Salam semua ❤️ pertama aku nak minta maaf kepada semua andai cerita aku Rumah Jane menyinggung mana mana pembaca . Aku sebenarnya tiada niat nak main mainkan agama lain cuma ingin berkongsi pengalaman semasa masih berkawan dengan beliau selepas ini aku akan lebih berhati hati ketika ingin berkongsi cerita . Maaf ye semua
Okay cerita kali ini terjadi masa aku duduk di sebuah asrama di ibu kota. Nama asrama biarlah rahsia, tapi cuma 2 tahun sahaja aku tinggal di asrama masa aku form 1 dan form 2( aku manja takut duduk asrama😅).
Masa aku masuk asrama tu aku dapat bilik paling hujung sekali dan kalau tak silap aku lah orang pertama yang duduk bilik tu sebab bilik tu baru lagi baru renovate.
Best jugalah bilik baru kan mula lah heboh sana sini ‘woo, aku dapat bilik baru Korang ada? ‘macam tulah bila dapat sesuatu yang kita suka . Tapi sebenarnya tak lama pon sebab bilik baru tak semestinya hebat, nak tau sebab apa?
Sebabnya bilik tu tak delah baru sangat bilik tu dah lama dan sebenarnya saya dah salah bilik tu lah antara bilik paling lama kat asrama tu cuma dia dah cat dah hias cantik cantik (patutlah nampak baru).
Dan malang pulak dapat roommate yang senior sebab aku selalu dengar senior selalunya baik dengan junior masalahnya ini bukan setakat tak baik, sombong pulak tu hampeh nyok sungguh.
Bilik tu kecik je cuma muat tiga orang tapi bilik lain boleh muat empat ke lima orang… .entahlah…orang kata bilik ni misteri sikit sebab tak ada orang yang nak stay kat bilik ni. Tak ada langsung semua pakat nak keluar dari bilik ni.
Aku ni pulak jenis yang perasaan ingin tahu tu membuak buak dalam pikiran.aku pon tanyalah member bilik sebelah. Katanya dulu bilik ni ada orang m**i b***h diri tapi itu je dia cakap dia kata dia tak berani nak cakap lebih lebih . Bila nak tanya senior kat bilik aku dia jawab apa tau,
“Engkau duduk jelah sini diam diam tak payah sibuk nak tau apa apa pasal bilik ni!”
Aik, aku pulak yang dimarahnya. Tapi setiap tengah malam mesti aku terdengar bunyi orang mencangkul dekat belakang bilik. Setiap tepat jam 12 tengah malam dan setiap 12 malam tulah aku asyik terjaga dek bunyi yang memekak tu…..menjengkelkan.
Mula mula aku bangun aku macam tersentak, lepastu aku tengok akak senior tu elok je tidur macam tak dengar langsung bunyi tu. Aku pon nak sambung tidur tapi bunyi mencangkul tu makin kuat buat kan rasa ingin tahu tu membuak buak. Aku pon pergilah mengintai….korang tau apa aku nampak? ,Aku nampak seorang lelaki TAK BERKEPALA tengah mencangkul KEPALA dia sendiri! faham tak dia TAK ADA KEPALA! Lepas je aku tengok benda tu aku jadi kaku.,,,tak tahu nak buat apa, macam entahlah tak boleh nak explain….
Esoknya tu aku terus demam lepastu akak senior tu macam tau tau je apa yang aku buat semalam,
“Kau buat apa malam tadi?”
“Saya…,”aku macam tak tau nak explain macam mana dan apa yang akak senior ni cakap memang mengejutkan aku…..akak tu kata,
“Kenapa kau bangun? kenapa kau pergi mengintai benda tu?”
Tapi nada suara dia tu macam risau tak macam sebelum ni dengan suara angkuh dia tapi tak untuk hari ni suara dia lain macam mak tengah risaukan anak. Yang peliknya macam mana dia tau aku pergi mengintai?
“Aku tau kau pergi mengintai sebab aku pon terjaga jugak waktu tu.”
Berderau d***h aku. Jadi akak ni memang terjaga cuma dia tak rasa apa apa langsung, mungkin dia bukan jenis penakut macam aku. Lepastu dekat setahun jugak lah aku kena kacau dengan bunyi ‘cangkul’ tu . Tapi aku dah okay sikitlah daripada yang mula mula kena totally lost Tak tau nak buat apa.
Lepastu aku decide nak tanya akak senior tu apa yang jadi sebenarnya. Akak tu cakap dulu bilik ni ada orang b***h diri . Sebenarnya asal bilik ni lelaki yang punya, asrama yang kitorang duduk ni lelaki yang duduk dulu tapi entah kenapa warden suruh tukar jadi asrama perempuan bilik yang kitorang duduk ni pon baru bukak sebab asrama dah tak ada bilik jadi terpaksa pakai bilik ni. Lepas dari kejadian aku decide nak keluar dari asrama tukar jadi sekolah harian.aku lebih rela pergi sekolah lambat dari kena hadap gangguan yang menyeksakan jiwa raga.
Akhir sekali, lepas dari kejadian aku dah makin rapat dengan akak senior tu. Sebenarnya akak senior ni baik je aku je yang salah sangka, suara akak tu memang macam tu. Apapon aku nak minta maaf sekali lagi andai cerita yang aku karang Rumah Jane tu menyinggung perasaan mana mana pihak dan aku harap admin publish cerita ni…thanks admin❤️.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
hai .. 😅 macam mana nak send cerita dekat FS ni ? tak tahu macam mana 😅 pernah laa jugak try .. tapi urm .. lupa 😯😆
Awak ini ambil kesempatan sambil cerita sambil mengina agama lain ke? Ahaa
Aku ini pun seorang beragama kristian tidak pernah main kacau agama lain…. Sungguh rasis lah… Admin sepatutnya minta dia ini betulkan ayat… Bukan ke followers non muslim pun setia pembaca kisah dari sini….
dgn akak senior ni pun ko mula2 bole pikir dia ni seorg blagak…ko ni sbnrnya jenis judgemental….memalukan la ko ni
Sudah2 la yg comment negatif tau nk kecam..masing2 pon ada perangai judgementa cume extreme dgn xextreme jer..lgpon die da minta maaf kan..bukn die sengaja…kalo sengaja mmg die xkn minta maaf pon…readers yg kecam ni pon boleh dikatakn ada perangai judgemental jugak..sbb asyik sibuk nk tunjuk salah die…sama je perangai sesama manusia..maafkan jer la..semua org ada buat silap..xsume dilahirkn sempurna dgn kebaikan