Tertinggal Bas di RnR LPT2

Assalamualaikum dan Hai. Jutaan terima kasih tak terhingga kepada admin jika kisah aku yang tak seberapa ini tersiar. Mungkin kisah ini tidak seram pada korang, tapi kepada mereka yang mengalaminya. Allahu.

Kisah ini terjadi pada hari Rabu malam Khamis, tanggal 13 Syawal pada tahun 2015. Sekitar bulan Jun (kalau tak silap aku). Aku merupakan seorang siswi IPTA di sebuah negeri yang terletak di pantai timur dan merupakan seorang atlit sebelum officially bersara dalam bidang sukan yang diceburi. Huhu. Nama aku Anggerik. Masa kejadian, team aku dalam perjalanan ke UTM Skudai bagi menghadiri temasya MASUM 2015 dalam acara S***T. Hanya team kami sahaja yang menaiki bas persiaran yang di sewa dari luar sebab bas U kami tetiba mengalami kerosakan teknikal time last minute. Team sukan lain, depa naik bas U. So, driver pon mestilah driver dari luar dan kami tak kenal dengan pakcik bas tersebut. Dalam bas tu, kami bercampur dengan sebuah lagi team iaitu team basikal.

Jam 7.45 malam

So, sekitar jam 7.45 malam iaitu sebelum kesemua team berlepas, pegawai sukan mengarahkan kami agar berkumpul bagi mendengar sesi taklimat secara ringkas dan jadual pergerakan ke UTM Skudai. For sure, time ni kami dah bersemangat berkobar-kobar sebab team masing-masing mahu membawa balik kilauan medal tak kisah pape warna sekalipon untuk universiti yang tercinta. Hewwww~.
Ada jugak sebahagian atlit yang tunggu masa je untuk naik ke dalam bas, landing-tidur-terbongkang siap pakej berdengkur. Mungkin penat kot sebab ada antara mereka yang all out time training saat akhir petang tadi. Termasuk aku. Gila tak penat. Hahaha.

Jam 9.00 malam

Pada awalnya, perjalanan kami berjalan agak lancar. Semua pergerakan bas bergerak keluar dari perkarangan Uni tepat jam 9 malam. Memandangkan kami dah berkumpul awal sebelum solat Isyak, jadi atlit yang beragama Islam decide untuk solat jamak takhir di RnR LPT2. Setiap bas diiringi oleh seorang pegawai sukan. Dalam bas team aku, kami diiringi oleh seorang pegawai sukan yang cantik lagi manis. Panggilan mesranya ialah Cik Orked. Aku ni bolehlah dikategorikan sebagai orang kepercayaan Cik Orked dalam menguruskan team aku. Lagipon dah macam adik-kakak je sebab jarak umur kami cuma 2 tahun je. Kamceng gitu dan senang nak buat kerja sesama. Alhamdulillah.

Sebelum bertolak, Cik Orked sempat tapaukan sebungkus nasi goreng kat aku. Bukan apa, aku tak sempat nak makan langsung dari petang tadi sebab terlampau busy uruskan dokumen penyertaan atlit untuk kali terakhir. Hiks!

Masa dalam perjalanan tu aku dah rasa lain macam sikit. Aku pon tak pasti sama ada aku ni ada sixth sense ke apa. Tapi kalau setakat bau wangi datang menerpa time waktu kusut, exam, karang thesis kat hostel, tu sokmo dah. I don’t know how to describe my feelings on that time. Meremang semacam je. Di tambah pula LPT2 tu takde lampu jalan kiri dan kanan. Lagilah rasa scary. Cuma disinari cahaya bulan yang tak berapa nak mengambang je. Suram dan seram beb. Kereta yang ada di atas jalan boleh dikira dengan jari je. Tak banyak pon gaisss. Huhu.

Aku dan Cik Orked pulak duduk di seat sebelah-menyebelah yang berada betu-betul di belakang driver. So, kami boleh nampak laa lebuhraya yang terbentang luas di hadapan kami. Maka bermulalah peristiwa yang agak tidak logik berlaku kepada kami semua. Jeng jeng jeng.

