1st of all aku nak minta maaf sebab lama sangat ambil masa nak sambung cerita haritu. Dah tua tua ni busy sikit mengadap kerja yang tiada penghujung. Editor aku pun sibuk melayan patient dia tak sempat nak tolong aku untuk ingat balik kejadian malam tu. Sorry gais.
Ok. Rentetan dari sambungngan Mak Cik Highland Tower, selepas beberapa minggu aku hantar mak cik tu ke tempat asal dia. Wife aku balik lagi ke Malaysia. Time ni dia balik keadaan rumah dah Alhamdulillah dah ok. Cuma aku busy sebab aku nak kena prepare untuk final aku untuk tahun tu. Lepas presentation yang haritu, aku ada portfolio.. ni kiranya penentu untuk aku grad atau tak tahun tu.
Aku ingat lagi, wife aku balik Malaysia hari Sabtu, 7.5.2011.. Plan kami waktu tu nak balik kampung aku di Alor Star sebab ada urusan dengan family aku, dan kami plan nak singgah kejap di kampung wife aku di Kuala Kangsar sebab mertua aku pun balik kampung jugak nak jumpa anak kesayangan mereka iaitu wife aku. Aku jemput wife aku kat airport dalam pukul 6petang 7haribulan tu. Lepas tu balik rumah kami jap, aku sambung siapkan kerja-kerja final aku dulu. Biasa lah.. budak archi minggu final memang banyak drawing nak kena hadap. Pukul 12.30am dah siap part yang aku target untuk siapkan, aku and wife aku gerak balik kampung. Lewat malam biasa kereta tak banyak.
Aku drive kancil je waktu tu. Kebetulan kereta aku time tu aircond problem. Jadinya, kitorang bukak tingkap. Sambil drive, sambil sembang-sembang. And wife aku terlelap kejap. Penat sangat tu sebab dah la baru touch down, pregnant, kena long journey pulak. Waktu wife aku lelap, tiba – tiba aku rasa tak sedap hati. Waktu perjalanan atas higway plus tu, 7-8 kali aku jumpa van jenazah. Lepas p****g satu, jumpa satu lagi,.. P****g lagi, jumpa lagi. Aku nak baca plate number dia aku tak berapa nampak sebab aku silau. Tapi yang aku tak boleh lupa, van tu bergerak slow sangat. Mula-mula tak rasa sangat. Tapi bila jumpa lagi, jumpa lagi, aku terus rasa tak sedap. Perasaan bila terserempak dengan van tu rasa sayu je. Kusam dan kosong. Sunyi. Kereta lain tak ada. Tiap kali aku terserempak dengan van tu, mesti tak ada kereta lain.
Tiba-tiba.
Jumpa satu lagi van yang sama. Bila terlintas untuk fikir apa yang aku tak nak fikir, terus berdiri segala bulu dibadan aku. Van tu betul betul slow.. macam tak tekan minyak dia bergerak. Aku decide p****g lagi. Waktu p****g tu memang jantung bagai nak luruh.. Dup dap dup dap dup dab.. Mata aku memang focus jalan je. Aku takde nak pandang tepi ke apa sebab aku tak nak nampak apa-apa yang aku tak nak tengok.
Alhamdulillah tak ada apa – apa.
Waktu dah nak sampai area Simpang Pulai, wife aku terjaga, aku diam je.. aku jadi tak banyak cakap. Trauma mak cik highland tower tu masih ada. Aku jadi berdebar-debar. So aku lebih selesa diam. Aku tengok wife aku layan je tengok luar. Then, wife aku cakap “Apesal eh lama gila nak sampai?..saya rasa macam lama sangat ni.. biasa kejap je”.. aku jawab “ntah.. maybe sebab jalan sunyi kot tu sebab rasa lambat sampai”.. Tapi memang betul pun, perjalanan kali ni terasa lama dan jauh sangat. Rasa macam jauh gila. Aku tengok jam, dah pukul 3 lebih. Wife aku, dia asyik pandang luar je, bosan la tu. Aku pun mula layan perasaan pikir pasal van jenazah yang aku jumpa tu, kepala aku pun satu.. tak boleh ke nak fikir pasal benda lain??..
