Assalamualaikum wbt.
Terima kasih admin. Hi pembaca FS! Pertama sekali, kisah ini merupakan pengalaman sebenar yang aku alami tiga tahun lepas. Kita terus direct pada cerita ya. Sis pun tak berkenan intro panjang-panjng. Hee.. #Tina
#Selasa,
28 Mac 2015
Hari sudah senja, azan Magrib mula berkumandang sebaik sahaja Tina sampai ke rumah. Dia masuk tergesa gesa. Mata Alin mengekori langkah kaki Tina yang seakan gelisah. Dia membiarkan saja lalu menyertai ahli rumah lain utk solat Magrib secara berjemaah. Tina ABC (Allah bagi cuti).
Seusai solat magrib, masing masing mula membuat kerja sendiri. Ada yg keluar pergi kelas, discussion di library, ada yang ‘meeting’ di luar dan lain lain. Tinggal Tina, Alin dan Mira saja dirumah. Dalam kesunyian malam tersebut, Tina tiba2 menghampiri Alin.
” Alin..belakang aku rasa sakit sangat-sangat. Leher rasa terlalu berat.” Tina mengadu.
Alin memandang aneh, ” Kenapa? Kau ada jatuh kat mana2 ke. Ke salah tidur?”
” Tak..” Tina memandang kosong. “Benda tu duduk atas belakang aku. Kau tolong baca apa2 kat aku. Tak tahan rasanya.”
Gulp. Tertelan air liur Alin. Serentak dengan itu,bula roma berdiri meremang. Tak guna. Entah hape hape yg budak ni cakap. Tina selalu sebut benda2 tu pada Alin. ‘ Tu ‘dia’ ada kat dapur.’ Tengah2 malam bisik pada Alin, ‘ Aku tak boleh tidur, dia asyik tengok aku.’ Pada Alin sorang saja dia bagitau,orang lain tak. Tapi selalunya Alin buat derk saja. Tak boleh layan sangat, tak boleh takut atau berani sangat. Nanti lagi si ‘dia’ suka.
“Sini.. Kau pusing belakang.”
Alin meletakkan tapak tangan kanannya di bahagian belakang Tina, tepat di tengah belikat. Kata sorang ustaz, disitulah makhluk2 ni selalu bertenggek. Dia cuba membaca beberapa p****g ayat Quran yg dia tahu dengan harapan sakit kawannya tu akan berkurang. Tapi, tak sampai lima minit, Tina tiba2 menepis nepis tangan nya.
” Berhenti ! Berhenti ! Aku panas..panas!!”
Tina menjerit sakit. Panas. Alin terkejut tapi dia masih cuba menghabiskan potongan ayat pemecah dari surah al Harsy yang baru dua tiga ayat dibaca. Kali ini Tina menjerit lebih kuat.
“Aku kata berhenti…! Aku panas..!!”
Marah Tina sambil mendengus dengus.
Alin terkaku. ‘ Aku menuntut ilmu tak habis lagi ni. Kalau dia melompat meracau mcm mana. Bukan ada siapa kat rumah ni nak pegang.’ Dia berbisik dalam hati.
‘Ahh,lantak kau lah. Jangan kacau aku sudah!’. Dia melompat turun dari sofa yg mereka duduk. Sudahnya Alin mbiarkan Tina ‘jadi’ sorang2 dengan harapan ahli rumah yg lain cepat pulang.
Seketika kemudian, Mira keluar dari bilik. Alin tak perasan Mira ada dirumah. Rasanya dia belum tahu lagi apa yg berlaku. Dalam berjalan nak ke dapur, dia terpandang Tina yg dah macam orang tak betul di sofa. Spontan keluar ayat membebel dari mulutnya,
” Wei, pergi la mandi. Kau dah la balik Magrib. Badan kotor..Tak elok. Kau dah la tak boleh solat. Kena jaga sikit kebersihan diri.bla bla bla..” Leter Mira panjang.
Tiba tiba Tina ketawa kecil. Ketawa yg buat bulu roma terpacak 90°. Seram sejuk ! Dia memandang Mira dengan pandangan yg tajam menikam. Bibir mulutnya dileretkan senget. Mira mula cuak.
” Aku kacauu kauu nak….”
Tina tersenyum sinis.
Pap !
*gelap
……..
#Khamis malam Jumaat,
30 Mac 2015
Kebenaran itu wajib dipertahankan. Yang Haq perlu diraih menjadi terang. Yang batil itu harus di lawan. Konflik yang bermula dari langit membawa kepada peperangan di dunia. Peperangan melawan nafsu dan syaitan !
..
Malam itu mereka sama sama ke surau taman untuk mendengar ceramah dan solat berjemaah. Sejuk dan tenang rasanya berada di rumah Allah walaupun sekadar surau kecil. Seusai ceramah dan solat Isyak, para jemaah beransur keluar dan pulang.
Alin sedang leka melipat telekung. Tiba tiba dia mendengar suara Tina di sebelah kiri surau. Tina menangis ?!
..
