Tersalah lepas hajat juga

Hai admin, terima kasih approved cerita saya. Saya rasa terpanggil untuk menceritakan kisah saya setelah membaca kisah tersalah lepas hajat baru-baru ni. Sedikit latar belakang tentang waktu kejadian. Kejadian berlaku sewaktu saya dan beberapa rakan menyertai satu activity hiking diutara tanah air beberapa tahun yang lalu. Kisah saya juga berkisar kepada kesan daripada tersalah melepas hajat berlaku kepada kami…

Walaupun kejadian itu masih lagi menjadi misteri kepada kami, tetapi saya yakin ianya berlaku disebabkan kami tersalah lepas hajat pada malam tersebut. Pada malam kejadian, saya dan kawan saya, wani (bukan nama sebenar)terasa ingin membuang air kecil. Sebenarnya saya dari petang kejadian lagi dah menahan untuk membuang air kecil. Tetapi, agak sukar bagi wanita seperti kami untuk melepaskan hajat seperti lelaki yang boleh memancut begitu sahaja terutama jika hari masih lagi terang.

Selalunya kami akan melepaskan hajat kami pada waktu malam. Kami pun memberitahu hajat kami kepada ketua pengiring wanita, dan beliau memberitahu untuk kencing sahaja ditepi pokok besar tempat kami sedang berehat. Saya dan wani menurut sahaja arahan beliau kerana memang sudah terdesak dan dah tak tahan lagi. Oleh kerana keadaan yang begitu menakutkan, kami melepaskan hajat bersama2. Selesai melepaskan hajat, kami pun kembali ke kawasan rehat kami dan hanya membiarkan kencing kami begitu sahaja kerana terlupa membawa air. Saya yakin, disini kesilapan yang berlaku pada malam itu. Setelah selesai kami pun kembali ketempat rehat kami.

Gangguan bermula sekitar jam 4am apabila kecoh wani tiada ditempat tidurnya. Ketua pengiring wanita meminta bantuan group lelaki untuk sama-sama mencari wani pada waktu itu. Kami memanggil nama wani berkali-kali namun tidak disahut. Kami mengambil keputusan untuk turun ke tapak kem menjelang pagi nanti. Lebih kurang pukul 6am, kami semua berjalan pulang ke tapak kem. Lebih kurang 2 jam kemudian kami tiba dikem dan saya melihat sudah banyak pasukan2 beruniform menggerumi kawasan untuk memulakan proses pencarian. Saya berasa sangat letih pada pagi tersebut dan terlelap ketika duduk bersama rakan-rakan yang lain.

Tiba2 badanku digoncang dengan kuat. Apabila saya membuka mata, saya melihat ramai yg berdiri disekeliling saya. Mereka seakan risau melihat saya. Long story short. Baru lah saya sedar yang sebenarnya saya dan wani tidak pulang setelah melepaskan hajat kami dan disedari oleh ketua pengiring wanita. Mereka menjumpai saya terbaring dibahagian semak manakala wani pulak dijumpai tidak jauh dari saya dijumpai. Kami bersyukur kerana tiada apa yang teruk berlaku kepada kami.

Semenjak peristiwa itu, saya dan wani seakan serik untuk berhiking lagi terutama tempat yang tidak disediakan tandas. Kami juga bertanya pendapat didalam group kami tentang etika yang betul untuk melepaskan hajat ditempat terbuka. Cuma rata2 menyatakan untuk kencing didalam sungai waktu mandi. Itu kami tahu. Tetapi bagaimana kalau terasa ingin melepaskan hajat diluar waktu mandi, bagaimana etika yang sebetulnya. Jawapan yang masih saya dan wani cari sehingga ke hari ini. Semoga para pembaca juga dapat membantu memberi pendapat kepada kami.

Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]
Tasha

4 thoughts on “Tersalah lepas hajat juga”

  1. Tiba² korg berdua yg hilang? Jd, sepanjang masa sblm gangguan bermula pukul 4am tu, ko buat apa je?? Kwn² lain, sedar x?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.