Tetiba dengar bunyi betul-betul sebelah tingkap bini aku “kringg.. kringg..”.. sebijik sama macam bunyi loceng basikal dulu-dulu tu. Loceng yang tolak pakai ibu jari je tu. Waktu tu, automatic bulu-bulu dibadan aku mencanak naik. Aku tengok wife aku cepat je tutup tingkap. Muka cuak. Dah jauh sikit, aku tanya dia.. “Awak dengar ke??”.. wife aku angguk. Terus aku diam. Dia pun diam.
Tak lama lepas tu, sekali lagi, lepas wife aku tutup tingkap tu, depan aku ada van jenazah. Van yang sama.. Warna, corak dia aku perasan. Sama. Slow je depan aku. Perasaan aku waktu tu hanya tuhan yang tahu. Besar je rasa kepala aku ni. Waktu tu kereta tengah panjat bukit. Jalan menuju terowong menora. Aku diam je.. tak berani nak kata apa-apa sebab aku takut wife aku lagi panic.. aku diam,baca bismillah, terus p****g lagi sekali.
Lepas je aku p****g van tadi tu, tiba-tiba aku rasa mata aku berat. Macam kena gam. Wife aku pun sama. Ngantuk sangat. Menguap menguap kami berdua dalam kereta. Padahal wife aku baru je bangun tido kot. Elok lepas terowong, aku tengok wife aku bukak tingkap balik.. tapi dia buka sikit je untuk bagi angin masuk.. panas la tu sebab aircond kereta rosak. Atau mungkin dia nak udara sejuk untuk hilangkan ngantuk dia, aku biar je..
Tak lama lepas tu ada bau wangi menusuk hidung aku.. bau dia macam bunga durian.. lembut je.. Dan tiba – tiba bau wangi tu berubah jadi bau bangkai.. bau bangkai kering.. hapak hapak macam bangkai kucing kena langgar tepi jalan yang dah kering tu bau dia..
………
Aku sedar-sedar, buka mata aku dah tergantung dekat seat belt, kereta dah dalam parit, tayar empat-empat dah naik atas. Waktu aku tersedar, perkara pertama yang aku fikir, wife aku mana??..
Aku panggil panggil dia.. dia sahut.. Alhamdulillah. Tapi aku blur..
KENAPA?? Kenapa jadi macam ni??
Dari cerita wife aku, lepas terhidu bau bangkai kering tu, dia cepat-cepat tutup tingkap. Dia baca apa yang patut. Kemudian dia ada sembang- sembang dengan aku tapi aku macam kayu. Wife aku macam pelik tengok aku diam. Waktu tu dah passed by hentian sungai perak. Kalau siapa tahu, jalan tu lurus je tapi gelap sebab lepas hentian tu sikit dah tak ada lampu jalan. Aku waktu tu mata terbuka tapi jadi macam patung. Wife aku cuit-cuit pun aku tak respond, panggil-panggil nama aku pun aku buat bodo je. Dia cakap, dia nampak yang aku drive terus nak menuju ke bontot trailer. Tak laju pun aku bawak, dalam 70km/h je dia cakap. Waktu dah dekat dengan bontot trailer tu, dia tepuk-tepuk peha aku panggil-panggil nama aku tapi aku macam kena pukau. Sebelum crash, wife aku sempat angkat kaki dia ke atas seat, angkat bontot dan tekap perut dengan bantal yang dia bawak. Waktu crash, cermin depan pecah, kereta melantun ke belakang, kemudian kereta terbalik 2 kali, masuk longkang empat-empat tayar ke atas.
Aku sedar bila kereta dah dalam longkang, tayar kereta empat-empat dah ke atas, aku dan wife aku dah tergantung dalam kereta (sebab pakai seat belt).
