Terlanggar

Assalamualaikum dan hai semua pembaca FS. Sebelum ni aku pernah becerita pasal “penumpang“, yang aku cakap aku pakaikan “dia” seat belt tu kan, kalau yg mana belum baca bolehlah jalan² kat page FS ni. Aku ada baca komen korang, agak positif semuanya, terima kasih. Memandangkan hari ni aku free aku nak cerita pasal pengalaman aku yang pada aku seram jugak lahh, sebab sampai sekarang ” benda ” tu macam ade lagi kat aku dalam kereta aku. Aku sekarang still mintak² ustaz “bersih” kan kereta aku, sebab yg sebelum² ni semua tak jalan.

 

Ok cerita dia masa aku praktikal dulu , sekitar tahun 2014 , masa tu aku shift petang balik malam. Masa tu dalam pkul 11 aku kalut² balik sebab aku nak lari dari jalan jammed pasal ade bola kt stadium Larkin . Aku tinggl kt kawasan Bandar Baru Uda, JB. So hari tu aku balik aku ikut jalan dalam, sesape orang JB/ Larkin mesti dia tau skolah ERt azizah, ( sorry kalau salah nama sebab aku dah lupa name skolah tuu ) situ jalan dalam bole htembus pergi BBU ( Bandar Baru Uda ). Kalau yg mana biasa kat dalam tu macam kawasan hutan bila malam gelap je lepas tu sunyi. So nak dijadi kan cerita, hari tu aku lalu situ, sebenarnya bukan pertama kali lalu, slalu jugak aku lalu situ, cuma masa aku lalu malam tu memang dah tertulis agknye. Hehe.

 

Okay, malam tu aku drive macam biasa lah, sampai satu kawasan tu dia mcm menurun bukit lepas tu ada selekoh, aku ni konon nk layan selekoh lahh, hahah aku pon drive laju aje, jalan memang gelap, aku harapkan lampu kereta aku aje , so sedang elok aku drive tuu tetiba aku perasan ade macam makhluk hitam besar tepi jalan tu, aku ni dh laju aku tak sempat nak brek, aku terlanggar dia. Aku msa tu taktau aku tepi sangat ke atau ” dia ” memang tengah melintas ke, “dia” duduk tepi ke, aku jadi blur sebab memang sipi² belah kiri kereta. Masa tu jantung aku macam nak pecah sebab aku terkejut. Aku pon spontan ckp sorang-sorang, “ehh aku langgar ape tadi?” Masa tu aku drive slow sambil tengok cermin belakang, dengan cermin sisi, memang takde nampak ape, aku masa tu memang takut nak keluar nak tengok, aku pun teruskan jalan, dan lepas pada tu jalan tu macam kena naik bukit sikit. Yang mana pernah lalu mesti tau. Nahh masa tuu kereta aku berat dia bukan kepalang wehh, aku tukar gear ringan pon takmau jugak. Mengaum² bunyi enjin kereta pasal aku gigih dok tekan minyak, sampai jalan dah mndatar pon berat jugak, masa tu aku tak sabar nak smpai rumah aje, aku cakap kuat-kuat “aku mintak maaf kalau aku terlanggar kau, aku tak sengaja ” lepas aku cakap tuu , laju je air mata aku jatuh, aku pon taktau knapa aku nak menangis. Mungkin sebab takut sangat kot ke sebab aku terkejut, aku pun tak pasti.

 

Jalan dah mendatar kat kawasan sekolah teknik perdagangan tu pon kereta aku berat lagi, ade kereta tah bila hari ade kat belakang high beam aku, aku tak pasti dia high beam sebab dia nampak atau sebab aku bawak slow sampai mengaum² enjin , tindakan aku masa tu aku capai hp suruh roomate aku tunggu kat luar, sebab aku memang takut sangat dah, kereta tu stop high beam aku bila aku masuk simpang kawasan taman aku dan aku masuk lah kawasan rumah macam biasa, aku pusing² dulu satu taman. Mata ni nangis² jugak, jalan tetap teruskan, kau bayangkan kereta aku yang berat tu aku paksa jalan, 3 4 kali jugak aku pusing, tetap sama berat, aku memang dah baca ape yg patut, tp hentahlahh aku taktau kenapa dia taknak pergi. Aku pon parking macam biasa, member aku dah tunggu aku. Masa aku keluar kereta tu,  anjing jiran² aku yang terdekat serentak menyalak kuat, aku sempat tengok sisi depan kereta aku, memang ade macam putih² macam tanah, tapi aku takde la nak bersihkan ke ape ke, aku cepat² ajak member aku masuk rumah. Member aku terpinga² “kau kenapa? kau kenapa?” , aku cakap nanti dah masuk dalam aku cerita.

