajaya je kat tengah2 tu sebab kami bantu pegang yang histeria ni. Dia punya meronta tu kalah tenaga jantan. Masing2 suara bertukar jadi suara lain. Bayangkan tengah pegang tu kau dengar orang kejap gelak kejap nangis. Lepas tu kau nak elak tengok mata dorang. Dorang dah la sua2 muka suruh tengok muka dorang. Ketaq lutut wehhhh. Tapi kalau lepaskan kang aku takut dorang ni nanti tah mana2 hala lari masuk dalam hutan, lagi naya malam2 buta ni nak cari. Tak berapa lama lepas tu ada sekumpulan lagi guru (mungkin ustaz) datang dan mereka menyuruh kami lepaskan yang kena histeria dan join yang lain baca yaasin di ruang solat.
Bermulalah sesi mengeluarkan makhluk yang menumpang dalam badan mereka. Sewaktu proses berlaku takda sorang pun yang berani angkat kepala nak tengok. Antara ayat yang aku dengar:
*U(ustaz) , H(peserta yg kena histeria)
U : Kenapa kau menumpang dalam badan dia ni?
H : Dia suka buat bising. Aku tak suka. Lagipun ada yang memanggil2 aku.
U : Sekarang aku arahkan kau keluar dari badan dia ni!
H : Tak nak!
Oleh kerana ramai yang kena histeria, maka aku lebih banyak dengar jeritan dorang. Setelah selesai lebih kurang sejam lebih jugak, mereka yang kena histeria ni flat habis. Kami bawa mereka yang kena histeria ni tidur dalam satu khemah dan cikgu pengiring ajak aku tidur dalam khemah tu jugak. Yang lain dah ketakutan, semua bersempit2 dalam satu khemah yang lain. Malam tu aku tak dapat tidur. Cuak kot weh suruh aku tidur sekali dgn yg kena histeria ni. Aku takut ada benda pelik lain jadi pulak.
Aku tidur2 ayam je sampilah subuh, aku kejut cikgu dan yang lain bangun. Cikgu pengiring tanya aku “Wawa, awak ok ke tak? Macam lesu je”. Aku pun jawab aku tak dapat lena, cuakkk huhu. Cikgu aku pun bagi semangat kat aku cakap takda apa2 akan berlaku. Hari ni nak balik dah. Tiba2 dia cakap hal semalam tu mungkinlah budak ni bising plus tarian tradisional ni ada ‘semangat’ dia yg tersendiri. Aku pun faham2 sendiri jelah.
Malam terakhir
Malam tu kami menaiki bas ke salah sebuah sekolah (aku tak ingat nama sekolah tu). Majlis penutup akan dilakukan di dewan sekolah tersebut. Rehearsal akan dilakukan di dewan pada malam itu. Tengah2 practice tiba2 kawan aku pengsan. Ahh sudah, jangan lagi sekali. Kami pun diarahkan untuk papah dia ke salah sebuah kelas dekat situ. Histeria berlaku lagi, tapi dia sorang je yang kena malam tu.Y ang lain diarahkan duduk dalam dewan.
Kemudian cikgu pengiring aku datang arahkan kami semua naik bas. Balik ke tapak kem. Aku tak tahu apa yang berlaku kat kawan aku tu. Keesokan paginya baru aku terserempak dengan dia. Aku tanya dia ok tak. Dia cerita kat aku dia nampak kelibat putih kat bangunan sekolah tu. Mungkin takde kaitan dengan histeria malam dalam hutan tu, sekolah pun ada makhluk2 halus ni jugak.
Sekian sahaja dari aku. Moral of the story, masuk tempat orang jangan bising jangan celupar, jaga kebersihan. Maaf tak seram. Lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Betul…
Tarian2 tradisional lameeee ni klu nk buat kena berjage2…
Takot ade makhluk lain yg syioookkk…
Papepon bykkan beringat, ,ingat Allah ingat adab…
InsyaaAllah…
Sebenarnya key word obsea KY..sebab terlalu obses ni kalo tak cukup Iman boleh buat kita kena kaco dgn makhluk2 tu..wallah hua’lam..
kalau ada histeria je automatik jantung aku berdegup laju doh. tak tahu kenapa
salah budak2 tu la…gelak tak ingat dunia