Assalam dan salam 1 Malaysia. Bertemu kembali bersama Ato. terima kasih FS atas kesudian menyiarkan beberapa kisah saya sebelum ini. Mohon maaf kepada semua terutama kepada pembaca di atas terlalu banyak kesilapan menaip. Maaf sekali lagi. akan diperbaiki di masa-masa akan datang. Terima kasih juga atas komen-komen yang membina mahupun komen-komen yang berupa teguran.
Sedikit pun saya tidak ambil hati. Semua komen-komen saya ambil sebagai pengajaran. Menulis cerita tidak seperti bercerita dengan dengan kawan-kawan yang disampaikan melalui mulut. Saya akui memang teramat susah untuk mengarang dan menghasilkan satu kisah benar yang dapat menyakinkan semua orang. Tapi saya berusaha untuk kongsi-kongsi pengalaman seram yang saya alami.
Untuk kisah saya yang bertajuk 1.Siapa Dia, 2. Anjing Jadian ? dan 3. Tukang Masak ? agak menimbulkan konstraversi sedikit sebab ada beberapa perkara yang saya lupa nak bagitau. Sebenarnya, kami duduk 3 orang dalam 1 rumah tapi bilik masing-masing. Kawan-kawan serumah saya Non Muslim. Penama rumah berkenaan kawan yang non Muslim kerana mereka lebih awal tinggal di sana.
Untuk pengetahuan para pembaca, Kami di Sabah memang cukup menghormati antara satu sama lain berkaitan pegangan agama. Kawan serumah saya cukup hormat dengan saya sebagai sorang Muslim. Demikian juga saya menghormati dia sebagai tuan rumah dan sebagai penganut agama lain. Sebab tu saya katakan, dia selalu masak tengah malam apabila melibatkan makanan yang orang muslim tidak boleh makan. Kekadang dia ambil kesempatan memasak ketika waktu rehat semasa ketiadaan saya di rumah. Periuk, kuali, sudip dan pisau serta alat-alat lain yang dia gunakan pun asing. dia ada almari sendiri untuk barang-barang masakannya.
Kura-kura memang orang muslim tak boleh makan, tapi ada sesetengah orang non Muslim yang memakannya. Di rumah kami memang ada saja kura-kura yang dibiarkan berlegar-legar di ruang tamu. Kekadang keluang pun ada. Tapi jadi peliharaan hanya bersifat sementara. Saya faham apa yang berlaku pada haiwan-haiwan berkenaan.
Kisah yang saya lakarkan adalah kisah benar dan bukan fiksyen. Dari segi kejadian dan masa semuanya benar. Cuma mungkin cara penceritaan saya yang menyebabkannya seolah-olah banyak yang saya telah tokok tambah. Alam mistik dan makhluk-makhluk ghaib mempunyai pelbagai rupa dan kekadang kita sukar menerima keadaan rupa makhluk bila seseorang menceritakannya. Dari segi masa juga kekadang berbeza antara masa tempat kita dengan masa semasa di alam mereka.
Kawasan kampung di tempat kerja saya memang dikelilingi hutan-hutan tebal dan sungai pun merupakan sungai besar dan menjadi pertemuan anak-anak sungai dari kampung2 daerah Beluran, Sabah. Kita semua tahu, selain alam kita, ada lagi alam lain terutama di kawasan hutan.
Panjang lebar dah penerangan saya.
Kisah kali ini pula akan saya bawakan satu kisah semasa kami pergi memburu. Saya kurang kemahiran pasal berburu. Saya pernah ikut memburu semasa di pulau Banggi hanya 2 kali sahaja. Ada juga pengalaman sikit-sikit tentang adab-adab memburu. Di tempat kerja baru saya, ini merupakan kali pertama saya ikut memburu.
Petang sebelum memburu, kami jalan menjejak kawasan yang dipercayai jadi tumpuan Payau/Rusa. Kami pergi seramai 4 orang menaiki hilux pacuan empat roda. Biasa la jalan masuk kawasan sawit dan hutan hanya ada jalan dan lorong-lorong lori balak yang jarang sekali digunakan. Bila jejak dah ditemui, kami akan mencari tempat berehat sementara menunggu masa malam. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Satu bunyi teriakan Rusa telah kedengaran. Kalau orang tidak biasa mendengar teriakan rusa, pasti dia akan ingat ada org yang berteriak ataupun dia ingat teriakan mak ponti. Teriakan ayam hutan atau ayam Tambun lagi dayat. seperti sura permpuan. nyaring bunyinya. Pertama kali dengar teriakan ayam Tambun semasa di pulau Banggi. Nyaris-nyaris juga saya lari. mujur kawan bgtahu jangan takut sebab tu bunyi Tambun.
Ok, kita kembali kepada cerita rusa. Kami pun pelan-pelan menghampiri bunyi rusa tersebut. Untuk mengelakkan rusa menyedari akan kehadiran kami, kena ambil arah yang bertentangan dengan arah angin bertiup. Rusa mempunyai deria hidu yang sangat kuat. kalau ikut arah angin, kompom dia akan menyedari kehadiran kami. Pemburu yang mahir memang sukar untuk mendengar jejak kakinya. Saya beberapa kali kena tegur kerana pergerakan saya agak bising.