 

Anjing jiran aku memang tak berenti menyalak berbunyi. Aku dah baca ape yang patut, bg salam aku masuk, sampai dalam bilik aku macam orang mati anak je, macam orang dah tak betul.  Bukan kena rasuk ke ape, aku jadi tak senang duduk, sebab dia dah ada kat penjuru bilik aku. Seram sejuk masa tu tak payah cakap la wehh, Allah je yg tau . Aku memang tak bukak lmpu, sebab aku ade lagi sorang member tengah tidor. Member aku yang tadi dah tanya kau kenapa? Aku diamkan je. Aku cakap kat dia takde ape. Tapi aku rasa nak demam aje. Aku duduk tekup muka aku kat lutut, aku pusing hadap tempat lain. Masa tu memang meremang semua takyah cakap lahh. Aku cakap perlahan-lahan, “Aku mintak maaf kalau aku langgar kau  aku memang tak sengaja “.

 

Lepas dari tu aku terus capai tuala nak mandi semua. Masa aku tengah mandi tu, tiba-tiba satu rumah aku black out! Perasaan masa tu tak payah tanya la macam mana. Tapi aku steady lagi mandi sebab member aku dok kalut kat luar. Takde lahh takut sangat sebab aku dengar suara dorang. Aku cepat² siapkan ape patut dan keluar. Keluar² je gelap gelita pasal black out, masa aku keluar tu, aku nampak dia memang ade duduk lagi kat penjuru dinding. Masa tu perasaan takut aku taktau dah mana wehh, sebab aku tengok dia rase macam takde pape. Aku sempat sapu kaya kat roti sambil duduk bersila makan bertemankan lampu hp. Dalam aku tengah makan aku tau dia pndang aku, kau tau masa tu aku spontan je cakap, “kau tengok aku makan kau nak ke?” Rasa macam kelakar pulak, tapi aku taktau aku ckp macam tu sebab nak hilangkn perasaan takut ke ape ke sebab memang serius rasa takut dah takde.  Member aku dah pelik tengok aku kenape. Masa tu aku diam aje, masing² pon leka dengan hp masing².

 

Dah siap makan, aku gosok gigi semua nak tido.  Masa tu aku rase seram sejuk lagi yang amat. Aku tutup muka aku dengan selimut, tapi kalau dah diperhatikan, mane boleh weh nak tidor. Aku tak putus² mintak maaf. Aku cakap dalam hati. Takkanlah aku nak kene hantar dia balik pulak?  Aku paksa mata aku lelap. Memang dah tak boleh. Aku macam tak tentu arah. Ngam pkul 2.15pg aku capai kunci kereta, aku bawa ke jalan tempat tadi dan bila dah sampai kat situ aku bawak slow dan aku cakap “Aku mintak maaf kalau aku terlanggar aku tak sengaja, aku dah hantar kau semula, turunlah , jgn gnggu aku “. Lepas dari tu aku terus balik,dan kereta aku ringan macam biasa.

Alhamdulillah aku tidor ok je mlm tu, cuma esok tu aku demam sikitlahh. Tapi sampai sekarang kalau naik kereta aku tu tak pasal² rase meremang. Bila rase meremang tu, kreta belakang akan high beam sampai sudah . So korang hati² lah yee bila memandu, cerita aku ni memang betul² ape yang aku lalui. Takde tokok tambah sikit pon. Semoga kita semua d lindungi , terima kasih sudi membaca . Aku ade jugak cerita d gnggu msa kecik² , tapi korang nk baca ke , hehe , xpe ade mse terluang aku kongsi . Kalau takut jangan baca jangan tutup lampu, sebab ade yg mmerhati . Hee . Tq admin .

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Terlanggar

  1. Antara citer best yg aku baca kt dlm page ni…
    tlg ks link seme citer yg ko pernah share dlm page ni, aku nk baca nti hehehee

  2. Haa tu lah. Aku pun follow cerita dia dari yang sebelum ni. Memang meremang je baca. Best. Aku ternanti-nanti next story.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *