Timah Rockers

Assalamualaikum, Fiksyen Shasha dan para pembaca sekalian. Terima kasih kepada admin FS yang sudi menerbitkan entri saya sekali lagi. Morticia A disini dan ini adalah entri ketiga yang saya hantarkan. Kisah pertama ada “Samsui Woman” dan kedua “Kisah Penanggal”.

Kisah kali ini telah diceritakan kepada saya oleh seorang kenalan yang bernama Nas (bukan nama sebenar) berdasarkan pengalamannya sendiri bertentang mata dengan pontianak atau lebih dikenali sebagai “Timah Rockers”, di Singapura. Kenapa Timah sebab nama Timah ni macam sinonim dengan wanita2 Melayu dulu2 di Singapura ni dan “Rockers” pula sebab rambut dia yang ala2 Rod Stewart atau Slash gitaris Guns & Roses tu. 🤣🤣

Nas bekerja sebagai security supervisor disalah sebuah shopping mall di bahagian barat Singapura. Selain memantau job harian staf2 dibawah jagaannya, dia juga harus menggantikan tempat staf nya jika ada yang tidak dapat hadir bekerja pada shif siang atau malam disebabkan urgent leave atau MC.

Terjadinya peristiwa ini pada tahun 2004 atau 2006 sewaktu mall itu baru ditambah bahagian basement carpark dan shopping mall nya. Jadi, bertambahlah clocking points para pegawai keselamatan disitu. Pada suatu petang tu, Nas menerima panggilan dari salah seorang staf nya yang ditimpa kemalangan jalanraya semasa ke tempat bertugas iaitu di mall itu. Jadi, Nas harus menggantikan tempatnya pada shif malam.

Nasib baiklah dia sedang bekerja dari rumah pada hari tu jadi tak penat sangatlah kalau kena kerja malam. Lagipun bukan kena 12-jam full-shift sebab dia akan hanya kena ganti dari pukul 11 malam hingga 7 pagi sahaja.

Masa yang dinantikan pun tiba. Seperti biasa, dia akan buat security rounds dan clocking baru lah kembali ke pos kawalan dan update log-book. Salah satu clocking points nya adalah di B2 basement carpark di bahagian baru…

“Aku pakai sportshoes je lah. Dah malam, lagipun, tkde management. Selesa sikit aku nak berjalan kat carpark bawah tu.” detik hati kecilnya. Jam telah menunjukkan 3.30 pagi.

Semasa hampir sampai ke clocking point yang hendak ditujunya, Nas terbau suatu bau yang aneh. Seperti bau bangkai tikus tapi lebih menyengat, nak kata bangkai kucing, tak pernah dia nampak kucing masuk carpark basement di bahagian baru ni tapi memang bau sesuatu yang telah beberapa hari sudah membusuk. Seperti… Daging busuk… Tapi dia tepiskan teka teki dikepalanya tu untuk lebih fokus pada kerjanya. Sesampainya di B2 carpark, bau yang meloyakan tu semakin hilang tapi tetap ada. Keadaan sunyi sepi, yang dia dengar hanya degupan jantungnya sendiri. Cuba bayangkan betapa sunyinya kat basement tu… Dia pakai sports shoes jadi bila berjalan tu takde bunyi. Clocking point tu berada disebalik tembok, boleh dikatakan mcm bahagian blindspot gitu. Tak boleh nmpk dari tempat Nas berjalan. Nak kena sharp-turn ke kiri baru nampak butang clocking tu, tercorok gitu.

Masa dia membuat sharp turn ke kiri carpark tu, bagai nak tercabut dan dipijak pijak jantungnya… Dunia seperti berhenti berputar. Berdiri seekor lembaga yang tingginya dalam 1.8m, berkain lusuh bertanah sana sini, betul-betul berada di clocking point tu! Yang tak sedapnya, Nas terpandang tepat ke muka makhluk tu… Baunya… Busuk macam bangkai, hanyir dan meloyakan! Katanya, wajah makhluk itu tersangatlah buruk, seolah-olah seperti terbakar dan kehitam-hitaman lebam kebiruan-ungu, kulit terkopak dan mata merah terpelesok kedalam, memandang tepat ke kalbu Nas. Mulutnya hanya melopong hitam dan rambutnya panjang mencecah lutut dan berserabut kasar seperti rumput kering. Makhluk itu seperti tiada kening dan dahinya seperti agak tersembul!

Nas terkejut, benda tu pun ikut sama terkejut terus Nas lari diarah bertentangan dari makhluk itu. Sempat dia pusing ke belakang tapi makhluk tu tidak mengejarnya, malahan seperti terapung lari daripadanya juga dan hilang seperti kabus sekelip mata!

Sesampainya di pos kawalan, rakan2 sekerja yg lain cuba menenangkan Nas. Ditanya kenapa dan Nas hanya berbual tercungap2 sebab terlalu terperanjat dan penat berlari dari benda tu. Diberinya air dan setelah tenang, baru dia cakap apa yang dia nampak baru je tadi. Ada satu wak guard ni cakap, kat bawah tu memang ada cuma dia tak ganggu orang.

Mungkin disebabkan Nas memakai kasut sports shoes dan berjalan tanpa bunyi, dan kebetulan makhluk tu berada disitu manalah tau, tengah tunggu boipren ke, tiba2 Nas muncul. Benda tu terkejut, Nas pun terkejut dan sama2 cabutttt!!!! Disebabkan itu, Nas jatuh demam selama seminggu lamanya.

Wak guard tu sempat berpesan padanya, “Sebab itu kita ni keje watchmen atau guard, bila berjalan tu kasilah bunyi sikit seperti goncangkan kunci ke, ketuk2 besi seperti railing ke, pokoknya, kita kasi tau yang kita ada disitu dan sedang bekerja. Bukan apa, untuk elakkan diri dari terserempak Timah Rockers dan members2 dia tu. Jgn lupa juga berjalan sambil membaca ayat2 dan doa2 pelindung diri.”

Semenjak peristiwa yang menakutkan tapi agak kelakar tu, Nas lebih berhati2 untuk rounding malam sambil bunyi2 kan kunci atau tapak kaki nya. No more sports shoes! Alhamdulillah sehingga ke hari ni, takde lagi terserempak Timah Rockers atau members dia seperti Congpo dan Abam Gendrowo, cuma prasaan seperti diperhatikan. Tu je. Takde ekstrim2 lagi.

Sekian, terima kasih. Maaf jikalau tak seram. Huhuhu!

Morticia A.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.3]
Morticia Addams

8 thoughts on “Timah Rockers”

  1. Saya pun pernah terserempak dgn hantu, hitam tinggi membelakangi sy. Bila dia pusing dia terkejut tgk sy. Lepas tu dia terus menyorok belakang dinding. Pastu usha sy 2 kali sblm btl2 dah x muncul..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.