Jam 12.52 pagi

Bermulalah tragedi tayar bas pecah. Hairan sangat sebab tayar bas pecah pada tayar kedua dibahagian kiri belakang bas. Mujur pemandu bas yang membawa kami cekap mengawal stereng dengan baik. Cik Orked segera melaporkan kejadian tadi kepada Ketua Urusetia kami untuk tindakan lanjut.

“Kalau dah jadi macam ni, gayanya memang kita lambat nak sampai di UTM Skudai. Kan Anggerik?” soal Cik Orked kepada aku. Aku sekadar mengangguk kecil.

Jadi, Ketua Urusetia tersebut perlu mengambil segala dokumen para atlit daripada Cik Orked untuk registration pada jam 9 pagi nanti. Kalau terlewat register, makanya team kami akan disqualified. Mujurlah pihak Uni menyediakan sebuah Hilux untuk pergerakan Urusetia di sana nanti dan pergerakan Ketua Urusetia sedikit terlewat daripada kami. Means, Hilux mereka masih berada di belakang kami lagi. Syukur di situ. Hihihi.

So, dengan kelam-kabut dan masing-masing dalam keadaan mamai, Cik Orked mengarahkan aku untuk mengumpul semua kad matrik atlit mengikut team masing-masing dan serahkan kepada beliau sebelum diserahkan kepada Ketua Urusetia. Time tengah kalut tu laa depa duk tanya “kenapa, mengapa, bagaimana, bila, apa yang terjadi”. Fuhhhh mencabar betul.

Pada masa ni, driver bas bawak slow-slow je bas untuk berhenti di mana-mana RnR yang terdekat. Tapi, jauh gila beb nak jumpa RnR di LPT2. Apak jauh nau. Time tu pulak, line telefon Cik Orked buat hal. Lantas, beliau meminta aku untuk Google dan cari number Peronda LPT2. (Penting ye gaiss untuk save number peronda lebuhraya). Alhamdulillah, Allah membantu dikala waktu itu dan hanya dalam tempoh 30 minit jugak kami menunggu Hilux Ketua Urusetia dan Peronda tiba. Dalam masa yang sama juga, driver bas gigih membawa bas untuk sampai ke RnR dengan berhati-hati. Namun, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Peralatan yang dibawa oleh pihak Peronda hanya disediakan emergency-kit untuk kereta sahaja. Maka ber-huhu kami mendengarnya sebelum driver bas kami tekad membawa kami ke RnR yang terdekat. Nampaknya, pakcik bas tu akan gunakan peralatan yang sedia ada dalam bas tu je.

Sekitar jam 2.00 pagi

Alhamdulillah, kami selamat tiba di sebuah RnR yang terdapat di LPT 2 (lokasi di rahsiakan). Suasana sekitar cukup suram kerana RnR tersebut baru siap proses pembinaannya. Hanya terdapat beberapa buah lori dan treler yang berhenti untuk berehat dan menghilangkan mengantuk sejenak. Aku dan Cik Orked bergegas turun melihat kondisi surau di RnR tersebut bagi memastikan keselamatan terjamin sebelum membenarkan para atlit lelaki dan perempuan untuk turun bersolat. Time aku masuk ke surau tersebut, ada sorang makcik cleaner bergegas bangun dan pandangan dia terhadap kami berdua scary gila kot. Makcik tu cepat-cepat keluar sebelum para atlit perempuan yang lain masuk ke surau. Suspicious kami dibuatnya. Grrrrr.

“Cik Orked, mungkin laa dia terkejut kot tengok kita berdua ni tetiba muncul. Hihi.” Ujar aku kepada Cik Orked sambil tersenyum.

Ada sebahagian atlit perempuan yang lain gigih sambung beradu di surau selepas siap bersolat. Manakala, bagi yang tengah ABC tu, depa memang dah selamat berdengkur di dalam bas. Tapi berlainan pula dengan atlit lelaki, usai solat jamak takhir, dorang decide untuk sambung tidur di dalam bas sementara driver bas gigih menukar tayar bas yang pecah. Nak aircond lettew. Mujurlah bas yang dinaiki oleh kami mengalami kerosakan tayar, cuba bayangkan enjin bas buat hal tak boleh start. Nauzubillah. Haruuuuuuu.

Aku dan Cik Orked decide untuk solat dan membaca surah AlKahfi bersama (sebab esok dah hari kamis malam jumaat, so takut tak sempat nak baca) sebelum mengisi perut dengan nasi goreng yang ditapau sebelum bertolak tadi. Malang menimpa buat kali kedua kepada kami, apabila makanan yang dibeli telah basi berlendir. Terpaksa aku tahan lapar lagi. Huhu. Aku meminta izin dengan Cik Orked untuk melelapkan mata untuk seketika sementara beliau menyambung membaca Al-Quran. Sementara diluar pula, driver bas cuba sedaya upaya dan mencurahkan kudrat mereka untuk membaiki tayar bas agar kami tidak kelewatan sampai ke destinasi yang ditujui.

Jam 4.30 pagi

Kami dikejutkan dengan bunyi hingar-bingar nada dering telefon seorang akak senior. Yang lebih mencuakkan kami apabila dia meluru laju keluar daripada surau dengan berkaki ayam dan masuk semula dengan muka yang blur. Kemudian dia ditenangkan oleh Cik Orked dan Cik Orked meminta akak senior tersebut menceritakan apa yang terjadi selepas perbualan telefon tersebut.

“Cik, Coach telefon tadi Cik. Bas dah tinggalkan kita.”-akak senior.

Automatik aku bangun terpacak sementara Cik Orked berlari ke tempat bas untuk double confirmation. Ternyata benar. Bas ghaib beb!

“Ya karimmm, saya baru je keluar tadi time korang semua tidur. Saya nampak je pakcik bas tu tengah ‘hungga’ baiki tayar. Takde laa pulak saya dengar bas bergerak ke apa” kata Cik Orked.

Kami masing-masing dah speechless dan buntu. Dalam hati aku dah terdetik ‘benda ni ajak main kot.’ Untuk makluman korang, coach kami pon berada di dalam bas yang sama. Hampir sejam bas bergerak meninggalkan kami, para atlit perempuan yang tertinggal di surau RnR tu pon hanya disedari oleh seorang atlit lelaki merangkap Imam solat jamak takhir di surau tersebut. Aku gelarkan dia Firman. Then, bila dia rasa bas tu seolah-olah ‘kosong ‘ dan tengok Cik Orked, aku dan yang lain-lain takde di seat masing-masing. Lagilah dia cuak. Lantas dia mengejutkan coach dan coach telefon akak senior tu. Haa macam tu lah ceritanya. Yang lain tidur mateyyy weyh. Hareyyy tak sedar bas bergerak. Kalau si Firman tu tak sedar, agak-agaknya sampai UTM Skudai baru mereka terjaga. Syukur, Allah menolong kami. Huhu.

“Coachhhh!!! Bangun, dorang takde. Kena tinggal” kata Firman.

Berganda malang dan ujian Allah kepada kami. Adududu.

Jam 6.30 pagi

Hampir sejam lebih kami menunggu driver bas membuat u-turn di LPT2 dan ‘menjemput’ kami semua yang ‘tertinggal’ di surau RnR LPT 2. Akhirnya, bas yang dinanti muncul jua. Semua atlit yang beragama Islam decide untuk solat subuh secara berjemaah di surau tersebut sementelahan fajar bakal menyinsing. Cewaahhhhh. Sastera siakkkk.

Selepas siap semua dan masing-masing dah pon mengambil seat seperti sediakala, Cik Orked mengira jumlah para atlit agar tidak terlebih dan terkurang. Then, kami breakfast seperti biasa dan sambung tidur. Sekitar tengahari, kami selamat tiba di perkarangan UTM Skudai untuk temasya MASUM 2015.

Dan, kejadian kami ditinggalkan oleh driver bas di RnR LPT2 kekal misteri sehingga sekarang. Apa yang terjadi kepada driver bas, hanya dia sahaja yang mengetahui. Mungkin, pakcik driver bas nampak ‘kami’ dah duduk di seat masing-masing. Mungkin, dia dah bertanya kepada ‘Cik Orked’ semasa di dalam bas sebelum meneruskan perjalanan selepas siap menukar tayar. Mungkin ada ‘benda’ yang menyerupai kami semua pada saat itu. Banyak kemungkinan. Kalau diikutkan logik akal, memang langsung tak logik dek akal. Kahkahkah! Macam mana laa, kami yang seramai 12 orang atlit S***T perempuan boleh tertinggal dan tersadai di sebuah surau di RnR LPT2? Allahu’alam. Selebihnya, itu adalah ujian Allah kepada kami.

“Tak tergamak pulak saya nak tanya pakcik bas tu pasal kes tadi. Tengok muka dia yang penat dan lesu. Mata pon dah macam nak rabak. Mungkin dia alami perkara yang lebih dasyat daripada kita. Takpelah, ada hikmah kenapa jadi macam ni. Huhu.”-Cik Orked.

~Tamat~

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

14 thoughts on “Tertinggal Bas di RnR LPT2”

  1. Ini memang kerja gila. Lemas rasanya kalau berada dalam keadaan macam ni. Apapun, kesian kalian yang tertinggal bas, dan menjadi tanda tanya kenapa, siapa, bagaimana keadaan ni boleh timbul. Persoalan tetap tinggal persoalan.

    Reply
  2. kat lpt2 ehh, dekat dah dgn rumah saya tu.. main silat olahraga ke kak smpai 12 org tu? haha.. okok, mengarut apa aku ni.. rnr yg kak singgah tu kena masuk jauh ke dalam or just dia tepi jalan tu je?

    Reply
    • boleh jadi jugak…sebab saya ada sixth sense yang boleh kesan kalau ada perkara buruk berlaku. sebenarnya dia kira seventh sense

      Reply
  3. “Mungkin penat kot sebab ada antara mereka yang all out time training saat akhir PETANG TADI. Termasuk aku.”

    “Bukan apa, aku tak sempat nak makan langsung dari PETANG TADI sebab terlampau busy uruskan dokumen penyertaan atlit untuk kali terakhir.”

    Mana satu yg betul ni?!… Ko tipu eh?!

    Reply
  4. 2thn lps mse aku nk grk mlm pg ganu. Ayat yg pakck aku dok ulang..isi mnyk penoh2 sblm msk lpt2…lps tu jgn benti dkt rnr die selagi xsubuh..lps subuh xpe..bla bla bla..nsb mlm tu ktorg punye planning cntk kiranya ktorg ni bole terleka lps dkt Petronas Karak smpai pkl 3 pg..then smpai dkt hotspot story lpt tu dh subuh..so selamat la semuanya..

    Reply
  5. Team s***t tu team sunat yer hakhakhak. Len kali tulis jer lah x payah nk berbintang2 bagai. Marang kerapu kapunden tol la bebudak skang ni.

    Reply
  6. 13syawal 2015..sekitar june kta nya…aduhai…ak beranok 15 julai 2015 2ari nok raye puasa..mcm mne pulok 13syawal blh jd bln june pulok weiii…jauh bnr terbabas tuh…cerita mu ke..mu dgr cerita jer nih?? Hurmmm..nasib baik kebetulan time ak beranok..klu dok..ak xtau cerita nih mu reka..ahahaaa kbyere

    Reply
  7. Cerita yg agak menarik. kenapa tak tanya aje pakcik bas tu. agaknya pakcik tu dah ngntuk kot. tak tgk memana terus je jalan lepas tuko tayar tuh. korang kan letih training mna nak sedar diri.duhh

    Reply
  8. 13 syawal 2015, anggaran bulan JUN.. 15 Syawal 2016 bersamaan 20 Julai 2016.. Takkanlah tahun 2016, raya pada bulan Julai tapi tahun 2015, hari raya aidilfitri jatuh pada JUN? nampak sangat tipu cerita ni… Agak2 la nak mereka cerita pun yer…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.