Terbongkarnya Sebuah Pengkhianatan

Assalamualaikum. Hai semua. Korang ingat lagi tak cerita aku pasal mayat berlegar-legar. Okay ni sambungannya. Kalau ikut kan hati, aku nak je combinekan cerita aku dari part 1 sampai akhir ni, tapi mesti muak punya cerita ulang-ulang. Jadi aku sambung je lah. Eh jap admin, aku ada hantar cerita mayat berlegar-legar part 5. Jadi takyah siarkan lah. Semua dah ada dalam ni.

TERBONGKARNYA SEBUAH PENGKHIANATAN.
(Sesungguhnya dia lupa bahawa ALLAH selalu ada)

24 Ogos.
Sekali lagi family aku diganggu oleh makhluk yang bernama jin dan syaitan. Dah namanya pun syaitan, maka perangainya tersangatlah Syaitonnn.Malam tu mak aku pengsan sebaik sahaja selesai makan malam. Takde angin takde ribut, pengsan tetiba.

Ayah mengangkat dan baringkan mak ke ruang tamu seperti biasa.Tiba tiba kami semua dengar orang menjerit.Aku berlari mandapatkan suara tersebut yang berada di luar rumah. Aku tengok anak buah aku (nina,14) dah terbaring di laman rumah sambil dipegang oleh cik ila.

Sebaik sahaja aku mendekati nina, dia bangun tenung aku sambil melemparkan senyuman mulut senget (senyum sinis) dan Along cuba call Z,malangnya tak dapat dihubungi.Terus along aku call ayah mertuanya pak suned. Pak suned datang dan merawat nina, tiba tiba mak aku pulak yang menjerit. Ayah segera mendapatkan mak dan melaungkan azan di telinga nya seperti mana pak suned buat dekat nina.Mak aku kembali rebah dan tidur sampai ke pagi..

25 Ogos
Nina tak pergi sekolah hari ni, sebab hal malam tadi. Jadi Aku pergi dapatkan kepastian kat nina apa yang berlaku semalam.Kata nina,lepas makan malam, dia lepak kat lua rumah dengan cik ila.Masa tengah borak-borak, dia terpandang kat halaman rumah dusun ada kelibat “orang” tengah berjalan.

Dia pandang punya pandang, takut pencuri pulak yang masuk, Tiba tiba “orang” tu berhenti dah terus terbang ke arah dia..Terus dia tak sedar apa berlaku. Bila aku tanya ciri-ciri makhluk tu,dia kata mula-mula nampak macam susuk tubuh orang, memandangkan halaman rumah dusun ni gelap, tapi bila “dia” terbang, kata nina ia seperti makhluk berbulu yang mempunyai mulut yang besar.

Pastu aku terus soal selidik mak aku pulak apa yang berlaku. Mak aku kata, dia sedar sebab dengar orang azan tapi sayup sayup je. bila dia tersedar dari pengsan tu, terkejut beruk la dia nampak makhluk berbulu dengan mulut terbukak luas macam nak makan dia. Dia pun menjerit jerit lepas tu tak sedar apa dah. Kami cuba dapatkan bantuan semula dari Z. Malangnya, Z tidak berjaya dihubungi.Tetapi beliau sempat menghantar satu mesej “korang jangan risau, aku dah arahkan orang orang aku mengawasi rumah korang ni..Insha Allah takde pape”.

Petang tu aku kedapur nak goreng pisang untuk minum petang. Tengah sedap sedap menggoreng, tiba tiba mesin basuh aku ON. Aku pergi tengok mesin tu, takde baju tapi berfungsi.Button ke arah spin. Aku terus tutup plug dan kembali menggoreng. Allah.!!sekali lagi mesin aku ON.Memang berdebar..tapi aku buat selamber.Aku tutup api dapur dan bergerak ke ruang tamu. Aku bagitahu ayah aku apa yang berlaku, terus ayah dan yang lain datang melihat ke dapur.Malangnya mesin tersebut tidak lagi berfungsi (ON)

Malam tu pulak ketika aku dengan along sedang sibuk masak makan malam, kami dengar ada cakaran di atap zink dapur.” Creeeeetttt.Sangat sangat jelas. Disebabkan takut yang melampau, Along menjerit meninggalkan aku di dapur dan dia berlari mendapatkan ayah dan yang lain di ruang tamu. Aku tutup api gas dan bergerak ke ruang tamu.Sampai di depan tandas, aku terkaku bila melihat makhluk berbulu bertenggek atas peti sejuk..Renungan yang tajam dan mulut terbuka luas serta badan berbulu membuatkan aku menangis dan memaki hamun makhluk tersebut.”aku tak kacau kau, jangan kacau aku”. “Benda” tu hanya mendengus kasar. Tidak semena mena makhluk tersebut terbang ke arah aku dan aku tidak sedar apa yang berlaku.