Lepas wife aku sahut. Aku berusaha nak bukak seat belt aku tak lepas. Jammed. Aku lepaskan seat belt wife aku, wife aku jelepuk jatuh.. dan aku suruh dia keluar dulu. Sebab aku takut kereta nak terbakar sebab aku ada bau petrol. Aku suruh dia lari jauh dari kereta. Biar dia dan anak aku selamat. Aku laung Allahuakbar dua kali, sebut “Allah.. Allah”.. aku rentap seat belt aku kali kedua terus tercabut. Aku jatuh. Lutut aku tercucuk besi. Dengan d***h meleleh – leleh.. Aku cepat- cepat merangkak keluar dari cermin depan kereta pergi kat wife aku yang dah duduk kat tepi longkang.
Bila dah keluar dari kereta, baru aku perasan yang kawasan tu gelap. Tak ada lampu jalan langsung.
Gelap gelita.
“Tapi, tadi ada lampu kan??”.. aku tanya wife aku..
Sumpah. Waktu aku merangkak nak keluar dari kereta tu, aku nampak jalan keluar (cermin depan kereta yang pecah jadi macam lubang). Jalan keluar bagaikan disuluh lampu sport light yang besar. Aku tanya wife aku, Wife aku pun cakap benda yang sama. Waktu nak keluar dari kereta tu, jalan keluar macam bercahaya. Cahaya tu memanjang dari cermin depan kereta sampai ke 2meter ke depan. Tapi sekarang, kereta kami yang terbalik tu pun aku tak nampak. Allah tolong kami mungkin.
Alhamdulillah aku, wife aku dan anak aku yg baru 11minggu dalam kandungan. Selamat.
Kereta aku… TOTAL LOST.
Inspektor polis yang aku jumpa selepas buat report pagi tu pun terkejut tengok aku dan wife aku hanya luka luka ringan. Dia cakap, kalau tengok gaya kereta, teruk.
“Kamu ni ada pendinding ke?”..
Biasa orang yang eksiden di tempat tu kereta teruk macam tu, kalau tak parah, meninggal.. Terkedu aku. Alhamdulillah aku dengan wife aku selamat.
Cuma,.. wife aku, seminggu selepas kejadian tu, dia macam tak tentu perasaan. Asyik teringat-ingat untuk pergi tempat eksiden tu. Hari-hari dia cerita dan cakap pasal tempat tu. Macam – macam dia buat untuk pergi situ balik. Dia rasa macam diseru-seru. Rasa macam ada barang-barang dia yang tertinggal lah. Nak kutip serpihan kereta lah. Macam-macam.
Dia bangun termenung tengah malam mintak nak pergi situ. Aku pulak yang seram tengok bini aku malam2 duduk bersila atas katil, gerai rambut dia yang paras atas sikit pada pingang, usap usap main rambut dalam gelap, termenung. Kadang-kadang dia diam je.. ada masa dia menangis sendiri.
Kesudahannya, mertua aku bawak bini aku balik kampung berubat.
Orang yang ubatkan wife aku cakap, waktu kejadian haritu, ada benda yang ikut. Benda tu aim aku dengan wife aku. Dia nak dua nyawa.. tapi dia tak tahu malam tu sebenarnya dalam kereta tu ada 3 nyawa. Benda tu macam menyeru lah jugak sebab wife aku tengah lemah. Lepas berubat pun wife aku cakap masih rasa terpanggil lagi tapi tak sekuat dulu..
Genap 2 minggu lepas kejadian, dua beranak meninggal ditempat kejadian. Jalan yang sama, kilometer berbeza. Aku dikilometer 27, eksiden baru tu di kilometer 24 kalau tak salah. Aku pun tak berapa ingat. Bapak dengan anak lelaki dia. Cina. Kereta Mercedes. Lepas pada tu, wife aku ok dah tak ada sebut-sebut pasal tempat tu lagi. Apa kaitannya, Allahuallam..
Pesan aku, kalau boleh, elakkan lalu jalan tu waktu malam. Diatas jam 12am la kalau boleh elak. Bahaya. Baca doa, ayat kursi sebelum drive. Dan, sentiasa pakai seat belt. Cerita kali ni mungkin tak ada seramnya sebab tak nampak apa-apa. Tapi, cukup trauma bagi aku dan keluarga aku.
Insyaallah, bila aku ada masa aku bercerita lagi. Till we meet again. Assalamualaikum.
Farhan S.
Part 1. Mak cik Higland Tower.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
First! Nak belon!!!
