Cerita saya kali ini..”Tiang Kematian@jerunai”..Seorang hamba atau “dipen” akan dipilih lantas dirinya diikat di puncak jerunai,dia meronta-ronta minta dilepaskan.
“Jerunai’ ialah tiang kayu tinggi di mana sebelum tiang itu berdiri,satu lubang dalam setinggi lelaki dewasa akan dikorek. Sementelah itu,tiang berketinggian kira-kira 15meter itu akan dipasak ke dalam lubang tersebut.
Amalan kuno adat ratusan tahun itu,mempersembahkan korban hamba(dipen@golongan kasta terendah)iaitu wanita dara lengkap dihiasi dengan baju tradisional kaum melanau.
Wanita itu yang dikorbankan akan diduduk dengan diikat tubuhnya kedalam lubang bersama harta benda milik si m**i.Upacara yang paling tragis,kayu tinggi seberat puluhan tan itu akan dipikul beramai-ramai,dipasak lalu dijatuhkan ke dalam lubang menimpa tepat ke atas tubuh wanita itu sebagai tanda korban.
Di dalam tarian tradisional masyarakat melanau sendiri ada mengambarkan upacara tersebut.Ada dua orang hamba yang akan menemani si m**i ke alam abadi menurut kepercayaan adat melanau kuno iaitu wanita dan lelaki.
Lelaki akan diikat di atas batang kayu tersebut yang kiranya sebesar sepemeluk orang dewasa.Kerana tidak mahu m**i sebelum waktu maka hamba tersebut akan menghamburkan sumpah seranah setiapkali melihat ada kelibat manusia berada dekat dengannya.Di puncak kayu itulah si hamba akan m**i secara perlahan sambil berkata:
“Datanglah dekat padaku,
Takkan kamu tak kasihani aku,
Aku amat haus dahaga,
Aku bukan hamba abdi kamu,
Angkatlah pengayuh perahumu tinggi-tinggi,
Agar percikan air dari pengayuh itu,
Dapat menghilang sedikit dahagaku,
Ku sumpahkan agar sesiapa daripada kamu yang menyiksa aku…
Atas dosa yang tidak pernah aku lakukan,
Aku sumpahkan tak seorangpun daripada kamu,
Anak-anak dan cucu cicit kamu selamat”
Inilah antara episod menyayat hati lagi menyeramkan apabila berbicara satu tradisi kuno yang pernah berlaku di kalangan masyarakat Melanau ratusan tahun dahulu.Tradisi pengkebumian masa lampau yang dikhaskan untuk golongan bangsawan atau aristokrat masyarakat Melanau pagan(tidak beragama) atau animisma ini.
Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa golongan aristokrat di kalangan kaum Melanau yang meninggal dunia dahulu tidak dikuburkan di dalam tanah.Sebaliknya mayatnya akan disimpan di dalam tempayan besar terlebih dahulu kemudian dibiarkan mereput secara semulajadi sehingga meninggalkan rangka-rangka sahaja.
Selepas itu barulah tempayan itu nanti akan dipindahkan ke dalam satu lubang yang terletak di bahagian tengah tiang kayu bulat yang dikenali sebagai “Jerunai” atau “Kelideng”.
Disitulah sebenarnya tempat persemadian kekal si m**i dengan ditemani roh si hamba sahayanya yang dikorbankan menuju ke “likow matai” atau alam akhirat menurut kepercayaan masyarakat Melanau dahulukala.Di Mukah dan Dalat Sarawak sehingga kini masih ada tiang-tiang ini kukuh tegak berdiri.Mungkin anda boleh google di internet mengenai jerunai.Taip “Jerunai” kaum Melanau.Di google image,akan terpapar rupa bentuk “Jerunai”).