Kira kira pukul 12 malam, aku tersedar dari pengsan dan dikelilingi oleh semua ahli keluarga. Tapi aku rasa badan aku sakit-sakit. Lenguh giler. Apa yang memeranjatkan aku, makhluk berbulu tersebut berdiri betul betul menghadap aku.”Dia” hanya memerhatikan aku dan aku hanya mampu menangis dan memaki hamun sebab aku tak boleh terima langsung apa yang berlaku kat aku.

Persoalan nye kat sini, Kenapa aku je yang nampak benda tu? Kenapa benda tu tak rasuk aku je? Kenapa benda tu tak mendatangkan histeria kepada mereka yang lemah semangat contoh mak dengan anak buah aku nina? sebab diorang pernah alami histeria disebakan makhluk tu? Dimana Z? kenapa tiap kali kami hubungi dia tak dapat? Kenapa dia kata orang orang dia mengawasi rumah kami? siapa orang orang yang dia maksudkan??

26 Ogos (Gangguan cicak)
Pagi tu macam biasa. Kemas apa patut then buat sarapan pagi. Apa yang menghairankan bagi aku adalah rumah ni penuh cicak. Dimana mana boleh jumpa cicak. Nak ambil air dari dalam peti sejuk pun cicak ada dalam tu.Masalahnya tak m**i..Bila bukak je peti, cicak semua lari keluar.

Persoalan dia, kenapa boleh wujud cicak yang begitu banyak? Macam mana cicak boleh ada dalam tempat-tempat tertutup,contohnya dalam peti sejuk, dalam beras, dalam lauk.? Pernah aku cuba b***h cicak tapi dihalang oleh nina. Katanya ” acu janganlah b***h kawan nina nii”. Biasanya bila aku balik rumah along, aku akan tidur dengan nina. Tapi malam tu dia tak bagi tidur sama. “acu, malam ni acu tidur luar eh”. Aku pun tanya kenapa? Allahu, nina kata dia nak tidur bersama cicak, kawan nya.

Malam tu aku tidur rumah cik ila. Aku pun google cari penyelesaian macam mana nak hapuskan cicak. Tapi Allah bagi aku petunjuk, ada satu page yang menyatakan kenapa banyak nya cicak di rumah adalah disebabkan oleh makhluk halus ataupun amalan sihir. Pelbagai sumber aku cari dan rujukan sehinggalah aku terjumpa ayat ni “Rasulullah (s.a.w) telah mengkhabarkan pada kami bahawa jin itu terdiri dari tiga kumpulan. Pertama, jin yang senantiasa berterbangan (melayang) di awangan, ke-2, jin dalam bentuk haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai rumah dan suka mengembara “(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih)”.

Masa aku baru selesai buat solat sunat, aku dengar dari bilik nina suara orang bercakap-cakap, gelak sana sini hampir pukul 5 pagi. Mustahil family aku masih berborak. Aku bagitahu cik ila sama ada dia pun dengar atau tidak, cik ila kata ye dia dengar. Borak punya borak dengan cik ila, kami dikejutkan dengan suara nina menjerit. Apa lagi, berlari la kami masuk tengok apa berlaku. Allahu rabbi. Nina cedera diseluruh badan. Kepala mulut habis berdarah. Kami jumpa dia bawah katil menjerit mintak tolong sampai suara dia takde sebab menjerit.

Memandangkan kat rumah hanya tinggal aku, keadaan bertukar jadi seram sejuk. Cik ila mula perasan suasana masa tu, dia cuit aku suruh stay rumah dia. Aku hanya angguk. Baru keluar separuh jalan, aku dengar pinggan mangkuk pecah di dapur. Aku mintak tolong cik ila call kan ayah mertua kaklong aku yang juga merupakan besan nya datang ke rumah. Dalam masa 5 minit.Pak suned datang.

27 Ogos
Jam 6.55 pagi : Aku, pak suned, cik ila, anak bongsu cik ila (Mona,21) melakukan aktiviti “pembersihan rumah”selepas aku menceritakan pada mereka mengenai kisah cicak tersebut. Menurut pak suned, tidak ada salahnya jika kita mencuba. Dimulai dengan Bismillah, alunan surah Al-baqarah dan ayat Kursi mula bergema.

Meremang memang tak payah cakap lah. Aku rasa seram sejuk je masa baca. Cuma gangguan ketika kami baca tu, bunyi pinggan pecah di dapur dan takde yang membahayakan nyawa. Hampir satu jam lebih kami baca, keadaan terasa tenang dan nyaman. Sesungguhnya hanya Allah yang layak menyembuhkan segala penyakit, kami terkedu bila melihat hampir belasan cicak yang m**i. Allahuakhbar.

Tengah hari tu nina dah boleh keluar. Doktor kata cedera dia tak teruk sangat cuma mulut kene jahit sikit disebabkan terhantuk benda keras. Aku tengok dari leher sampai kaki ada kesan-kesan lebam dan ada kesan tiga jari kat lengan dia. Bila disoal apa sebenarnya berlaku, nina kata malam tu dia tidur macam biasa. Dia mimpi ada lelaki bagi dia sampul emas kekuningan, tapi dia menolak sebab sampul tu bau busuk sampai dia muntah. Lelaki tu marah dia dan tolak dia sampai terkena batu. Dia nampak kaklong aku masa tu ( mak dia), dia jerit mintak tolong tapi kaklong blah macam tu je.

Berderau la jantung aku bila aku dengar pasal sampul tu. Terus aku dapatkan mak aku yang tengah berborak dengan pak suned dan cik ila. Takde adab takde salam aku main terjah je tanya mak aku pasal sampul. “makkkkk…mak ada mimpi tak pasal sampul emas kuning-kuning sebelom ni”. Mengejutkan, bila mak aku kata ye.. Aku kata ni tak boleh jadi. “Benda” ni main kasar, sampai anak buah aku cedera. Disebabkan adik-beradik aku yang lain tak dapat join, jadi diorang serahkan semua keputusan kat kitaorang,lantak ah nak buat apa pun,asalkan semua selamat. Jadi along aku pun buat keputusan sendiri panggil orang lain tuk berubat.

28 Ogos
Orang yang along aku cari ni, aku gelar sebagai tok mi. Dia tak dengar apa semua cerita dari kami pun, terus dia bagi senarai barang yang dia perlukan. Perhh hebat. Dalam senarai bahan yang tokmi perlukan, bahan utama nya adalah limau dan bunga. Lepastu ada pulak dia mintak ayam hitam,ayam putih,ayam kampung,ayam jantan, pulut kuning,pulut hitam dan banyak lagi.

Orang bodoh macam kami ni,ikut kan aje. Tak pikir DOSA PAHALA. Bertungkus lumus cari semua bahan yang tokmi nak. Perhabis duit.Orang bodoh katakaaaan.Lupa Allah. Aku pun apa lagi bebas lah kononnya. Takde gangguan semua.Boleh lah aku berhuha huha lepas ni,sampai solat pun aku tinggal semata mata nak pergi cari kat rumah orang, ada tak ayam yang tokmi mintak. Alhamdulillah apa yang tokmi mintak semua berjalan lancar,takde satu pun bahan yang tertinggal. Aku berjaya membeli ayam yang diminta dari seorang penduduk kampung.

6.30 petang :ALLAH TEGUR AKU. Ayam yang aku ikat kaki nya supaya tak terlepas, tiba tiba melompat keluar dari bakul motor dan berlari ke arah jalan raya. Dah lari kat jalan raya tu, ayam tu seolah olah menunggu ajal. Tak bergerak dan kereta yang entah dari mana, terus melanggar ayam tu. Depan mata aku berlaku, ayam m**i dilanggar.Penyek habis.Terburai semua. Perasaan masa tu bercampur baur,sedih ada geram pun ada.

Limau yang aku petik dari rumah jiran pulak tertinggal. Aku patah balik nak pergi ambil, sampai kat sana makcik tu takde rumah. Aku tggu la kejap kot-kot makcik tu balik, tapi dah maghrib tak pun balik-balik, kemudian jiran lagi satu tu cakap, anak dia dah bawak makcik tu duduk rumah dia. Paling menakjubkan, kesemua pokok limau dah kene tetas. Takde dah. Yang ada pun pisang dengan pokok bunga. Balik rumah kena bebel la aku. Sape tak bengang balik dah penat-penat kene bebel pulak.

Lepas solat maghrib, sekali lagi Allah tegur aku. Keyakinan aku terhadap tokmi hilang 200%. Perasaan aku yang sepatutnya gembira bertukar jadi tak tentu arah. Akhirnya, aku buat keputusan menceritakan semua yang berlaku kat family aku. Open table kat luar, aku hidang pulut dengan sambal. Eh licin pulak diorang ni makan. So along call tokmi cakap takjadi buat, aku boleh dengar ketidakpuasan hatinya.

Masa tengah makan, aku tengok makhluk berbulu tu tengah perhatikan kami semua dari pintu pagar utama. Aku syak makhluk ni ditugaskan hanya untuk memerhatikan kami. Kalau benar makhluk ni nak rosakkan kami, nak ganggu kami, kenapa ganggun takde? tidak ke pelik makhluk yang mendatangkan histeria masih ada tapi gangguan kepada orang yang kene histeria takde.Mustahil sama sekali gangguan histeria pulih sepenuhnya sebab makhluk tu masih ada..

29 Ogos
Harini aku buat giler. Aku balik rumah mak ayah aku kat kampung felda yang lama kami tak duduk. Perjalanan ambil masa dalam satu jam. Aku ikut jalan Jelebu-Kuala Klawang. Tujuan aku balik tu semata mata nak jumpa mek ani. Dalam tengah hari aku sampai rumah mek ani. Bila mek ani bukak pintu tu, muka nye MashaAllah masam nyee..Garang bebenor. Aku kenalkan diri, riak wajah mek ani berubah.

Dengan nada agak tinggi mek ani tanya apa tujuan aku datang jumpa dia.Aku pun bukak cerita dari A-Z. Hah, kena maki la aku masa tu sebab tuduh dia bomohkan mak aku. Lagipun aku takde bukti nak tuduh mek, itupun bersandarkan cerita orang-orang yang pernah rawat mak dulu tu. Perhh, pedih dia halau aku balik. Aku pulak merayu rayu mintak dia maafkan kami terutama mak. Aku cakap yang aku tak kan balas balik segala perbuatan dia kat kami dan aku tak nak tahu sebab kenapa dia buat semua ni kat kami..Yang aku nak cuma satu, tarik balik apa yang dia bagi kat mak supaya mak sihat semula. Tapi mek ani tetap tak mengaku dia yang buat.

Aku pun keluar lah dari rumah mek ani, dalam 5 langkah mek ani panggil aku. Suruh aku masuk dalam semula. Dan dia pun cerita apa sebenarnya yang berlaku. Katanya, sebelom arwah ibunya(mek) meninggal, mek dah serahkan sebahagian daripada belaan nya kepada mak melalui makanan sebagai “penjaga” mak. Bila mek meninggal tu yang “benda” ni tunjukan diri kat kami sekeluarga yang dia ni wujud. Dia tunjukkan dirinya melalui bayang-bayang dan kadangkala menjelma jadi salah seorang daripada ahli keluarga kami.

Mek ani suruh aku ingat balik sejak bila mak aku mula sakit-sakit. Baru aku teringat, mak aku mula sakit- sakit dan tak boleh stay dekat rumah ni selepas mek meninggal. Menurut mek ani, sebenarnya ada orang lain yang hantar “benda” kat mak tetapi disebabkan mek masih hidup lagi masa tu, mek lah yang bantu “menjaga” mak selain menurunkan “penjaga” dan ilmu tanpa mak sedar. Katanya lagi, banyak pantang larang yang mek bagi kat mak, malangnya disebabkan mak masa tu tak tahu, jadi ilmu yang diturunkan tidak menjadi kerana mak telah melanggar pantang larang tersebut. Bila ilmu tak menjadi, secara automatik “penjaga” mak ni lemah, bila dia lemah dan pantang larang dilanggar, “penjaga” ni terpaksa la makan tuannya sendiri untuk hidup.

Bila “penjaga” ni makan diri tuannya, dan “makhluk” yang dihantar oleh orang lain pun turut makan sama, maka mak aku merana lah sakit sehingga badan menjadi kurus kering. Bila aku tanya macam mana nak hapuskan “penjaga” mak ni. Mek ani kata, ” penjaga” mak ni telah dibuang hampir 6 bulan lepas oleh yang menghantar “makhluk” untuk sakitkan mak ni.

Berderau d***h aku.. Dah kene buang?? 6 bulan lepas?? Adakah dia orangnya? mek ani kata, dia tak mampu nak tolong sebab ilmu yang mek turunkan kat dia hanya separuh. Dia suruh aku pergi cari orang yang betul-betul hebat dalam hal ni.Dan mek ani sempat pesan kat aku, “penjaga” mak sedang mencari tuan baru dalam kalangan keluarga aku. Bila aku sebut adakah makhluk berbulu, mek ani mengangguk ye. Dan orang yang kerap diganggu mungkin mangsa seterusnya. Adakah aku? sebab aku kerap nampak makhluk tu? adakah nina anak buah aku? Mek ani suruh aku “pagar” keliling rumah yakni bucu bertemu bucu dengan menggunakan garam kasar dengan surah terpendek dalam Al-Quran.

Petang tu jugak aku balik ikut laluan yang sama Jelebu-Kuala Klawang. Selepas melepasi Jeram Toi, kereta aku terasa berat dan seperti ditarik ke tebing. Waktu maghrib memang kenderaan mulai berkurang dan kenderaan berat mula menguasi jalan. Dalam cubaan mengawal stereng supaya berada dilaluan yang betul, kereta aku ditarik ke tengah-tengah jalan dan dalam pada waktu yang sama sebuah lori datang dari arah bertentangan..Aku tarik stereng kereta ke laluan yang betul.Nasib sempat. ( rasa macam tolak anak gajah sorang-sorang).Memang antara hidup dan m**i aku waktu tu.

Aku pasang *double signal* dan slow slow bawak kereta. Tapi berat yang teramat. Jadi aku berhentikan kereta di tepi highway, aku turun bukak pintu belakang. “masuklah, aku tumpangkan kau”. Terasa angin yang kuat menerpa masuk kereta. Aku tutup pintu dan drive semula seperti biasa walaupun berat. Masa dalam kereta aku berborak dengan “dia”. ” Aku mintak maaf, kau tak boleh ikut aku balik, aku akan hantar kau balik ke tempat asal kau”. Aku cari kawasan rumah yang boleh aku buat U-turn.

