Assalamualaikum pembaca FS dan terima kasih kerana menyiarkan kisah aku ni. Sesungguhnya semua yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kita.
Dah lama tak menulis di sini sebab asyik baca pengalaman seram orang. Semua aku baca dan boleh relate pada pengalaman sendiri. Dari kecil aku memang selalu dihadapkan dengan keadaan seram dan aku sendiri tak mengerti. Kalau diikutkan, dari kecil sampai sekarang aku masih lagi dihadapkan dengan penampakan. Aku bukan penakut, tapi seram kot. Kalau aku kumpulkan kisah seram aku ni, boleh buat novel seram gitu. Best seller lagi. Berangan jap.
Baiklah, aku nak kongsi kisah aku masa aku jadi penceramah (trainer) untuk satu sesi “motivation teambuilding” untuk satu cabang badan kerajaan (BK). Aku ni penceramah bebas yang mengajar perkara serius seserius-seriusnya sehinggalah kepada motivasi, teambuilding dan kelas santai seperti kelas kraf.
BK ini mempunyai fasiliti untuk training mereka sendiri dan terletak di atas bukit Fasiliti ini merupakan bangunan tinggalan British. Pejabatnya masih mengekalkan struktur asal, sekali pandang kita tahu ia bangunan tinggalan British. Ada 2 block penempatan untuk lelaki dan wanita.
Waktu itu, aku baru lepas kemalangan, kereta terpaksa ditinggalkan di workshop. Aku ke sana menaiki bas (aku dari Kuala Lumpur, sudah otai) dan sampai pun sudah malam. Pemandu BK ini yang menjemput aku dari stesen bas.
Dari jauh, fasiliti itu nampak indah dan gah diterangi lampu, maklumlah lokasinya di atas bukit. Selepas check in aku ditinggalkan seorang diri kerana penyelia (sudah biasa dengan dia) terpaksa meninggalkan aku kerana ada tugas lain. Bilik kami besar, ada macam lounge dan dipisahkan dengan dinding yang menempatkan kamar tidur dan tandas yang luas. Aku memilih katil single paling tepi kerana aku ada 2 lagi roommate iaitu penyelia dan pembantunya.
Aku mandi, solat isyak dan iron baju kerana sesinya adalah 2 hari. Lepas selesai, aku terasa bosan kerana keadaan tempat itu sungguh sunyi. Siaran tv pulak hidup segan m**i tak mahu. Dari tingkap, baru aku tahu belakang bilik penempatan adalah padang luas yang dikeliliingi hutan tebal sejauh mata memandang. Kerana kebosananlah, aku terasa seperti nak merokok (sekarang dah berhenti). Block penempatan memanjang diterangi lampu sorot dan disebelah kiri ialah sebuah dewan, dan ditepinya ialah kantin yang bertutup kaca. Aku pergi ke hujung block penempatan lelaki untuk merokok, dan ditepinya ialah dewan yang akan aku gunakan untuk sesi aku esok. Sambil merokok, aku memerhati sekeliling.
Tiba-tiba mata aku tersorot satu susuk yang hitam legam di belakang dewan terhendap-hendap memandang aku. Saiznya seperti saiz seorang lelaki, tetapi semuanya hitam berkilat. Aku nampak jelas mata makhluk itu yang merenung tajam padaku sambil menyeringai. Cuak gila aku, tak ingat apa aku buat dengan rokok di tangan. Aku pun lari ke bilik. Sampai di bilik, aku buka tv walaupun tiada gambar.
Bila debaran hatiku dah reda, aku ambil keputusan tidur saja. Hampir nak terlelap, aku dengar pintu depan di buka dan dengar seperti orang duduk di sofa. Hatiku berkata, penyelia dan balik. Legalah sikit. Peliknya, mata aku ni mengantuk teramat sampai tak boleh nak buka. Dan aku merasa sangat dahaga dan panas walaupun biliknya ada aircond. .
Berperang dengan perasaan, aku tertidur juga.
Aku terjaga kerana merasa pinggangku amat sakit. Pinggangku terhempas terkena stering semasa kemalangan dan lebamnya bila disentuh amat sakit. Dalam keadaan cahaya lampu yang suram, makhluk hitam tadi sedang bertinggung di atas pinggang aku sambil merenung tepat kepadaku. Keadaannya seperti sedang berzikir, terhinggut-hinggut tapi matanya tetap memandang kepadaku.
Takut, sakit, cuak, rasa nak m**i semua bercampur. Nak menjerit, suara tak keluar. Segala ayat pendinding aku baca salah ke laut. Dan masa itulah aku dengar salam diberi. Alhamdulillah, roomies aku dah balik. Sekelip mata, makhluk itu ghaib dan sakitku lenyap. Penyelia dan pembantunya berpandangan. Kemudian, dia meminta maaf kerana lupa mengingatkan aku jangan keluar bilik atau merayap-rayap seorang diri. Padanlah walau peserta ramai, aku tak nampak sorang pun keluar dari bilik.
Esoknya, sesi berjalan dengan aman sehingga tamat sesi hari pertama. Ada acara minum petang tapi aku mengambil kesempatan untuk solat Asar. Usai solat, aku keluar surau dan pandanganku tersorot kepada satu “peserta” bertelekung berlegar-legar di ruang solat wanita. Mukanya aku tak nampak, Cuma cara dia bergerak tu macam melayang-layang sambil menunduk ke bawah. Aku tidak fikir yang bukan-bukan dan balik ke bilik untuk bersiap untuk Maghrib dan sesi malam.