Baiklah ikutilah kisah saya kali ini.Pekan Dalat ketika tahun 1995 masih lagi tidak begitu maju seperti sekarang.Bancian penduduk pada masa itu tidak menjangkau ke 10ribu orang bermastautin di pekan Dalat.Pekerjaan utama kaum melanau di Dalat ialah mengusahakan tanaman pokok sagu dimana isinya berserat putih diparut untuk dijadikan tepung sagu.Selain itu,kebanyakkan pemudanya meninggalkan pekan untuk bekerja di kem pembalakan sememangnya menjanjikan gaji yang cukup lumayan.
Ketika itu cuma ada satu dispensari( klinik kesihatan)dimana biasanya tempat pemvaksinan bayi,rujukan untuk kes tidak serius.Disitulah juga,tempat pengambilan ubat-ubatan.Ketika itu,pekan kecil ini dilengkapi kemudahan asas seperti stadium mini,pejabat pos,Bank Utama(bank tidak ada lagi di Malaysia),sekolah menengah berasrama,deretan kedai-kedai runcit dan balai polis.
Pertama sekali tujuan saya mengaitkan lagenda fiksyen mengenai Sarawak adalah untuk memperkenalkan tanah kelahiran saya,buminya luas menyamai keluasan Semenanjung Malaysia.Dengan mengaitkan lagenda Sarawak,para pembaca akan berminat untuk menjadikan Sarawak salah satu destinasi eko-pelancongan mereka.Siapa tahu bukan?Baiklah.cerita saya bawa kali ini,”Jerunai” iaitu Tiang Kematian…..
Malam itu tahun baru 1995.Bunyi mercun berdentam dentum memecah hiruk-pikuk Pekan Dalat.Beberapa orang pemuda likaw(pagan@tidak beragama)sedang asyik meneguk minuman keras,melayani borak-borak kosong,menikmati beberapa bungkusan kudapan seperti kuaci dan kekacang.Nama salah seorang pemuda itu cukup saya kenali.Saya bahasakan namanya sebagai Dee(bukan nama sebenar)bagi menghormati isu sensitiviti keluarga namanya saya rahsiakan.
Baiklah ketika mereka sedang begitu asyik melayani perasaan mabuk mereka.Dee bangkit dan hendak melepaskan hajatnya.
Anda rasa apa yang boleh difikirkan kalau akal waras sudah dikuasai mabuk?Di hadapan bangunan pejabat daerah tiga tingkat itu ada kawasan lapang berturap yang biasanya dijadikan tapak jualan pasar tani setiap hari ahad.Di situ lah Dee dan rakan-rakannya bersenda gurau mabuk pada malam itu.Tapak itu betul-betul berada di tebing sungai.Dee menuju melangkah di pinggir pagar berhadapan dengan pejabat daerah Dalat,di mana letaknya tiang kematian “Jerunai”itu tegak berdiri.
Dee menarik turun zip celananya jeansnya lalu melepaskan hajat”(tersiksa untuk dicintanya,mencinta untuk disiksanya)terpaksa atau rela”,dihala ke arah pangkal bawah tiang keramat kematian.Menurut kepercayaan orang melanau pagan,mereka sendiri sangat percaya tiang itu sangat keramat dan menghormatinya kerana ada nyawa dikorbankan bersama tiang “Jerunai”.
Tetapi apakan daya,Dee memang sangat kurang ajar kerana tidak menghormati tiang kematian “Jerunai”.Sanggup Dee menodai keramat itu dengan melepaskan hajatnya di situ.
Baiklah,berbalik pada Dee.Di dalam kelam malam yang masih berantakan bunyi percikan mercun bunga api di udara,Dee merasa seakan diludah sesuatu dari atas tiang.Dee menoleh perlahan ke atas.Tepat ludahan itu seolah air yang menitik di atas kepalanya.Seakan-akan makhluk lelaki duduk di atas tiang jerunai.Cengkung wajahnya kehitaman..tubuhnya kurus, kelihatan isi dan kulit luluh melekap pada rangka tubuh makhluk itu.
Wajahnya kelam dan menyeringa.Dee tergelak-gelak enggan percaya dan mengosokkan matanya berkali-kali.Mungkin lagi khayalan mabuk tekanya.Dee menatap dan mereka saling menatap.Makhluk itu membuntang mata seakan akan biji matanya mahu tersembul keluar,ia mulai merangkak turun perlahan-lahan dengan kepala mendahului ke bawah.Kebodohan Dee sebentar tadi,mengundang petaka…
Makhluk itu menuruni tiang “Jerunai”,ia merapati Dee lantas memegang muka Dee,terasa kukunya menguris perlahan-lahan pipi Dee.Tangan makhluk itu mulai memberi satu amaran iaitu jari telunjuknya di goyang turun naik perlahan-lahan tepat ke mata Dee.Makhluk itu menolak tubuh Dee,lalu Dee tersungkur.Longlai lemah.Kali ini,Dee didatangi pula satu lagi makhluk iaitu wanita.Ngeri rupanya.Kelihatan sebelah mukanya hancur dan sebelah lagi kelihatan masih elok.Berbekas di sebelah wajah itu percikan d***h,tulang temulang tengkorak retak umpama dihentak sesuatu yang berat.Makhluk wanita itu seolah-olah sangat marah,merenung tepat ke mata Dee.
Dee masih lagi rebah di atas batuan jalan konkrit merah pejalan kaki.Kali ini,makhluk wanita itu menyeringai memandang Dee, menatap tajam umpama dendam kesumat yang sangat mendalam.Mata Dee ketika itu mulai melayu,makhluk itu memusingkan kepalanya ke kiri ke kanan perlahan berulang kali,matanya menatap Dee tanpa berkelip.Bayangan makhluk itu mula membuka bibirnya perlahan,seakan d***h mengalir dari bibirnya.Ia tersenyum sinis umpama melemparkan satu signal”Aku akan bagi satu pengajaran padamu”Zuppp…makhluk itu menghilang umpama hembusan asap.Hilang tiba-tiba…
Dee menjerit umpama hilang akal di pangkal ‘Jerunai” Kawan-kawanya yang lagi khayal melayan kepala mabuk tersedar dan berlari terhuyung-hayang menerpa Dee.Kelihatan buih-buih halus air liur keluar dari mulutnya.Mata Dee terbeliak ke atas umpama diserang sawan terketar-ketar dengan tubuhnya kejung.
Esoknya,..bomoh dipanggil untuk memulihkan kembali semangat Dee.Satu upacara khas dinamakan “bayoh” iaitu memuja dewa Ipuk sembahan kaum Melanau pagan,Upacara “bersiluk”(menilik)juga diadakan menggunakan sebatang lilin,dilayangkan ke kiri kanan beberapa kali ke atas baju dipakai oleh Dee semalam.Bau bakaran kemenyan menusuk ke rongga hidung.Bomoh kelihatan marah,mengerut dahi kerana firasatnya mengatakan Dee telah bebuat onar di tiang “Jerunai”.Satu patung ukiran dari isi lembut pokok sagu diukir.Patung ini dipanggil “belum” atau “dakan”.Ketika ritual mengukir patung “belum” bomoh telah menyeru semangat dewa Ipuk untuk meramal apakah bentuk patung yang bakal diukir.Satu bongkahan kecil isi lembut pokok sagu diambil.Jari jemari bomoh meraut patung itu bagai ada kuasa lain yang membantu jari jemarinya bergerak di atas serat lembut pokok sagu.Siap….ukiran berbentuk patung wanita.Ternyata amarah semangat korban yang membuat Dee sawan,Tubuh Dee dihadapan bomoh masih lagi terketar-ketar,sawan dengan tangannya tergeliat seolah-olah menahan kesakitan yang amat.Bomoh memulakan upacara “bayuh” dan membaca beberapa p****g mentera.
Bomoh menghayun-hayun ukiran patung dari arah kepala ke arah kaki Dee.Ternyata semangat Dee belum lagi pulih.