Sampai di tempat yang strategik, tukang tembak dan tukang suluh sudah bersedia dengan tugas masing-masing. Rusa di suluh dengan cara menyuluh matanya kemudian mengalihkan suluhan ke tempat lain. perkara tersebut di lakukan beberapa kali sehinggalah kedudukan rusa benar-benar selesa untuk ditembak. “Rusa jantan dengan tanduk yang bercabang”. bisik tukang tembang. “Pang… pangggg…” Dua das tembakan dilepaskan bergema memecah kepekatan malam. Bila di suluh, rusa dah tumbang. Kami pun bergegas untuk mendapatkan rusa berkenaan. Saya sebagai tukang sembelih dah bersedia dengan parang terhunus di tangan. Dalam hati dah berangan nak makan rusa besar. Bila kami hampir kepada rusa berkenaan, rusa tersebut duduk dan memandang ke arah kami dengan tajam dan matanya merah menyala. Kemudian tukang tembak lepaskan sedas lagi. Rusa tumbang tapi bangkit semula.
Kami dah mula rasa pelik terutama saya. Bulu roma dah meremang dan rasa takut bertandang. “kali ni last saya akan lepaskan tembakan, kalau rusa ni tak tumbang juga, baik kita berlalu pergi. maknanya benda tu bukan rusa tapi makhluk yang menyerupai rusa atau rusa tu menjadi tunggangan makhluk lain“. Penembak tiba-tiba bersuara memberitahu kami. Tembakan terakhir dilepaskan. Rusa tumbang tapi kali ni sangat mengejutkan. Selepas tumbang, rusa terus berdiri. Peliknya tembakan dikepala tiada kesan apa-apa. Titisan d***h walau sedikit pun tiada. ” Jom jalan cepat-cepat sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingi berlaku.“ Pinta penembak. Saya sempat melirik ke arah penembak selepas tembakan terakhir. Mulut dia bercakap sesuatu tapi tidak jelas. Mungkin agaknya dia meminta maaf kepada rusa tersebut.
Malam tu kami tidak meneruskan pemburuan. kami balik terus ke rumah. Dalam perjalanan, kami bercerita tentang perkara yang kami saksikan tadi. Mujurlah tukang tembak kami adalah seorang yang memang bisa memburu dan telah banyak kejadian-kejadian aneh yang dia saksikan. Kata penembak, Rusa yang kami jumpa tadi telah ditumpangi makhluk halus. Kalau dipaksa juga, rusa tersebut akan bertindak menyerang kami. Dia menasihatkan kami bila berhadapan dengan situasi tersebut di lain kali, pastikan meminta maaf dan bagitahu tidak sengaja dan katakan tujuan hanya mencari sesuap rezki.
Untuk pengetahuan para pembaca, biasanya bila pemburu mendapat haiwan buruan, mereka akan mengeluarkan segala isi perut dan akan membuang beberapa bahagian dan disertai dengan kata-kata “Ambillah ini. Ini bahagian mu. Jangan ganggu kami”. Tujuannya adalah untuk memberi bahagian kepada makhluk alam lain atau penjaga hutan atau jin-jin yang ada di hutan. Membawa daging mentah di tengah hutan tidak semudah kita membawa daging segar di tengah bandar.
Semenjak dari peristiwa tersebut, saya tidak lagi ikut memburu. Kalau ada aktiviti kawan-kawan pun, saya akan memilih ikut memancing. Aktiviti utama di tempat kerja saya adalah memburu dan memancing udang galah. Walaupun sungai tempat saya kerja banyak sang bedal, tetapi tidaklah merisaukan sangat sebab belum ada kes yang kena bedal oleh sang bedal semasa memancing atau berada atas bot. Kes yang banyak diceritakan adalah kes semasa berada mandi di sungai atau menjala tepi sungai.
Sekian dulu untuk kisah kali ini. Nantikan kisah seterusnya kalau diizinkan iaitu kisah berpindah bangunan baru setelah hampir 3 tahun di bangunan lama. Kini tempat saya bertugas di bangunan baru dan terletak di kawasan pekan Koboi Paitan Beluran Sabah.
Yang baik semua dari Allah, dan yang buruk atau salah semua dari kelemahan saya. Wallahu’alam.
best ooo kura2..Isi dia rasa manis sama macam kayak lembik
*katak
Shasha makan kura-kura — Shasha pun seronok makan daging kura-kura rasanya seperti katak lembik.
Woi! Tinggi woi risiko makan haiwan pelik-pelik ni!
Tak mustahil boleh terkena penyakit parasit pelik-pelik.
Contoh di China — ada kes cacing sepanjang 10 inci dikeluarkan daripada lubang hidung kerana, makan haiwan pelik-pelik.
Hahahahaha! 🤣