Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Pembaca Cerita Seram Di Fiksyen Shasha. Aku berterima kasih kepada admin kerana sudi publishkan cerita aku sebelum ini. Aku nak intro sedikit kepada mereka yang tidak mengenali aku. Nama aku, Faizal. Berumur 28 tahun.
Okey aku nak sambung cerita mengenai cerita aku sebelum ini iaitu “Tempat Kerja Aku Adalah Rumah Dia” bahagian dua. Disebabkan sebelum ini ramai yang tanya di ruang komen dan ingin tahu hal yang sebenar selepas aku dikacau oleh “Benda” itu.
Okey selepas kejadian yang menimpa aku pada waktu malam itu. Aku ada bertanya kepada Amirul dan juga Saad. Memang benar yang mereka pergi menghantar barang di Pulau Pinang. Dan, mereka pun turut terkejut dengar apa yang aku ceritakan dekat dorang harituh. Dan kisah aku ini bukanlah terhenti pada tahun 2016 sahaja. Banyak kisah yang aku ingin ceritakan kepada korang semua kat tempat kerja aku ini. Ia berlaku pada hujung tahun lepas, syarikat kami biasa akan mengadakan satu jamuan makan pada waktu malam. Selepas pulang dari kerja. Jadi, aku dan juga beberapa team lain akan tiba awal di Kilang.
Selepas sahaja selesai majlis iaitu jamuan makan. Seperti biasa, kami akan melepak dahulu sebelum masing-masing pulang ke rumah. Aku, Fuad, Amirul dan Saad memang kawan sekerja dan kaki kuat bahan jugak. So, kami pun mulalah berbual-bual kosong dan cerita mengenai hal kerja masing-masing. Aku pulak, memang dengar jelah dorang membebel. Tak lama itu, si Fuad pun tanyalah kepada kami semua. “Weyh aku ada benda nak cerita dekat korang, tapi kalau korang pengecut aku tak nak lah cerita” kata Fuad. So, kami bertiga “bagitahu sahajalah”.
Cerita ini mengisahkan pengalaman dari Fuad. Dia adalah seorang pekerja driver lorry dan juga store keeper. Macam biasa, dia akan mulakan rutin harian dia dengan mengira stok dan akan menghantar barang-barang untuk supplier. Dia jenis bukanlah orang yang penakut dan dia juga seorang yang sangat berani. Okey cerita dia. Semasa pulang menghantar barang dari Kesas ke tempat kerja kami. Dia ada singgah dekat kedai makan untuk beli air. Sebab tekak dia haus. So dia beli air time tuh pukul 12:00 pagi. Masa tuh dia tak fikir apa. Sebab nak balik rumah secepat mungkin. Yela penat duk menghantar barang dari Kuala Lumpur ke kesas.
Semasa si Fuad ni duk bawak lori dan lalu jalan raya kesas. Suasana dia agak lengang jugaklah. Yela sebab tengah malam kan. Yang ada pun samar-samar lampu jalan dan juga ada kenderaan pun sedikit sahaja. Selepas sahaja, dia keluar dan membayar tol di lebuhraya kesas. Dia ternampak lembaga yang berpakaian serba putih iaitu “Cik Pontianak” duk bawah lampu jalan. Kata si Fuad ini lagi, cepat-cepatlah dia alih pandangan dia kat tempat lain. Dia pun mula baca ayat qursi dan juga tiga qul. Dan, dia pun memandu macam biasa. Pastuh, tiba-tiba sahaja radio yang tadi berbunyi terdiam seketika. Si Fuad ni pun ingatlah yang radio ni rosak. So dia tutup je radio tuh balik. Sampai je dekat satu simpang dan juga traffik light. D***h dia mula berderau dan dia mula nampak yang cik Pontianak betul-betul dekat depan mata dia. Nak toleh dah tak boleh, silap-silap tertekan gear je nanti. Pastuh, traffik light pun dah hijau. Ermmm.. Apa lagi terus pecutlah dia bawak laju. Hahahaha.. Tinggal cik Pontianak kat belakang.
Pastuh, si Fuad ni boleh pulak dia pandang cermin belakang. Ermmm.. Tak pasal-pasal dia ikut si Fuad terbang sekali ikut lori.ahahaha. Dia pun berhenti sekejap dekat stesen minyak. Yela orang tua-tua kata. Kalau tak nak bagi benda itu ikut. Kena singgah atau pun pusing-pusing. Supaya dia sesat. So dia pun berhentilah dekat situ. Jam time tuh dak pukul 3:00 pagi. Dia pun ambik keputusan terus balik rumah je dan esok pagi baru hantar lori dekat tempat kerja.. Nasib baiklah sampai rumah, cik Pontianak dah tak ikut dia balik dah. Itulah pengalaman dia seorang diri menghantar barang sampai balik lewat malam.
Kami yang dengar ini pulak yang seriau dan bertambah lagi aku yang dengar lagi-lagi dekat depan Warehouse ini. Selesai sahaja cerita dari Fuad. Tiba-tiba si Amirul mencelah, tapi kan korang ingat tak yang masa si Luqman kena histeria tuh. Yang dekat dalam Warehouse tuh. Kan dia buat kerja tiba-tiba pulak dia kena kacau dengan penghuni sini kan. Pastuh kami pun “betul jugak tuh”. Kata Amirul. Dekat area sini memang tempat dia agak keras sedikit. Yela kita kan buat kerja dekat rumah dia. Tuh yang dia nak kerja sekali dengan kita. Dia ni buat lawak pulak bebel aku seorang diri. “Tapi cerita Faizal lagi seram doh, dekat tempat kita pulak tuh” kata Saad.
Aku pun menyampuklah. Memang ler. Itu pengalaman aku sendiri beb. Ouh korang diam je erk pasal tempat ni. Tapi, harituh lagilah. Si Syiqin dye kan kaki selfie. Pastuh, boleh pulak dalam selfie dia tuh ada lembaga dekat tempat kita duduk ni. Memang demamlah dia. Ujar aku kepada dorang. Dorang pun mengangguk faham sahaja.
Tengah dok ralit bercerita jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Tak sangka kami berborak cerita hantu dekat tempat yang keras dan juga hari nak lewat malam. Kami pun ambik keputusan pulang ke rumah masing-masing. Okey. Itu sahaja cerita yang aku ingin kongsikan kepada korang semua.
Pada pendapat aku sendiri. Makhluk ghaib ini pun macam kita juga, dia hidup macam kita tapi yela Cuma kita sahaja yang tidak nampak kedatangan mereka. Ikutkan dia ada je dengan kita, silap-silap kat sebelah kita sahaja dia duk baca dengan kita. Just kidding. Tapi kalau dia datang dan mewujudkan kedatangan dia kepada manusia. Kita pulak yang takutkan. So kalau kita pergi dekat tempat yang kosong dan tak berpenghuni. Sentiasalah kita baca doa Ayat Qursi dan tiga Qul. Dan sentiasa berjaga-jaga tingkah laku kita.
Sekian. Terima kasih.
Okay. Ini adalah jawapan untuk korang yang bertanya di ruang komen harituh
1) Sebenarnya. Memang bukan mereka berdua pun. Itu hanyalah usikan dan guaraun makhluk ghaib itu sahaja.
2) Sebab malam tuh barang banyak kena nak keluarkan dan dihantar ke supply. Nak tak nak e kena OT buat shift malam sedikit. Yup. Aku baru perasan dalam jadual OT hanya ada nama aku seorang sahaja.
3) Selepas kejadian itu, aku ada tanya dekat kedai mamak tuh. Tapi jawapan dia paling rare. Memang aku sorang-sorang yang minum dan jugak makan. Serta, aku cakap seorang diri. Patutlah baru aku perasan mamak tuh macam takut-takut je dengan aku. Dia ingat aku gila kot sebab nampak aku cakap sorang-sorang. So, memang aku makan sorang-sorang. Cuma khayalan aku sahaja masa tuh.
4) Lepastuh. Esoknya aku baru baik dari demam dan masuk kerja. Aku ada tanya dekat kawan aku. Memang betul pun dorang pergi hantar barang dekat Pulau Pinang.
5) Yup. Itu adalah pengalaman seram yang aku alami. Sebab sebelum ini ada je aku pernah alami pasal paranormal ini.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI