Terkena

“Ting…ting…ting!”

“Ting…ting…ting!”

“Ting…ting…ting!”

 

“Best tak bunyi yang aku hasilkan dari besi ni?” soal Amar kepada Yati.

“Bunyi ‘ting ting’ je yang aku dengar,” balas Yati selamba seperti tidak berminat.

“Alah kau ni Yati, tak sporting langsunglah,” ujar Amar seakan merajuk.

“Ish, kau ni… Aku tak faham langsung kenapa benda tu pun boleh buat kau rasa menarik. Dahlah sini banyak nyamuk,” rungut Yati.

“Hmm… Kau jugak yang nak ikut, bila dah ikut, banyak bunyi pulak. Aku ketuk pakai besi ni kang baru tau,” ujarnya bengang dengan sikap Yati.

“Mana budak-budak ni? Kata pukul 11, ni dah nak pukul 1 pagi,” soal Yati marah.

“Motor dia orang habis minyak tadi kan? Sabarlah kejap. Aku tinggalkan kau kat sini baru tau,” jawab Amar bengang. Kemudian tiada lagi dialog yang berlaku di antara mereka berdua. Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul satu pagi. Dua orang anak muda yang masih lagi belajar di kolej swasta itu tetap setia menanti kawan mereka. Hati Yati mulai gusar kerana menunggu di situ terlalu lama. Amar yang perasan dengan perangai Yati yang tak tentu hala itu terus saja menegurnya supaya dia duduk diam saja. Tetapi Yati tidak peduli dengan teguran Amar. Dia sudah tidak sabar lagi menanti, dia langsung meminta Amar untuk menghantarnya pulang. Amar yang semakin hilang sabar dengan sikap Yati terus bersetuju saja untuk menghantarnya pulang ke rumah sewanya.

“Siallah dia orang ni. Janji macam apa entah. Dah nak pukul dua pun tak sampai-sampai lagi,” rungut Amar dalam hati. Amar juga turut merasakan risau jika dia berdua ditangkap basah oleh pihak berkuasa. Jadi, dia membuat keputusan untuk beredar saja dari situ. Dia tidak peduli lagi. Sudahlah nyamuk begitu banyak, tidak pasal Amar dan Yati menjadi penderma d***h pada malam itu. Amar menghidupkan enjin motornya dan Yati terus membonceng motor Yamaha 125z milik Amar tersebut. Dan mereka pun terus berlalu pergi dari situ. Ketika mereka sedang elok saja bersahaja di atas motor. Dengan tidak semena-mena, sebuah kereta MyVi datang dari arah belakang dan melanggar motor mereka, mengakibatkan Amar dan Yati terpelanting jauh.

Amar segera bangun untuk mendapatkan Yati. Kereta MyVi yang melanggar itu tadi sudah melarikan diri. Amar syak bahawa mereka yang memandu itu sedang mabuk atau pun sudah mahu menemui ajal. Menyumpah seranah Amar di dalam hati. Amar berjalan tersengok-sengok ke arah Yati. Nasib baik mereka memakai topi keledar, jika tidak, sudah pasti kepala mereka sudah pecah terkena bahu jalan.

“Yati, kau okay tak? Jangan bergerak,” soal Amar sambil memangku kepala Yati di atas ribanya.

“Sakit Mar. Aku tak tahan. Kaki aku sakit,” jawab Yati sambil menangis teresak-esak. Amar mengalihkan pandangan ke arah kaki Yati yang dilihatnya agak teruk keadaannya. Mungkin Yati terseret. D***h di kepala Yati begitu banyak dan begitu juga diri Amar. Amar membuka jaket Supreme nya dan dia membaluti badan Yati. Kemudian, Amar mencapai telefon di dalam poket seluarnya untuk membuat panggilan kecemasan. Tetapi, telefonnya itu tidak boleh di on pula. Skrin pula sudah retak. Amar menghempas telefon tersebut ke atas jalan.

“Kalau aku tahu jadi macam ni Mar, tak adanya aku nak ikut kau orang pergi ghost hunting.” ujar Yati lemah.

“Ya, aku tahu.. Maafkan aku.. Aku tak jangka semua ni akan terjadi..” balas Amar sambil membelai kepala Yati. Amar sudah tidak tahu ingin melakukan apa lagi. Dia sedang berada di kawasan yang dikelilingi hutan dan jalanraya tersebut kosong tiada kereta. Hatinya berdoa agar akan ada sebuah kenderaan lalu di kawasan itu dan berhenti demi membantu mereka berdua. Tangisan Yati semakin kuat, dia sudah tidak tertahan lagi dengan kesakitan yang dia alaminya. Amar lihat ke arah kaki Yati, dia baru perasan bahawa tulang kaki Yati terkeluar dari isinya. Amar mengucap panjang. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Yati. Yati terus menangis tanpa henti dan sambil-sambil itu dia memanggil nama ayah dan bondanya. Amar sudah tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia sudah buntu. Sudah puas dia berdoa ketika itu namun dia tidak berhenti dari berdoa.

“Ya Allah, kau tolonglah hantarkan sesiapa datang ke mari untuk membantu aku,” doa Amar di dalam hati. Selang beberapa detik, muncul sebuah kereta kancil berwarna ungu. Amar melambai-lambai ke arah kereta tersebut dan menjerit meminta tolong. Kereta tersebut yang menyedari keadaan Amar dan Yati, terus memberhentikan keretanya berdekatan dengan mereka. Sepasang suami dan isteri yang sepertinya baru bernikah setahun dua melangkahkan kaki keluar dari kereta. Mereka bergegas mendapatkan Amar dan Yati. Ketika sang isteri cuba untuk memikul Yati dan membawanya masuk ke dalam kereta. Ketika itulah, kereta MyVi muncul kembali dari arah bertentangan. Mereka semua terus memandang ke arah kereta tersebut.

“Dia ni lah yang langgar kita orang tadi!” jerit Amar marah sambil menudingkan jari ke arah bahagian remuk yang jelas kelihatan di hadapan kereta tersebut.

“VROOOM! VROOOOM! VROOOOM! VROOOOOOOM!”

“Tak… tak… tak ada kepala…” kata sang isteri yang berada di dalam keadaan yang terkejut setelah mereka semua melihat ke arah bahagian pemandu kereta tersebut. Manusia tanpa kepala yang sedang memandu kereta MyVi itu. Amar cuba memberanikan diri untuk mendekati kereta tersebut, dia inginkan kepastian jika benar apa yang dilihat oleh mata kasarnya itu. Tiba-tiba, angin kuat datang menerjah kawasan itu membuatkan Amar terjatuh. Ketika Amar ingin berdiri semula, dia mendapati bahawa sepasang suami isteri tadi sudah tiada bersama Yati. Kereta kancil itu juga sudah tiada. Dan Amar melihat ke arah tempat Yati berbaring tadi. Kering, tiada d***h. Amar menjadi hairan sebentar. Dimanakah mereka semua? Sudah beredarkah? Jika ya, mengapa tidak diajaknya dirinya sekali. Amar menjadi keliru.

“VROOOMM!! VROOOOOMMM!! SKREEEEETTT!!”

Amar tersedar dari lamunannya, dia terdengar bunyi geseran tayar kereta tersebut dan kereta itu sedang menuju ke arah Amar dalam keadaan yang sangat laju. Amar tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Amar dilanggar kuat oleh kereta itu. Ketika itu Amar dapat melihat di bahagian pemandu kereta itu, memang benar pemandunya tiada kepala dan dibahagian penumpang pula. Amar melihat seketul kepala sedang tersenyum melihat ke arahnya. Amar tercampak jauh. Dia sendiri sudah tidak tahu di mana dia berada selepas kena langgar. Amar tidak dapat merasakan pergerakan seluruh tubuhnya. Dia hanya rasa kesakitan ketika itu. Nafasnya tersekat-sekat. Akhirnya, Amar menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ. Dia mengalami pendarahan yang sangat teruk dan dia juga kehilangan terlalu banyak d***h.

Di suatu tempat yang lain, Yati kelihatan sedang menangis dan ditemani oleh dua orang lelaki yang bernama Wan dan Zainal. Wan dan Zainal menerima panggilan dari Yati yang menyatakan bahawa dia sendirian di situ. Yati menjelaskan kepada mereka berdua bahawa pada awalnya Amar, Wan dan Zainal berniat untuk pergi melakukan aktiviti ”ghost hunting”. Dan Yati yang mengetahui akan perkara itu, terus saja ingin menyertai kerana dia ingin merasa perasaan seram itu sendiri. Disebabkan Yati dan Amar telah menunggu mereka berdua terlalu lama, lalu Amar bertindak untuk meninggalkan tempat itu dalam keadaan yang marah. Tetapi, Yati ditinggalkan. Yati sendiri tidak tahu kenapa dengan diri Amar. Kemudian, Zainal memberitahu bahawa dia dan Wan tidak merancang untuk melakukan aktiviti tersebut pada hari itu. Dan, mereka berdua tidak pernah menghubungi Amar bagi mengajak dia untuk melakukan aktiviti itu pada malam itu.

Wan dan Zainal menjadi keliru dengan apa yang berlaku. Mereka sedang enak tidur di rumah, tiba-tiba saja mendapat panggilan dari Yati yang sedang menangis meminta untuk menjemputnya di tempat berhantu tersebut. Kemudian, mereka membawa Yati pulang. Esok harinya, mereka mencari Amar pula. Puas mereka menghubungi nombor Amar. Tetapi hanya operator mesin saja yang menjawab. Sudah seminggu Amar tidak dijumpai. Perkhabaran tersebut disampaikan ke telinga kedua ibu dan bapanya. Laporan polis sudah dibuat. Zainal, Wan dan Yati sudah memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Tiga hari selepas laporan dibuat, motor milik Amar dijumpai oleh pihak polis berada di jalan lama Bukit Putus. Tetapi, tuan motor tidak pernah dijumpai. Tiada sesiapa yang tahu dia mana keberadaan Amar. Ada yang mengatakan bahawa pada hari kejadian Amar telah dirasuk. Ada juga yang mengatakan bahawa pada hari kejadian, ada sesuatu yang tertarik dengan Amar dan telah mengambilnya pergi. Ada juga yang mengatakan bahawa Wan, Zainal dan Yati telah m******h Amar tetapi tidak mengaku. Begitu banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai. Yang pasti, Amar sudah terkena.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

akustatik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

28 thoughts on “Terkena”

      • lah..yeke.aq mcm penah nengok gak alien ni.aq perasan ms mereka dok gado2 ari tu.
        patut la ngko alhamdulillah.mail rupe nye.tapi ngape ngko tukar nama jijah?

        Reply
    • Wei Mail bodoh anak b**i. Kahkahkah. Komen ko pun xde kne mengena dgn cerita, adakah ko bodoh dan anak b**i? Kahkahkah. Ludah ke langit weiii, jatuh kt muka sendiri. Cermin muka dulu sblum nk kata kt org. Tukar nama jijah? Jijik aku nengoknya. Kahkahkah

      Reply
  1. Bro, cerita kau macam Yazu. Banyak buat reader berfikir tentang cerita kau, Aku follow cerita kau dalam FS ni, Surau perempuan, Syirik, Dendam, Dosa ku dengan Terkena ni. Kau buat reader tertanya2 tentang ending cerita ni, Good job writer, Teruskan berkarya,

    Reply
  2. Wah… Amar dah terkena…. ?.. Lepas ni siapa pulakk?? Hihi..
    Kalau ada yg follow cerita siri akak rumah bernombor yg kena sihir tu,memang ada situasi yg dari view akak tu lain cerita, dari view husband dia lain pulak keadaannya.. Sama la mcm cerita ni, dari pandangan amar lain, dari pandangan yati lain.. Apa aku cakap ni.. Yg pasti, kalau tiba2 semua orang hilang tinggal sorang2, memang menakutkan.. Best! Kipidap

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.