“kurang ajar!!!.anak ini tidak menghormati tempatku!!!”jerit Dee lantang dengan suara garau.Yang pasti itu bukan suaranya..Bomoh membaca mentera lagi memohon kemaafaan bagi pihak Dee yang terlalu lancang perbuatannya.Upacara berlaku begitu lama..Akhirnya Dee pulih setelah bomoh berhempas pulas memohon perhitungan dengan semangat wanita korban ‘Jerunai”.Bomoh bingkas bangun membawa patung “belum” menuruni tangga menuju ke pinggir sungai.Bomoh membaca lagi beberapa mentera bagi mengadakan satu lagi ritual iaitu menghanyutkan patung itu ke dalam sungai.
Kemaafan telah dipinta,namun itulah pengajaran bagi Dee dan penduduk-penduduk lainnya di sekitar “Jerunai” yang masih utuh teguh berdiri sehingga kini.Bayangkan,apa sahaja sejarah mengenainya ia benar-benar ada.
Wujud dan tiang itu sendiri masih berdiri megah di Dalat serta di Mukah Sarawak.Apa pun kepercayaan sesuatu kaum.Hendaklah kita hormati kerana jika anda mahu dihormati.Jagalah tutur kata dan tingkah perbuatan kita.Rasa hormat itu akan datang sendiri jika kita tahu cara untuk menghormati orang lain.Hormati juga agama dan sensitiviti kaum lain.
Itulah resepi utama dalam rencah kehidupan seharian kita.Begitulah sedikit cerita yang saya bingkiskan kali ini.Saya tidak malu untuk mengatakan asal usul saya dari Sarawak kerana adat budaya tidak dijual beli.Ia satu hal perlu dikenang.Jika ada masa,saya akan bingkiskan lagi kisah seram dari bumi kenyalang kepada anda.Salam semanis kek lapis sarawak kepada anda,dan harmonikan kehidupan kita seceria warna pada kek lapis sarawak.
Terima kasih kerana sudi membaca.Jagalah bahasa kerana adab itu mencerminkan siapa yang melahirkan anda dan yang membesarkan anda.Maaf tidak terlalu seram ya…dan maaf bahasa sastera lama adalah “signature”kepada penulisan saya.Mungkin penulisan saya tidak sesuai dibaca oleh sesetengah lapisan umur kerana penggunaan bahasanya tidak lazim seperti penggunaan bahasa melayu moden sekarang.Jika cerita ini terbit ke laman FS,saya berterima kasih kepada admin dan anda semua terima kasih kerana sudi membaca.Elle.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
yay..i’m back…
Hi Elle, terima kasih berkongsi kisah dan adat-resam serta amalan masyarakat Sarawak. Teruskan berkarya dan mudah-mudahan sudilah berkongsi lagi dengan kami di sini.
Best2.. banyak info yg diselitkan.. suka sngat baca penulisn yang tersusun tatabahasanya..
Tq Elle. Nice sharing.
Tp mcm takut la plak nk p sana😂
Apapn amalan nenek moyang zaman dahulukala dh x relevan lg utk di amalkan.
Memang biadap sgt lah org mcm tu …boleh pulak dier memancut kt tiang Jerunai tu…nasib x hilang nyawa…sbb tu org tak kasi mabuk lebih2…dh mabuk nnt perangai lbh kurang binatang gak…mcm2 boleh jd…
Sepanjang cerita Elle kali ni, ada satu benda yang menarik bagi aku iaitu kek lapis. Aku dah lama tak makan kek lapis tu. 😅😅😅
Keep writing elle! Suka baca cerita elle sebab unik dan tak pernah didengar. Seram pun boleh tahan 👍🏽👍🏽
Keep writing elle! Suka baca cerita elle sebab unik dan tak pernah didengar. Seram pun boleh tahan 👍🏽👍🏽
tq Elle,, nice sharing.. teruskan berkaryaa
terus google. Seram ye. Nampak cantik je ukiran2 rupanya ade cerita. seram
Rindu maca tulisan ari elly..
aku pun ari sarawak ga.
Nice sharing elle…seronok baca kisah seram bercampur sejarah yg jrg dpt tau mcm nie..keep writing..
This is something new.i like it.keep it up