Alhamdulillah korang semua selamat. Benda yang mengikut ni kadang-kadang kita takleh duga. Ada yang sekadar nak tumpang ada yang memang nak kenakan kita. Apa pun kita mohon perlindungan-Nya. Tahniah Farhan S!
Nah ? ?
awwww tenchiuuuu ?
Ahahahaha welkam armyy ??
wow
seram
waduhh Paan, seram pulak la macam ni
aku dahla suka drive malam-malam balik lalu terowong menora tu
tapi jalan kat sungai perak tu memang gelap dan kawasan tu pun keresss
best Paan
*aku bagi 7/10,cukup tak?**
Mana cukuppppp…
Yang penting sentiasa hati-hati dan sentiasa berjaga jaga…
alhamdulillah dulu tiap minggu balik terengganu lalu malam xpena ade gangguan.
kesian diorang berdua , nasib baik selamat
cerita yang mudah difahami
thumbs up
jalan balik kampung wooo.serammm
Aduhai……seram sejuk baca. Jalan tu memang sunyi gelap gelita..
Alhamdulillah Farhan dan isteri selamat.
Kita mohon perlindungan-Nya, InsyaAllah.
Ada juga smbungn walaupun lama dr trus x smbung2. Terbaik cite
Nice..nasib baik sekeluarga selamat dalam kemalangan..
best.
Tempat yang dah biasa mkn nyawa mmg dia slalu tagih nyawa.utk area highway mnghala ke utara..bhati2 bila lalu bukit beruntung/ lembah beringin..sebelum exit slim river..exit bidor..selepas rnr tapah..gua tempurung..area terowong menora..n yg lain2 akak xpsti.tp tmpt2 yg akak sebut tu tmpt2 kmlgn maut sllu blaku.
Bukan akak nk tkutkn..tp beringat..bc ap yg tahu n elak lalu lewat mlm..awl pg..sb waktu tu bdn kita perlukn rehat..lemah n biasala..lewat2 mlm bnda tu lg byk merayap.
Tu j akak nk pesan.
Citer best.alhmdulillah Allah masih jg korang n ank
Meh rate sikit
5?????
Sheeerammm.. Nak panggil farhan ke sofia?
Salam,
Panggil je Farhan
?
Selalu jugak kalau balik kelantan ikut jalan ni. Taktau pulak ada tukang tagih nyawa kat situ huhuhu
Kak, kalau balik Kelantan tu, namanya Terowong Karak kak… hehehhe…
Algamdulillah korang sis keluarga selamat,, Allah, jahat btol makhluk tu kan nak b***h korang,, siap pakai van jenazah bagai nak takutkan korang
.
Best dan seram.. syukur korang selamat..
Nak tanya penulis..masa mula2 bertolak 12.30 pagi tu terlupa nak baca surah apa2 ke? Isteri pun x baca apa2..tgh mengandung lak tu..huuu..aku kalau gerak mlm tak henti2 baca surah..cegah sebelum kena..
Salam,
Baca, cuma masa tu mungkin badan dah terlalu penat, bila minda dah terlalu penat ni, memcm boleh jadi, dan juga senang utk dipengaruhi….
.
Aku pernah dengar hadis mengenai ayat kursi, sesiapa yg baca ayat kursi sblm bergerak musafir maka Allah akan pelihara kita sepanjang perjalanan tersebut. Begitu juga jika dibaca di waktu pagi & malam. Sama2 lah kita amalkan…wallahualam
Nasib baik semua selamat
.
5 bintang sis bagi! penceritaan best.
.
👍
Alhamdulilah, nasib xde pape
serammm walaupun takde cter hantu merangkak ke ape ke.. seram!
pndai hantu guna van jenazah sbgai prop tkutkn org…
#cumel
Situ mmg gelap..ade 1 mlm tue ak balik kmpg dengan adik ak sorg sebijik moto..tibe2 ade org lalu sebelah dr depn tak nmpk tibe2 ade sebelah.org tue lelaki..hilang semgat dbuat nye..tnye adik dy ckp tak nmpk ape lg mencicit ktrg bawak moto..
nice story. btw anak yg baru lahir tu ape name ye?