Assalamualaikum para pembaca dan admin. cerita yang ingin aku kongsikan ini adalah berkaitan gangguan yang aku sendiri alami ketika zaman kecil, tetapi aku tidak sedar sehinggalah aku dewasa. kejadian tersebut terjadi pada tahun 2004 ketika aku berumur 12 tahun dan arwah atok aku masih ada ketika itu, setiap kali cuti sekolah aku akan minta kebenaran abah untuk pulang dan tidur di rumah mak saudara yang aku gelar mak teh seorang ibu tunggal di kampung yang cuma jarak dalam satu jam lebih saja dari rumah aku sendiri.
Rumah mak teh ialah rumah kos rendah, iaitu sebaris taman perumahan baru yang didirikan, manakala rumah arwah atok aku pula terletak di lot tanah persendirian di belakang taman perumah baru tersebut. aku jarang bersetuju tidur di rumah atok tanpa ada mak dan abah menemani sebab terlalu banyak cerita gangguan dari rumah itu tersendiri terhadap anak cucu yang balik ke rumah tersebut. sejujurnya, atok sebagai orang lama di kawasan itu sememangnya mempunyai jin belaan dia sendiri dari sejak bila atau berapa banyak jenis aku tidak pasti. abah jarang berkongsi hal berkaitan jin belaan arwah atok dari kami sebab kata abah dia tidak mahu kami sekeluarga terlibat memandangkan abah mempunyai ramai anak perempuan.ditambah pula abah dan arwah atok pernah bermasam muka kerana hal ini. tapi kadangkala sifat ingin tahu aku memaksa abah untuk bercerita sekali sekala hahaha.
okey aku singkatkan cerita terus pada kejadian tersebut, bila abah beri keizinan untuk aku tinggal dirumah mak teh aku mmg dah siap packing baju untuk kesana.lagipun ini tahun akhir cuti sekolah aku bebas, taun depan aku dah mula bersekolah asrama. walaupun hakikatnya aku bukan nak menghabiskan masa seharian di rumah mak teh pun dan abah cukup tahu dan bersetuju hal ini, rumah mak teh cuma jadi tempat tidur bila malam saja sebab dirumah atok ade sepupu dan saudara yang aku selalu habiskan masa bermain seharian. kebiasaannya dari pagi sehingga malam pukul 9 kira paling lewat untuk aku naik basikal pulang ke rumah mak teh. jarak cuma lebih kurang 200 meter tapi kena lalu jalan dekat yang ada satu lot tanah kosong semak samun dan terus jumpa simpang perumahan baru tersebut.
Malam itu entah apa aku buat sampai terlewat sejam, sepupu dan mak saudara yang berada di rumah atok sudah pujuk untuk tidur di situ saja. Tapi aku berdegil nak balik juga sebab aku takut diganggu belaan atok ketika malam walaupun sebenarrnya aku tak pernah pon alami sendiri, cuma cerita dari adik beradik dan sepupu, bimbang aku pon kena nasib yang sama baik aku mengelak tapi itulah aku tak pernah terfikir pulak kalau kena ganggu dengan sumber jin belaan dari orang lain hahahah… Jadi aku pon terus keluar naik basikal ikot jalan pantas sebab dah lewat terus keluar dari kawasan lot rumah atok terus jumpa lot kosong yang penuh semak samun itu, aku terus terpandang pokok pisang yang jarak cuma 5 meter dari aku.
Dalam gelap samar-samar diterangi cahaya lampu jalan dari dalam lot rumah atok. aku kayuh perlahan sambil pandang sipi mata, aku nampak sekujur tubuh mayat berbalut putih berdiri di pangkal pokok pisang tu. masa itu aku masih ragu-ragu dengan apa yang aku nampak, betul jelmaan pocong atau cuma cahaya lampu jalan terkena batang pokok pisang tersebut. Takut memang takut tapi ini kali pertama aku nampak hantu seumur hidup, jadi aku mesti pastikan dulu. aku berhenti dari kayuhan kira-kira 8-10 meter dan aku toleh pandang sambil kecilkan mata. tapi aku cuma nampak samar-samar cahaya dan cuma sekujur bentuk mayat tanpa muka. Aku diam tenung, “ish takkan lahh aku jumpa hantu!” aku mungkin terlalu takot sampai cahaya lampu kat pokok pisang aku kata pocong.
Aku abaikan dan terus sambung kayuh basikal sampai rumah mak teh, masuk terus cuci kaki aku bersiap nak tidur. Tapi bila aku baring aku nampak lagi sekujur tubuh penampakan pocong tadi berdiri depan aku. Bila aku bangun tengok betul-betul takda pulak. Aku mengereng kanan, kiri pon sama nampak dia berdiri lagi. Bila pandang betul-betul penampakan tu takda. Masa ni aku dah berpeluh sebab tak sedap hati, aku terlalu fikirkan sangat sampai aku ternampak-nampak ke?!. Aku memang tak yakin yang aku nampak tu memang hantu betul.
Akhirnya aku tidur dalam keadaan lampu terbuka malam tu. Alhamdulillah sampai ke pagi esoknya aku lena dan yang penting aku tak demam hahaha. Jadi masa tu aku yakin aku cuma terlalu fikirkan itu yang ternampak-nampak. Perkara tu aku tak cerita pada sesiapa pon, sampailah bila aku dah besar umur 27 tahun ni, aku balik rumah arwah atok untuk memastikan berita yang aku dengar pada sepupu dan mak saudara tentang hal gangguan pocong di kawasan lot kosong tu kecoh sampai ke satu daerah kawasan. Ramai sangat yang terserempak dan diganggu termasuklah sepupu dan mak saudara sendiri.
Rupanya-rupanya mak saudara kata memang pocong tersebut tinggal di lot kosong semak samun bersebelahan lot atok tu. Perkara ni dah lama orang sekampung tahu, selalu je orang terserempak cuma dia tak menggangu. Dia adalah belaan pada jiran berdekatan rumah atok dan dia seorang pengamal perubatan yang menggunakan khidmat pocong tersebut. Pocong tersebut mula kecoh menganggu apabila tuan belaan nya meninggal dunia jadi makin ramai orang ramai yang tua muda pon turut terkena gangguan yang kebetulan lalu taman pon turut terserempak. Ada yang cerita pocong masuk ke dapur rumah, berdiri depan rumah,tidur bersebelahan, berdiri tepi tingkap. tak kurang juga ada yang cerita pocong baring melintang di atas jalan raya berhadapan lot tersebut.
Gangguan terjadi selama lebih 1 bulan kemudian barulah kawasan kampung kami jadi aman semula. Apa yang terjadi pada pocong tersebut aku tidak pasti, cuma yang aku betul pasti ialah kejadian kira-kira 15 tahun sebelum itu boleh dikaitkan dengan kejadian yang sedang hangat baru-baru ini dan sebenarnya ia memang betul-betul terjadi. Dari situlah permulaan penampakan jin dan syaitan yang aku jumpa tapi sering tidak sedar yang aku sebenarnya sedang diganggu.aku tak tahu kenapa, samaada aku tak percaya atau harus bersyukur Allah lindung aku dari ketakutan bila nampak makluk -makhluk ini. Insyallah jika ada masa dan ruang akan aku kirimkan lagi kisah-kisah yang aku alami.Terima kasih admin dan pembaca….
Hantar kisah anda : fikisyenshasha.com/submit
kau macam makcik kot..makcik datang opis pagi2 buta, kalau bunyi kerusi kat depan pun, makcik fikir sebab suasana sejuk sangat, maka besi akan mengecut sedikit sehingga menghasilkan bunyi2..
kalau bunyi macam kertas pulak, mungkin lipas lalu atasnya takutkan kehadiran makcik di pagi buta.
lagipun, disebabkan sensor manusia, yakni bulu roma makcik tak meremang, dan perasaan makcik tenang je..maka, sebagai conclusion nya, benda tu takde.
saya pnah trkena mcm tu gak..umo xbrapa nk ingat myb dalam tgkatan 4..kuar umah tok diam2 pkul2 pg..tgu spupu diluar umah tok..tgk pokok pisang mcm ada bayang putih..kecik kn mata tgk betul2..nmpak bayang tu brgerak nak hambat saya..saya lari sparuh jln tgk belakang blik..tgk xdak dah bayang to..sya buat xtaw ja angap lampu ja..hahaha