Tayar Meletup di LPT

Hi admin.. aku suka baca kisah seram dekat ig kau admin. aku terasa nak berkongsi cerita seram yg aku pernah lalui sebelum ni. selama aku hidup ni banyak yang aku lalui tapi ini salah satu kisah aku.

Cerita ini jadi 2018 dan waktu ini aku rancang bercuti ke pulau perhentian. so biasa aku kalau ke pulau memang akan gerak malam untuk trip ni.

Kami pergi bertiga Nadia, Aminah dan aku .Pukul 1 pagi aku gerak dari KL sebab Nadia mengantok. Aku pun drive dari KL tidak laju 100km/h.Masuk LPT 1 aku rasa biasa jela borak-borak dengan dorang ni. Drive santai-santai sebab tidak ada apa yang kami kejar kan kalau ikut kiraan sempat sahaja sampai jetty tepat waktunya.

Then tiba-tiba aku terbau something yang sangat busuk. Tengah rancak borak aku diam dan semua pun diam. Nadia terus alunkan ayat kursi dekat telefon dia. Aminah tak paham kenapa tiba-tiba kitaorang diam. Dalam 1 kilometer dari aku bau benda busuk tu tiba-tiba kereta bergegar. Aku pun cakap kenapa kereta gegar nie,Nadia  jawab la “jalan nie kot teruk tu yang kereta bergegar.”

Aku jawab “tak mungkin, lain rasa gegar jalan..” habis sahaje aku cakap terus aku dengar mcm letup kecik. Aku cakap dlm hati konfom tayar pecah sebab aku bau hangit tayar tapi sempat seloroh lagi jangan lah dekat tempat gelap ni.

Memang tempat yang kami stop tu ada bukit kiri kanan. Aku rasa otak aku tak berfungsi dengan baik waktu nie. Masa kereta kitaorang stop dengan gelap tak nampak apa aku keluar dari kereta nak usha apa jadi dengan kereta.

Nadia dan Aminah  tak sempat nak tahan aku tak bagi keluar.Aku boleh pusing keliling kereta nak tengok padahal aku tak nampak pape pun min. hahaha. Kawasan situ gelap gelita dengan waktu macam tu.

Aku masuk balik dalam kereta Nadia kata “kau gila ke keluar mcm tu gelap-gelap.”

”ko kunci pintu bagi emengency signal.. call peronda LPT..”

Dalam 40minit kami tunggu peronda pun sampai. Diorang pun cek tayar memang betul pecah. Pecah hancur tayar. Aku cannot brain sekejap tayar tu pecah macam kena gergaji. Hancur tayar member aku. Nadia ni pun bunyi tak akan 5 bulan baru tukar tayar da pecah.

Kami pun husnudzun jela yang mungkin tayar kurang angin padahal sebelum gerak aku dah usha baik tayar semua. kami pun tak nak ambik pusing tukar lah tayar. Tapi peronda pesan bawak kelajuan jangan lebih 80km sebab tayar spare kan.

Nak exit bandar Kuantan ada lagi dalam 1jam. Mana nak fikir nak kejar boat dekat jetty lagi. Tayar lagi pagi-pagi tu. Kami pun layan jela perjalanan dengan perlahan- lahan ke Kuantan.

Nadia pun call kawan dia yang duduk Kuantan minta pinjam tukar kereta sebab kitaorang nak cepat ke jetty. Walaupun jadi macam tu plan tetap on.Pukul 5pagi sampai kuantan tukar kereta pungah barang kami then terus gerak.

Aku masih lagi driver. Tapi Nadia tanya banyak kali boleh ke drive sampai jetty. Mungkin dia ingat aku trauma ke apa ke kan. aku ok sahaja sebab sebelum gerak aku dah puas tidur charge power dekat rumah sebelum gerak. Nadia pun tidur.

Aminah teman aku sepanjang perjalanan walaupun sesekali aku jeling dia dah tahap barai teruk tahan mengantuk. ktorg pun masuk la LPT 2.

Sepanjang perjalanan memang tidak ada sebijik kereta pun selama satu jam aku drive dari Kuantan. Sempat berbisik dalam hati “subuh ni tak kan takde kereta keluar lagi kot. “ aku tak sedap hati.

Aku minta Aminah bukak kan ayat kursi. Sambil layan drive tu depan sikit dah mula nampak sebijik dua kereta. Lega sikit aku rasa.

Sampai jetty lewat jugak tapi lega sebab selamat sampai. 3hari kami ada di pulau. Balik itu ktorg pun stay one night dekat terengganu. Sebab keletihan kami tidur awal sebab esok nak gerak balik KL.

Esoknye itu kami chekout pergi beli keropok lekor dan nak ambik sedara Nadia di Penarik,Terengganu. Sebelum itu cek tayar macam kurang angin cari kedai tayar then kedai tu kata ada bocor. Kitaorang tukar tayar. Sebab takut jadi macam masa nak datang ke terengganu. Kami ambil langkah brjaga-jaga.

Kali ni Nadia yang drive. Kami dah ambil sedara Nadia then masuk LPT 2 pukul 8.30 malam. Kitaorang berat hati tapi kena jugak lah balik.Sorang nak kena kerja, sorang ada urusan.

kali ni nak cepat sampai kuantan nak settlekan kereta memang agak laju Nadia drive. Nak hilangkan rasa takut lagi buka lah ayat kursi non stop.

Aku tengah leka borak dengan Nadia tiba-tiba ada benda putih terbang depan kereta. Memang nampak kain tapi tak tahu apa. Tersentap jantung aku,apatah lagi Nadia. Terus dia pegang tangan aku. Macam-macam ayat aku dan dia baca.

Tu tak kira yang aku dah baca melalut dalam hati sebab terkejut punya pasal. Mujur tak kejung aku time itu min. Yang lain duduk dekat belakang tengah sedap buat taik mata so suasana maintain sahaja walaupun takut macam nampak valak admin.

Tak sampai berapa minit hadapi terkejut benda tu lalu depan kitaorang ada bunyi “pom”!! Aku dalam hati cakap please not again. Nak nangis time ni min. Dengan kelajuan yang kami kena time tu memang tawakal sahaja time tu.

Aku pegang lengan Nadia coolkan die supaya perlahan lahan untuk benti di bahu jalan. Walaupun aku tahu betapa susahnya nak kawal kereta terhuyung hayang tayar pecah untuk berhenti dengan selamat. Kali ini kami bijak sikit kami jalan depan sikit cari tempat yg terang lampu jalannya.

Nadia  dah mengigil. Plus marah yelah 2x pecah tayar ,1x bocor. Of course sebelum gerak balik kedai tayar dah cek semua tayar pam semuanya. Time ini semua bangun sebab terkejut dan tak tahu lagi apa yang jadi termasuk la aku tapi aku boleh agak memang tayar pecah.

Aku keluar dari kereta tengok kereta u guess what “ tayar pecah lagi beb” !! aku macam tak boleh nak brain. Mujur kereta kami time tu ada passanger so berat tu yang buat kereta kami tak terbalik,plus bonet ada barang lagi.

Aku masuk kereta cakap “tayar pecah lagi korang” masing2 diam. Bukan kereta yang sama. Kereta yang berlainan. Kebetulan atau suratan kami tak tahu. Semua rahsia Allah kan. Kami call peronda LPT. Nak tukar tayar , tayar spare kereta tu tidak ada pula. kena tunggu kawan kitaorang dari kuantan bawak kan tayar.

3jam tunggu baru lah kawan kitorang sampai sambil ditemani abang peronda selama 3jam. Terima kasih abang peronda. Settle tukar tayar kitaorang gerak ke kuantan.

Lupa nak cakap masa tukar tayar tu tayar tu hancur mungkin sebab kami pulun jugak jalan masa meletup tu ke tempat cerah tapi tidak jauh pun dalam 100meter macam tu sahaja dari tempat mula kami nak stop itu.

Kitorg sampai rumah kawan kitaorang.Mandi-mandi rehat sekjap. Nak gerak balik KL tp dah pukul 4pagi. Kitaorang pun cerita la dekat kawan ktorg apa yang jadi. dia pun cakap “korang pergi buka ayat kursi sepanjang jalan tu dah kenapa. kalau kau,tetamu dtg rumah kau buat bising kau suka tak? Tak suka kan, macam itu lah agaknye benda tu rasa. kau lalu kawasan dia , kau buka ayat kursi sepanjang jalan dia tak suka lah tu” termenung sekejap kami dengar..

Itu cuma andaian kawan aku sahaja tapi Allah lebih mengetahui semua nya.

Sorry lah agak panjang admin.tapi ni kisah seram aku.bagi aku seram sebab benda ini jadi hampir melibatkan nyawa kami. Pesanan sebelum memula kan perjalanan baca doa naiki kenderaan, surah kursi semoga Allah lindungi kita. Maaf lah bahasa rojak.aku santai sahaja taip ini itu yang keluar bahasa pasar aku.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Diana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]

10 thoughts on “Tayar Meletup di LPT”

  1. Kalau dalam filem-filem seram/thriller biasanya watak ko ni yang pertama akan m**i sebab bodoh2 berani sikit. Kalau citer hantu yang pertama dia makan pun ko jugak. Ko pernah tengok tak filem bila kawan2 dia cakap jangan keluar, tapi sebab dia ngok ngek sikit, dia keluar jugak, akhirnya dia pun m**i. Aku rasa kalau nampak rumah tepi jalan tu, ko pun orang pertama yang akan ajak kawan2 ketuk pintu rumah tu.

    Lagi satu, tayar kereta kalau pecah ko bantai jalan jugak memang la akan hancur ye.

    Reply
  2. betul tu… jgn psg ayat2 yg leh mengundang bende tu panas… dia panas, dia kacau kita keadaan leh jadi lebih parah. nasib baik ko selamat xexcident. cume 2x tayar meletup..

    Reply
  3. Haah.. betul apa yg kwn awak ckp.Mungkin sbb awak bukak ayatul kursi sepanjang jalan,sbb kalau xsilap saya ia termasuk dalam salah Satu ayat ruqyah.Kwn saya yg Arif dalam bidang perubatan Islam selalu berpesan kalau drive waktu malam jgn bukak kuat² ayat2 ruqyah,kalau nk dgr pakai earphone. Kerana Jin dgn syaitan xsuka dgr ayat² tu,tu yg mereka ganggu.Dan kaalau jalan terasa sgt panjang,xnmpk jalan keluar, berhentikan dulu kenderaan ,baca Al-Fatihah Dan ayat kursi.In Sha Allah,Allah akn tunjukkna jalan keluar..wallahua’lam..

    Reply
  4. Apahal kawn kau nk marah kau bukak ayat kursi..apa yg dia takot?dia takot setan ke dia takot tuhan lagi???dah kenape nk kene jgn psang ayat kursi sebb xmau ganggu2 setan tu…cannot brain aku kwn ko tu mrh ko bukak ayat kursi ..ingt..takot hanya pada Allah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.