Hi dan selamat sejahtera aku ucapkan pada kalian semua. Hanya satu patah kata yang aku nak sampaikan kepada kalian semua sebelum kalian scroll cerita kebawah. Sebelum jari-jemari kalian nak ‘berpencak silat’ atas papan kekunci mahupun atas screen phone masing-masing, sebelum kalian mula merangka pandangan tersendiri, sila baca dengan jelas akan perkataan ini; “Rezeki Allah”. Kisah ini tidak ada sebarang paksaan buat sesiapa sekalipun untuk dibaca. Anggaplah ia sebagai satu perkongsian baru dalam rencana hidup kalian. Penerimaan cerita ini bergantung pada pilihan ditangan individu sendiri.
Aku suka mengikuti ‘Usrah’ atau dalam dasar bahasa ringkas ialah “sebuah program yang menjalankan pendekatan diri mengenali Allah secara lebih terperinci”. Pernah sekali aku menjejakkan kaki di Masjid Sri Petaling bagi mengikuti Usrah. Masjid Kariah Seremban, Masjid Pak Sabah Dungun dan beberapa masjid yg lainnya juga telah kujejak. Tetapi, dalam kebanyakkan masjid yg aku pernah kunjungi, cuma ada sebuah masjid yang amat memikat hatiku. Masjid Lama Pachang Bedana namanya atau nama timangannya “Masjid Jin” yang terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor. Entah apa ‘Nur’ yang menghias dalam masjid tu pun aku tak tau lah sampai acap kali aku bertandang kesitu. Bagiku, antara kelebihan yang membuat hatiku tertambat pada keindahan masjid itu adalah struktur dan senibina yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional tersendiri. Aku pada ketika ini sedang menjalani program Usrah tanpa sebarang anjuran terbuka daripada mana-mana pihak atasan masjid.
Perantauan aku ke masjid tersebut disambut dengan secebis pengalaman seriau serta sedikit keinsafan. Antara detik seram yg aku dah lalui adalah mendengar ‘suara’ orang berzikir di gelap pagi. Ia berlaku antara pukul 4 pagi sewaktu kami sedang tidur-tidur ayam. Kejadian itu juga didengari oleh 3 orang sahabat semusafir bersama seperguruan kami. Anehnya, tak ada seorang jemaah pun yg aku temui didalam masjid tersebut melainkan cuma kami berlima sahaja setelah aku toleh di sekeliling bahagian dalam masjid.
Aku juga sempat merasa bagaimana diriku pernah dikejutkan oleh ‘seseorang’ sewaktu aku lelap sekejap dipenjuru kanan pintu masuk masjid usai berwirid pendek. Ia berlaku diantara jam 1 pagi dimana itu adalah waktu yg aku biasa melakukan ‘Solat Tahajjud’. Ada ketikanya diri ini terasa seram dan juga sebaliknya. Aku hanya mampu berserah kepada Allah sahaja.
Manakala daripada cerita pihak sahabatku pula, mereka pernah menceritakan kepadaku sewaktu seorang diantara yang mereka sedang melakukan solat sunat ‘Tahiyatul Masjid’ bersendirian, terasa seperti ada jemaah yang ikut serta bersolat. Siap sempat lagi ‘mengAminkan’ doa sahabatku usai solat sunat. Bila dia toleh untuk bersalaman, tak ada sesiapapun berada dibelakang saf!
Menurut pengamatanku sendiri, masjid ini sememangnya ada menyimpan seribu satu kisah yang tak dapat dijangkau dek fikiran akal. Kejadian aneh tersebut malahan banyak disahkan serta diperkatakan sendiri oleh sebilangan jemaah yang kerap hadir di masjid ini. Mungkin ada yang beranggapan bahawa ini cuma satu tahyul kerana mana mungkin sebuah masjid ‘mampu’ menjadi sebuah tempat misteri. Tapi aku percaya ianya ada kerana masjid tak pernah ‘tutup’ dan ‘tidur’. Bahkan ia sentiasa menjadi tempat singgahsana bagi seluruh makhluk Allah. Sesungguhnya, telah banyak aku pelajari melalui detik pengalaman bermusafir ke serata masjid yg pernah kujejak selama hayat dikandung badan dan hanya Allah sahajalah yang Maha Merancang dan Maha Mengetahui. Maafkan aku seandainya aku gagal menawan hati kalian dengan kekurangan elemen seram pada cerita kali ini.
Sekian, Assalamualaikum dan terima kasih kepada para pembaca yang aku kasihi sekalian.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
I believe
Tak susah pun nak percaya. Terima kasih atas perkongsian.
Dari pengalaman yg best. Tq 😊
Paling seram sebenarnya bila kita buat dosa tapi rasa gembira & bangga dengannya..
contohnya mcm bila kongkek ngan bf
ada makhluk lain yg turut serta di masjid.
PLAYER ZIKIR AUTO PLAY TU..
klu masjid lama panchang bedena tu klu xsilap,masjid tu dibina semasa jepun/kominis jajah tanah melayu.dan ad pkampungan bunian disekitar masjid tsebut…
winnn
jin islam
Masjid Lama Panchang Bedena ni dibina pada awal 1900. Dah berganti sebahagian besar kayu dinding dan bumbung dgn yang baru. Kecuali 4 tiang seri.. Kayu keras tak lut dipaku.
Senibinanya memang klasik dan sekarang ni di bawah seliaan Muzium Negeri Selangor.
Kalau ada lalu di sekitar Sabak Bernam, bolehlah datang melawat. Dah ada masjid baru sekarang jadi kurang digunakan kecuali untuk solat fardhu dan solat sunat hari raya. Tapi ada juga majlis2 ilmu diadakan.
Jgn takut nak ke Masjid. Takutlah kalau hati xnak ke Masjid