Tidur Sebelah “Kawan”

#W – Tidur Sebelah “Kawan”

Assalamu’alaikum.
Initial nama aku W. Jadi aku kenalkan diri sebagai W je lah ya.
Sebelum ni aku hantar cerita “#W – Kena Tindih?”. Rasanya admin tak publish pun lagi setakat ini. Terima kasih sekiranya cerita kali ini admin publish.

Pengenalan.
Aku 5 beradik. Antara 5 beradik ni, ada di antara kami yang jenis hijab terbuka. Mak aku tahu anak-anak dia yang hijab terbuka ni perangainya memang pelik-pelik. Mungkin korang tak tahu, kalau ada keluarga yang ilmu agama kuat ke, ada kelebihan bab harta di mana-mana ke, Allah biasanya beri ujian lebih sikit. Tak, bukan aku nak complain, ujian tu tandanya Allah sayang, supaya kita ni ingat, kita ni makhluk je. Dengan erti kata lain, hebat tara mana pun makhluk tu, Allah jua Maha Berkuasa.

—–

Cerita waktu aku bersekolah menengah. Sekarang aku dah tua weh.

Ni cerita hampir 20 tahun lepas.
Aku bersekolah di Pantai Timur, kampung halaman ayah aku. Sebagai anak yang boleh dikatakan taat pada ibu bapa (ok ini semua poyo), aku didaftarkan ke sekolah menengah agama harian, tapi ada kemudahan asrama. Sebelum tu aku tinggal di rumah tok. Ye lah, rumah tok pun tak jauh mana. Lagipun aku ada sepupu bersekolah di sekolah yang sama, jadi aku tumpang kereta pakcik aku hari-hari.

2 tahun kemudian, tahun sukan Komanwel, aku baru dimasukkan ke asrama. Masuk asrama sebab makcik aku bising asyik tengok tv tapi tak study pun. Sudahnya tahun aku PMR tu aku dimasukkan ke asrama. Sekolah aku agak terkenal (pada zaman aku lah, sekarang aku tak pasti).

Jadi sekolah aku ni:
Aspuri satu blok, tiga tingkat, 10 dorm.
Aspura satu blok, tiga tingkat (rasanya 10 dorm jugak).

Bahagian bawah sekali (ground floor) dijadikan bilik TV, bilik study untuk tingkatan 3 dan 5 sahaja (untunglah kan. Yang lain-lain semua kena menapak ke blok kelas). Ada bilik basuh baju (pakai tangan ye, takde laundry), bilik gosok baju, sick bay dan stor sukan kalau tak silap. Kalau ikutkan kata senior, tingkat bawah pernah jadi dorm, tapi atas faktor keselamatan, semua dorm hanya di aras 1 dan aras 2. Dan grille dikunci pada jam 12 melainkan ada yang request nak study dekat-dekat peperiksaan.

Seperti biasa, apalah asrama tanpa katil bertingkat kan? (melainkan kau budak MRSM). Aku budak baru maka aku ditempatkan di dorm paling hujung. Dorm 25. Dorm sekolah aku takde sampai 25 buah pun tapi ikut nombor pada pintu dorm. Sekolah aku ni walaupun dikatakan pencapaian akademik memang tersohor (dan selalu terpampang di muka akhbar tiap-tiap kali keputusan PMR/SPM diumumkan), tapi kemudahan agak terhad – dengar cerita asalnya tanah wakaf dan dibangunkan jadi sekolah, wallahua’lam. Aku angkut barang naik tingkat 2 (paling atas) dengan beg berat bagai. Kemas katil, pasang cadar, gantung baju sekolah dan sebagainya. Penat ok. Aku dapat katil atas. Katil pulak katil besi old school (bukan macam Ikea punya, zaman tu Ikea pun orang tak pernah dengar). Asal gerak mesti bunyi ‘ngek ngek’ berlaga engsel karat.

Katil bawah, senior Form 5. Aku namakan kak Ni. Mesra kakak ni. Memang aku ngam dengan dia. Kawan-kawan aku mulalah cerita benda-benda seram selalu jadi kat Dorm 25 ni. Selama aku jadi penghuni asrama, alhamdulillah aku tak pernahlah kena kacau ke apa. Sangat-sangat bersyukur.

Jadi satu amalam di asrama aku ni, tiap-tiap malam mesti baca surah Yasin dan surah Al-Mulk. Bagus sungguh. Biasanya, dalam 10.00-10.30pm. Sebab lepas tu mesti tutup lampu. Ye lah, bil melambung karang siapa nak bayar, kan? Jadi, lepas tutup lampu tu semua dah nak tidur. Tapi aku terkebil-kebil dalam gelap. Tak biasa duduk asrama, macam ni lah. Lamaaaaa lepas aku terkebil-kebil tu aku pun tidurlah.

Esok paginya aku dengar cerita kawan dorm sebelah yang dia kena tindih. Bukan dorm sebelah je, ramai lagi yang kena. Itulah first time aku dengar pasal kena tindih. Selama aku hidup, umur 15 tahun baru aku tau apa dia kena tindih. Jadi pada aku, dah cuti lama-lama takde orang di asrama, biasalah kot ada ‘penghuni’ lain menumpang berjimba.

Kisah Kak Ni

Ini kisah pertama sepanjang aku jadi budak asrama. Senior aku, Kak Ni ni pandai bersilat. Dia selalu cerita yang dia ada perjumpaan dengan geng bersilat dia kalau balik kampung. Orangnya ramping, tinggi. Tapi dia tak pernahlah tunjuk bunga-bunga silat dia pada aku hehehee…

Aku ada banyak tabiat pelik bila duduk asrama ni dan salah satu daripadanya aku teramat jarang tidur kat katil aku (belah atas tu la). Aku lebih suka bentang toto ke (orang sini panggil ‘lembek’, toto ke narita ke tu semua jenama), selimut ke sebagai pelapik untuk tidur atas lantai. Sebab ada satu perasaan tak best kat katil aku tu. Ada 2 katil kosong tepi dinding sana dan memang perasaan tak best tu datang dari arah katil kosong tu. Memandangkan katil kami ni hujung tepi dinding (bukan tepi pintu dorm), jadi aku suka tidur membelakangkan dinding. Jadi kalau aku bangun tidur, aku akan nampak bawah katil sederet sampai ke dinding hujung belah sana (arah pintu dorm). Satu hari aku duk baring-baring nak tidur tu, aku rasa macam nak tenung lama je bawah katil-katil tu. Jangan tanya kenapa. Aku rasa aku tidak berseorangan baring atas lantai. Ok takpe. Sebab aku dah puas hati takde nampak apa-apa yang mencurigakan (katak ke lipan ke, bahaya wooo binatang merayap ni), aku pun baca doa, tidur.

Berbalik kepada cerita Kak Ni.

Suatu hari, Kak Ni ni demam. Sebenarnya dah 2-3 hari dia tak sihat. Aku kebetulan uzur time tu, Maghrib duduk lepak kat dorm sambal borak-borak. Kakak katil sebelah, Kak We pun migraine. Kak We ni memang selalu migraine sampai hantuk-hantuk kepala. Aku pun tak ingat apa puncanya, sama ada kak Ni tolong picitkan kepala kak We ke apa, tiba-tiba Kak Ni jatuh atas lantai, pejam mata kata dia sakit kepala. Sampai tahap meracau.

Masa tu kami semua kat kawasan lepak tengah-tengah dorm. Kak Ni marah-marah

“Bakpe mu mariiiii????” (Kenapa kau datang???). Aku dalam hati pun macam ehhhhhhh dia tanya siapa?

Sekali haaaa Kak Ni nak bukak bunga silat dia pulak dah. Memang dah siap angkat tangan bagai. Entah siapa berlari pergi panggil pengawas asrama ke apa, datanglah kakak-kakak senior baru balik dari surau, bacakan ayat-ayat Al-Quran. Paling aku ingat baca surah Qaf, hembus dalam air dan bagi Kak Ni minum. Bersembur air tu sampai ke siling, punyalah tak nak minum. Sampai air keluar ikut hidung pun ada.

Aku rasa sebahagian air tu termasuk dalam tekak dia kot, dia jadi lemah dan mamai. Time dia tengah mamai tu, ketua dorm kami Kak Ma (dan dia juga ketua pengawas aspuri) tanya Kak Ni soalan sementara panggil ustaz ke apa, tak tahulah sebab keadaan kalut gila. (Aku rasa dorm aku je penuh orang, dorm lain semua kena kerah turun bawah atau duk masjid jangan balik.) Dan pertama kalinya juga aku tengok sendiri keadaan orang kena rasuk. Kak Ni mata terpejam tapi jawab soalan Kak Ma okehhhh…

Kak Ma: Siapa ni?
Kak Ni: Kawan.
Kak Ma: Kenapa datang?
Kak Ni: Aku lawat kawan aku. Dia tak sihat.
Kak Ma: Kau datang dari mana? Macam mana datang?”
Kak Ni: Aku datang dari Johor. Naik bas ekspres.

Time ni sumpah aku boleh terbayang hantu tumpang atas bas ekspres dari Johor. Jauh woi. Sesekali mungkin ‘kawan’ Kak Ni memunculkan diri kat tingkap bas sebab dah bosan naik bas lama kan. Barulah thrill kacau orang atas bas sampai orang tu berbuih mulut ketakutan. Ok itu fikiran aku je. Jangan amalkan ye haha…

Kak Ma sambung tanya lagi.