Sesi malam juga berjalan lancar, dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah. Semasa minum-minum (standardlah BK) baru aku perasan jam tangan aku tertinggal di surau. Tanpa syak wasangka, aku menuju ke surau. Lampunya sudah ditutup. Aku buka lampu dan terus pergi mengambil jam aku. Semasa aku keluar dan nak menutup lampu, aku terpandang “peserta wanita bertelekung tadi. Hatiku mula cuak sebab aku rasa ini bukan manusia.
Dia menangis mendayu-dayu sambil menutup muka. Tangisannya yang mendayu-dayu menjadi semakin keras dan kuat sehingga dia seperti hilang kawalan, tersengguk-sengguk menangis. Aku sempat memandang semasa cuba menyarungkan kasut. “Dia” menoleh! Apa yang aku nampak, mukanya hitam seperti terbakar. Seperti arang hitamnya.
Aku terus berlari ke kantin tanpa kasut. Salah seorang peserta perasan aku tak berkasut. Terpaksalah aku menceritakan kejadian tadi. Aku mengaku, aku takut untuk pergi mengambil kasutku So, berjemaahlah kami pergi ke surau untuk mengambil kasutku. Malamnya, semua orang mendengar tangisan mendayu-dayu halus seperti dibawa angin.
Menjelang tengah malam, handphone masing-masing sibuk berbunyi applikasi whatsapp. Rupa-rupanya, ramai peserta wanita mendengar bunyi kaki berlari di atas syiling bilik mereka. Bunyinya seperti beberapa kanak-kanak berlari di atas syiling.
Kerana kejadian itu, sesi hari kedua aku dibatalkan. Gembira juga sebab mood dah ke laut, peserta juga resah gelisah. Keputusan dibuat supaya segala aktiviti dihentikan. Jemaah masjid di kampung berdekatan dipanggil untuk membaca Yaasin dan doa.
Kerana aku ni seorang trainer, beg yang aku bawa agak besar penuh dengan carta dan bahan aktiviti. Beg beroda warna kuning terang yang dari jauh siapapun akan nampak. Beg itu diletakkan di dalam dewan kerana sepatutnya sesi 2 hari. Beg aku dengan beg projector diletakkan di atas meja di tepi meja kami duduk. Anehnya, setengah hari mencari beg kuningku yang seolah-olah “lenyap”. Peliknya beg projector milik BK tu ada. Aku pulang ke KL tanpa beg kuningku. Selang beberapa hari, pekerja di sana menjumpai beg kuningku berada ditempatnya asalnya, sedikit pun tidak terusik. Aneh betul kerana banyak kali aku pegang mejanya, tapi beg tu tak ada.
Semasa aku dipanggil untuk mengambil beg, barulah penyelia membuka mulut. Kerana hendak menjimatkan kos, kursus terpaksa dibuat di fasiliti itu kerana venuenya beberapa kali sudah ditukar. Mereka paling tidak suka jika kursus dibuat di situ kerana tahu tempatnya keras. Padanlah ada 3 kursus serentak, tetapi ramai pesertanya sanggup bermalam di luar. Banyak cerita seram yang sampai ke telinganya dan dia sendiri pernah beberapa kali diganggu dengan “pak cik itam”, pontianak dan pocong melompat-lompat di padang bersebelahan dengan hutan dan beberapa entiti menakutkan di pejabat. . Biasalah, tempat lama yang menyimpan sejarah.
Wallahulam.
Uissh seram bak hang…kat negeri mana tu..bukan apa langkah berjaga2
jalan cerita smooth je. kalau aku kat tempat kau, memang aku dh cabut masa hari pertama tu tau hahha
Aiseh, kat mana ni? Mohon bagi alamat penuh. Saya selalu kena kursus. Kot la dapat kat tempat ni, boleh reject, hehe
Pandai menulis. Kongsi lagi ya, Pak Usop. Terima kasih atas perkongsian kali ini.
p/s kalau ada rasa nak tulis cerita atau novel seram, boleh tengok mukabuku (fb) Zaki Zainol (penulis novel ‘Takluk Jagat’).
keras betol tempat die…
Bukit fraser kan hehe
Nice story..ada pengelaman boleh cerita lagi.
Kat maner yeop? Bukit Fraser ker? Bgtau lah…usah nyorok simpan sorang2
Bukan Fraser Hills. Tapi di Perak, Pantai Remis.
boring la.
serius scaryyy . tak sanggup rasanya kalau cik panda yg kena benda2 gini . mintak simpang laaaaa
Best & seram..Part plg seram bile bayangkan telekung terbang2 tu..hahah
Cara penulisan yg simple & senang faham..blh la share story lain lps ni..
seram seyh….cte lagi
Sambung lain citer plak…
org minyak ke tu?
Rasanya..tahu tempat ni..huhuhu
Seram kot
dekat iKPTK ni..kan? kat bukit tinggi, pahang
RAMAI RUPANYA YANG BODOH KAT SINI…X ABIS2 EJA SILING JADI SYILING..