” Aku nak dia…. Aku nak kawan aku.. Aku sayang dia..” mendayu dayu Tina menangis. Bukan Tina, jelmaan yg merasuk Tina.
Alin berlari melihat Tina. ” Kawankuuuuu..” Tina menyeru dan cuba merangkak ke arah Alin tapi ditahan oleh dua orang jemaah perempuan yang masih belum pulang. Alin tergamam. Gangguan ni datang lagi. ” Aku sayang dia.. Aku mahukan dia..” Tina terus menerus meronta dan menangis. ” Tak guna. Dia main sayang sayang pula.” getus hati Alin. Dia tahu yang menangis di hadapannya sekarang ini bukan sebenar benar sahabatnya Tina. Dia tahu gangguan gangguan yang sering menghambat Tina. Yang turut cuba mendekati dirinya sendiri. Dia tahu dan dapat merasakannya tapi dia lebih memilih untuk melawan dalam senyap. Cuba bertahan dengan solat dan doa.
Alin cuba menguatkan semangat. Dia membaca ayat Qursi, 3 Qul dan sepotong ayat pendinding diri yg diijazahkan oleh Ustaz Syar*** Shafie tak lama dahulu. Segera dia merapati Tina. Menggoncang bahunya.
” Nurul Syatina Bt ***** , sedarlah Tina. Bangun. Kau kena kuat. Ingat Allah. Tiada kekuatan yang mampu melawan kekuasaan dan kekuatan Allah. Lawan benda tu. Lawan ! Kau mampu Tina!” Alin cuba menyedarkan dan menaikkan semula semangat sahabat nya yang hilang. Kekuatan untuk melawan musuh itu harus muncul dari hati sendiri yang yakin dulu! Batinnya menjerit. Tina yang tunduk menangis dari tadi mula senyap dan mengangkat mukanya perlahan lahan.
” Jangan pandang matanya !” satu suara menjerkah dari belakang. Alin terkejut dan terus terpandang ke arah suara tersebut. Seorang lelaki muda berjubah kelabu dengan kain rida’ hijau bersangkut di bahu. Cahaya lampu yang terang menyilaukan pandangannya untuk melihat wajah lelaki itu lebih jelas. Pegangan tangannya di bahu Tina terlepas.
Serentak dengan itu, lelaki tersebut mengibaskan kain rida’nya ke muka Tina. Tina tertoleh ke arah lain. Suara deraman mula kedengaran. Semakin lama semakin kuat. Alin mengensot ke tepi. Tergamam.
” Tina..”
Suara deraman kini bertukar menjadi ketawa kecil.. Lama kelamaan suara ketawa itu semakin galak, kuat terbahak bahak..Bingit. Suasana surau menjadi suram dan seram. Tercemar dengan kebiadaban makhluk yg angkuh lagi durhaka. ” Aku benci kau !” Tina menoleh laju ke arah lelaki tersebut. Ah, Syed Ilham ! Alin kenal lelaki tersebut.
Syed hanya tersenyum nipis. Tampak tenang. ” Jangan pandang mata dia. Mata yang penuh muslihat dan penipuan. Kalian mungkin akan tertipu dengan permainan muslihat matanya. ” jelas beliau. Tina ketawa terkekeh kekeh. Sekejap suara kecil,sekejap suara besar. Bermula lah sesi dialog di antara mereka.
Tina : ” Aku kenal kau orang muda. Kau selalu mengganggu rencana ku! Apa kau tidak takut dengan seteru dan bala tenteraku !”
Syed : ” Takutlah kepada Allah. Tuhan yang menciptakan aku dan juga kau..Aku akan terus menggagalkan rencanamu merosakkan manusia dengan izin Allah !”
Tina: ” Manusia tak guna. Keparat !! ”
Tina mendengus marah. Dia meronta ronta. Pegangan mereka yang memegangnya terlepas. Kekuatannya menjadi luar biasa! Tina melompat ke arah gril pintu surau.
Tidak semena mena, dia memanjat gril pintu perlahan lahan sambil ketawa mengejek. Ketawa yang tidak membuka mulut tetapi tetap bergema kuat pada sesiapa yang mendengarnya. Seram !
Syed terlihat terkumat kamit membaca doa. Sejenak dia mula mengangkat kepala memandang lalu memegang kain rida’nya dan dipukul ke arah Tina. ” Allahuakbar !” kalimah suci bergema berkali kali.
Tina jatuh terjelepuk ke lantai. Dia cuba lari. Tetapi Syed sempat mengunci pergerakan kakinya dengan membaca satu kalimah. Kakinya tidak dapat bergerak. Jelmaan yang merasuk Tina masih cuba melarikan diri dengan mengensot menggunakan lutut dan tangannya. Sekali lagi Syed melakukan pergerakan seperti mengikat dan mengunci lutut serta tangan Tina dengan satu kalimah yang di ucap. Ajaibnya, Tina seolah olah terkunci dan tidak dapat bergerak lansung. Umpama ada tali yang mengikat badannya walaupun pada mata yang zahir lansung tiada sebarang tali atau sebagainya yang terlihat. Hanya tinggal kepalanya sahaja yang terliang liuk kiri dan kanan merengus marah. Subhanallah, kalimah ajaib apakah yg diucap oleh Syed tadi.
Syed : ” Kemana lagi kau mahu lari wahai makhluk yang durjana? Aku sudah mengunci semua pergerakkanmu.”
Tina menderam marah.
Syed: ” Kenapa kau ganggu anak cucu adam ini? Jawab!”
Tina: ” Dia milik aku !! Tuan aku mahu aku musnahkan dia! Dan aku juga mahukan kawan dia. Tapi dia busuk! Hihihihi…” Tina menoleh dan terjelir jelir melihat Alin.
Alin terkejut lalu mengalihkan pandangan cepat cepat. Badannya hampir bergegar ketakutan namun cuba ditahan dengan membaca ayat Qursi. Ketenangan mula diraih. Syed masih berdialog dengaan Tina. Jelmaan yang berasal dari suatu kawasan di pedalaman Sabah. Jauh perjalanannya datang ke semenanjung. Tidak semena mena, Tina ketawa terkekeh kekeh lagi.
Tina: ” Aku sudah hantar bala tenteraku padamu manusia keparat.hihihihi..”
Syed memandang tangannya. Tiba tiba terasa berat dan sakit.bermula dari hujung jari kemudian naik merebak sedikit demi sedikit ke atas lengan. Dia cuba bertenang. Segera dibaca doa dan ayat quran lalu membuat pergerakan seperti membuang sesuatu di tangannya. Dia melurut tangannya perlahan lahan dari atas ke bawah lalu dihembus buang. Sejenak dia tersenyum.
Syed: ” Tiada kekuatan yang mampu melawan kekuatan dan kekuasaan Allah. Tiada yang mustahil di bawah kekuasaan Allah. Kau nampak batu ni? Aku letak atas kepala kau. Berat tak ?”
Mata kasar mereka yang melihat tidak dapat memahami maksud prbuatan Syed yang seolah olah meletakkan sesuatu ke atas kepala Tina.
Tina menangis..” Berat..! Lepaskan aku…uuuuu..” kepalanya secara automatik tertunduk kebawah. Tidak diangkat angkat selepas itu. Lansung tidak dapat digerakkan. Setelah beberapa ketika berdialog dan dipaksa. Makhluk durjana tersebut akhirnya keluar. Tina mula sedar. Keadaan mula pulih seperti sedia kala.
Semua yang tinggal di surau mula beransur pulang ke rumah masing masing. Tina dipapah dan dibawa balik dengan kereta rakan rumahnya yang lain. Alin menunggu seseorang. Ada persoalan yang bermain di fikirannya sekarang.
Alin : ” Boleh saya tahu, kalimah ajaib apa yang awak baca sewaktu mengunci tubuh Tina tadi?”
Syed : ” Kalimah yang biasa pada kebanyakkan yang tahu tapi luar biasa bagi mereka yang percaya.
Saya hanya baca,
‘ Bismillahirahmannirrahim.’ ”
Alin : ” Hanya dengan bismillah sahaja??”
Mukanya menunjuk reaksi seakan tidak percaya. Syed hanya mengangguk tersenyum sopan.
Syed : ” Wangian apa yang awak pakai?”
Alin : ” Wangian bidara dan kasturi putih.” jawab Alin polos. Soalan cepumas apakah ini,fikirnya.
Syed: ” Patutlah mereka kata busuk. Wangian yang dibenci kaum jin dan syaitan.”
Syed tersenyum dan berlalu pergi. Alin masih termangu mangu berfikir.
” Alin ! Kuncinya di sini. ” Syed melaung dari jauh. Tapak tangannya diletakkan di dada kiri.
” Yakin..”
Mereka sama sama tersenyum.
Jauh di sudut kegelapan malam, ada makhluk yang turut tersenyum sinis. Senyuman yang bersulam dendam !
……
Bersambung
Thanks admin kalau cerita ni disiarkan. Semua scene dalam cerita ini aku alami depan mata sendiri. Cuma aku olah dalam bentuk cerpen supaya pembaca lebih faham. Nama nama dalam cerita ni of course aku ubah untuk mengelak sebarang isu tidak diingini.
Last words untuk semua, tak payahlah terlalu taksub dan bangga dengan sixth sense yang kita ada. Boleh jadi ia satu kelebihan, atau sekadar ujian. Pandang dengan mata hati. Mata hati tu tak pernah berdusta. Tapi ingat, mata hati boleh jadi buta. Buta kerana cintakan dunia dan taksub dengan seisinya. Tak payah cakap lebih2 kalau solat pun macam lepat liat kau kerjakan. Malas!
” Sekali kau b***h, kau akan rasa nak b***h lagi. Hati hati, jangan sampai diri sendiri t******h.”
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Betul…
Pokok pangkalnya YAKIN…
Dan berserah pada Allah…
InsyaAllah…
BEST… cepat sambung cerita seterusnya ye…
hmm menarik …cepat2 laa smbung..
Best!!!!!!
Doa Nabi Sulaiman