Apa yang akan aku cerita ini,sebuah kisah benar yang terjadi kat diri aku dan terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah aku. Mungkin tak seram, tapi,kisah yang jadi kat aku ni benar belaka.
Aku memang percaya wujud makhluk halus tapi aku tak pernah pulak fikir dia nak berdamping dengan aku.
Aku anak sulung perempuan dan ayah aku anak sulung dari keluarganya,mungkin sebab ni faktor aku didampingi.
Pertama kali aku jumpa benda tu, ketika aku umur 9-10 tahun macam tu lah. Aku tinggal di rumah kampung. Kebun atok aku jauh ke dalam hutan, jadi nak sampai ke kebun atok aku, kena lalu hutan serta belentara serta anak sungai direntasi titi kecik atok aku buat dan akan melalui rimbunan pokok buluh dan memang akan redup sejuk kawasan dia. 10 minit, baru akan jumpa kebun atok aku.
Kawasan sungai tu kalau hujan, akan naik air, memang seronok kalau main lumpur. Masa tu aku ralit main, tak perasan atok aku serta sepupu aku dah balik sebab dah nak gelap . Ralit aku buat snowman, tiba-tiba perasaan meremang sejuk semacam dan baru aku perasan, semua dah balik dan terdengar dari jauh seberang titi dari arah kebun atok aku..’’hoih, balik!’’..sayup ja..aku kalih ke arah suara tu..’’balik!!’’..aku terpandang seorang lelaki berpakaian baju melayu lama macam zaman hang tuah gitu, muka dia gelap, mata putih, hidung rompong, gigi tajam2. Aku keras tengok dia..’’BALIKK!!” dia jerkah sekali lagi terus aku berlari ke hutan ke rumah nenek aku. Mandi dan terlena kat sofa ruang tamu rumah nenek aku, masa tu aku antara sedar tak sedar, aku nampak benda tu jenguk aku dari cermin pintu rumah, menyerigai dia senyum kat aku kemudian aku lena dan demam.
Aku tak cerita kat siapa2 sebab nanti nenek tak bagi aku main kat kebun atok aku dah. Selepas kejadian tu, aku ke kebun atok aku lagi, tapi main dekat2 dengan atok aku ja. 2 tahun kemudian, atok aku meninggal dan aku dah tak pergi kebun dah dan siapa pun tak ambil tahu tentang kebun belakang tu dah.
Kisah kedua tentang aku sambung belajar di Nibong Tebal. Institut situ memang macam-macam kisah aku dengar sebelum aku masuk, sebab makcik aku juga masuk situ, jadi dengar sikit kisah dia tentang tempat tu berpenunggu, di jaga oleh Cik S. Siapa yang langgar peraturan, nakal, tak jaga adab, siap la dia akan muncul. Sebarang patung tak dibenarkan bawak, sebab ada kejadian patung tu berjalan dalam dorm tengah malam, ramai hysteria malam tu. Selepas ustaz datang, patung dibakar dan peraturan baru dibuat, patung tak dibenarkan bawa. Segala tangkal, pedamping juga tak boleh dibawa.
Ada sorang minah ni, dia bawak tangkal malam orentasi dia hysteria, malam tu jugak keluarga dia ambil dan tak datang dah. Banyak lah kisah kat institut tu yang aku dengar sebelum masuk dan makcik aku pesan jangan baca Yassin beramai-ramai dalam dorm sebab cik S akan marah seolah halau dia dari situ. Aku follow je lah. Awal aku masuk dorm tu memang aku dah dapat rasa something, tapi abai je lah, aku pegang prinsip, ‘’aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku, niat aku Cuma belajar untuk 12 bulan ja’’ tu aku tanam dalam kepala setiap kali aku takut, sebab aku tak reti nak bercampur dengan kawan-kawan dalam dorm, mana2 aku pergi aku akan pergi seorang. Kalau tandas aku akan pergi time ramai-ramai dan tidur paling lewat, sebab kalau aku tidur awal diorang akan tutup lampu.
Pernah ada satu malam, aku terlena awal sebab letih yakmat sebab kos aku amik ni memang smua kos lain tau, kos yg lecturer2 dia tegas, assignment always on time dan tempat tu still amalkan macam wataniah. Malam tu, diorg tutup lampu, aku tidur katil atas, aku terjaga, gelap.. Cuma lampu hall ja masuk celah2 tingkap atas dan bawah.’’Allah, gelap, diorang ni ttup lampu ke’’sunyi ja..dengar bunyi hutan (sebab institute ni jauh ke dalam hutan). Tiba-tiba dengar bunyi tapak kaki berlari-lari dalam dorm..pi balik pi balik..aku paksa tidur,naseb tertidur jugak.
Esok pagi tu aku dengar diorang dengar apa yang aku dengar dan diorang nak buat bacaan Yassin ramai2 dalam dorm, aku mencelah la ‘’sorry la mencelah,tapi better jangan buat lah sebab nanti ganggu dia”..then budak tu ckap ‘’apsal plak tak boleh, baca Yassin kot, dorm bukan tempat dia’’..then aku just usulkan untuk diorang jumpak warden supaya nak elak benda yang tak diingini jadi diorang pi jumpa warden dan warden cakap nk baca Yassin ramai2 boleh, tapi hanya di surau dan kalau boleh kat dorm jangan buat bacaan Yassin ramai2, nak baca, baca masing2..
Diorang Tanya sebab knpa tak boleh buat bacaan Yassin ramai2..warden cakap, sebab tak boleh, tu ja. Start malam tu, lampu dorm tak pernah tutup..1 sem aku tidur dengan lampu atas kepala dok menyala. Pernah banyak kali time aku ke bilik mandi, seperti ada yang memerhati, dari ekor mata korang akan Nampak lembaga berdiri tepi dinding, tapi bila tengok, tak de apa pun.
Bila cuti hujung minggu dalam sbulan skali kami akan dibenarkan pulang, aku sembang dengan nenek aku tentang apa aku dok rasa kat sana, then nenek aku cakap “dia dok jaga, jangan risau, moyang2 ja tu tegok cicit2 dia”..sambil dia gelak..aku gelak sama la…aku ingt nenek aku gurau…tapi..bukan..
Habis setahun kat institute tu..banyak kejadian pelik, kisah seram jadi kat aku dan kawan2 aku (aku sempat kenal 2-3 kawan yang sampai sekarang jdi sahabat aku) tapi aku rasa di lain episode kot kisah tentang institute tu. Selepas keluar dari situ aku memain banyak, tak ambil serious dengan masa depan, aku sewa bilik di area bandar, dekat dengan mall aku kerja, aku kerja sebagai cashier. Habis kerja aku akan singgah kat persiaran karpal singh (10thn lepas, tempat tu tak happening mcam skrg, dlu tempat tu baru nk membangun) aku akan lepak situ kejap minum dan balik rumah.
Malam tu macam biasa, aku lepak sorang2 situ sambil on phone, tengah sembang bergelak, tiba-tiba aku terdengar dari arah pantai, orang panggil nama aku, sayup..”Yana…” slowww dan sayup…dan aku terkalih sambil sahut,,”ya” …aku terdiam dan terfikir, sapa nk panggil dari arah pantai sana..bukan ada orang pon..start malam tu..mula episode perkenalan. Rumah aku duduk tu owner cina dan aku sewa dengan cina dan india, kira satu Malaysia la rumah tu. Kerap jugak dengar bunyi guli, bunyi barang rumah di alihkan. Kedang2 bila auntie Rachel dan Mala balik kampung, tinggal aku sorang, aku akan dengar bunyi loceng kaki dalam ruang rumah. Bila aku bukak pintu bilik, check, bunyi tu dah hilang.
Satu hari, aku bosan, malas balik rumah parent sebab malam tu aku ada company buat makan2.. Jadi aku jogging dalam kawasan apartment. Aku terdetik nak tengok gak la jiran atas aku yang rajin deco2 pindah barang rumah serta main guli malam-malam, bila aku lalu rumah tu,,aku tengok pintu rumah diorang terbukak dalam keadaan macam dah tinggal lama sebab grill pintu dia pun bersawang, aku jenguk dari grill depan jelah lebih kurang 3 meter dari pintu rumah tu..memang nampak macam lama takde penghuni, tapi perabot still ada, tiba-tiba sorang auntie tegor “u heard right? at night? just ignore la..always like dat one”..auntie tu jiran sebelah rumah tu.
Malam tu lepas aku balik dari company gathering aku tertidur di ruang tamu. Pintu balkoni aku biar je terbukak, bulan cantik malam tu dengan view penang bridge,,memng lawa sangat view dia, tak rugi sewa apartment ni. Tiba-tiba aku ternampak ada jari-jari dekat balkoni atas, aku keras seketika, kuku panjang serta terbakar,kemudian dia jenguk kepala dia dari atas dan dia pandang je aku, mata bertentang mata, muka dia hangus mata dia bulat buntang isi dia ada yang luruh..dan dia tersenyum tengok aku..dan dia hulur tangan ke aku dan aku terjaga..jadah benda apa pulak aku mimpi..haish..aku bangun, tutup sliding door balcony tu lepastu masuk bilik, aku fikir semua tu Cuma mimpi, abaikan.
Pada suatu malam, selapas kejadian mimpi kat balkoni tu, aku termimpi yang sangat pelik. Aku mimpi nenek aku suruh aku panggil atuk aku untuk makan tengah hari, jadi aku berlari ke arah hutan belukar untuk ke kebun atok aku, rentas belukar, titi dan bila aku lintas rimbunan pokok buluh, aku terperasan ada satu tubuh bongkok berdiri membelakangi aku, aku berhenti di situ, aku pergi ke arah tubuh tu. Dia berpakaian baju kedah, berkain batik serta ada kain batik sebagai kelubung dia..aku tegur dia..’’nek, nek buat apa kat sini’’ dia pun kalih ke aku..aku pelik,,kenpa aku pngil dia nek, bukan makcik. Dia kalih ke aku dan dia cakap “nek tunggu orang..nak bagi dia sesuatu’’..muka dia kedut seribu, gigi dah takde, rambut dia beruban putih, sengeh ke aku..ramah pulak aku kan.. pergi sembang..’’nek tunggu sapa?nak bg apa kt dia?’’eh ramah nye aku ni kan..dia sengeh lagi.. memang seram lain macm sengeh dia, tpi aku tak rasa takut atau apa, seolah mcm ak mesra dengan dia..dia hulur tangan keluarkan bungkusan kain kuning lebih kurang besar tapak tangan, kain kuning tu berbentuk cam pocong serta berbenang merah ikatan dia…”nek nak bagi dia yang ni’’ sambil dia sengeh dan aku sambut pemberian nenek tu..”apa ni nek?’’ aku ambil guna tangan kiri dan aku tengok bungkusan tu dan bila aku tengok depan..nenek tu dah tak da, dan aku terbangun dari mimpi bila aku dengar bunyi pintu bilik aku ditutup dan tangan aku mcm mengenggam sesuatu, aku terus bagun dan bukak pintu bilik aku, Mala and Rachel takda rumah minggu tu dan jam pukul 3.30am..terdiam aku ,fikir mimpi tu,macam real gila.
Ketika aku balik umah ke kampung, aku cerita mimpi aku kat nenek aku, dia terdiam ja..then aku cerita kat ayah aku, dan aku kena marah sebab dia kata aku lemah sangat, pi terima dalam mimpi pelik-pelik..aku kena marah lagi berganda bila dia dpat tau aku tinggal solat..apatah lagi baca alquran..ayah aku pernah dapat mimpi yang sama, banyak kali, cuma dia tak ambil ja benda yang nenek tu bagi sebab ayah aku tau, tu setan, dia nak sesatkan kita ja. Ayah aku cakap bila kita kuat kan iman, dia takkan berani kacau. Dia sentiasa tunggu peluang untuk sesatkan kita, tu kerja iblis syaitan, dia akan menyerupa segala jenis bentuk supaya kita terpedaya. Terdiam lah aku, kena ceramah isyak dengan ayah aku malam tu.
Aku berjumpak dengan kawan aku, dia cina, nama Timmy. Aku saja ja bual tentang ada suara panggil nama aku, kejadian rumah atas, loceng kaki dalam rumah dan tentang mimpi2 aku yang makin pelik. Timmy ni dia peminat cerita hantu, dia berminat dengan kisah aku dan pergi tengok rumah sewa aku tu, dia sembang dengan auntie Rachel, yang sewa dengan aku tu, dia Rachel kata dia sewa sini 5thun dah, xde apa pun.
selepas Timmy balik Rachel tengah masak mknan untk tapau masa kerja petang nanti. Aku ambil cuti haritu demam disebabkan tonsil aku bengkak, selepas makan ubat, aku nak tidur dalam bilik, masih dengar ketung ketang Rachel kt dapur. Aku terlena, aku terjaga bila terdengar bunyi sesuatu keras bergesel di mozek lantai bilik aku, aku bukak mata, bilik gelap..Cuma ada lampu dari luar apartment masuk ke dalam bilik aku..’’bila masa aku tutup lampu’’..bunyi geselan masih terdengar..”syriekkk…syrieeekkk’’..jadah bunyi apa lak..aku terpandang kearah bunyi tu,,,di hujung kaki aku..aku terpandang..satu susuk tubuh, rentung, mata berdarah2, bau hangit daging bakar serta d***h..dia di kaki katil atas lantai dok bersila sambil mengesut kan badan dia depan belakang sambil tangan dia dok lambai2 atas kiri kanan..bunyi gesel dia tu mungkin dari tulang p******g dia yang dah luruh tu bergesel dengan mozek lantai aku..’’syrieeekkkk…syrieeeekkk…”..aku terpandang dia..kaku aku, kelu lidah, telinga dia hampir luruh, perut dia berlubang-lubang dan ulat2 melata di setiap pelusuk badan dia…
Masa tu aku masih dengar suara Rachel di ruang tamu, aku menjerit “Rachel!!Rachel” tak keluar suara aku, macam kena tindih..tak boleh bersuara atau bergerak, mata aku masih memandang makhluk huduh rupa bentuknnya, tah syaiton jenis apakah beliau, tak sempat berkenalan, tak mau aku untuk berkenalan pun. Makhluk tu berhenti menari aloha dia tu…dia pandang tepat aku. Aku terdiam dari jerit takde keluar bunyi tu..dia mengesot dalam keadaan bersila tu lalu tepi aku. Pelan,pelan…syrieeek..syrieekkkk…dan bila sampai ke tepi muka aku, bau dia..bagai nak pitam aku, tapi aku masa tu tak pitam, mata aku tengok dia, dia tengok aku dan sambil sengeh,,d***h merambu2 keluar mase dia menyerigai tu..Allahuakbar…tapi tak boleh bersuara, aku pandang dia sampai dia ke dinding aku, aku boleh tolehkan lagi kepala aku,dia dah belakang kan aku aku pandang dia…dan kraaapppp krakkkk…kpla dia berpusing toleh ke aku smbil sengeh dan smbil ngesot..hilang tembus dinding,,,
Masa tu aku terjaga, lampu terpasang, dan Rachel ketuk pintu bertalu2, aku bukak, jantung masa tu macam nk luruh takut amat, Rachel cakap, dengar suara mcam aku meracau2..tu dia ketuk pintu bilik aku tu.. lembik lutut, aku cerita apa yang aku mimpi, Rachel cakap suruh aku balik..mybe tak sihat, jadi mimpi pelik2..aku call Timmy mintak tolong dia hantar aku balik umah parent aku. Aku demam panas 3 hari, aku tak cerita hal ni kat family aku, nak mpos kalau cerita,,mmg kena tazkirah lagi la.
Seminggu kemudian, aku baru berani balik rumah sewa, tapi sebelum aku masuk, Timmy cakap dia ada sesuatu nak buat. “I ada pergi tample sembahyang untuk u dan sami ada bagi I ini untuk bakar sebelum u masuk rumah” dia keluarkan kertas kuning berbalut 3 segi. Aku macam,,ish,,apa pulak si Timmy ni, kurafat ni..’’please Yana,I pergi tample, dapatkan dari sami, untuk you kot, dan dia cakap,benda tu nak kawan sama you, dia kenal u sudah lama, sekarang sudah boleh kawan’’..aku terdiam je lah, ikut pi lah dia cakap, dalam hati tak mau percaya, jatuh syirik pulak.
Aku bukak pintu rumah dan depan muka pintu sebelum masuk rumah tu, dia bakar kertas kuning tu sambil baca2 apa tah..aku tengok je dia, serious muka dia, kertas dibakar, dia letak betul2 depan pintu rumah aku, lepastu pula dia suruh aku langkah kertas yang dia bkar tu. Dia suruh aku ttup pintu, jangan tengok bleakang, jangan keluar malam ni. Ketuk pintu ka apa, jangan bukak. tu yang dia pesan. Dan, tiada mimpi ngeri, bunyi loceng, guli atau bunyi perabot diubah sejak Timmy bakar kertas yang diambil dari tample. Aman damai hidup aku.
Setahun berlalu,t iada gangguan, aku ambil keputusan untuk sambung belajar, aku dapat tawaran di kawasan pantai timur. Disana, yang betul berdamping dengan aku tunjuk perangai, akan kusambung dalam lembaran yang lain. Ni panjang sgt dah..plus..seram sejuk aku masa tulis kisah ni pun..Teman Berdamping 2 akan menyusul..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
jgn percaya benda karut marut supersticious..percaya Allah cukup
Part 2 ‘Teman Berdamping’ dah ada keh
teman berdamping 2 akan menyusul …sungguh tak sabar …
seronok i ….
Teruskan …
jangan lupo Solat,al Quran dan zikir …
Jaga akidah dan Syariat …
Syaitan dan Iblis sentiasa mecari peluang untuk menyesatkan akidah dan Iman Umat Muhamad saw …
juga Jin-Jin yang tidak beriman kepada Dia ..Sang Pencipta …
kepada Dia lah,Kita berdoa,Berserah dan memanjatkan Rahmat keselamatan dari Tipu daya Makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat dengan Mata kasar ini …