Kelip-kelip ku sangka api,
Jikalau api di mana puntungnya?
Hilang ghaib ku sangka m**i,
Jikalau m**i di mana kuburnya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada peminat setia FIKSYEN SHASHA. Terima kasih Admin kerana benarkan aku berkongsi pengalaman di halaman yang penuh misteri ini.
Nama aq A. A bukan nama sebenar. Berasal dan menetap di utara tanah air, Pulau Pinang. Aku juga salah seorang peminat setia Fiksyen Shasha. Sebenarnya dah lama aku teringin nak berkongsi pengalaman di sini. Tapi, baru kali ni aku berpeluang menulis. Maklumlah, agak sibuk dengan kerjaya sebagai penganggur yang berjaya. Ok,aku akan mula bercerita. Maaf jika “tak syok”.
Kali pertama aku nampak “hantu” sewaktu berusia 6 tahun. “oi..umoq 6 tahun pon hang buleyh ingat lagi ka jalan ceqita dia?” Ya, aku masih ingat. Mungkin sebab aku mempunyai daya ingatan yang baik. Waktu itu, aku bermain badminton di dalam rumah dengan abah. Kasihnya seorang Abah,tak pernah jemu melayan anak-anak bermain.
Sekali tu, abah aku “smash” dgn agak kuat dan aku terpaksa kutip bulu tangkis yg jatuh betul-betul di hadapan tandas. Masa aku tunduk untuk ambil bulu tangkis tu, sempat pulak mata aq tengok toilet. Tuudiiaa..seketoi dok dalam jamban.
Sebijik macam king kong.Berbulu, besar dan bermata merah. Dia tengok aku, aku tengok dia.mata bertentang mata.apakah ini yg dinamakan cinta? Aku memang dah takut sangat-sangat dan berlari peluk abah. Abah perasan yang muka aku lain. Abah tanya kenapa dan aku tergagap-gagap jawab ada hantu dalam jamban. Lalu abah pergi ke toilet untuk tengok. Pelik, sebab pintu toilet yg terbuka dan menampakkan benda berbulu tadi tu, dah tertutup rapat. Abah tolak pintu tu tapi benda tu dah ghaib. Dan aku terpinga-pinga.
Pengalaman kedua. Tahun 2003, Abah dan arwah Mak buat rumah di kampung halaman. Rumah belum siap tapi aku dah ditukarkan ke sekolah di sini. Jadi aku terpaksa tinggal sementara di rumah pusaka arwah nenek yang didiami oleh Mak Su dan Pak Lang aku sebab rumah pusaka ni dekat sangat dengan rumah yg Abah dan Arwah Mak buat. Rumah pusaka arwah nenek ni adalah rumah batu 2 tingkat.
Malam pertama di sana, aku tidur di bilik Mak Su. Disebabkan katil dia besar(Queen), jadi aku pun tidur sekatil dengan dia. Seperti biasa,selepas padamkan lampu,aku akan baca doa tidur dan ayat Qursi sambil baring dan pejamkan mata. Tengah baca ayat Qursi tu, aku terasa macam katil terangkat. Rasa melayang di udara buat beberapa saat dan kemudian dengar “Poomm!!” bunyi katil kena hempuk. Aku terkejut dan terus duduk. Tak nampak apa-apa pon. Tapi, bulu roma semua meremang termasuk bulu kening aku sekali. Aku toleh ke kanan. Aku tengok Mak Su tengah nyenyak lena.
Dia pekak ka apa? Tak rasa ka katil terangkat dan kena hempuk dengan kuat tadi? Aku kejut Mak Su, tapi dia mamai dan sambung tidur balik. Aku pon memang tak buang masa dah, turun katil, keluar bilik dan turun ke tingkat bawah. Memang terasa berat ja kaki sewaktu melangkah turun. Terasa jauh sungguh perjalanan nak ke tingkat bawah. Namun aku tetap kuatkan semangat. Syukur sangat aku tak nampak benda-benda aneh sepanjang perjalanan nak ke bawah. Sampai ja kat bawah, aku nampak Pak Lang tengah tengok tv.
Ahhh nasib baik Pak Lang belum tidur. Aku cerita dekat Pak Lang apa yang berlaku,lalu Pak Lang suruh aku tidur di bilik bawah. Alhamdulillah, di bilik bawah aku dapat lena dengan tenang. Esoknya aku cerita dekat Mak Su tentang kejadian semalam. Mak Su cakap dia tak dengar apa-apa pon. Aneh betul. Mungkin benda tu marah sebab aku baca ayat Qursi. Semenjak dari itu aku tidur di bilik bawah sehinggalah Abah dan arwah Mak berpindah ke rumah baru.
Pengalaman ketiga, tahun 2009. Lokasi di dalam bilik aku, di rumah yg awal tadi aku cakap Abah dan arwah Mak buat. Malam tu dah lewat sangat. Aku baru habis ulangkaji untuk STPM. Mengantuk tapi aku tak boleh nak lelapkan mata. Sekejap-sekejap terjaga. Aku tukar posisi tidur. Mengiring ke kiri pulak. Betul-betul menghadap dinding. Kali ni boleh lelap,tapi terganggu apabila secara tiba2 terasa macam bahu aku kena usap. Dalam keadaan mamai aku toleh ke kanan tapi tak nampak apa-apa.
Aku terlena semula. Namun,terjaga kembali sebab kena usap lagi. Kali ni sampai ke pinggang dia usap. Dalam keadaan mamai,aku bangun dan duduk. Tak nampak apa. Gelap gelita. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Mengantuk..dan aku baring semula. belum sempat nak lelap, tiba2 dengar suara garau. “hey,hey!! hahahhaha!! hey!!” Aku terkejut dan duduk.Aku tak nampak apa2 tapi aku dengar suara garau tu masih lagi ketawa.
Bergema gelak tawa dia dalam bilik aku. Terasa kembang kepala otak aku ni. Terus mata aku jadi segar bugar. Aku berdiri dan berjalan nak buka suis lampu. Jarak hanya 5 langkah tapi sungguh jauh rasanya. Berat langkah kaki. Suara ketawa masih kedengaran lagi. Akhirnya aku berjaya buka lampu dan suara itu tak kedengaran lagi. Lantas, aku buka pintu dan berlari ke bilik abah. Aku kejut abah dan cerita apa yg berlaku.
Abah aku ada jugak kebolehan menangkap makhluk2 ghaib ni. Abah masuk ke bilik aku dan membaca ayat2 suci Al Quran lalu “menangkap” serta memasukkan benda tu ke dalam botol. Pelik,sebab aku boleh nampak benda yg kacau aku td tu di dalam botol. Macam api..Merah menyala bertaring. Masa kacau tadi hang tak mau pulak tunjuk muka. “kuqang ajaq sungguh”. Keesokan harinya, Abah buang botol tu ke sungai. Jadi, lepas ni siapa2 yg jumpa botol di sungai atau laut, jangan suka2 hati nak buka tau.. Kita tak tau mungkin botol tu “berpenghuni” walaupun nampak “kosong”.
Selepas kejadian tu, sampai ke hari ni aku tidur dengan lampu terbuka.TRAUMA.
Sampai di sini sj kisah aku. Kalau ada masa, aku kongsikan lagi ya. Maaf kalau “tak syok”. Terima kasih kerana sudi membaca sambil kening berkerut-kerut tu. Aku hargai sangat-sangat. Assalamualaikum.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
pengajarannnye jgn pandai2 bukak botol yg terhanyut kat sungai or laut
Ingat x kisah Aladin. Untung le kalo dia bg apa yg kita nak jika dia dibebaskan.
kalu A.A tu bkn nma sebenar ngko, mesti K.K nma sebenar ngko kan..haahaaa