Kak Ma: Habis tu datang sini duduk mana?
Kak Ni: Duduk bawah katil.
Masa tu aku rasa berdentum dalam kepala otak.
SELAMA NI AKU TIDUR SEBELAH ‘KAWAN’ TU??? Omaigoddddd! Nasiblah dia tak munculkan diri ke apa.

Kak Ma: Sini dah penuh. Tak boleh duduk sini.
Kak Ni: *Mata masih tertutup* Ada katil kosong. Situuuu… Situuuu… *muncungkan mulut ke arah katil-katil yang aku sebut awal-awal tadi*

Hoiiiii 3 hari duduk bawah katil siap survey nak katil manaaaaaa… Aku tak pasti perasaan aku masa tu tapi gerak hati aku pasal katil-katil kosong mungkin bertepatan – tapi aku pergi tidur sebelah ‘kawan’ tu pulak dah. Cis.

Tak lama lepas tu, ‘kawan’ tu berlakon kononnya Kak Ni dah ok. Jadi diri sendiri. Tapi kitorang tak lepaskan dia. Memang lenguh wei pegang orang kerasukan. Kuat semacam. Dahlah belajar silat. Aku duduk tepi kaki. Nak pastikan betul Kak Ni dah pulih ke belum, kakak senior seorang lagi tanya.

“Tu siapa?” sambil tunjuk ahli dorm kami.
Kak Ni sebut satu-satu dengan betul. Maknanya ‘kawan’ tu memang kenal betul budak-budak dorm aku. Tak boleh jadi ni. Sampailah giliran aku.

“Ni siapa?” Aku tunjuk diri aku.
Kak Ni diam. Dia jeling tajam woooo… Marahla tuuuu sebab kantoi takleh jawab.
Dah kantoi tau pulak nak mengamuk balik. Ulang soalan sama, dia tak boleh jawab dan aku tenung dia. Eh budak dorm kata jangan tengok mata dia atau pegang hujung kaki dia, tak pasal-pasal aku pulak yang kerasukan. Aku mendengar kata lah sebab tengah uzur kan.

Aku dah tak ingat apa depa ni buat sampai ada pengumuman pakai tudung ustaz nak naik dorm bagai. Tuan Pengetua pun siap datang. Kecoh sungguh aspuri malam ni. Malam tu kami semua tidur kepenatan. Tapi semua tidur tengah-tengah dorm, susun tilam sebab nak jaga Kak Ni takut meracau lagi. Sesekali Kak Ni bangun sakit kepala tapi cepat-cepat Kak Fit tenangkan.

Peh. Pengalaman weiii…

Ada banyak lagi cerita pasal asrama aku ni. Bagi aku mana-mana tempat pun sama. Mungkin bagi pembaca FS tak seram mana. Tu belum masuk cerita pasal rumah tok aku. Cerita sebelum aku masuk asrama. Ada kesempatan aku mengarang lagi ye. Maaf kalau cerita tak seram sebab aku ni memang kelakar orangnya hehe.

Wassalam.

Loading...

16 comments

  1. Cik writer..kenapa aku rse skolah ko ni mcm skolah aku je hihii…..kalau cik writer sudi, boleh ke bgtahu huruf pertama akronim bg skolah cik writer huruf ape ye? Mane tahu mmg betul skolah aku juge kot..aku ni pn nama samaran hehe…

    1. Akronim semua sekolah agama yang aku tau kebanyakannya S kuikuikui. Kawasan sekolah tu banyak sekolah lain, termasuk sekolah rendah seberang jalan. Haaa… dah boleh teka ke?

    1. Sheikh abdul malek ni skolah aku..cik mera n cik writer huhuhuuu….SHAMS…Aku sempat dgn kakak yg migrain ni, bile die migrain mmg dasyat smpai ketuk2 kepala bagai….beliau kah yg dimaksudkan huhu..tp kalau betul, rasenye cik writer senior sy…sy spm batch 2003.form 1 till form 5, 1999-2003.
      By the way kak yulie syg, hahha..kalau kak yulie tgk profile sy di fb, dgn nama skolah sy ni…dan sy yg guna nama samaran malu nk ngaku ke kak yulie..agak2 kak yulie dh tau ke siape sy kihkihhhh

        1. Ntah la, sy dh tak ingat nama penuh akak yg migrain tu..tapi rsenye sy form 1, die form 5.nama sy bkn amni hehe.ni samaran nama ilham drp nama ank sy hihi.

        1. Owh ok maknenye bkn org yg same lah kan….tapi kalau akak W ni umr 15 tahun mse komanwel, mksudnye pd tahun 1999 akak form 4 lah kan? Klu akak duk aspuri, mesti kita kenal hehe….n mesti akak tahu juge ade seorg lg senior yg kalau sakit kepala migrain mmg die smpai hentak kepala bagai..die kurus je, tgi, hitam manis…klu x silap die ank tunggal..tp nama die sy x brp nk igt lah, rupe die sy igt lg..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *