TEMPAT KERJA AKU ADALAH RUMAH DIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua penggemar cerita seram Fiksyen Shasha. Mungkin cerita aku ini tidaklah seram. Sebagaimana, cerita seram di Fiksyen Shasha yang lain. Dan aku berterima kasih jika kisah aku ini disiarkan oleh Admin.
Aku nak intro sedikit nama aku ialah Faizal. Berumur 28 tahun, Kisah ini adalah kisah benar yang pernah aku alami sendiri sewaktu aku bekerja di sebuah syarikat swasta di Subang Jaya.

Pada tahun 2016, aku mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat swasta yang terletak di Subang Jaya. Pada awal pekerjaan, tiada perkara yang pelik berlaku disitu Ianya bermula, sewaktu aku bekerja pada waktu shift malam sebab banyak barang nak kena masuk dan disediakan untuk lori masuk esok pagi. Kemudian, semasa aku dan kawan aku Amirul tengah buat kerja untuk packaging barang di Warehouse. Aku terasa seakan-akan ada orang memerhati kami dari salah satu sudut almari di belakang.

Kemudian, aku toleh untuk tengok tapi tiada apa-apa. Pastuh aku sambung buat kerja aku dihadapan. Kalau korang nak tahu, tempat aku kerja ini mempunyai dua blok yang agak besar kerana kami mempunyai blok yang satu blok hanya tempat untuk menyimpan barang-barang Warehouse untuk supplier. Yang blok kedua, untuk pihak pengurusan sahaja. So, pada hari tersebut hanya ada aku, Amirul dan Saad sahaja yang bekerja waktu itu. Saad menyuruh aku untuk check barang-barang yang nak kena masuk dalam lori esok pagi.

Tengah aku khusyuk tengah check barang. Aku terdengar seperti ada orang tengah berborak. Untuk sedapkan hati, aku hanya berkata mungkin Amirul dan Saad kot yang berborak kuat sangat sampai aku pun boleh dengar dekat belakang ni. Makin lama, bunyi orang berborak tuh semakin kuat, yela korang bayangkan kita nak mengira n check barang-barang. Sekali tersalah tak ke naya nak kena kira balik. So, aku pun dalam suara aku yang lantang itu aku cakap macam ini “weyh diamlah sedikit aku nak kira barang ni”. Tak lama lepastuh, suasana orang tengah berborak tadi terdiam. Dan sunyi seketika.

Okey habis je aku kira semua barang-barang tadi. Aku keluar dan terus masuk Warehouse. Aku tanyalah dorang. Apa yang korang cerita sampai kuat aku dengar dekat belakang. Mereka berdua hanya berdiam dan tenung tajam ke arah aku. Sampailah Amirul kata “apa yang kau merepek ni, kita orang tak bercakap apa pun tadi, si saad buat kerja dia dekat sana”. Aku pun terdiam dan tanya balik dekat Saad. Betul ke? Apa yang Amirul cakap tuh Saad. Saad pun menjawab “yup”.

Kami bertiga hanya diam dan sambung buat kerja. Selepas sahaja masing-masing buat kerja.Saad mengajak aku dan Amirul untuk makan di kedai Mamak yang berdekatan dengan tempat kerja kami. Kami pun turutkan sahaja. Yelah, dari tadi tak makan terasa lapar pulakkan. Sampai je dekat kedai Mamak dah habis makan semua. Tiba-tiba Saad memberitahu hal yang sebenar.

Sebenarnya, tadi aku pun dengar apa yang Faizal cakap tuh. Pada mulanya, aku hanya buat diam sahaja. Lama kelamaan benda tuh menunjukkan dirinya di belakang Amirul sedang buat kerja. Benda itu seakan memberitahu kepada aku atas kewujudan dia disitu. Aku pun ingat tak naklah pandang ingat khayalan sahaja, rupa-rupanya sekali pandang ada di sebelah aku. Bau dia tersangatlah hanyir dan mata merah membutang ke arah aku. Cerita Saad kepada kami berdua.

Kata Amirul, patutlah aku panggil kau diam dan kaku je tadi. Bahkan, Amirul jugak memberitahu dia juga sudah terkena gurauan oleh “Benda itu”. Kata Amirul, semasa dia pergi ke tandas untuk ambil air wudhuk untuk solat maghrib. Ada kelibat hitam laju lari ke arah pintu. Dan dia terasa ada something disitu. Cepat-cepat dia keluar ambik air sembahnyang.

Rupanya bukan aku sahaja yang kena. Mereka juga kena teruk pada waktu malam itu. Keesokannya, aku bertanya kepada Manager aku yang kami alami peristiwa malam tadi. Manager aku pun kehairanan dengan apa yang aku cerita dekat dia. Memang tempat ini keras sedikit, sebab ini tempat dia. Tapi yang aku pelik malam tadi Saad dan Amirul mana kerja OT malam tadi. Dorang kan pergi hantar barang dekat Pulau Pinang. Aku pun baru teringat yang dorang pergi hantar barang. Tapi yang aku pelik siapa malam tadi yang sama-sama tolong aku buat kerja. Dan siapa yang malam tadi makan dan juga bercerita tentang kisah seram mereka semua kepada aku. Harituh jugak aku demam panas dan rehat di rumah.

Sekian itu sahaja cerita yang dapat aku ceritakan di atas pengalaman aku sendiri. Apa yang aku nak cakap semua benda ini iaitu alam ghaib. Mereka memang ada dengan kita, Cuma kita sahaja yang tidak nampak mereka. Kalau kita pergi tempat-tempat tiada orang. Hendaklah kita memberi salam terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam tempat tersebut.
Maaf jika kisah ini tidak seram bagi korang, tapi bagi aku sagat menyeramkan.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

FaiiTin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

8 thoughts on “TEMPAT KERJA AKU ADALAH RUMAH DIA”

  1. Wah ..
    Siap trman pergi mamak kedai ..sembang kuat2 …pastu …esok baru ingat member tu semua tak kerja pon masa tu …kat warehouse tu …gila kentang …so siapakah yang teman dan sembang dengan ence ni ….
    Wow …sangat tidak boleh hadam …
    Apa pun sebuah pengalaman luarbiasa …dia menyamar dan berjaya menipu manusia …
    Mereka ni makhluk yang suka-suki menyakat menusia pon …
    Banyakkan lah ..Membaca Doa Perlindungan dekat Allah swt …

    Reply
  2. Nasib x di apa2 kan dgn hantu2 tu.. Aduhai kenapa la pekerja shift mlm ko sorang je mlm tu.. Warehouse sebesar alam..

    Reply
  3. Menarik. Malangnya aku pulak rasa tak tenteram ni sebab macam nak tau kau ada tanya tak kat member kau dua orang tu kesahihan yang kau bukan makan dengan depa malam tu. boleh ke kau email kat aku peristiwa selepas tu sebab aku tak tenang kalau tak tau ending dia dengan sempurna. [email protected].
    Tolong eh trimas.

    Reply
  4. Wow kita sama tp beza tmpt . Sy kena kt skolah . Helok sembang dgn ‘kawan’ eh tiba2 kawan sebenor mai tepuk dr belakang kata duk ckp sorang2 . Mak ai 😂👍

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.