Tema Conjuring

Assalamualaikum semua. Aku memang salah seorang pembaca tegar FS ni. So kali ni nak cerita juga kisah aku masa student dulu. Entah macam mana rasa terpanggil nak kongsi cerita kat page ni. So let’s begin.

Universiti aku terletak di Borneo. Aku masa tu masih di semester pertama. Kiranya baru juga la kat situ. Kolej aku kolej Melur (nama kolej sebenar terpaksa aku rahsiakan), rumah aku di tingkat satu dan betul-betul dekat corner so kiranya boleh nampak laluan pelajar ke kelas setiap hari.

Rumah aku masa tu ada lebih kurang 12 orang pelajar, dan ada 5 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Dari pintu masuk boleh nampak ruang tamu dan sebelah kanan adalah meja makan dan dapur. Kecil je dapur tu, dan ada satu sinki. Dekat ruang tamu ada 2 bilik sebelah kiri dan 1 bilik air. Belah kanan ruang tamu ada laluan kecil untuk ke 3 lagi bilik tidur dan 1 bilik air. Hopefully dapat bayangkan macam mana keadaan rumah aku tu ya. Bilik aku bilik kedua belah kiri ruang tamu tu.

So nak dijadikan cerita, satu hari kak Nilam (kakak senior) bagitau kitorang yang kolej ada buat pertandingan bergambar tau. Kiranya setiap rumah kena hantar satu gambar ahli-ahli rumahnya dengan tema kesukaan masing-masing. Hantar gambar yang paling kreatif la kiranya tu. Jadi kak Nilam pun tanya kat kitorang semua. “Eh kita nak buat tema apa ni untuk contest tu?”. Oh ya, waktu tu filem The Conjuring tengah hangat kat wayang so dengan tak semena-mena aku pun jawab spontan “Tema The Conjuring!”. Boleh pula budak-budak lain setuju dengan cadangan aku tu.

Jadi kitorang plan nak buat photoshoot dimalam hari. Tiba malam kejadian, kitorang semua siap-sedia lah dengan pakaian “Conjuring” masing-masing. Makeup 3 inci bagi nampak putih, lipstik merah comot-comot kat bibir, celak hitam tebal-tebal kat mata. Mana yang freehair tu sikat rambut kedepan konon macam hantu Jepun cerita Ju-On tu haha. Ada yang selubung diri dengan kain putih ala-ala cik gula-gula (pocong), ada yang jadi nenek kebayan versi sopan (rambut tutup dengan kain sebab bertudung kan haa kau jadi hantu pun sopan tau kitorang hahaha), dan ada juga yang jadi hantu budak perempuan pegang teddy bear. Aku pula jadi hantu kakak kepada budak perempuan pegang teddy bear tu (versi muslimah sikit sebab bertudung putih). Bila semua dah sedia, bergambarlah kitorang semua kat setiap pelosok tempat yang ada, mula dari depan koridor, sambung ke laluan tangga, dan seterusnya ke tingkat bawah laluan pelajar masuk ke kolej tu. Bila semua dah siap, gambar pun disimpan, dicetak dan terus dihantar ke AJK contest tu dengan jayanya.

Beberapa hari lepastu, seorang housemate (Adrea) pun buka cerita yang kawan dia ternampak pocong kat laluan fakulti kejuruteraan ke fakulti sains waktu berjalan balik dari study group. Kebetulan laluan tu tak jauh pun dari rumah kitorang. Dari tingkap bilik aku pun boleh nampak laluan tu. Masa tu aku tengah dok basuh baju kat sinki dapur, diorang pula duduk ramai-ramai bercerita kat meja makan dapur so kira belakang aku jelah diorang berborak. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati..

Aku: “weh korang, boleh tak sambung cerita tu esok je?”
Kak Ina: “huh? apasal?”
Aku: “alaa takde apa pun. saja je minta korang sambung cerita tu hari lain dan bukan malam ni. boleh kan?”

Makanya muka semua orang pun dah berubah kelat sebab aku p****g cerita Adrea tu. Yelah masing-masing tengah fokus nak dengar cerita pocong lepastu aku pula menyampuk suruh tukar topik kan. Lepas je basuh baju tu aku terus masuk bilik dan tidur. Taktau kenapa malam tu aku rasa mengantuk sangat lepas basuh baju. Kebetulan malam tu aku period. Aku pun masuk bilik sorang-sorang, panjat katil dan tidur sampai esoknya. Aku tidur dalam gelap je malam tu sebab dah mengantuk sangat, malas buka lampu. Aku ada dua orang roommate, Sarah dan Fitri. Aku dan Sarah katil double decker manakala Fitri katil single.

Esok harinya, waktu tu dah agak petang dalam jam 6 petang. Aku dan 3 orang lagi housemate duduk berborak kat meja makan dapur tu. Roommate yang lain dalam bilik masing-masing. Tiba-tiba aku dengar orang menjerit panggil nama aku, tapi suara tu macam tenggelam sikit. So Audrey pun keluar ke koridor untuk tengok siapa yang panggil, kot la kawan aku ke jerit dari tingkat bawah kan. Almaklum rumah tingkat satu, kat corner pula tu. Tapi lepas tu dia masuk dan bagitau takde sesiapa pun kat bawah. Lepas tu suara tu memanggil lagi sekali. Aku syak suara tu datang dari bilik aku. So aku terus buka pintu bilik dan nampak Sarah terduduk atas katil peluk kaki dia sambil menangis. Keadaan bilik waktu tu memang gelap sebab sebenarnya si Sarah ni tadi tengah tidur.

Aku jenis tak boleh nampak benda-benda ghaib ni, cuma boleh merasa kewujudan diorang kalau memang ada. Masa aku masuk bilik tu memang terasa semacam. Bulu roma dah tegak. Tapi waktu tu lebih risaukan si Sarah ni yang tengah menggigil ketakutan. Kak Ina peluk Sarah nak bagi dia tenang. Kak Nilam selaku ketua rumah terus cari pengetua kolej untuk maklumkan kejadian ni. Tak lama lepas tu pengetua kolej sampai, sekali dengan AJK-AJK tertinggi kolej. Waktu tu aku dah takde rasa apa. Mungkin benda tu dah takde. Pengetua bagi Sarah minum air penawar yang dah dibaca dengan surah-surah Al-Quran dan alhamdulillah semua dah okay. Lepas kejadian tu, pengetua arahkan setiap bilik buat bacaan Yaasin setiap hari Jumaat bergilir-gilir. Dan apalagi heboh lah satu kolej yang rumah kitorang tu berpuaka hahaha.

Kitorang ada juga tanya Sarah, apa yang dia kena kacau masa tu. Sarah kata waktu tu dia tengah tidur, tiba-tiba dengar macam orang kejut suruh bangun. Tapi disebabkan dia terlalu mengantuk baru balik kuliah, dia pun tak endahkan dan terus sambung tidur. Mungkin benda tu marah agaknya, di gegarnya katil Sarah, dan tiba-tiba ada angin kuat dalam bilik tu. Disebabkan terlalu takut, Sarah terus jerit panggil aku.

Bukan tu je, rupanya dah banyak kali Sarah kena kacau. Sebelum ni Sarah selalu kena kejut awal pagi sebelum Subuh. Patutlah sebelum ni kalau bangun Subuh, si Sarah ni lah yang paling awal bangun. Tau-tau je dia dah bangun dan duduk kat ruang tamu. Cara benda tu kejut, dia akan ketuk pintu beberapa kali sampai Sarah terbangun. Tapi kitorang yang lain ni tak pula dengar bunyi orang ketuk pintu tu. Kitorang pun tak pasti kenapa Sarah yang selalu kena kacau, mungkin sebab Sarah ni suka tidur lepas maghrib dalam jam 8 malam macam tu.

Tapi yang bestnya, lepas kejadian Sarah kena kacau, kak Nilam selaku ketua rumah memang tak tidur kat bilik dia. Segala bantal, buku, selimut semua dia angkut dan tidur kat rumah kawan dia. Tau-tau esok pagi dia balik. Kak Nilam ni ada lemah semangat sikit so sebab tu dia ambil keputusan tidur tempat lain, takut dia pula jadi mangsa seterusnya. Tapi bagus juga la macam tu. Selagi boleh hindar, kita hindar ye dok.

Aku rasa sampai sini dulu cerita aku. Terima kasih kerana sudi baca kisah aku ini. Assalamualaikum semua.

#Ischa

Ischa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

13 thoughts on “Tema Conjuring”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.