Tarikh-tarikh misteri

Assalamualaikum semua pembaca setia FIKSYEN SHASHA . Hai admin . Pertama sekali . Macam kebiasaan mukadimah writters dalam ni . Aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada admin yang publishkan cerita aku .u all can call me Apit . Cita aku ni takde la seram mana pon. Ni cuma antara pengalaman masa zaman sekolah dulu . seram dengan asrama memang tak dapat dipisahkan right? Asrama sekolah aku pon tak ketinggalan jugak k . Haha (panjang lak kan buah mula)

Harap terhibur geng ( -;

Sekolah aku ni antara sekolah² tua dalam Malaysia . Masa zaman aku dulu sekolah ni dah berusia 116tahun . Terletak di pekan Kuala Kangsar . Sekolah ni semua lelaki , cuma form6 (lower,upper) je yang merasa boleh mengorat sebab ada perempuan -agak² ade yg tau tak-
.
Macam biasa la . Kalau sekolah dibina sebelom perang dulu antara dua jela . Tak diasas Jepun , mesti British. Sekolah aku dibina oleh sorang mat british bernama James Hogan (kalau tak silap, sory tak berapa igt dah nama). Sekolah ni dibina pada tahun 1897

Dengar pada cerita turun temurun senior . Hogan bina sekolah ni masa tengah sengit perang dengan komunis tak silap . Nak jadikan cerita , British kalah dekat pekan ni then komunis nak rampas la sekolah untuk dijadikan markas . Mintak cara baik si Hogan ni berkeras tak nak bagi . At the end , komunis gunakan kekerasan . Yang paling tragis . Kedua anak² dia d*****h kejam and anak bongsu dia dipancung ketika leka bermain piano . Hogan n isteri dikatakan sempat lari . Kemudian datang semula untuk cari anak² then d*****h di sebuah tanggazaman aku dulu ada lagi tagga tu. Tapi tak sorang pon tau ke mana mayat lakibini tu ditinggalkan.
(Tu la sedikit sebanyak cita/permulaan terjadinye gangguan kat asrama) .

Ok , kalau korang pergi tanya student2 situ pasal tarikh ni mesti korang akan dengar cita yang hampir sama . Yaa , cerita pasal hantu Hogan n isteri . Cerita ni mgkin akan kedengaran lawak pada yang tak percaya . Tapi bagi aku benda ni real terjadi sepanjang 3 tahun aku duduk kat situ .

Setiap tahun gangguan ni akan menbelenggu student trmasuk la warden² . Benda ni akan jadi pada tarikh 14 , 15, 16 MEI setiap tahun . Jadi , setiap kali tiba tarikh tu , kalau jatuh pada hari cuti, pihak asrama akan wajibkan budak utk balik rumah masing², andaikata jatuh pada hari biasa . warden akan arahankan untuk semua pelajar turunkan tilam n tido ramai2 tengah dorm . Kenape tengah dorm ? Sebab hantu Hogan akan ronda satu² bilik n jenguk setiap katil² tingkat atas (doubledacker) . Orang putihkan tinggi² belaka . Tapi benda tu tak boleh nak bongkok , so boleh jenguk belah atas jela. Mesti korang nak tau kan kenape dy jenguk tu . Hehehe (gelak jahat) . Berdasarkan fakta tarikh² ni la dulu Hogan datang balik ke kawasan tu untk cari anak² yang diorang tinggalkan masa nak selamatkan diri dulu , tapi malang diorang pulak yang t******h . So, sampai sekrang, terjadinye gangguan hardcore ni sebab Hogan dengan isteri dia akan datang semula ke sekolah untk mencari anak² diorang . Andai kata diorang terjumpa muka yang iras anak diorang , benda tu akan ambik budak muka iras tu (takpasti la ambik camne , ade yang kata jasad akan hilang , ada yang kata benda tu cuma pancing roh budak muka iras tu ikot diorang, tapi majoriti kata benda tu ambik roh sahaja)

Mesti ade yang kata cam cita dongeng kan? Tapiiiii . Logik akal ke warden sengaja keluarkan arahan untuk berjaga² kalau benda tu dongeng . Bila tiba waktu “khas” ni memang semua orang akan rasa sesuatu . Hari tu mesti akan rasa sayu je . Selalu sekolah kan riuh? Tapi bila masa tu kita akan rasa sendiri seolah² sekolah sepi . Suasana sunyi je . Senang kata hiba la suasana waktu tu . Bukan kat asrama je . Makna bila masuk je tarikh “khas” ni keadaan dalam kawsan skolah akan berubah jadi lain . Senior cakap sebab kawasan macam bersedih la apa yang terjadi pada keluarga tu .

