Assalamualaikum pembaca fs semua. Terima kasih kalau cerita aku yang tak seberapa ni di publishkan. Nama aku N. Aku ni bukanlah manusia yang dianugerahkan kebolehan luar biasa yang boleh nampak benda-benda ghaib. Tapi aku cukup minat dengan benda mistik. Setakat dengar dan rasa tu perkara biasa bagi aku. Cerita yang aku nak kongsi ni pendek-pendek je, berdasarkan apa yang aku alami sendiri. Maaf kalau tak seram. Sekadar berkongsi pengalaman.
Terus kepada story pertama. Benda ni jadi masa aku kerja kat sebuah taska kat Putrajaya, taska apa biarlah rahsia. Kat taska tu ada 4 pekerja termasuk aku. Macam biasalah lepas budak-budak parents da ambik semua, kami pun jalankan kerja mengemas seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Aku dengan Ara kena kemas bahagian atas, lagi sorang, Ani, bahagian dapur bawah. Hari tu pekerja lagi sorang cuti. So tinggal la kami bertiga.
Nak dijadikan cerita, si Ani ni nak keluar dating malam tu. So da siap kerja dia kat bawah, dia naik la atas nak iron baju nak siap-siap. Aku dengan Ara ni tak habis-habis nak membahan dia sambil buat kerja. Normal la member nak keluar dating kita sakat kita usik ape semua kan. Tak perasan masa tu da maghrib, kami duk gelak sakan. Stop bila azan maghrib da berkumandang.
Dipendekkan cerita, Ani da selamat keluar dating, tinggal aku dengan Ara je kat umah malam tu. Aku dgn Ara decide nak turun bawah bancuh air wat alas perut. Untuk pengetahuan semua, aku jarang sangat turun bawah bila malam. Kat tingkat bawah pun cuma buka lampu dapur je. Sebab pintu utama dalam 3 kaki je dari dapur. So bahagian hall memang tak lalu kalau nak g dapur ke nak keluar. Belakang dapur pulak betul-betul jalan besar,means jalan keluar masuk la.
So bila kami kat dapur, sisa-sisa gelak mahgrib tadi tak abis lagi. Kami bantai gelak lagi sambil bancuh air. Tiba-tiba kami dengar satu suara menjerit. Bayangkan macam menjerit menangis sambil berlari kat belakang dapur terus ke pintu masuk rumah. Guest what? Macam suara si Ani yang keluar dating tu macam menjerit panggil nama Ara mintak tolong. Kami tak tunggu lama, bukak langkah seribu panjat tangga, masuk bilik kunci pintu. Kami tunggu kot betul si Ani yang menangis, kot pakwe dia nak buat pedajal ke kan. Tapi takde. Kami intai kot tingkap, takde apa. Nak mesej si Ani, hp aku dengan Ara da selamat tertinggal kat bawah.
Kami diam je. Tak bergerak. Mampu baca apa yang ingat je. Nak keluar bilik tak berani, buatnye buka pintu dia duk menangis sendu depan pintu bilik tak ke naya. Lebih kurang kul 10.30 malam. Pintu bilik kena ketuk, pastu senyap. Ketuk lagi, then dengar suara, “wei! Korang maen ape kunci pintu bagai ni? Bukak la!”. Ara tanya balik, “Ani ke tu?”. “Haha! Ye la aku, bukak la pintu ni”, balas Ani.
Ani pelik, die tanya kenapa air tak minum, hp tinggal kat bawah. Kami pun cerita la apa yang jadi, then dia kata, rumah ni memang ada dulu. Tapi sekarang da takda, tapi die muncul balik mungkin sebab dia marah kite gelak kuat maghrib tadi. Aku pun cakap, mungkin jugak. Maka kami pun berhuhuhu. Nasib die tiru suara, jangan die tiru rupa sudah.
Ani tu pun ada cerita lagi, ade sorang dua budak taska tu nampak “kawan”, nampak tengkorak. Siap tunjuk lagi kat cikgu, tapi cikgu tak nampak pun. Tapi tu dulu, sebelum aku dengan Ara keje kat situ. So kami pun jadikan pengajaran la, jangan terpekik terlolong sangat, dalam dunia kita ade dunia dia. Waspada je la.
Cerita 2
Masa ni aku kena pindah taska, bukak taska baru tapi presint lain. Rumah tu da setahun takde orang duduk, dan owner dulu kalau tak silap aku india. Perasaan aku lain macam bila masuk rumah tu. Apa lagi tingkat atas. Sepatutnya pekerja tidur tingkat atas, tapi rumah baru masuk kan. So kami decide tidur bilik bawah je la dulu. Aku tak tau kenapa aku takleh naik langsung tingkat atas. Kalau aku naik aku mesti aku rasa seriau n cepat- cepat nak turun. Macam ada benda duk perhati. Ada sorang baby bawah jagaan aku dalam umur setahun lebih, suka sangat nak merangkak naik tangga macam ada benda duk panggil ajak naik. Sambil gelak-gelak pulak tu, biasa la kalau kat taska if ada tangga, kami akan pasang pagar yang ade lock tu kan, tapi elok je dia bukak huhu.
Kejadian satu malam tu aku tak leh lupa. Aku sorang kat taska, kakak yang keje sekali tu keluar jumpa kawan. Aku nak makan nasi, niat nak makan depan tv, tapi hati tak sedap. Ambik nasi makan dalam bilik yang kami tidur. Tengah makan, dengar macam gelang kaki yang india pakai masa menari tu. Kuat sangat bunyinya. Aku tak pikir lagi ape kan. Tapi bunyi makin kuat, aku pun keluar bilik.
Intai kat luar umah, tapi takde ape, intai tepi umah, pun takde apa. Aku pun anggap salah dengar la. Masuk bilik, sambung makan, bunyi lagi. Makin kuat bila dengar betul-betul bunyi tu macam datang dari arah tangga. Seolah-olah macam bunyi loceng kat kaki bila kita turun tangga 1 tapak 1 tapak. Tuhan je tahu perasaan tu. Mesej kakak yang keluar tu suruh balik, dia kata jap lagi jap lagi. Aku takde pilihan lain, kunci pintu bilik n pasang ngaji kat hp kuat-kuat.
Start hari tu aku rela ulang alik dari rumah kakak aku kat presint 17. Walaupun kena naik 2 bas. Aku sanggup dari aku kena hadap perasaan takut bila tiba waktu malam kat rumah tu.
Kat rumah kakak aku pun ada, tapi da lali. So tak takut sangat. Takut lagi kat taska tu. Setakat bunyi guli, bunyi alih perabot, bunyi paip air kat dapur, bunyi org bukak gate luar tu benda da biasa aku hadap sorang-sorang. Kat rumah kakak aku tu aku duk sorang, sebab kakak aku da kena transfer balik kampung. So sementara pindah barang, aku duduk dulu la. Kalau duk dalam bilik mesti dengar orang berjalan kat hall. Macam berlari pun ade. Tapi ok la kot dia tak kacau sangat mungkin dia da kenal aku sapa. Sama-sama menumpang, haha.
So setakat ni jela cita aku, sorry kalau meleret n boring. Lepas ni kalau ada masa aku cerita kisah kat pusat perlindungan remaja tempat kerja baru aku pulak. Tu pun boleh tahan seram jugak pada aku.
K, thanks again. Assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ala, dah penah post la citer nie
Die tiru cite org len ke mizz fiza.ke die amik cite ko!!!!!
i tak pernah post pun, FS terpost dua kali agak nya en zul kajang
tulah. dah publish dah cerita ni
Ape2 pn, klu aku mmg x berani pn tgl sorg. bukak la semua lampu dlm rumah tu. Jangan bergelap. huhu
budak-budak parents ke parents budak-budak?terbalik tu….ok la ceritanya