Bila dah buat U-turn, aku hantar benda ni balik yang secara tak sengaja menumpang aku.Sampai di kawasan nak masuk Jeram Toi aku berhenti, ” kita dah sampai ni, kau keluarlah, pulang ke tempat asal kau”. Aku turun bukak pintu, terasa angin kuat keluar dari kereta.Aku tutup pintu dan sebelom naik kereta, aku baca Ayat Kursi diikuti 4 Qul dan ludah 3 kali. Perjalanan kembali lancar, tak terasa berat pun kereta.

Aku singgah solat di Masjid Pekan Pantai, memandangkan rumah along aku dah dekat. Selesai solat, aku terjumpa pak suned yang kebetulan sama sama nak turun tangga pakai selipar. Pak suned bagitahu aku, nina dimasukkan ke wad selepas ayahnya (abang long aku) terjumpa nina dalam keadaan berdarah di bilik air. Diaorang syak nina hantukkan kepalanya sendiri. Aku ceritakan semua dari A-Z kat pak suned dan minta tolong pak suned “pagar” kan rumah. Malam tu dalam pukul 10 pak suned dan 2 orang kawannya mula “memagar” rumah tapi rumah cik ila sahaja, manakala rumah along aku dibiarkan tak “berpagar”.

Kenapa rumah along aku tak berpagar? Sebab dia macam ni, kami yakin “benda” tu sekarang ada dalam rumah along aku, kalau kami tutup semua laluan dia, dah sah sah lah benda ni terperangkap, tak boleh keluar masuk. Jin pun ada perasaan, bila dia tak boleh keluar untuk dapatkan makanan dari tuan dia, dia akan mengamuk lah. Bayangkan orang-orang yang masuk rumah along aku, dah sah-sahlah diaorang jadi mangsa. Kitaorang nak jadikan rumah cik ila sebagai tempat perlindungan bagi budak-budak dan mereka yang takde kene mengena dalam gangguan ni.

30 Ogos ( Semakin menghampiri kebenaran)
Kami mintak izin doktor untuk bawak nina balik. Pada awalnya doktor tak benarkan sebab rawatan menyeluruh belom dilakukan tetapi selepas pak suned membuat penerangan, doktor tersebut benarkan.Kami taknak amik risiko dengan biarkan nina di hospital sebab pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Berhubung dengan kecederaan nina, aku call semua adik beradik aku supaya balik hari ni jugak.

Petang tu semua adik-beradik aku sampai, kebetulan anak Pak Suned, Abang Farhan pun turut serta yang aku rasa bukan calang-calang orang. Aku pun buat *Open table* cerita kan semua sekali termasuklah yang aku ni telah bersemuka dengan mek ani..Masa aku bercerita ni, aku rasa macam akulah Perdana Menteri dan orang-orang sekeliling adalah menteri kabinet sebabnya masa aku cerita tu, aku berdiri dan yang lain duduk.

Perhhhhh… sekali perdana menteri kena marah kaw-kaw daaa, depan Abang Farhan pulak tu.Malu!!! Tapi apa yang aku perasan, Abang Farhan ni asyik pandang nina dan mulut macam baca something lepastu nina masuk dalam rumah. Lepas tu Abang Farhan ni pandang sekeliling dan dia memang tak fokus langsung apa aku cakap. Ramai dikalangan adik beradik aku tak percaya dengan kata-kata mek ani yang kononnya ada orang lain yang hantar tuk sakitkan mak dan bukannya dia. Boleh je mek ani ni reka cerita kata mereka.

Entah macam mana masa masing-masing bagi pendapat, Abang Farhan pun bersuara. Katanya ada satu cara untuk kita tahu sama ada betul atau tidak apa yang Mek Ani cakapkan sebelom ni. Kami tanyalah macam mana? dia kata dia perlu mintak tolong atau kerjasama dari kawannya. Seperti yang aku agak, Abang Farhan ni bukan calang-calang orang.

9.00 malam : Dua kenderaan mewah memasuki perkarangan rumah. Ada lebih kurang dalam 9 orang, 5 lelaki dan 4 wanita. Keempat-empat wanita tersebut memakai niqab ( Kila, Kiki, Kina dan Kiza), 2 daripada lelaki berusia 50-an ( Haji Mail dan Haji Dollah) manakala 3 lagi dalam lingkungan awal 30-an
(Atan, Abu dan Atam). Maka berlakulah sesi taklimat.

Taklimat yang diketuai oleh Haji Mail ni mengarahkan semua kanak- kanak kecuali Nina termasuk mereka yang lemah semangat berkumpul di dalam rumah Cik Ila yang akan di pantau oleh anak buahnya iaitu Kila, Kiki dan Atan. Haji Mail berkata, ini adalah proses memanggil semula makhluk yang mengganggu kami selama ni untuk memasuki salah satu badan kami. Giler tak terkejut!! Orang lagi nak buang, dia lagi nak panggil.

Semua adik beradik aku termasuk Nina duduk bersila di ruang tamu mengadap Haji Mail dan Haji Dollah, Dibelakang kami di awasi oleh Kina, Kiza, Abu dan Atam termasuk Pak Suned dan Abang Farhan. Ada beberapa proses sebelom tu, tapi tak ingat macam mana. Haji Mail mulakan bacaan. Selepas bacaan 3 orang didapati rebah iaitu Mak, Nina dan Kak Chik aku. Haji Dolah Menyuruh kami yang tak pengsan ni berada di tepi.

Tak lama kemudian ketiga -tiga mereka yang dirasuk ni serentak bangun. Bangun je dari pengsan memasing mengamok, bertindak agresif dan terpaksa dikawal oleh pembantu-pembantu Haji Mail, tapi yang mengamok tu hanya Mak dan Nina manakala KakChik pulak menangis. Haji Dollah amik Mak aku, Haji Mail amik Nina dan Abang Farhan amik KakChick. Macam anak murid dengan cikgu pulak aku tengok.

Sebelom tu ada sesi soal jawab dengn kesemua jin tersebut. Semua jin tu adalah islam. Dan ada nama, tapi aku tak ingat nama nya. Jin dalam badan mak dan nina adalah jin yang dihantar oleh tuannya untuk hancurkan kami manakala jin di dalam badan Kakchik adalah “penjaga” mak yang telah dibuang.

Aku paling suka drama yang jin dalam badan Kakchik ni buat.. One..Two..Three..Actionn.. Kakchik bangun, menari pusing-pusing macam princess lepasto duduk bersila letak tangan kat dagu, lepastu dia kenyit mata..hahahaa.Then dia nangis yang mendayu-dayu sambil kata yang dia sayang mak aku.Dah belasan tahun dia hidup dengan mak, susah senang sama-sama. Lepastu dia bangun then menjerit.. Suara yang lembut tadi tukar jadi kasar. Dia tak puas hati kenapa mak buang dia dan cari jin baru. Dia selalu gaduh dengan jin baru tu sebab nak rebutkan mak. Agresif giler.

Jin dalam badan mak:

Part mak aku seram. Mak pandang aku tajam dengan mulut senyum sinis dia tu. Tapi aku kawal perasaan tak boleh takut sangat, jadi aku tunduk dan aku baca ayat Qursi.Tiba-tiba mak aku nak terkam aku tapi sempat dihalang oleh pembantu Haji Mail. Dengan suara garau nya, jin tu cakap aku adalah penghalang terbesar untuk dia rosak keluarga aku. Dia punya gelakkk. seram betul..Allah je tahu. Haji Dollah tanya siapa orang yang menghantar, Jin tu tak jawab. Bila ditanya nak keluar ke taknak, jin tu kata dia tak kan keluar dari badan mak sebab dia dah suka duduk sini. Terpaksa la Haji halau dia dengan cara kasar.

Jin dalam badan Nina.

Okay ni jin segala jin kot. Sebab agresif dia lain macam..Kuat giler. Masa dia agresif, jin ni nak terkam Kakchik sebab katanya jin dalam badan KakChik aku ni selalu ganggu dia buat kerja.Dia selalu bergaduh la kot. Tiba-tiba Kakchik aku bangun nyanyi lagu ulik mayang. Mendayu je. Aku nak gelak pun ada sebab jin Nina ni dah la baran masa tu nk terkam dia lagi, eh boleh pulak dia bangun menyanyi. Jin Nina pun tak puas hati dengan aku sebab aku b***h kawan-kawan dia si cicak tu. Tambahnya lagi, kerja dia terganggu sebab aku selalu baca surah Al-baqarah selepas kali pertama Nina cedera, jadi tuannya suruh M******h salah seorang dari kami untuk balas dendam.

Alhamdulillah, takde sebarang kecederaan atau gangguan berlaku semasa proses rawatan. Sebelom membuang kesemua jin-jin tersebut, aku ada cakap kat Tuan Haji supaya kembalikan semula kesemua jin ni ke tuannya, malangnya ramai yang tak setuju. Tapi aku berkeras nak jugak Haji ni buangkan ke tuannya.Tetiba Haji Mail soal kenapa nak pulangkan ke tuannya? Aku pun cakap ada 3 sebab :
1) Sebab aku nak tuan dia rasa apa yang kami rasa selama ni.
2) sebab aku nak tengok siapa pemilik jin-jin berkenaan.
3) sebab aku taknak ada lagi ruang dan peluang yang akan dihantar dikemudian hari.

Atas sebab permintaan aku dan rayuan aku, mereka bersetuju untuk pulangkan semula ke tuannya. Walaupun aku dinasihatkan oleh Tuan haji untuk tidak membalas balik perbuatan tersebut dan serahkan pada Allah, aku tetap berdegil dengan keputusan aku. Kira-kira 12 malam, segala rawatan selesai dilakukan. Rawatan di akhiri dengan melaungkan azan di setiap penjuru kawasan rumah along dan Cik Ila serta aktiviti “memagar” seluruh kawasan..

31 Ogos
(Kebahagian hanya sementara)
Tenang, damai dan membahagiakan bila melihat senyuman mak yang dulu pudar kerana sakit, kini ceria bersama anak cucu. Keceriaan wajah adik-beradik bila dapat merasa air tangan mak yang sekian lama dinamti. Wajah ceria Nina yang boleh melayan karenah sepupu – sepupunya. 31 ogos adalah hari kemerdekaan bagi keluarga aku yang sekian lama menderita akibat perbuatan orang. Juah di lubuk hati aku, masih tertanya-tanya dimana Z? Siapa orang-orang yang mengawasi rumah kami? Tapi aku abaikan dan nikmati malam kermerdekaan ini
10.00 malam : Nina mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital. Aku yang memangku nina di dalam kereta melihat d***h mula mengalir dimulut dan hidung. Nina dimasukkan ke ICU, namun Allah lebih sayangkan dia, Nina menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11. Tiada kata yang mampu aku lafazkan ketika itu hanya air mata dan doa mengiringi pemergiannya.

1september, 1.30 petang
( Kebenaran terungkai)
Nina selamat dikebumikan dan dihadiri sahabat-sahabat serta guru-guru yang menziarahi bertemankan air mata.
10.00 malam :
Suasana yang indah dikotori dengan debu-debu pengkhianatan d***h daging sendiri. Macam biasa, malam tu memang kitaorang suka lepak kat beranda luar selepas selesai majlis tahlil . Tiba-tiba ada sebuah kereta BMW parking betul-betul di hadapan beranda yang kami duduk. Macam pernah lihat je kereta ni. Ye, betul lah..Orang yang tersangat kami sanjung. Susah senang sama-sama.Senyuman lebar di muka mak ayah aku bertukar jadi sebak bila wanita tua dan anaknya sebaya aku melutut dan merayu agar memaafkan mereka semua.
?Mereka adalah orang yang mengaku menghantar sihir kepada kami sekeluarga
?Mereka yang memberi arahan kepada Z untuk merosakkan kami
?Z yang jugak bakal menantu mereka sekali gus bakal sepupu aku
?Z masuk dalam family aku disebabkan keluarga tu yang suruh bermula dengan menyihir abang ipar aku supaya menerima Z bekerja di company yang sama
?Menghantar belaannya kepada mak melalui kiriman hadiah. Khas untuk mak. Bila mak pakai automatik benda tu pergi ke mak.
?Pura-pura merawat mak padahal Z buang “penjaga” mak dan memasukan belaannya sekali lagi
?Orang-orang yang Z maksudkan mengawasi rumah kami adalah belaannya yang disuruh memerhatikan setiap gerak geri kami.
?Cuba menghantar belaannya kepada Nina melalui mimpi.Tetapi Nina tolak, disebabkan kecewa, Z menyuruh belaannya mencederakan Nina.
?Menghantar sihir melalui jelmaan cicak, tetapi berjaya dipatahkan dengan bacaan surah Al-baqarah. Rasa tercabar dan bertindak menyuruh belaannya m******h Nina dengan cara mencederakan dirinya sendiri.
?mereka jugak mengaku membakar kedai yang sama-sama dibangunkan oleh Ayah semata mata mahukan insurans, dan memastikan agar ayah tidak mendapat pekerjaan yang selayaknya.

Terlalu sakit untuk aku dengar semua pengakuan diorang, aku hanya menyuruh mereka anal beranak melutut dan mintak maaf di depan liang lahad nina.. Sumpah aku tak boleh tengok muka mereka. Hari raya beriya-riya mintak maaf, peluk cium, sahabat dari kecik yang sama-sama membesar susah senang, seorang ibu yang aku anggap seperti ibu kandung sendiri, ternyata sanggup buat perkara terkutuk ni. Allah, airmata ni tak boleh nak berhenti. Aku tak cukup kuat untuk memaafkan mereka. Aku tak cukup kuat.

Sebabk kenapa mereka buat macam tu:

?Sebab aku berjaya masuk U.Diploma in chemical engineering sedangkan anaknya hanya pelajar kolej. Tapi dorang lupa, aku adalah penganggur sedangkan anak mereka seorang usahawan.?
?Sebab ahli keluarga aku ramai. Tak suka tengok kami berkumpul.. Tapi diorang lupa, rumah kami kecik, kami semua takde kereta, selain mengharapkan kereta ipar.Sedangkan rumah mereka banglo,kereta BMW.?
?Mereka tak suka bila mak ayah aku keluar jalan-jalan. Baju lawa-lawa.Tapi dorang lupa, mak ayah aku tak pernah pergi KLCC, tak pernah pergi melancong sedangkan negeri sembilan tak habis tawaf. Mak ayah aku pakai baju pasar malam, mak ayah aku pernah pakai selipar yang dikutip dari tong sampah ,Sedangkan mereka sekeluarga berkali-kali ke luar negara, baju berjenama?

13 September 2016 : Kami adik beradik sepakat balik rumah mak di Felda untuk samak rumah tu.Sebelom masuk, macam biasa abang-abangku melaungkan azan di setiap penjuru rumah diikuti bacaan beberapa surah. Dalam pada mengemas, Allah menunjukkan KebesaranNya dengan menemukan kami pelbagai benda-benda mistik. Yang berada di tanah, Allah timbulkan, yang tersembunyi Allah keluarkan. Selepas bersih kan rumah, malam tu ada sikit kenduri kesyukuran. Alhamdulillah sehingga hari ni 27/9/2016 tiada sebarang gangguan. ?

Ap yang berlaku kepada keluarga tersebut, aku sendiri tak pasti. Tetapi yang pasti kedua orang tua ku telah memaafkan mereka tetapi bukan aku.

Aku harap satu hari nanti aku boleh memaafkan mereka semua.Insha Allah. Cuma aku nak pesan:

?Jangan melihat kelebihan yang ada pada orang lain sehingga membuatkan kau cemburu, tapi lihatlah kelebihan pada dirimu yang akan membuatkan kau bersyukur atas segala nikmat.?
?Terlalu banyak kisah mistik dalam hidup kita, tapi jangan sampai kita taksub sehingga kita melakukan SYIRIK tanpa sedar, dan jangan pula kita takut padanya sehingga melebihi rasa takut kita pada Allah.?

Cerita ni sebenarnya lebih kepada diari aku sendiri..
Harap semua ambil iktibar atas apa yang aku lalui. Terima kasih membaca. ?

Assalamualaikum

#Hati terluka

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.8]

16 thoughts on “Terbongkarnya Sebuah Pengkhianatan”

  1. Tragik sungguh kisah ni … cam dalam drama lak…. susah nak terima kenyataan.. orang yang kita syg dan respek sanggup mengkhianati dan m******h… mmg kejammm.!!!. Al-Fatihah untuk Nina.

    Reply
  2. Semoga awak mampu memaafkan mereka, siapalah kita untuk menghukum, kepada mereka yang menghantar, saya yakin, kehidupan mereka langsung tidak tenteram walaupun mereka sedang memblas dendam, perasaan serba xtenteram sentiasa bermain, tapi cerita awak memang sy bg 5 star, pujian bagi awak kerana mampu mengawal dan mneterjemahkan masalah keluarga awak dengan car aawak sendiri, waallahualam. Congrats writter

    Reply
  3. Dalam banyak² kisah dam cerita, tak tahu kenapa dari kisah pertama sampai penutup yang ni aku boleh baca berulang² kali. Aku tertarik dengan setiap jalan cerita yang diceritakan dan iktibar daripada kisah benar ni. Al-Fatihah buat arwah Nina. Percayalah, setiap apa yang terjadi kepada keluarga Cik, punya hikmah yang tersendiri dan punya iktibarnya. Saya turut simpati atas apa yang terjadi.

    Reply
  4. sedih.dan rasa sakit hati bila ahli keluarga sendiri yang tergamak buat mcm tu…smoga saudara terus tabah n kuat..

    insyallah semoga mereka sedar dan insaf..n saudara pon terbuka hati utk memaafkan mereka..

    Reply
  5. Aku 2-3 kali baca cerita ni dari part 1 tapi ada a few things aku kurang jelas dan tak faham. Firstly, makcik & pakcik penulis la yg hantar bende tu kan? Tapi dlm cerita sebelum2 ni ada tak diceritakan pasal makcik & pakcik dia? Sbb aku tak jumpa
    2. Penulis ada ckp pasal sampul dia ambil dari mak dia dlm cerita sblm ni? Apa kes pasal sampul tu?
    3. Mek & anak dia tak jahat la kirenya kan?
    Aku mcm tak faham pasal the culprit in the stories sbb tak byk penceritaan pasal background org jahat tu. Jangan kecam pls tolong explain kut2 aku salah baca part1,2,3

    Reply
    • Mek dengan ani (orang yang dia jumpa utk dapatkan penjelasan) tak jahat.. Mek ada belaan untuk jaga ahli keluarga biasalah orang2 tok nenek moyang dulu kan.. Mek turunkan penjaga tu pada mak penulis tanpa mak penulis tahu sebab tu mak penulis tak jaga pantang larang menyebabkan penjaganya lemah dan anasir luar boleh masuk menganggu..

      Sampul surat tu sebagai lambang penerimaan untuk dapat belaan baru..mak nya dah terima dalam mimpi..sama macam nina..tapi nina menolak sebab tu belaan baru jadi agresif..

      Penulis tak cerita pasal makcik n pakcik yang jahat tu sebab dia tak jangka pun mereka yang buat..dia jangka ani tu yang buat..

      tu lah yg saya faham…

      Reply
  6. Paling best yang masa drama jin kak chik@penjaga mak penulis.. Huish.. One.. Two.. Three.. Action hahaha.. Salam takziah untuk kak nina?

    Reply
  7. sedihnye…da hidup senang,kaya,mewah tp still ada rasa dengki kat org lain yg serba kekurangan..x fhm aq org camni..ape yg dye nak lg…manusia2

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.