Start senja baru warden² n siap ada cikgu tambahan lagi , akan kumpulkan pelajar dalam surau . Segala aktiviti asrama (prep , tuisyen , bilik tv) akan dibatalkan . Waktu ni jugak la korang boleh nampak satu²nye sekolah semua lelaki berkelakuan baik bila pukul 10 malam lagi kawasan koridor dah lengang . Yang paling penting lampu koridor akan terang bnderang la .

Bila tiba benda ni akan muncul , korang automatik akan rasa tersangat la lain .aku nak gambarkan camne pon tak reti , tapi series memang berlainan sangat dengan dunia realiti . Waktu ni la gangguan secara berjemaah korang akan rasa .

Antara pengalaman student² yang aku pernah dengar la .Diorang ada terdengar suara sanyup² macam orang putih tengah bersembang/bincang dalam bilik prep bawah blok . Ada yang terdengar sekumpulan orang berkawad . Ada yang dengar orang main piano muzik seram (syak anak Hogan sebelum dipancung). Yang dengar macam orang tarik batang besi kat koridor . Ada yang (banyaknye “ada yang”) macam suasana tengah kelam kabut . N paling hardcore ada ternampak Hogan n isteri berlegar² dikawasan asrama tu .

Aku? Aku setakat dengar orang menjerit , pintu bukak tutup sendiri , n paling rare pon nampak tempias bayang dekat langsir tingkap .(cam bayang² manusia bila terkene cahaya .bayang orang tingginye tak macam kebiasaan orang kita jalan depan bilik aku. Tapi aku tak dengar pon bunyi orang menapak , Yang aku perasan pelik sebab bayang tu macam tak lengkap . Yaaa . Bayang manusia tanpa kepala seolah mengheret sesuatu kat lantai .

Sepanjang aku dengar cerita² pasal Hogan ni setakat penampakan je la yg paling terok pon sebab berdasarkan cerita pon benda tu datang cuma nak cari anak² diorang je . Dah jadi kebiasaan tarikh ni dengan gangguan . Sampaikan tahap kalau korang kene then bercerita kat warden pon diorang cuma akan yea kan je .

Tu ajelah setakat ni sikit kisah pasal misteri SIR James Hogan yang jadi cerita turun temurun rakyat sekolah aku . Kalau korang rasa best cita ni , nanti boleh la aku share lagi kisah² seram yang lain masa aku kat sekolah dulu . Biasa la sekolah dah usia beratus tahun kan . Banyak gak tempat2 tertentu yang angker nya tahap gaban n yang paling power blok RK (dulu kelas aku)sebab bangunan ni wujud seiring dengan usia sekolah . Kitorang first² minggu orentasi lagi dah “DIA” bagi salam perkenalan style rockers nye kat situ . Kalau setakat ko nampak macam ko sendiri dalam tandas tu tak payah pelik la kat sekolah tu 🙂

Roh takkan kembali ke dunia right? Yang ada cuma la jelmaan2 jin yang cuba untuk menyesatkan anak cucu Adam . Tapi apa² pon kita tak boleh nak nafikan yang “mereka” tetap ada .

Akhir kalam , maafkan aku kalau ayat berterabur atau cerita tak best atau ada yang susah untuk faham jalan cerita aku. Maklumlah , bukan sek kito . Baru nak belajar² menulis . Haha . Thank yang sudi baca kisah aku . Assalamualaikum

A.N.S

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

3 thoughts on “Tarikh-tarikh misteri”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.